kadar pengambilan oksigen maksimum (vo2 max) … · penganugerahan ijazah sarjana muda sains serta...

27
KADAR PENGAMBILAN OKSIGEN MAKSIMUM (VO2 MAX) PEMAIN BOLA SEPAK NEGERI KELANTAN. NIK ROSNIZASUZILA BT NIK HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lyxuyen

Post on 02-Mar-2019

290 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KADAR PENGAMBILAN OKSIGEN MAKSIMUM (VO2 MAX) PEMAIN BOLA

SEPAK NEGERI KELANTAN.

NIK ROSNIZASUZILA BT NIK HASSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

ii

iii

KADAR PENGAMBILAN OKSIGEN MAKSIMUM (VO2 MAX) PEMAIN BOLA

SEPAK NEGERI KELANTAN.

NIK ROSNIZASUZILA BT NIK HASSAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

iv

“Saya akui karya ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh diri saya sendiri

kecuali nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : NIK ROSNIZASUZILA BT NIK HASSAN

Tarikh : APRIL 2010

v

DEDIKASI

Teristimewa untuk MA

Walau dirimu tiada disisi, semangatmu masih mengekori diri,

Harga sebuah pengorbanan seorang ibu

Khas Buat Arwah Rohani Bt Che Leh

Buat Ayah tercinta,

Nik Hassan Tuan Kechik

Jerih perihmu ku sangat menghargainya

Untuk adik beradikku tersayang

Kak long, kak ngah, kak teh, abe, kak dah, adik yo

Ingatlah..!!

Kita penyambung cita-cita Ma

Rakan seperjuangan yang kuyakini tiada taranya….

Tiada tandingannya

Deqmat, dian, neq, ida, nani, gee, fatihah, chaed, ecah, kak bihah, kak mel

Dan semuanya....

Buat pensyarah yang sentiasa memberi dorongan dan bimbingan

Dr Anizu, En Syahrul, Dr Halijah, Pn Hafizah, Dr Hafidz

Buat insan tersayang

Kau amat memahamiku...

Dan selamat berjuang adik-adikku

vi

PENGHARGAAN

ميحرلا نمحرلا هللا مسب

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke

atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk membawa rahmat

ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia

Dr.Anizu Bin Mohd Nor selaku penyelia dan pembimbing saya kerana sudi meluangkan

masa, memberi tunjuk ajar serta panduan yang membina untuk menyiapkan projek ini.

Segala yang diberikan amat dihargai dan sanjungi. Hanya Allah yang mampu

membalasnya.

Di kesempatan ini juga, ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga

yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada saya dalam apa sahaja yang saya

lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada pihak KAFA dan staf Makmal Kecergasan

Universiti Sains Malaysia kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang

kajian ini dijalankan.. Tidak ketinggalan kepada sahabat-sahabat seperjuangan, terima

kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi

idea. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.

Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak.

Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya.

Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.

Sekian, Wassalam.

vii

Abstrak

Kadar pengambilan oksigen maksimum (VO2 max) adalah satu index terbaik

untuk melihat kemampuan ketahanan kardiorespirasi seseorang individu apabila

menjalani sesuatu latihan yang sistematik. Justeru itu, objektif kajian yang dijalankan

adalah untuk mengenalpasti kadar pengambilan VO2 max pemain bola sepak negeri

Kelantan. Sehubungan dengan itu, jurulatih boleh menjadikan hasil kajian ini sebagai

garis panduan untuk membentuk program latihan yang berkesan. Kajian ini melibatkan

10 orang pemain bola sepak Kelantan yang terdiri daripada beberapa posisi iaitu posisi

penyerang, pertahanan, tengah (midfield) dan penjaga gol. Pengujian ini menggunakan

Bruce Treadmill Test Protocol di mana protokol ini mengandungi sepuluh peringkat.

Kelajuan serta kecerunan treadmill akan ditingkatkan setiap tiga minit dan seterusnya.

Untuk mendapatkan kadar pengambilan VO2 max, subjek perlu berlari sehingga

mencapai tahap kelesuan menggunakan prosedur yang telah diprogramkan. Pengukuran

kadar pengambilan VO2 max diukur secara Relative VO2 max di mana ianya berhubung

dengan milliliter per isipadu tubuh badan per minit (ml/kg/min). Dapatan kajian

menunjukkan kadar pengambilan VO2 max pemain bola sepak berbeza mengikut posisi,

di mana pemain posisi pertahanan (59.81 ml/kg/min) mempunyai kadar pengambilan

VO2 max lebih tinggi berbanding pemain di posisi penyerang (58.33 ml/kg/min).

Kesimpulan menunjukkan bahawa pemain bola sepak Kelantan mempunyai kadar

pengambilan VO2 yang berbeza bergantung kepada posisi serta intensiti latihan yang

dijalankan. Adalah disarankan supaya program sesi latihan fizikal yang bakal di bentuk

dilakukan lima kali seminggu selama lima minggu atau tiga kali seminggu dengan

tempoh latihan kepada sepuluh minggu untuk meningkatkan jumlah pengambilan VO2

max pemain.

viii

Abstract

The maximal oxygen consumption is one of the best index in determining the

ability of cardio respiration of an individual when getting involved in any systematic

training. Therefore, the objective of the study is to identify the maximal oxygen

consumption of a group of Kelantanese soccer players. In addition to that, the soccer

coaches would be able to use the result of the study as a useful guidance in designing the

more effective training methods. The subjects of the study involved 10 Kelantanese

soccer players which consist of different positions such as attacker, defense, midfield and

goal keeper. This study is using the Bruce Treadmill Test Protocol which consists of ten

levels. Speed and slope of the treadmill are adjusted in every three minutes. In measuring

the maximal oxygen consumption of the subjects, they were asked to continuously run

based on the procedures that have been programmed. The maximal oxygen consumption

is measured as "milliliters of oxygen used in one minute per kilogram of body weight"

(ml/kg/min). The result of the study shows that the maximal oxygen consumption of

soccer players is different according to their position in a team, where athletes in the

defense position (59.81 ml/kg/min) were having a higher reading compared to athletes

that were in the position of attack (58.33 ml/kg/min). The conclusion of the study shows

that the Kelantanese soccer players are having different maximal oxygen consumption

depends on which position they played as well as what type of training they involved in.

In order to increase the maximal oxygen consumption of athletes, it is highly

recommended that the physical training programmer that is going to be designed should

at least involved the players five times of training in a week for five continuous weeks or

three time of training in a week for ten continuous weeks.

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

Borang Pengesahan Borang Kelulusan i Halaman Judul ii Halaman Pengakuan iii Halaman Dedikasi iv Halaman Penghargaan v Abstrak vi Abstract vii Kandungan viii Senarai Jadual xii Senarai Rajah xiii Senarai Lampiran xiv BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 4 1.3 Penyataan Masalah 6

x

1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Limitasi Kajian 9 1.8 Definasi Operasional 9 BAB II SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12 2.2 Kecergasan Fizikal 12 2.3 Daya Tahan Kardiovaskular dan Keperluan Oksigen 14 2.4 VO2 max dan Sukan 15 2.5 Norma bagi Kadar Pengambilan VO2 max 20 2.6 Hubungkait VO2 max dan Sukan Bola Sepak 22 2.7 Jenis-Jenis Ujian untuk Mengukur VO2 max 23 2.8 Perbezaan VO2 max Mengikut Jenis Sukan 24 BAB III METODOLOGI KAJIAN 26

3.1 Pendahuluan 26 3.2 Rekabentuk Kajian 27 3.3 Pemilihan Subjek 27 3.4 Instrumen Kajian 28 3.5 Prosedur Kajian 29

xi

3.6 Prosedur Pengujian 30 3.7 Kajian Rintis 33 3.8 Pengumpulan Data 35 3.9 Analisa Data 36 BAB IV ANALISIS DATA 37

4.1 Pengenalan 37 4.2 Analisis Deskriptif 38 4.2.1 Bilangan Subjek Mengikut Peringkat Umur 38 4.2.2 Bilangan Subjek Mengikut Peringkat Berat 39 4.2.3 Bilangan Subjek Mengikut Ketinggian 40 4.2.4 Kadar Nadi Rehat Subjek 41 4.2.5 Kadar Pengambilan VO2 max Atlet Bola Sepak 43 4.2.6 Kadar Nadi Maksimum Subjek 45 4.2.7 Purata VO2 max mengikut posisi 47 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 49

5.1 Pengenalan 49 5.2 Perbincangan Kajian 50 5.2.1 Kadar Pengambilan VO2 max Atlet Bola Sepak 50 5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi 53 5.4 Kesimpulan 53

xii

5.5 Cadangan 54 5.6 Penutup 55

BIBLIOGRAFI 56-59

LAMPIRAN 60-62

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Norma bagi Atlet Lelaki Mengikut Bruce 20

dalam Unit ml/kg/min 2.2 Kadar Pengambilan VO2 max bagi Atlet 21

Bola Sepak 3.1 Ujian Pengukuran VO2 max Secara Langsung 31 Mengikut Protokol Bruce 3.2 Skala Tanggapan Kelesuan (RPE) 32 3.3 Kadar Pengambilan VO2 max dan Kadar Nadi 35 Maksimum (HR) 4.2.1 Bilangan Subjek Mengikut Umur 38 4.2.2 Bilangan Subjek Mengikut Berat Badan 39 4.2.3 Bilangan Subjek Mengikut Ketinggian 40 4.2.4 Kadar Nadi Rehat Subjek 41 4.2.5 Kadar Pengambilan VO2 max Atlet Bola Sepak 43 4.2.6 Kadar Nadi Maksimum Subjek 45 4.2.7 Purata Kadar Pengambilan VO2 max Mengikut Posisi 47

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Posisi Atlet dalam Gelanggang 4 4.2.1 Bilangan Subjek Mengikut Umur 39 4.2.2 Bilangan Subjek Mengikut Berat Badan 40 4.2.3 Bilangan Subjek Mengikut Ketinggian 41 4.2.4 Kadar Nadi Rehat Subjek 42 4.2.5 Kadar Pengambilan VO2 max Atlet Bola Sepak 44 4.2.6 Kadar Nadi Maksimum Subjek 46 4.2.7 Purata Kadar Pengambilan VO2 max Mengikut Posisi 48

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Gambar Ketika Testing Dijalankan 60

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah

wujud di negera China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga

telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan

bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang

berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya

juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara

permainan yang berbeza-beza itu dan ianya memudahkan atlet. Persatuan Bola Sepak

England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab

bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang

pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang

Bola Sepak hari ini.

Kini urusan undang-undang bola sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan

Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini

ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil

persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan

Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

2

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini bola

sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan

penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat

professional di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola

sepak untuk mengikuti perlawanan pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion

pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Federation International de Football

Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak yang diterbitkan dalam musim bunga

2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada

200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan

peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam

popularitinya. Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang

sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan individu sama ada peminat,

komuniti tempatan, malah negara. Oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di

dunia. Maka tidak hairanlah ia digelar sebagai ”Pilihan Kenangan Dunia Lalu”.

Persoalan yang timbul sekarang adalah, bolehkah bola sepak professional

dilaksanakan di Negara ini?. Jika kita lihat mutu bola sepak kelab-kelab di luar negara,

mereka sudah mencapai tahap profesional dalam pengurusan dan pengelolaan bola

sepak. Liga bola sepak di Eropah dan England khususnya selalu menarik perhatian

kerana mutu persembahan mereka yang begitu tinggi. Alangkah baiknya jika keadaan

serupa berlaku di tanah tempat tumpah darah kita. Jika dulu, ianya hanyalah angan-

angan semata. Tetapi, kini angan-angan tersebut telah jadi kenyataan. Hari ini bola

sepak kita sedang menuju ke arah profesional. Sebelum melangkah ke era profesional

sepenuhnya, kita mesti membuktikan bahawa mutu bola sepak negara sudah bertambah

baik dan mantap. Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan mutu

bola sepak kita. Pertama, kita mesti mempunyai kumpulan atlet yang berbakat, cergas

dan komited. Mereka hendaklah dari semasa ke semasa bertindak secara profesional

3

dengan mempamerkan mutu yang tinggi ketika beraksi di padang. Dengan lain

perkataan mereka mesti menjadikan bola sepak sebagai kerjaya, bukan sekadar hobi

semata-mata.

Tanpa atlet tidak akan wujud permainan. Kepentingan atlet tiada siapa dapat

nafikan. Atlet bola sepak tanah air sekarang jauh lebih beruntung daripada rakan-rakan

mereka pada awal perkembangan sukan ini dahulu. Kelengkapan dan kemudahan yang

disediakan adalah di antara yang terbaik. Padang dan stadium bermutu tinggi, pakaian

atlet juga hebat-hebat belaka. Tidak ada lagi yang turun ke padang berkaki ayam.

Bermain bola sepak kini tidak lagi sebagai hobi tetapi telah dijadikan profesion yang

mencabar dan menjanjikan sesuatu yang lumayan. Seperti yang sedia maklum bahawa

sukan bola sepak ini adalah merupakan sukan yang melibatkan ramai orang dalam

kumpulan tersebut. Terdapat posisi-posisi tertentu yang membentuk sukan ini

contohnya penyerang, pertahanan, pemain tengah, pemain sayap kiri dan kanan dan

juga penjaga gol. Tanpa peranan setiap pemain, ianya tidak akan membuahkan

kemenangan kepada kumpulan tersebut. Setiap posisi mempunyai peranan dan juga

fungsi masing-masing. Semuanya adalah penting dan bergantung harap sesama sendiri

untuk memastikan mereka dapat beraksi dengan baik didalam gelanggang. Gambar

rajah 1.1 menunjukkan posisi yang terdapat didalam bola sepak di dalam gelanggang

permainan.

4

Rajah 1.1 : Posisi Atlet di dalam Gelanggang

1.2 Latar Belakang Kajian

Kita seharusnya mendidik mereka supaya betul-betul memahami apakah

kriteria-kriteria yang dikehendaki untuk menjadi seorang pemain yang profesional.

Contoh faktor yang terpenting adalah faktor perlakuan fizikal yang terdiri daripada

ketangkasan, kelajuan, kekuatan kuasa dan sebagainya. Seperti yang kita selalu dengar,

tahap kecergasan pemain berkait rapat dengan kecergasan kardiovaskular. Untuk

mendapatkan tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi, pemain tersebut haruslah

5

menjalani latihan yang berintensiti tinggi dan berkala di bawah pengawasan jurulatih

terlatih.

Melalui kecergasan kardiovaskular juga, kadar pengambilan oksigen maksimum

(VO2 max) seseorang boleh diukur. Kewujudan peralatan senaman seperti basikal

ergometer, treadmill, Gas Analyzer dan Polar Heart Rate dapat digunakan untuk

mengukur kadar pengambilan VO2 max dengan merekod kadar denyutan jantung bagi

menentukan berapa banyak oksigen yang boleh digunakan atau diperlukan dalam masa

satu minit semasa menjalani latihan fizikal (maksima). Menurut Astrand di dalam buku

Fitness for College And Life, kadar pengambilan VO2 max boleh juga dipertimbangkan

sebagai penunjuk terbaik keatas tahap ketahanan kardiorespirasi seseorang individu

tersebut sama ada lelaki ataupun wanita.

Sejak kebelakangan ini kita sering terdengar beberapa rungutan daripada

beberapa pihak terutama dari pihak pengurusan sesebuah induk sukan yang tidak

berpuas hati dengan prestasi atlet-atlet mereka. Walaupun dib,eri program latihan yang

mencukupi, namun tahap prestasi mereka masih di takuk yang lama seolah-olah tidak

terdapat perbezaan diantara prestasi sebelum dan selepas latihan. Malah dari sudut daya

tahan kardiovaskular ataupun dari segi stamina mereka juga tidak menunjukkan

peningkatan yang memberangsangkan.

Sebagai sebuah Negara yang sedang mengalami evolusi kemajuan dari segenap

sudut termasuklah dalam bidang sukan, masalah seperti ini sepatutnya tidak terjadi pada

atlet-atlet negara kita. Sesetengah persatuan yang mempertaruhkan warga asing sebagai

jurulatih bagi melihat keberkesanannya juga menghadapi jalan buntu. Akhirnya wujud

pelbagai persoalan di kepala sesetengah pihak dengan peranan yang dimainkan oleh

jurulatih yang dijemput khas dari negara luar ini dan merupakan jurulatih yang diberi

pendapatan yang lumayan.

6

Persoalan yang mungkin timbul di pemikiran kita ialah, apakah program latihan

yang diberikan tidak sistematik sehingga gagal memberi kesan kepada pemain-pemain

atau mungkinkah program latihan yang dianggap terbaik oleh jurulatih ini gagal

disesuaikan oleh atlet Negara kita?. Apa yang pasti, tindakan seterusnya perlu di ambil

dengan kadar yang segera agar hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang

digeruni dalam bidang sukan dapat direalisasikan dengan penuh semangat dan iltizam

yang tinggi.

Hasil dari kesedaran itulah lahir dari pemikiran penyelidik, penyelidik terdorong

untuk membuat satu kajian yang berkaitan dengan keberkesanan program latihan

dengan prestasi pemain. Akhirnya penyelidik mendapat ilham untuk menjalankan

kajian mengenai kadar penggunaan VO2 max pemain bola sepak. Subjek yang dipilih

terdiri daripada pemain penyerang, pertahanan, pemain tengah dan penjaga gol dari

pemain bola sepak negeri Kelantan.

Oleh itu, kajian yang akan dijalankan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan

nilai bacaan kadar pengambilan VO2 max pemain bola sepak Kelantan. Melalui kajian

ini juga, boleh dijadikan kayu ukur untuk pemilihan pemain akan datang.

1.3 Pernyataan masalah

Jika didefinasikan dalam bahasa yang mudah, VO2 max merupakan jumlah

pengambilan oksigen maksimum semasa melakukan sesuatu aktiviti. Atlet adalah

individu yang seringkali dikaitkan dengan jumlah pengambilan VO2 max. Namun

begitu, setiap pemain adalah berbeza jumlah pengambilan VO2 max mengikut jenis

sukan dan latihan yang dilakukannya.

7

Dalam sukan bola sepak, jurulatih mungkin memberikan latihan yang

berintensiti sama kepada semua pemain tak kira mereka pemain dari posisi mana.

Dalam kajian ini, penyelidik cuba untuk untuk mengenalpasti kadar pengambilan VO2

max dikalangan pemain bola sepak Negeri Kelantan.

1.4 Objektif kajian

1.4.1 Mengenalpasti kadar pengambilan VO2 max pemain bola sepak Kelantan.

1.5 Persoalan Kajian

i) Berapakah jumlah kadar pengambilan VO2 max pemain bola sepak Kelantan?

ii) Adakah terdapat perbezaan terhadap kadar pengambilan VO2 max pemain bola sepak

Kelantan?

1.6 Kepentingan Kajian 1.6.1 Jurulatih

Kajian yang dijalankan ini adalah ingin melihat kadar pengambilan VO2 max

pemain bola sepak. Daripada kajian ini, hasilnya mungkin boleh dijadikan garis

panduan kepada beberapa pihak tertentu.

8

Adalah diharapkan supaya, hasil kerja ini dapat memberikan pengetahuan

kepada jurulatih mengenai kadar pengambilan VO2 max pemain samaada mencapai

target atau tidak. Bacaan VO2 max juga melambangkan kepada daya tahan

kardiovaskular seseorang pemain. Kesempatan ini juga boleh diambil oleh jurulatih

dengan menjadikan nilai VO2 max sebagai garis panduan untuk merancang sesuatu

program latihan kepada pemain mereka. Bagi individu ataupun pemain pula, mereka

dapat mengetahui jenis latihan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan daya tahan

kardiovaskular dan kecergasan mereka serta tahap pengambilan VO2 max oleh sistem

tubuh badan mereka.

1.6.2 Pasukan

Kajian ini akan menjadi kayu ukur kepada pasukan bola sepak apabila ingin

menentukan pemain mana yang layak pada musim akan datang. Dengan cara ini juga,

pasukan yang akan dibentuk pada musim akan datang terdiri daripada pemain yang

benar-benar mempunyai tahap kecergasan yang tinggi malah bakat menjadi satu bonus

kepada mereka untuk kekal beraksi pada musim akan datang.

1.6.3 Pemain

Dapatan dari kajian ini banyak memberi manfaat dan faedah kepada atlet. Pemain akan

melakukan latihan bersungguh-sungguh supaya tahap kecergasan mereka berada di

tahap yang mengagumkan pihak pengurusan malah jurulatih itu sendiri. Ini kerana

mereka sudah mempunyai data dan fakta yang mereka layak untuk kekal beraksi di

musim akan datang jika mereka benar-benar layak.

9

1.7 Limitasi kajian

Untuk melakukan kajian ini, secara keseluruhannya terbatas kepada beberapa perkara

yang dinyatakan seperti berikut:

a) Kajian ini hanya tertumpu kepada tahap pengambilan VO2 max pemain bola

sepak Kelantan.

b) Kajian yang dijalankan hanyalah menggunakan subjek yang terdiri daripada

pemain bola sepak negeri Kelantan.

c) Pengukuran untuk melihat kadar pengambilan VO2 max hanya di buat dengan

menggunakan Gas Analyzer K4B2.

d) Subjek yang terlibat adalah terdiri daripada lima orang pemain pertahanan, tiga

orang pemain penyerang, seorang pemain tengah dan seorang penjaga gol.

1.8 Definasi operasional

Dalam usaha melaksanakan kajian ini, terdapat pelbagai terminologi yang

digunakan. Di antara pengertian terminologi yang membantu dalam kajian ini ialah

seperti berikut :

10

Daya tahan kardiovaskular

Keupayaan sistem edaran darah (jantung dan saluran darah, pernafasan) membekalkan

oksigen kepada otot-otot yang berfungsi.

Oksigen

Satu elemen gas yang tidak mempunyai warna, rasa dan bau. Merupakan gas yang

sangat penting kepada objek bernyawa dan juga dalam proses pembakaran.

Kecergasan kardiorespiratori

Keupayaan seseorang menggunakan otot besar pada kadar intensiti sederhana hinggalah

tinggi untuk suatu jangkamasa yang panjang. Ia melibatkan fungsi jantung dan paru-

paru, darah dan kapasiti mengangkut oksigen, salur darah yang membekalkan tenaga

yang diperlukan untuk aktiviti daya tahan.

Treadmill

Sebuah alat yang digunakan untuk bersenam melalui aktiviti berlari atau berjalan bagi

meningkatkan kecergasan kardiorespiratori. Alat ini juga boleh dijadikan sebagai alat

untuk menguji keupayaan aerobik seseorang melalui Ujian Senaman Berperingkat

Maksimal ataupun Ujian Senaman Berperingkat Sub-maksimal di dalam makmal.

11

Protokol Ujian Treadmill

Sejenis prosedur ujian senaman berperingkat jenis maksimal. Dalam ujian ini subjek

dikehendaki berlari atau berjalan di atas Treadmill mengikut kelajuan dan darjah

kecerunan yang semakin meningkat. Subjek boleh berhenti pada manamana peringkat

mengikut kemampuan masing-masing.

Pengambilan Isipadu Oksigen (VO2)

Jumlah isipadu oksigen yang di proses oleh badan seseorang pada satu-satu masa atau

ketika melakukan aktiviti. Semakin banyak oksigen yang mampu di ambil, semakin

lama seseorang itu boleh melakukan kerja sebelum lesu (Miller, 1994).

Pengambilan Isipadu Maksimum Oksigen (VO2 max)

VO2 max bermaksud pengambilan maksimum oksigen atau kapasiti aerobik. Ia

merupakan kadar oksigen yang terbanyak boleh di ambil dan digunakan sewaktu

melakukan aktiviti.