isu pendidikan

5
Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. UUM Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 ( KPM, 2001 ). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan ; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI ; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean ( 2004 ) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Upload: sihah

Post on 05-Jul-2015

1.105 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu pendidikan

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda

dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat

menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal,

tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali.

Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki,

memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan

perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah

memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa

mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara

hidup.

UUM

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 ( KPM, 2001 ). Kementerian

Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman

Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya

mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur,

kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang

pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang

dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan

dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara

berhubung sengan struktur pendidikan ; akses kepada pendidikan; ekuiti;

kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur;

Pelaksanaan Program PPSMI ; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan

pendapat Sufean ( 2004 ) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan

yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi

pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Page 2: Isu pendidikan

Struktur Pendidikan.

Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah

struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan,

misalnya:

Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan

kebanyakan negara lain di dunia;

Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi

(IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;

Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan

Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Akses Pendidikan.

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication

Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian

dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan

pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT.

Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan

dengan:

pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar

bandar;

perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;

latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di

sekolah yang kurang berkesan;

penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan

bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah

akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan

guru celik ICT.

Ekuiti Pendidikan.

Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi

pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan

Page 3: Isu pendidikan

mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk

pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input

pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan

pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah

bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged

school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:

Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih

terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati

kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang

dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak

mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat

diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus,

terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu,

kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan

buku teks juga masih berkurangan.

Tenaga pengajar.

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam

pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang

dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP)

Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri

daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka

di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan

sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman

atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku

ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka

berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah

menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata

pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi

keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang

subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada

pelajar mula dipertikaikan.

Program PPSMI.

Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM

juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan

Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan

bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat

respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing

Page 4: Isu pendidikan

bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu,

tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka

belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan

dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

Kesan globalisasi.

Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan

penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah

memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet

atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu

Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi

begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini

disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan

bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang

mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya

kosmopolitan.

Sahsiah Pelajar.

Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi

isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang

naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke

Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada

kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat

merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan

sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

Isu-isu lain dalam sistem pendidikan.

Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul

berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:

Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai

pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership)

yang berkesan;

Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu

mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak

mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah

melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;

Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya

sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan

yang berbeza;

Page 5: Isu pendidikan

Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;

Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah

di negara maju adalah terhad;

Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara

menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan

berkesan;

Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada

aspek pemberian bantuan; dan

Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Baca isu-isu lain berkenaan pendidikan di SINI

* Entri dari blog KulanzSalleh