isu pengambilan guru muda

11
Setiap tahun seramai 8,000 orang guru baru lulusan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dikeluarkan oleh institut-institut perguruan di seluruh negara (Omar, 2002). Pada masa kini terdapat sebanyak 27 buah institut perguruan di seluruh Malaysia yang membekalkan keperluan guru-guru di sekolah menengah dan sekolah rendah. Dalam menjalani latihan perguruan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi nadi yang diterapkan ke dalam pengisian kurikulum dan ko-kurikulum di maktab perguruan ini. Falsafah ini adalah satu pandangan jauh kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Memasuki abad ke- 21, sistem pendidikan Negara merupakan aspek terpenting sebagai penanda aras kejayaan sesebuah Negara pada masa hadapan. Matlamat pendidikan menjadi berbeza-beza jika dilihat daripada perspektif yang berbeza. Dari segi falsafahnya, pendidikan adalah satu proses untuk membentuk manusia yang berkembang secara menyeluruh, sama ada dari

Upload: nadjmi-musa

Post on 27-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asldkjaklsd

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Pengambilan Guru Muda

Setiap tahun seramai 8,000

orang guru baru lulusan Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah dikeluarkan

oleh institut-institut perguruan di seluruh

negara (Omar, 2002). Pada masa kini

terdapat sebanyak 27 buah institut

perguruan di seluruh Malaysia yang

membekalkan keperluan guru-guru di

sekolah menengah dan sekolah rendah.

Dalam menjalani latihan perguruan,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

menjadi nadi yang diterapkan ke dalam

pengisian kurikulum dan ko-kurikulum di

maktab perguruan ini. Falsafah ini

adalah satu pandangan jauh kerajaan

untuk melahirkan pelajar yang

cemerlang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek.

Memasuki abad ke- 21, sistem

pendidikan Negara merupakan aspek

terpenting sebagai penanda aras

kejayaan sesebuah Negara pada masa

hadapan. Matlamat pendidikan menjadi

berbeza-beza jika dilihat daripada

perspektif yang berbeza. Dari segi

falsafahnya, pendidikan adalah satu

proses untuk membentuk manusia yang

berkembang secara menyeluruh, sama

ada dari aspek jasmani, emosi, rohani

mahupun intelek. Dari segi politik dan

sosial,pendidikan bertujuan membina

manusia yang dapat memainkan

peranan yan berkesan bagi

kesejahteraan masyarakat dan manusia

sejagat. Dari segi ekonomi pula

pendidikan adalah untuk menyediakan

individu dengan kemahiran-kemahiran

mental dan manipulatif bagi

menghadapi cabaran-cabaran hidup

dan untuk mempertingkat produktiviti

ekonomi.

Dengan matlamat yang sedia

ada, untuk bergerak ke arah itu,kita

Page 2: Isu Pengambilan Guru Muda

perlu melihat pada satu aspek yang

berlainan serta melakukan inisiatif bagi

mempersiap jentera perguruan agar

menjadi lebih mantap. Isu pengambilan

guru muda terutamanya lepasan Sijil

Pelajaran Malaysia ( SPM ) merupakan

isu yang kini hangat diperkatakan oleh

pelbagai pihak. Tindakan kerajaan

menerap masuk pelajar lepasan SPM

ke dalam Institut Perguruan merupakan

sebagai langkah awal untuk

menghadapi cabaran abad ke – 21. Hal

ini kerana pendidikan dalam abad ke –

21, bukan sahaja perlu melahirkan insan

yang berpengetahuan dan

berkemahiran tinggi , tetapi juga harus

menghasilkan insan yang mempunyai

nilai dan estetika yang murni serta

berbudi pekerti. Oleh itu pengambilan

guru muda merupakan langkah yang

bijak oleh kerajaan untuk melahirkan

guru muda yang berdedikasi serta

komited dalam kerjaya.

Kaji selidik telah dijalankan ke

atas 10 orang penduduk tempatan di

satu kawasan. Hasil kaji selidik

mendapati mereka semua bersetuju

dalam pengambilan guru muda (lepasan

SPM) ke Institut Pendidikan Guru

Malaysia dengan pelbagai sebab dan

alasan. Jadi, isu ini bukanlah satu

perkara yang negatif. ini menunjukkan

bahawa tindakan kerajaan ini

merupakan satu langkah yang tidak

menongkah arus dalam mendidik anak

bangsa zaman sekarang dan

pengambilan guru-guru muda ini

mampu memodenisasikan institusi

pendidikan negara kita.

Membentuk guru yang berkualiti

bukanlah perkara yang mudah bagi

sesebuah institusi yang perlu

berhadapan dengan pelajar yang muda

serta bermacam kerenah serta perangai

yang perlu dikikis demi memastikan

bakal guru ini benar-benar berkualiti.

Mereka ini perlu dipersiapkan dengan

kemahiran perguruan yang lengkap

sebelum mereka keluar menjadi

seorang guru. Tugas guru bukan hanya

sekadar menyampaikan ilmu

pengetahuan tetapi ia juga mendidik

anak bangsa supaya menjadi insan

yang berakidah, dinamik dan berkualiti

di dunia dan di akhirat. Walaupun

kredibiliti pengambilan guru muda

dipertikaikan,bak kata pepatah melentur

buluh biarlah dari rebungnya,pepatah ini

berkait rapat dengan isu ini kerana,jika

hendak membentuk guru yang berkualiti

yang akan menempuh cabaran abad ke-

Page 3: Isu Pengambilan Guru Muda

21 yang mencabar,biarlah mereka di

bentuk dari muda.

SIKAP

Hal berkaitan masalah sikap

masih boleh diperbetulkan jika kita

melihat daripada persepsi yang positif.

Sikap itu boleh berubah jika

persikatarannya mempengaruhinya.

Teori Hovland

mengatakan kita

akan menukar

sikap kita apabila kita diberi dorongan

yang secukupnya untuk mengubah

sikap kita itu. Hal ini bererti kita perlu

diberi dorongan untuk mahu menerima

maklumat atau alasan yang dapat

mengubah sikap kita. Selagi kita tidak

dapat menerima alasan itu selagi itulah

kita tidak mahu mengubah sikap kita.

Oleh itu,pengambilan guru muda tidak

menjadi masalah yang besar jika pihak

institut atau pusat pengajian mengambil

langkah yang bijak untuk mempengaruhi

bakal guru muda ini untuk membuang

terus sikap yang tidak matang serta

kebudak-budakkan.

Matlamat pendidikan menjadi

berbeza-beza jika dilihat daripada

perspektif yang berbeza. Dari segi

falsafahnya, pendidikan adalah satu

proses untuk membentuk manusia yang

berkembang secara menyeluruh, sama

ada dari segi jasmani dan rohani. Dari

segi politik dan sosial,pendidikan

bertujuan membina manusia yang dapat

memainkan peranan yang berkesan

bagi kesejahteraan masyarakat dan

manusia sejagat. Guru muda

mempunyai kelebihan yang tersendiri

seperti mempunyai daya kretiviti yang

tinggi. Pemikiran yang kreatif dan kritis

perlu bagi mengatasi sesuatu masalah

terutamanya hal yang berkaitan isu-isu

remaja atau kanak-kanak yang sedang

menghadapi peningkatan dewasa

kerana guru muda semestinya masih

mempunyai jiwa keanak-anakan dalam

diri mereka. Hal ini menjadikan guru

muda juga diperlukan untuk mengisi

tempat dalam profesin perguruan ini.

PERSONALITI

Di samping itu juga, guru muda

ini sering dikaitkan dengan personaliti

yang tidak memenuhi kehendak

seseorang guru. Hal ini memang boleh

dikaitkan sekiranya mereka masih

dalam proses pembelajaran dan latihan

dalam menjadi menjadi guru. Tetapi

Page 4: Isu Pengambilan Guru Muda

sekiranya mereka berjaya mengharungi

latihan dan pembelajaran yang

diajarkan di institut yang melatih mereka

menjadi guru, semestinya produk

seorang guru yang berdedikasi ini

terhasil kerana apa gunanya mereka

diajar jika tidak dipraktikkan. Pengajaran

yang diajarkan oleh pensyarah juga

dikira tidak berkesan sekiranya pelajar

tidak menjadi apa yang diperuntukkan

untuk menjadi produk seorang guru.

Prof. McClelland yang merupakan ahli

psikologi terkenal juga telah

mengeluarkan teori berkaitan dengan

personality ini dalam Teori

McClelland(1961). Teorinya menyebut

personaliti sebenar seseorang wajar

diukur berdasarkan kerjayanya sendiri.

Jadi setelah menjadi seorang guru

semestinya personaliti seseorang itu

akan automatik bertukar menjadi

personaliti guru. Hal ini kerana menjadi

guru merupakan seorang tutor kepada

anak muridnya, jadi sikap mereka

semestinya akan bertukar setelah

menjadi guru yang mempunyai banyak

murid.

KESEDARAN DIRI

Guru muda ini juga selalunya

kurang bersopan santun. Gaya bahasa

pertuturan di kalangan guru-guru ini

selalunya kurang baik, tidak sopan dan

tidak manis didengar. Mereka

membahasakan diri mereka sendiri

sebagai aku. Mereka juga

menggunakan istilah tersebut sebagai

ganti nama kepada rakan cikgu mereka

yang diajak bercerita. Jadi guru-guru

yang dianggap senior lebih kurang

senang bekerjasama dengan guru-guru

bawahan ini yang tidak mempunyai

sikap meredah diri kerana perbezaan

umur dan sebagainya. Jadi hal negatif

seperti ini seharusnya dipandang dan

tidak seharusnya diamalkan oleh guru-

guru yang lain yang dalam melakukan

tugas sebagai seorang guru yang

berdedikasi.

Seterusnya dari aspek motivasi.

Semestinya guru muda ini

sememangnya kurang dengan motivasi,

kerana sebagai pelajar lepasan spm,

tidak banyak bidang lain yang diterokai

mereka sebelum melanjutkan pelajaran

sebagai guru pelatih di institut

pendidikan guru ini. Mereka dengan erti

kata lain baru saja berubah musim

kerana dulunya berbaju putih seragam,

sekarang berwarna-warni memberikan

Page 5: Isu Pengambilan Guru Muda

mereka satu kejutan budaya yang

menyerlah. Itulah yang menjadikan

mereka tidak bermotivasi dan

bertingkah laku yang tidak memuaskan.

Hal ini meningkatkan lagi gejala disiplin

dalam kalangan guru-guru pelatih

tersebut. Crooks san Stein (Mahmood

Nazar 1990) mendefinasikan motivasi

sebagai sebarang keadaan yang

mendorong dan mengarah sesuatu

tingkahlaku. Ia merangkumi aspek

fisiologi dan aspek kognitif (pemikiran)

manakala menurut Hamachek (1990)

pula, motivasi bermaksud kemahuan

seseorang untuk melakukan sesuatu

dan ia berkait rapat dengan tujuan atau

motif yang berfungsi untuk memberi

tenaga atau kekuatan, mengarah dan

menjurus jenis tingkahlaku yang

bersesuaian dalam mencapai tujuan

atau motif tersebut.

Dorongan adalah salah satu

aspek lain yang dipertikaikan dalam

kalangan guru muda ini. Mereka

seharusnya memepunyai dorongan guru

muda ini selalunya memilih untuk

menjadi guru atas dasar dorongan ibu

bapa mereka yang mendorong dan

sesetengahnya memaksa mereka untuk

mengikuti program perguruan ini. Hal ini

menjadikan mereka terkongkong dan

mencari sebab untuk menjadi nakal

serta bertingkah laku kurang sopan

ketika berada di institute perguruan.

Mereka seharusnya didorong dengan

semangat dan bukan paksaan.

Sekiranya mereka tidak berminat

seharusnya melepaskan mereka untuk

mengikut haluan sebenar mereka

tersebut. teori Baron (1987)

menerangkan prinsip-prinsip kehendak

biological. Kehendak-kehendak ini

menyebabkan dorongan dibentuk bagi

mendapatkan sesuatu yang diperlukan

oleh organisma tersebut.

Pengambilan guru muda

merupakan langkah yang bijak dalam

memenuhi hasrat kerajaan dalam

menghasilkan masyarakat minda kelas

pertama yang seimbang dari aspek

jasmani, emosi, rohani, dan intelek

(JERI). Hal ini kerana, pelajar-pelajar

lepasan SPM yang diserap masuk ke

institut-institut perguruan seluruh

Malaysia bukan sekadar belajar dari

aspek akademik sahaja yang bertujuan

untuk memperoleh segulung ijazah yang

menjadi lesen untuk mengajar di

institusi pendiikan tetapi sepanjang lima

tahun setengah di institut-institut

Page 6: Isu Pengambilan Guru Muda

perguruan ini, mereka akan belajar

setiap perkara termasuklah sukan

seperti rugbi sentuh, bola tampar serta

badminton dan persatuan seperti silat

cekak, kompang dan sebagainya. Oleh

itu, apabila mereka bergelar guru

berijazah, mereka akan mejadi guru

yang fleksibel di mana guru-guru ini

mahir dalam pelbagai bidang dan

mampu untuk berkongsi setiap ilmu

yang dipelajari dan dimiliki bersama-

sama murid-murid di sekolah. Jadi,

pihak sekolah tidak perlu lagi bersusah

payah untuk menjemput jurulatih-

jurulatih dari luar sekolah untuk

mengajar murid-murid terutamanya

dalam bidang seni mempertahankan diri

seperti Tae- Kwondo dan silat.

Apa yang kita sedia maklum, usia

58 tahun merupakan titik noktah bagi

guru-guru dalam berkhidmat untuk

sesebuah institusi pendidikan. Jadi

alangkah ruginya jika guru yang ditugas

untuk mendidik anak-anak bangsa

bukanlah terdiri daripada golongan

guru-guru muda? Hal ini kerana, jika

golongan guru muda yang memainkan

peranan dalam bidang pendidikan maka

tempoh untuk mereka berkhidmat dalam

bidang pendidikan akan menjadi lebih

panjang. Bayangkan dengan

kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh

guru-guru muda yang terlatih ini dapat

dimanfaatkan dalam membentuk anak-

anak bangsa seiring dengan seruan

kerajaan dalam melahirkan masyarakat

minda kelas pertama.

Pelbagai pihak menyampaikan

ketidak puasan hati akan pengambilan

guru muda (lepasan SPM). Antara

ketidak puasan hati yang diketengahkan

ialah guru muda masih mentah dalam

memikul tanggungjawab mendidik anak-

anak bangsa. Ada pepatah Melayu

yang menyatakan semakin tua buah

kelapa, semakin pekat santannya yang

mendukung maksud semakin meningkat

usia seseorang semakin banyak

pengetahuan dan pengalamannya.

Namun jika kita fikirkan setiap

pengalaman dan pengetahuan diperoleh

daripada pengajaran dan pembelajaran

sama ada secara langsung mahupun

tidak langsung. Jadi, tidak mustahil bagi

golongan guru muda untuk diberi

peluang yang lebih awal untuk

membuktikan bahawa mereka mampu

untuk mendidik anak-anak bangsa

walaupun dalam usia yang masih muda.

Usia muda juga merupakan peringkat

usia yang paling berhaga kerana pada

peringkat umur inilah tahap mental dan

Page 7: Isu Pengambilan Guru Muda

fizikal berada pada tahap yang paling

optimum. Jadi, dengan kelebihan ini,

golongan guru muda dapat

menyumbangkan lebih banyak idea dan

tenaga dalam institusi pendidikan.

Buktinya, berdasarkan petikan kata-kata

pemimpin negara Indonesia, Sby Susilo

Bambang Yudiyono “ Berikan saya 10

orang pemuda maka akan saya jadikan

mereka sehingga mampu menggoncang

dunia.”

Konklusinya, guru pelatih perlu

meningkatkan tahap keterampilan emosi

mereka terutama dalam aspek

kesedaran diri, pengurusan diri dan

kemahiran sosial yang didapati lemah

dalam kajian ini. Peningkatan kesedaran

diri boleh membantu guru pelatih

membuat keputusan yang tepat dan

yakin terhadap diri sendiri. Peningkatan

pengurusan diri pula membolehkan guru

pelatih mempunyai beberapa nilai

tambah diri seperti waras,

menyesuaikan diri dengan persekitaran

kerja dan berinisiatif untuk memajukan

diri mereka dan berjaya. Kemahiran

sosial pula dapat membantu guru

pelatih dalam membina hubungan

dengan guru lain, staf, pelajar dan

masyarakat sekitar mereka. Oleh itu,

institut perguruan perlu menambah

aktiviti-aktiviti yang menggalakkan guru

pelatih bersosial dan meningkatkan

pengurusan diri, kesedaran sosial dan

kemahiran sosial guru pelatih. Ini dapat

dilakukan dengan mengadakan aktiviti

gotong-royong, sukan, hari GERKO, koir

dan ceramah. Manakala, Jabatan Hal

Ehwal Pelajar boleh merancang kursus

dalaman yang boleh meningkatkan

kemahiran berkomunikasi, mengatasi

stres, mengawal kemarahan, kemahiran

interpersonal, komunikasi berkesan,

kemahiran sosial dan pengurusan

konflik agar tanggungjawab sebagai

seorang guru terlaksana.