media dan khalayak: pemberitaan isu konflik …journalarticle.ukm.my/10000/1/v31_2_2.pdf ·...

18
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 31(2) 2015: 15-32 MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK MALAYSIA DAN INDONESIA Arham Selo, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Ali Salman Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Penelitian ini bertujuan untuk melihat kebergantungan khalayak Sulawesi Selatan terhadap media dan juga persepsi masyarakat tentang pemberitaan konflik terhadap tenaga kerja Indonesia (TKI) yang telah terjadi secara sporadis selama bertahun-tahun antara Malaysia dan Indonesia seperti dilaporkan dalam Harian Fajar dan Tribun Timur. Khalayak bergantung pada media cetak untuk mendapatkan informasi. Media yang bertanggung jawab dan bebas memainkan peranan penting untuk memaklumatkan kepada khalayak tentang isu-isu konflik yang kesannya di tanggung oleh masyarakat. Media sering dikatakan sebagai sumber utama informasi yang sangat bergantung pada khalayak. Mereka adalah pengguna aktif media. Penelitian ini akan menggunakan teori ketergantungan media yang dipelopori oleh Ball-Rokeach dan DeFleur (1976) yang mengatakan pengaruh media menjadi lebih tinggi ketika khalayak bergantung sepenuhnya pada mereka. Kata kunci: Khalayak, media, kebergantungan, berita, konflik dan kredibiliti

Upload: nguyennhi

Post on 11-May-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of Communication

Jilid 31(2) 2015: 15-32

MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK MALAYSIA DAN INDONESIA

Arham Selo, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Ali Salman

Universiti Kebangsaan Malaysia

AbstrakPenelitian ini bertujuan untuk melihat kebergantungan khalayak Sulawesi Selatan terhadap media dan juga persepsi masyarakat tentang pemberitaan konflik terhadap tenaga kerja Indonesia (TKI) yang telah terjadi secara sporadis selama bertahun-tahun antara Malaysia dan Indonesia seperti dilaporkan dalam Harian Fajar dan Tribun Timur. Khalayak bergantung pada media cetak untuk mendapatkan informasi. Media yang bertanggung jawab dan bebas memainkan peranan penting untuk memaklumatkan kepada khalayak tentang isu-isu konflik yang kesannya di tanggung oleh masyarakat. Media sering dikatakan sebagai sumber utama informasi yang sangat bergantung pada khalayak. Mereka adalah pengguna aktif media. Penelitian ini akan menggunakan teori ketergantungan media yang dipelopori oleh Ball-Rokeach dan DeFleur (1976) yang mengatakan pengaruh media menjadi lebih tinggi ketika khalayak bergantung sepenuhnya pada mereka.

Kata kunci: Khalayak, media, kebergantungan, berita, konflik dan kredibiliti

Page 2: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 31(2) 2015: 15-32

16

MEDIA AND AUDIENCE: NEWS REPORTING ON CONFLICT ISSUES IN MALAYSIA AND

INDONESIA

AbstractThis research aims to look at the level of media dependency of the audience from South Sulawesi and their perception on conflict issues that has occurred sporadically over the years between Malaysia and Indonesia as reported by Harian Fajar and Tribun Timur on Indonesian workers in Malaysia. Responsible and independent media play an important role to inform the audience on current issues and policies lined by governments that has implications on the lives of its people. Media are often said to be the primary source of information that the audience rely heavily on. They are active users of media. This research will employ Media Dependency Theory forwarded by Ball-Rokeach and DeFleur (1976) that says media influence becomes higher when audiences are fully dependent on them.

Keywords: Audience , media, dependency, news, conflicts and credibility

PENGENALANKebergantungan khalayak terhadap media baik media cetak mahupun media digital amat menjadi sesuatu yang tidak boleh dielakkan, terutamanya dalam menerima pelaporan berita konflik. Masyarakat di seluruh dunia menanti pelaporan berita konflik seperti itu kerana mengandungi satu keperluan asas untuk mengetahui perkembangan yang berlaku. Media dengan antusiasnya melaporkan perkembangan berita konflik yang berlaku di seluruh dunia.

Konflik antara bangsa juga kerap terjadi dimana-mana. Konflik yang sudah lama berlaku hingga ke hari ini adalah konflik Israel dan Palestin dalam soal penaklukan wilayah (Adnan at al. 2014), Konflik di Mesir yang berfokus pada soal kepimpinan (Amalini 2015). Konflik antara China dan Jepun tercetus kerana merebut pulau (Calvin 2011). Konflik kerana kelaparan juga berlaku di Ethiopia (Ajeng 2014). Malaysia dan Singapura juga bersengketa dalam pemilikan kepulauan bahkan Indonesia dan Malaysia juga berkonflik kerana persoalan sempadan pulau, budaya, tenaga kerja yang berhujung pada terjadinya kurang puas hati antara kedua negara yang saling bersengketa (Kronos, 2014).

Pemberitaan konflik TKI di Malaysia yang kerap diberitakan pada media cetak

Page 3: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Media dan Khalayak: Pemberitaan Isu Konflik Malaysia dan IndonesiaArham Selo, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Ali Salman

17

khasnya akhbar di Sulawesi Selatan sangat besar impaknya pada kehidupan sosial masyarakat. Hal ini ditandai dengan adanya kecenderungan yang dibawa oleh media cetak yang membuat manusia tidak kuasa mengelakkannya (Lai 2007). Pakej media datang dengan membawa kemudahan serta program yang sangat signifikan untuk memenuhi keperluan manusia. Kehadirannya dapat berimpak pada struktur kehidupan sosial (Mazlan 2008). Salah satunya adalah menampakkan corak sifat individu manusia yang tidak selalu mahu berinteraksi dengan secara bersemuka, melainkan dengan cara lain iaitu melalui laman web atau dunia maya mahupun media cetak. Praktik seperti ini menandai lajunya perkembangan teknologi media menuju pada fokus yang dikehendaki. Teknologi media tidak hanya setakat menyebarkan informasi, tetapi ianya sudah mempunyai kuasa untuk membujuk bahkan mengubah jalan pemikiran manusia (Anneila 2015).

Pemberitaan konflik TKI di Malaysia yang kerap diberitakan pada media cetak khasnya akhbar di Sulawesi Selatan sangat besar impaknya pada kehidupan sosial masyarakat. Hal ini ditandai dengan adanya kecenderungan yang dibawa oleh media cetak yang membuat manusia tidak kuasa mengelakkannya. Pakej media datang dengan membawa kemudahan serta program yang sangat signifikan untuk memenuhi keperluan khalayak. Kehadirannya dapat berimpak pada struktur kehidupan sosial. Salah satunya adalah menampakkan corak sifat individu manusia yang tidak selalu mahu berinteraksi dengan bersemuka langsung, melainkan dengan cara lain iaitu melalui laman web atau dunia maya mahupun media cetak. Praktik seperti ini juga menandai lajunya perkembangan teknologi media menuju pada fokus yang dikehendaki. Teknologi media tidak hanya setakat menyebarkan informasi, tetapi ianya sudah mempunyai kuat kuasa untuk membujuk bahkan mengubah jalan pemikiran manusia.

PERMASALAHAN KAJIANFenomena kebergantungan khalayak terhadap media bercetak mahupun media digital amat menjadi perhatian sebahagian besar penyelidik. Terutamanya dalam menerima pelaporan berita konflik. Masyarakat di seluruh dunia menanti pelaporan berita konflik seperti itu kerana mengandungi satu keperluan asas untuk mengetahui perkembangan yang berlaku.Oleh itu, pada kajian ini pengkaji ingin mengetahui tahap kebergantungan khalayak terhadap media cetak dalam menyikapi pemberitaan konflik dan sekaligus pengkaji akan melihat dari satu sudut analisis secara kualitatif terhadap kedua media bercetak iaitu Harian Fajar dan Tribun Timur yang kerap memberitakan konflik TKI Indonesia di Malaysia.

TEORI SISTEM KEBERGANTUNGAN MEDIATeori ini pada intinya merupakan sebuah teori komunikasi yang mencuba untuk melihat adanya kebergantungan komunikasi dari khalayak terhadap media massa. Teori ini menyatakan bahawa semakin seseorang bergantung pada suatu media

Page 4: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 31(2) 2015: 15-32

18

untuk memenuhi keperluannya, maka media tersebut menjadi semakin penting untuk orang itu. Teori ini telah mengujicuba tentang kebergantungan media yang lebih dikenal Media system dependency theory (Sandra Ball Rokeach dan Melvin DeFleur (1976) Teori ini menunjukan model hubungan integral tak terpisahkan antara pemirsa, media dan sistem sosial yang besar. Andaian bahawa semakin bergantung seseorang individu itu terhadap media bagi memenuhi kehendaknya, maka semakin penting peranan media dalam kehidupan individu tersebut dan akhirnya semakin berpengaruh media tersebut ke atas individu berkenaan (Ball-Rokeach & DeFleur, 1985).

Teori ini mengidentifikasi bagaimana orang menggunakan dan menjadi bergantung pada media. Orang menggunakan media untuk banyak alasan. Informasi, hiburan, dan hubungan parasosial adalah hanya beberapa dari mereka. Teori Kebergantungan mengatakan bahawa seseorang akan bergantung pada media dengan matlamat memenuhi keperluan asasnya. Media akan menjadi lebih penting untuk individu tersebut apabila media itu dapat memenuhi kepentingan penggunanya (Rokeach & DeFleur 1985). Media juga akan memiliki pengaruh lebih banyak dan kekuasaan atas individu tersebut. Jika seseorang sangat bergantung pada media untuk informasi, dan media adalah satu-satunya sumber orang itu untuk informasi, maka mudah untuk mengatur agenda publik atau hal yang akan dianggap penting bagi khalayak.

Rumnyeni (2013) mengatakan bahawa media sudah memperlihatkan kepada masyarakat dan bahkan masyarakat sudah menilai berdasarkan apa yang mereka lihat, baca dan dengar dariapada media. Sesuai dengan teori-teori sebelumnya yang menekankan pada pengguna sebagai penentu media, teori ini memperlihatkan bahwa individu bergantung pada media untuk pemenuhan keperluan atau untuk mencapai matlamatanya, tetapi mereka tidak bergantung pada banyak media dengan porsi yang sama besar. Mereka tetap dapat memilih media mana yang akan mereka gunakan untuk memenuhi keinginanya. Model ini memperlihatkan bahwa individu bergantung pada media untuk pemenuhan keperluan untuk mencapai tujuannya, tetapi mereka tidak bergantung pada banyak media dengan porsi yang sama besar (Ilham 2011).

Ada beberapa pengkaji sebelumnya yang telah menyelidiki tentang teori kebergantungan diantaranya seperti pada berikut ini. Satu penelitian lain yang mengkaji mengenai teori kebergantungan, iaitu Internet Dependency Relations (IDR) yang dilakukan oleh Patwardan dan Yang (2003). Selain penyelidikan tersebut terdapat juga penyelidikan lain yang dilakukan oleh Clyde Bentley (1998) mengenai kebergantungan terhadap media dan hasil penelitian ini kemudian menunjukkan bahawa para responden akan cenderung merasakan kehilangan yang mendalam jika tidak menerima akhbar langganannya satu hari saja. McCombs dan Weaver menyatakan bahawa teori kebergantungan komunikasi dapat dikatakan sebagai pengembangan dari Agenda setting terutamanya pada variabel orientasi kebutuhan (need for orientation) yang mempengaruhi kognisi, perilaku dan perasaan khalayak. Alcañiz, at al. (2006)

Page 5: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Media dan Khalayak: Pemberitaan Isu Konflik Malaysia dan IndonesiaArham Selo, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Ali Salman

19

dalam penyelidikannya dengan mencuba menganalisis isu pembelanjaan jarak jauh melalui televisiyen dari segi teori kebergantungan media. Sedangkan Gatot (2013) mengkaji besarnya kebergantungan seseorang pada media ditentukan dari dua hal. Sedangkan Ball -Rokeach (1985) menunjukkan kesan individu terhadap sistem kebergantungan media apabila terdedah dan mesej kesan tidak terpilih, bagaimanapun, ditujukan soalan yang sama penting daripada penentu individu sistem kebergantungan media. Sandra & Joo (2009) dalam kajiannya menjelaskan bagaimana teori sistem media pergantungan (MSD) meningkat daripada isu-isu dan perdebatan sekitar teori kesan media semasa.

Masih berhubungkait dengan kebergantungan khalayak beberapa penyelidikan yang telah dilakukan oleh pengkaji dahulu. George & Jackob (2010) dalam penyelidikannya menggabungkan tiga konsep penyelidikan komunikasi iaitu kebergantungan media, amanah dalam media massa, dan penggunaan media alternatif dan sumber maklumat. Sedangkan Grant,at al (1991) mengungkap bagaimana fenomena membeli-belah pada televisyen dianalisis dari segi teori sistem media pergantungan. Selanjutnya (Halpern 1994) menguji teori media kebeergantungan untuk nondemocratic (kuku besi) sistem politik, khususnya, kes Chile dan juga menganalisis pendapat umum mengenai prestasi media berita dan presiden sebelum dan selepas serangan 11 September. Sementara Lee ( 2012) dalam kajiannya meliputi kerja semasa dengan menyiasat peranan laman rangkaian sosial bermain dalam memudahkan ungkapan emosi berikutan kematian tokoh masyarakat, Michael Jackson. Loges (1994) mengarah kajiannya pada penelitiannya mengenai kebergantungan media dalam konteks media Internet. Ia diperkenalkan konstruk dilihat kecekapan saluran dalam proses mencari maklumat dan diuji kesannya terhadap pergantungan media. Loges & Ball-Rokeach (1993) mengkaji matlamat pembaca dan kepentingan sistem media hubungan pergantungan dalam menerangkan jumlah masa yang dihabiskan membaca surat khabar.

TUJUAN KAJIAN Oleh itu, pada kajian ini pengkaji ingin menghuraikan secara kualitatif tahap kebergantungan khalayak terhadap media cetak dalam pemberitaan konflik sekaligus menghuraikan tentang persepsi masyarakat Sulawesi Selatan tentang pemberitaan konflik tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti:1. Tahap kebergantungan khalayak terhadap media cetak Harian Fajar dan

Tribun Timur dalam pemberitaan konflik TKI di Malaysia.2. Persepsi khalayak khasnya masyarakat Sulawesi Selatan tentang

pemberitaan konflik TKI di Malaysia.

Page 6: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 31(2) 2015: 15-32

20

KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data kualitatif melalui kumpulan fokus dikenali luas kerana kelebihannya dalam membagikan kemudahan dan peluang bagi penyelidik untuk menjalin keterbukaan, kepercayaan, dan memahami persepsi, sikap, serta pengalaman yang dimiliki informan. Kumpulan fokus memungkinkan penyelidik dan informan berdiskusi kerap dan tidak kaku dalam membahas isu-isu yang sangat spesifik.

Ahli kumpulan yang diambil hanya daripada Indonesia sahaja, kerana kajian ini hanya difokuskan responden daripada Indonesia sahaja. Difahami juga bahawa yang kerap memberitakannya konflik adalah media-media daripada Indonesia. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada maklumat yang berbentuk mengukuhkan pendapat itu akan dilakukan perbincangan kelompok fokus dengan melibatkan 4 kumpulan yang diambil dari Indonesia dan masing-masing kumpulan terdiri daripada 6 ahli sahaja. Sehingga secara keseluruhan seramai 24 orang ahli yang dimintai pendapatnya dalam perbincangan kumpulan fokus. Setiap ahli mempunyai latar belakang pendidikan dan kepakaran yang berbeza sehingga di antaranya ada pensyarah, politsien, tokoh masyarakat, kementerian komunikasi, wartawan, kaki tangan kerajaan, pelajar sama ada juga unsur tokoh pemuda.

HASIL ANALISIS PERBINCANGAN KUMPULAN FOKUS

Kebergantungan khalayak terhadap media cetakKajian ini telah mendapati beberapa pendapat daripada informan yang berhubung kait dengan tajuk dan permasalahan kajian yang ada. Berikut beberapa pendapat informan mengenai pemberitaan konflik tenaga kerja Indonesia di Malaysia. yang biasa dimuat pada Harian Fajar dan Tribun Timur (Informan 1).

.... “Kedua media cetak yang ada di Makassar ini memang sering memberitakan konflik antara Indonesia dan Malaysia. Seingatsaya... yang paling marak pemberitaannya adalah ketika salah seorang TKI asal Indonesia yang dikena hukuman gantung di Malaysia”...(Informan 1KF-1.7 Januari 2014).

Dengan demikian (informan 1) mengakui bahawa media cetak Harian Fajar dan Tribun Timur kedua-keduanya kerap melaporkan berita konflik tentang Tenaga kerja Indonesia (TKI) yang ada di Malaysia. Kedua media cetak itu dapat melaporkan suasana TKI yang bermasalah dengan pelbagai macam kes yang dilakukan oleh tenaga kerja Indonesia. Satu berita yang paling ramai dibaca oleh masyarakat Sulawesi Selatan iaitu kes hukuman gantung terhadap Basri Masse yang dilakukan kerajaan Malaysia terhadap salah seorang warga asal

Page 7: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Media dan Khalayak: Pemberitaan Isu Konflik Malaysia dan IndonesiaArham Selo, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Ali Salman

21

Sulawesi Selatan. (Indonesia) pada tahun 1991. Peristiwa ini amat nenyayat hati masyarakat Indonesia khususnya Sulawesi Selatan, namun harus diterimanya dengan lapang dada sebagai konsekuensi pemberlakuan hukum islam terhadap warga asing daripada luar negara yang melanggar undang-undang Malaysia.

Selari dengan apa yang disampaikan oleh informan 1 ternyata disokong oleh informan 4 dan 6 KF-1 dengan penuturannya sebagai berikut :

..... “bahwa media cetak Harian Fajar dan Tribun Timur merasa senang jika ada pemberitaan konflik yang dapat dilaporkan terutama masalah TKI Indonesia di Malaysia...karena surat kabar laris dapat dapat terjual banyak ha ha ha.....” (Informan 1 KF-1. 7 Januari 2014).

“...Yah memanglah Harian Fajar dan Tribun Timur sudah biasa melaporkan berita konflik TKI kita yang ada di Malaysia .....

”(Informan 1 KF-1. 7 Januari 2014). Berhubungkait dengan pelaporan berita konflik daripada Harian Fajar dan

Tribun Timur menurut informan 4 KF-1 dan informan 6 KF-6 meramal bahawa fenomena pelaporan berita konflik daripada akhbar Harian Fajar dan Tribun Timur sudah menjadi satu pekerjaan secara berterusan yang dilakukan oleh wartawan. Melaporkan berita konflik pada setiap masa adalah sesuatu biasa-biasa sahaja. Di samping itu ketika sesebuah berita konflik dilaporkan dengan sehebat-hebatnya dapat secara langsung berpengaruh secara signifikan terhadap kuantiti masyarakat yang dapat membaca/membeli akhbar sehingga pemasukan kewangan terhadap perusahaan akhbar dapat memenuhi jumlah bilangan yang tinggi sehingga dapat memperoleh keuntungan yang lebih banyak. Apatahlagi maklumat konflik diantara dua negara merupakan kes yang paling menarik untuk dicermati sama ada konflik tenaga kerja Indonesia yang ada di Malaysia.

Sedangkan beberapa penuturan informan yang lain juga masih berkaitan dengan pemberitaan konflik diantaranya :

“... Indonesia dan Malaysia adalah kadang kala berkonflik. mungkin penyebabnya adalah karena dua negara serumpun seperti Bersaudara .... dalam saudara tersebut biasa terjadi hal-hal pertengkaran. namun setelah bertengkar dan dapat berdamai lagi ....” (Informan 1 KF-2. 7 Januari 2014).

”... Koran Fajar dan Tribun kadangkala menjadi perhatian yang ramai oleh masyarakat Sulawesi Selatan apalagi jika media cetak tersebu memaparkan berita konflik khususnya kondisi TKI di negeri jiran .... media cetak ini sangat dekat dengan masyarakat Sul-Sel sehingga sangat membantu daripada kedua media ini...” (Informan 3 KF-2. 7 Januari 2014).

Page 8: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 31(2) 2015: 15-32

22

“... Sebenarnya berkonflik itu adalah persaingan. namun dapat menjad besar karena diberitakan dalam media. seperti nasib TKI yang diberitakan Harian Fajar atau Koran Tribun dapat memancing emosi masyarakat yang membacanya...” (Informan 4 KF-2. 7 Januari 2014).

Daripada pendapat informan 1 KF-2. informan 3 KF-2 mahupun informan 4 KF-2 secara jelas menggambarkan bahawa media cetak Harian Fajar dan Tribun Timur kedua-duanya selalu tampil memberitakan konflik khususnya TKI yang ada di Malaysia. Kekerapan konflik itu disebabkan oleh hubungan kedua bangsa (Indonesia dan Malaysia) merupakan dua bangsa yang mempunyai hubungan serumpun budaya dan persaudaraan sehingga sangatlah rentan untuk berkonflik. Walau konflik hanya kecil sahaja namun media cetaklah yang memberitakan secara hebat sehingga konflik itu dapatlah menjadi sesebuah konflik yang besar. Dengan berita yang ada pada media tersebut sangat laju hingga ke atas masyarakat. sebab kedua media cetak ini merupakan media yang kehadirannya selalu ditunggu oleh masyarakat Sulawesi Selatan.

Masyarakat merasa sangat terbantu oleh media cetak dalam memenuhi maklumat yang diperlukan. Seiring dengan pemberitaan pada media cetak Harian Fajar dan Tribun Timur berikut ini ada pandangan-pandangan dariapada responden yang berhubungkait dengan penyataan di atas.

.....”Berita konflik yang diberitakan oleh Harian Fajar dan Tribun Timur memang kami sangat memerlukan dan saya merasa terbantu dengan berita tersebut sehingga media cetak Harian fajar dan Tribun Timur selalu kami nantikan beritanya”..... (Informan 6 KF-2. 7 Januari 2014).

.....”Kami suka berita konflik yang ditampilkan Harian Fajar dan Tribun Timur sehingga dapat meberikan informasi yang terjadi di belahan dunia terutamnya berita TKI di Malaysia. (Informan 1 KF-3. 7 Januari 2014).

Media cetak dan Harian Fajar dan Tribun Timur juga menjadi alat panduan bagi masyarakat untuk memahami konflik apa yang terjadi sekaligus dapat mengetahui perlakuan-perlakuan yang sedang terjadi. baik disebabkan oleh kedua-dua negara yang sedang berkonflik mahupun adanya perlakuan yang dikeranakan adanya campur tangan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab. Sebagaimana yang dinyatakan oleh responden sebagai berikut :

.....”Laporan pemberitaan konflik TKI yang diberikan pada media cetak Harian Fajar dan Tribun Timur dapat sebagai pedoman untuk melihat perlakuan-perlakuan yang terjadi maupun yang disebabkan oleh pihak- pihak lain yang tidak bertangggung jawab”..... (Informan 1 KF-4. 7 Januari 2014).

Page 9: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Media dan Khalayak: Pemberitaan Isu Konflik Malaysia dan IndonesiaArham Selo, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Ali Salman

23

....”Media cetak Harian Fajar dan Tribun Timur juga dapat memberikan penjelasan sebagai faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya konflik tersebut berlaku sehingga kita dapat memahami pihak yang bersalah”.... (Informan 5 KF- 4. 7 Januari 2014).

....”Misi yang diemban oleh koran cetak Harian Fajar dan Tribun Timur adalah memberikan informasi kepada khalayak.tetapi informasi pemberitaan itu harus jelas”..... (Informan 3 KF-4. 7 Januari 2014).

Media cetak yang dibaca oleh khalayak hingga hari ini masih diminati. meskipun diakui bahawa media digital banyak bermunculan di Internet tetapi media cetak masih diminati dengan beberapa pertimbangan tertentu. termasuk salah satunya adalah dengan mudah diakses tanpa harus menggunakan perangkat internet. Media cetak masih menjadi pilihan kerana masih nyaman untuk digunakan sebagaimana petikan skrip kumpulan fokus pada berikut ini :

...”Media cetak seperti Harian Fajar atau Tribun Timur memang masih menjadi pilihan pembaca kerana masih mudah dicari ditempat-tempat tertentu tanpa harus menggunakan jaringan internet. apalagi diakui bahawa dikampung-kampung masih sulit dijangkau oleh internet sehingga harapan sepenuhnya masih berada pada media cetak. Sehingga masyarakat masih memilih media cetak sebagai sumber informasi yang layak dan begitupula menggunakannya masih nyama-nyaman saja”..... (Informan 2 KF-1. 7 Januari 2014).

.....’keuntungan lain dengan menggunakan media cetak adalah media cetak dapat dibaca secara bertahap. ertinya ketika kita mengalami kesibukan maka media cetak dapat disimpan dulu dan dapat diambil kembali setelah kita mempunyai masa yang cukup untuk membaca kembali”.... (Informan 4 KF-6. 7 Januari 2014).

Merujuk pada kenyataan tersebut bahawa ternyata media cetak bukan sesuatu yang dianggap ketinggalan jaman. Hal ini dapat dibuktikan bahawa meskipun media digital sudah cukup banyak namun masyarakat masih memilih menggunakan media cetak sebagai pusat informasi. Alasannya bahawa media cetak masih dengan mudah untuk diakses dimana-mana sahaja tanpa harus bergantung kepada jaringan internet. Apalagi masyarakat yang bermukim di luar bandar sungguh sangat kesulitan untuk mencari jaringan internet.

Persepsi Masyarakat Indonesia Terhadap Pemberitaan Konflik TKIBerikut ini beberapa persepsi masyarakat Indonesia khasnya Sulawesi Selatan setelah membaca berita konflik antara Indonesia dan Malaysia khususnya

Page 10: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 31(2) 2015: 15-32

24

mengenai kes tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia. Persepsi masyarakat Indonesia terhadap media cetak dapat diukur dengan menggunakan ungkapan-ungkapan perasaan dalam diri peribadi masing-masing yang pada akhirnya berkembang menjadi perasaan kumpulan masyarakat yang biasanya dicerminkan melalui perasaan-perasaan yang sangat tidak sensitif hingga perasaan yang sangat sensitif sekali. Menurut Edward De Bono (1996) konflik berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah kebimbangan, paksaan, keadilan dan kewangan

Sejauh mana perasaan sensitif terhadap media cetak Harian Fajar dan Tribun Timur dalam melaporkan berita konflik antara Indonesia dan Malaysia khususnya masalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Dalam kenyataan informan berpersepsi terhadap pemberitaan konflik mengandungi perasaan yang sensitif terhadap perlakuan TKI yang ada di Malaysia. Hal ini dapat disemak pernyataan informan sebagai berikut:

.....”Pelaporan berita konflik khususnya tentang masalah TKI yang ada di Malaysia sungguh menaruh perhatian dengan perasaan sensitiviti bagi kami sebagai warga negara Indonesia.... (Informan 1 KF-1.7 Januari 2014).

.....”Perlakuan polis Malaysia dengan mencabuli TKI asal Indonesia sungguh mengundang perasaan yang tidak baik terhadap kami dan seluruh warga negara Indonesia”..... mencabuli adalah perbuatan biadab yang sungguh memalukan dan dilaknat oleh Allah SWT...(Informan 3 KF-1. 7 Januari 2014).

Merujuk kenyataan informan pada kumpulan fokus bahawa pelaporan berita konflik yang dimuat dalam akhbar bercetak Harian Fajar dan Tribun Timur tentang permasalahan TKI yang ada di Malaysia sungguh menaruh perhatian yang cukup sensitif terhadap warga negara Indonesia. Oleh itu, pelaporan tentang berita konflik perlu diberitakan secara berhati-hati dan bijaksana. Apalagi jika pemberitaan itu dapat memancing emosi warga sehingga dapat kan konflik yang berasal dari skala kecil hingga menjadi ke skala yang lebih besar. Hal ini dapat menjadi potensi untuk memperbesar berita konflik apatah lagi isi berita konflik amat menyentuh masyarakat Indonesia. Kes tentang pelakuan polis Malaysia yang merogol tenaga kerja Indonesia sungguh sangat dikecam oleh masyarakat Indonesia. Perlakuan tersebut dianggap sangat tidak berperi kemanusiaan kerana institusi polis sepatutnya dapat melindungi dan melindungi warga yang bermasalah dan mencari jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi. Namun kenyataan bahawa seorang polis yang melakukan pelanggaran undang-undang menjadi kecaman hebat yang datang daripada masyarakat Indonesia kerana perlakuan polis yang tidak wajar.

Perlakuan seorang majikan Malaysia terhadap tenaga kerja Indonesia (TKI) sememangnya membuat masyarakat Indonesia sangat sensitiviti untuk menanggapinya kerana perlakuan itu kadang kala melampau had kewajaran.

Page 11: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Media dan Khalayak: Pemberitaan Isu Konflik Malaysia dan IndonesiaArham Selo, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Ali Salman

25

Berita konflik yang diterima oleh seorang informan dalam penuturannya dalam kumpulan fokus sebagai berikut :

.....”Berita mengenai perlakuan Majikan orang Malaysia dengan mengurung TKI dengan tidak memberi makanan adalah tidak manusiawi dan kami sangat benci terhadap orang Malaysia yang melakukan itu .... TKI adalah manusia biasa yang tidak berbeda dengan majikan yang sepatutnya tidak memberikan perlakuan kasar terhadapnya”..... (Informan 2 KF-2. 7 Januari 2014)

.....”Sebetulnya TKI yang datang ke Malaysia dapat memberikan banyak keuntungan terhadap pemerintah Malaysia....... bayangkan saja kalau TKI yang jumlahnya jutaan orang mogok kerja dan kembali ke Indonesia tentu menjadi masalah bagi besar kerajaan Malaysia.Perusahaan yang ada di Malaysia menjadi macet.Olehnya itu kami orang indonesia berharap agar orang Malaysia tidak memperlakukan semau gue TKI. Karena perlakuan yang kasar membuat kami rasa sensitif membela orang–orang kami ...... walaupun kami belum tahu siapa yang salah”.... (Informan 4 KF-2. 7 Januari 2014).

Merujuk kepada kenyataan informan bahawa berita konflik yang dilaporkan oleh Harian Fajar dan Tribun Timur tentang kes TKI merupakan potensi untuk terjadinya konflik. Masyarakat Indonesia setelah membaca berita tersebut sangat laju terpancing emosinya (mengandungi sensitiviti) kerana adanya perlakuan seorang majikan daripada Malaysia yang tidak berkenan. Fenomena ini bukan hanya sekali terjadi. namun sudah beberapa kali berulang terhadap kes yang sama. Aktifiti ini tentu memerlukan satu analisis lebih lanjut apa yang menjadi penyebab sehingga penderaan ini kerap berlaku. Ketika kes ini dipublikasikan ke khalayak tentu tidak seorangpun menanggapinya dengan baik. Komen dan cadangan semuanya mengarah kepada hal-hal yang negatif dan menyalahkan majikan yang meperlakukan seseorang TKI diluar had kewajaran.

Namun perlu juga disedari bahawa sesuatu boleh berlaku kerana ada penyebabnya. Kehadiran berita dalam sebuah pemberitaan konflik biasanya masyarakat hanya melihat sejauh mana apa yang ditulis oleh wartawan yang dilaporkan dalam akhbar. Masyarakat tidak dapat menganalisis lebih jauh apa sesungguhnya yang berlaku di lapangan sehingga kerap terjadi pro-kontra bahkan sering menjadi kontradiksi di tengah-tengah halayak.Terjadinya kes seperti yang disampaikan informan sememangnya dalam kenyataan namun perlu juga difahamkan bahawa para TKI yang berangkat ke Malaysia tidak semuanya memiliki bekal keterampilan yang memadai sebagai tenaga kerja yang siap pakai.

Kenyataannya bahawa ada diantara tenaga kerja yang bersal dari Indonesia yang tidak mahir dalam menjalankan profesinya sebagai tenaga kerja. Mereka

Page 12: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 31(2) 2015: 15-32

26

masih perlu bimbingan yang lebih detail untuk menuju pada seseorang yang lebih professional. Seorang wartawan yang baik sudah tentu dapat menyeimbangkan pelaporan berita yang dimuat dalam akhbar media cetak. Sebab bagaimanapun juga masyarakat selalu mengharapkan berita yang dilaporkan oleh media cetak dapat memberikan maklumat. Disampaikan itu media cetak juga diharapkan untuk berfungsi sebagai media pendidikan dan hiburan. Sehingga seyogyanya setiap berita yang dilaporkan hendaknya mengandungi secara standar fungsi-fungsi media yang ada tanpa menghilankan konten berita yang sesungguhnya.

Selain berita yang sangat sensitif terhadap penyanderaan TKI juga terdapat berita konflik dalam bentuk lain iaitu adanya perlakuan-perlakuan penghargaan yang dilakukan oleh warga Malayasia terhadap TKI asal daripda Indonesia. Perlakuan seperti ini tentu sangat disayangkan boleh berlaku. sebab perlakuan ini rentan dengan nilai-nilai perasaan sensitif yang ada pada masyarakat. Kurangnya penghargaan/perlakuan yang diberikan kepada TKI membuat banyak komen daripada masyarakat Indonesia sebagaimana yang disampaikan oleh Informan sebagai berikut :

.....”Sedangkan mengenai berita konflik tentang perbezaan sifat perlakuan/penghargaan orang Malaysia terhadap TKI amat disayangkan ....seperti menunda pembayaran gaji....tidak memberi makan....seharusnya Pemerintah Indonesia memutuskan saja hubungan kerja sama dengan Malaysia”..... (Informan 3 KF-2. 7 Januari 2014).

.....”Ketika membaca berita konflik antara Indonesia dan Malaysia ada perasaan muak. benci dan sensitiviti. Jika berita-berita itu benar tentu tidak pantaslah perlakuan orang Malaysia seperti itu. Namun perlu juga disedari bahawa TKI kita yang pergi keluar negara sebaiknya dibekali dengan keterampilan-keterampilan sehingga tidak mengecewakan bagi negara-negara yang mempekerjakannya termasuk Malaysia” (Informan 5 KF-2. 7 Januari 2014).

Merujuk kepada kenyataan yang disampaikan oleh informan di atas bahawa perlakuan kepada TKI dengan tidak memberi makan. menunda pembayaran gajinya sungguh dapat dijadikan sebagai bahan introspeksi diri. Jika TKI diperlakukan secara tidak wajar akan mendatangkan impak sangat tinggi. Termasuk kepada diri sendiri TKI mahupun kepada masyarakat lingkungannya dan juga akan berimpak kepada negara sebagai tempat di mana mereka bekerja. Sebab diakui bahawa tidak semua TKI yang ke luar negara hanya untuk kepentingan menyambung hidup semata tetapi kadang kala TKI tersebut sudah memiliki pekerjaan di kampung halamannya. Jadi misi ke luar negara sekadar mencuba-cuba sahaja. Ketika dia merasakan agak susah di rantau dan merasa lebih aman jika kerja di kampungnya, maka mereka masih lebih baik kembali ke kampung halaman untuk meneruskan pekerjaannya.

Page 13: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Media dan Khalayak: Pemberitaan Isu Konflik Malaysia dan IndonesiaArham Selo, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Ali Salman

27

Satu cadangan untuk TKI mahupun pemerintah tentang perlunya diberikan pelajaran yang berharga kepada para TKI yang hendak ke luar negara. Sebab ketika berada di luar negara secara otometik harus bergaul terhadap sesama bangsa-bangsa lain. Maka di sinilah diperlukan sesebuah keterampilan. baik keterampilan dalam hal berkomunikasi mahupun keterampilan kesiapan untuk bekerja. Sebab satu kes boleh sahaja terjadi kerana diakibatkan oleh persoalan komunikasi antara TKI dengan orang lain. Termasuk majikannya kerana persoalan bahasa yang tidak menyambung. Terjadi mis-komunikasi sehingga maksud dan harapan tidak rujuk. Di samping itu yang paling terpenting juga adalah persoalan keterampilan kesiapan kerja. Tidak dipungkiri bahawa tidak semua TKI mahir dalam bekerja, maknanya bahawa dapat menguasai pekerjaannya. bahkan ada juga TKI yang tidak memenuhi standar kriteria sebagai pekerja yang siap bekerja sehingga kualiti kerjanya dapat berakibat timbulnya kes di antara TKI dengan majikannya.

Walaubagaimanapun Indonesia dan Malaysia adalah satu rumpun Melayu. Pernyataan ini dapat dibuktikan bahawa ada enam puluh peratus daripada jawatan kuasa di bawah pemerintahan Najib Tun Razak adalah salahsilahnya berasal daripada Indonesia. Sehingga kadang kala ada daripada sepihak yang merasa tidak puas hati dengan melihat perilaku yang ditampilkan dalam berita konflik. Sebagaimana yang dinyatakan informan sebagai berikut :

...”hubungan kekerabatan dan persaudaraan antara Indonesia dan Malaysia memang dekat.hal ini dapat dilihat raja-raja di beberapa negeri di Malaysia yang masih keturunan dari Indonesia bahkan Perdanan Menteri Malaysia (Datuk Mohammad Najib Tun Razak) adalah turunan Bugis”... (Informan 2 F-3. 7 Januari 2014).

.....”Saya setuju bahawa Indonesia dan Malaysia masih bersaudara karena banyaknya orang-orang yang asal usulnya dari Indonesia. mungkin karena tempo dulu seakan-akan tidak ada batas antara Indonesia dan Malaysia sehinggaorang mudah menyeberang dan tinggal sana.....mereka-mereka inilah yang beranak dan bercucu serta bercicik dan pada akhirnya menetaplah di Malaysia.”...... (Informan 3 KF-3. 7 Januari 2014).

Kenyataan informan di atas menjelaskan bahawa hubungan Indonesia dan Malaysia tidak sekadar sebagai negeri jiran. Namun jika ditelusuri lebih jauh hubungan kekerabatan itu lebih mendalam lagi. Sebab kedua-dua negara ini satu rumpun budaya bahkan kekarapan dalam pertalian hubungan darah. Terbukti bahawa beberapa negeri di Malaysia raja-rajanya salasilahnya berasal dari tanah Bugis. Bahkan sehingga sekarang ini masih dijumpai beberapa orang ahli kerajaan yang masih mengaku bahawa mereka adalah turunan Bugis. Seperti Datuk Mohammad Najib Tun Razak masih mengaku bahawa dirinya adalah turunan Bugis. Kini beliau adalah sebagai perdana Menteri Malaysia. Salah

Page 14: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 31(2) 2015: 15-32

28

satu Ketua Jabatan Negeri Mersing Wilayah Johor iaitu Hj. Nasir yang tidak tanggung-tanggung mengakui bahawa dia adalah Putra Bugis dan hingga kini beliau dan keluarganya masih boleh berbahasa Bugis. Di mana-mana dalam negeri Malaysia masih dijumpai kumpulan-kumpulan Bugis. Di Johor tepatnya di Pontian masih dijumpai kumpulan Bugis. di Serawak. Sabah Malaysia juga masih dijumpai kumpulan Bugis bahkan di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) yang maioriti pelajar-pelajarnya adalah Sembilan puluh peratus turunan Bugis.

Berdasarkan kenyataan informan itu dapat diprediksi bahawa untuk masa-masa hadapan rumpun Bugis yang ada di Malaysia semakin ramai. Sehingga satu masa kumpulan rumpun Bugis semakin banyak dan membesar dan boleh jadi sebahagiannya sudah menjadi warga negara Malaysia. Hingga saat ini sudah banyak warga Indonesia yang lahir di Malaysia sehingga sudah dapat menikmati pelbagai fasiliti-fasiliti kerajaan Malaysia. Bahkan sebahagiannya sudah menjadi penduduk Malaysia sehingga hak-haknya sebagai penduduk tidak ada bezanya dengan penduduk Melayu Malaysia.

Tercatat dalam sejarah tentang keserumpunan antara Indonesia dan Malaysia. Kenyataan ini tentunya tidak dapat dibantah oleh siapapun kerana inilah keserumpunan yang boleh dikekalkan khususnya kepada generasi yang akan datang. Namun dalam kenyataannya masih kerap terjadi salah faham yang dapat membuat salah satu pihak merasa tidak puas hati. Sebagaimana yang dinyatakan oleh informan sebagai berikut :

....”Kalau dilihat sejarah kebangsaan antara Indonesia dan Malaysia adalah satu darah dan satu rumpun. Namun perilaku orang Malaysia cenderung kasar seakan-akan tidak mencerminkan adanya hubungan darah dan keserumpunan.. persaudaraan hanya simbol belaka karena tidak dipelihara dengan kasih sayang”..... (Informan 4 KF-4. 7 Januari 2014).

...”antara Indonesia dan Malaysia sebenarnya satu tapi dua...... ertinya bahawa kedua bangsa ini didiami oleh satu suku iaitu Melayu .... tapi mengapa berpisah karena penjajah yang memisahkannya.... Apalagi penjajahnya berbeza .... Indonesia dijajah ole Belanda sedangkan Malaysia dijajah oleh Inggeris. Kedua penjajah inilah yang memisahkan Indonesia dan Malaysia”.... (Informan 3 KF-4. 7 Januari 2014).

Merujuk kepada informan di atas dapat dimaknai bahawa keserumpunan ini telah dirakamkan dalam buku sejarah. baik sejarah yang ada di Indonesia mahupun yang ada di Malaysia sehingga agak sulit dipisahkan kekerapan kedua-dua bangsa tersebut (Indonesia dan Malaysia). Masa dan keadaan boleh berubah namun keserumpunan dan hubungan darah tidak dapat di asingkan. Keserumpunan ini dapat terbelah menjadi dua kerana diakibatkan oleh kolonial yang menjajah kedua-dua bangsa ini. Sehingga jika Indonesia dan Malaysia

Page 15: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Media dan Khalayak: Pemberitaan Isu Konflik Malaysia dan IndonesiaArham Selo, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Ali Salman

29

merasa tidak puas hati di antara kedua-duanya maka kepuasan itu tidak berlaku kekal untuk selama-lamanya. Kerana konflik yang terjadi antara Indonesia dan Malaysia diibaratkan seperti pokok kelapa yang terkena angin. Pokok kelapa itu seakan-akan mahu tumbang. namun setelah anginnya tidak ada maka pokok kelapa itu kembali tegak sebagaimana biasanya. Jadi hubungan antara Indonesia dan Malaysia laksana benci tapi rindu.

Menurut Vilaneuva (2007) mejelaskan bahawa kehati-hatian perlu sekali jangan sampai sengketa yang ada dapat berkembang kritis membawa dampak geopolitik berlebihan. Sengketa antara dua negara, terutama sengeketa berenjata.Jika persaingan di antara kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi dan kemajuan negara yang diutamakan, maka yang boleh nampak adalah adanya perlumbaan yang tidak sihat dan mengarah kepada timbulnya rasa tidak puas di antara salah satunya. Namun, jika nuansa keserumpunan dan pertalian hubungan darah diutamakan maka yang nampak adalah rasa kasih sayang di antara kedu-dua negara. Sehingga keserumpunan adalah sesuatu yang harus dibangun demi untuk mengekalkan hubungan kedu-dua bangsa ini di masa hadapan sehingga kedua-dua negara dapat menjadi negara yang besar khususnya dalam kebangkitan ASEAN di masa hadapan.

Indonesia dan Malaysia dapat menjadi rumpun yang besar di masa hadapan kalau kedua-dua negara ini bersatu. Sebab warga Malaysia juga merupakan sebahagian besar yang juga asal usulnya daripada Indonesia. Sehingga untuk membina dan mengekalkan hubungan tidak memerlukan masa yang banyak kerana di antara masyarakat Indonesia dan masyarakat Malaysia sudah mempunyai banyak persamaan. Kenyataan informan dilihat sebagai berikut :

.....”Budaya Indonesia dan Malaysia hampir sama. Mungkin yang menyebabkan adalah karena penduduk Malaysia sebahagian besar juga berasal dari Indonesia....orang-orang Indonesia yang sudah tinggal lama di Malaysia yang mengembangkan kebudayaan itu ... sehingga budaya antara dua negara sebahagian sama”...... (Informan 5 KF-4. 7 Januari 2014).

.....”Di sebalik itu hubungan persaudaraan dan keserumpunan menjadi retak karena disebabkan oleh berita-berita konflik yang dimainkan oleh wartawan sehingga kedua bangsa ini kadang kala berkonflik ..... perlakuan orang Malaysia yang egois juga kadang kala membuat tumbuhnya benih-benih konflik yang dapat merosak hubungan yang harmoni di antara kedua negara.”.... Informan 6 KF-4. 7 Januari 2014).

Merujuk kepada hasil dapatan bahawa meskipun diakui bahawa kedua bangsa ini bersaudara dan satu rumpun namun dalam kenyataannya masih kerap di antara keduanya saling balas-balasan mengungkapkan ketidakpuasan hati yang berlaku. Masyarakat Indonesia seakan-akan diremehkan oleh Masyarakat Malaysia sehingga masyarakat Indonesia tidak menerimanya. Masyarakat Indonesia

Page 16: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 31(2) 2015: 15-32

30

beranggapan bahawa adanya perilaku egois yang diperlihatkan oleh masyarakat Malaysia kerana hingga saat ini tingkat kesejahteraan ekonominya lebih bagus. Alasan-alasan itulah yang membuat masyarakat Malaysia memandang remeh para tenaga kerja yang datang ke Malaysia termasuk tenaga kerja Indonesia.

KESIMPULANKebergantungan khalayak terhadap media cetak menunjukkan berada pada tahap yang tinggi. Hal ini dibuktikan dengan keinginan dan kemahuan khalayak bandar ataupun di luar bandar menanti kehadiran media cetak Harian Fajar dan Tribun Timur setiap hari.

Persepsi masyarakat Sulawesi Selatan sangat sensitiviti terutamanya berita konflik TKI. Walau bagaimanapun, masyarakat Sulawesi Selatan mengakui bahawa hubungan Indonesia dan Malaysia tidak sekadar sebagai negeri jiran, namun lebih jauh hubungan kekerabatan dan pertalian hubungan darah. Terbukti bahawa beberapa negeri di Malaysia yang raja-rajanya salasilahnya berasal dari tanah Bugis, bahkan semasa masih dijumpai separuh ahli kerajaan masih mengaku bahawa mereka adalah turunan Indonesia.

Pelaporan berita konflik perlu dikemas secara hati-hati, meskipun ciri khas media ditentukan oleh pemiliknya. Nuansa keserumpunan dan pertalian hubungan darah diutamakan sehingga wujudnya adalah rasa kasih sayang demi untuk mengekalkan hubungan kedu-dua bangsa ini di masa hadapan terutamanya dalam kebangkitan ASEAN di masa hadapan.

BIODATA PENULISArham Selo adalah pelajar doktor falsafah di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan dan Ali Salman adalah pensyarah di pusat yang sama. E-mel: [email protected]

Page 17: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Media dan Khalayak: Pemberitaan Isu Konflik Malaysia dan IndonesiaArham Selo, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Ali Salman

31

RUJUKAN

Amalia Zatalini, (2015). Demokrasi : Akhir Konflik yang berbeda (Perbandingan studikasusdalammenanggapiWilsonianhypothesis). https://www.academia.edu/5082439/Wilsonian_Hypothesis

Ajeng Ningditia Puspita. (2014). Kelaparan Afrika dan konsep Famine, https://www.academia.edu/10030096/Kelaparan_Afrika_dan_konsep_Fam ine.

Anneila Firza Kadriyanti. (2015). Proses dan Model dari Efek Media, Magister Ilmu Komunikasi, Universitas Indonesia

Ball-Rokeach, S. J. (1985). The Origins of Individual Media- System dependency : A Sociological Framework. Communication Research 12(4): 485-510.

Ball-Rokeach, S. J., & DeFleur, M. L. (1976). A Dependency Model of Mass-Media Effects. Communication Research. Vol 3, (1), 13 - 21

Ball-Rokeach, S.J., Rokeach, M.,& Grube,J.W. (1984). The great American values test : imfluencing behaviour and belief through television. New York: Free Press.

Calvin. (2011). Sengketa Regional Tiongkok-Jepun Kepulauan Diooyu Senkaku, Tugas mata Kuliah Fakultas sosio politik, Universiti Indonesia.

Chen, W., & Holm, S. (2004). Fractional Laplacian time-space models for linear and nonlinear lossy media exhibiting arbitrary frequency power-law dependency. The Journal of the Acoustical Society of America, 115, 1424–1430

DeFleur, M.L.,& Ball Rokeach, S.J. (1989). Theories of mass communication. 4th ed. New York: Longman.

Grant,A.E., Guthrie, K.K.,&Ball-Rokeach, S.J. (1991). television shopping: media system dependency perspective. Communication Research 18(6): 773-798.

Halpern, P. (1994). Media dependency and political perceptions in an authoritarian political system. Journal of Communication, 44, 39–52.

Ilham Kusuma, 2011. Teori Kebergantungan Media (Dependensi Theory) dalam Pemilihan Media Massa. http://ilhamkusumah.blogspot.com/2011/06/teori-ketergantungan-media-dependency.html. diunduh 3 April 2012.

Kiousis, S. 2001.Public trust or Mistrust? Perception of Media Credibility in the Infornation Age. Mass communication & Society, 4, 381-403.

Lai Che Ching @ Abd. Latif & Lee Kuok Tiung. 2007. Kasus Ambalat Reaksi Media Indonesi Framing dan Komunikasi Antara Bangsa. Journal of Communication, 23(2): 1-15

Loges, W. E. (1994). Canaries in the Coal Mine: Perceptions of Threat and Media System Dependency Relations. Communication Research. Vol 21 (1), 5 – 23.

Page 18: MEDIA DAN KHALAYAK: PEMBERITAAN ISU KONFLIK …journalarticle.ukm.my/10000/1/V31_2_2.pdf · menggunakan metod perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) Pengambilan data

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 31(2) 2015: 15-32

32

Loges, W. E., & Ball-Rokeach, S. J. (1993). Dependency Relations and Newspaper Readership. Journalism Quarterly, Vol. 70, No. 3, 602 – 614.

Lubis, L. A. (2009). Ketergantungan Masyarakat Kota Medan Terhadap Berita Kampanye Calon Presiden Di Surat Kabar Dan Televisi. Jurnal Pembangunan Studi, Vol 1 (1)

Mazlan. (2008). Media Massa merupakan antara Faktor Berlakukan Gejala Sosial. https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/media-massa-merupakan- antara- Faktor-berlakukan-gejala-sosial/. 5 Jun 2011.

Normah Mustaffa, Wan Amizah Wan Mahmud, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob dan Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2013). Kebergantungan Internet dan Aktiviti on Line Remaja di Lembah Kelang, Jurnal Komunikasi, 29 (1) 2013.199.212.