isu penampilan guru

18
PENAMPILAN GURU • Definisi: Penampilan guru dirujuk kepada ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh guru termasuklah sikap, kepercayaan, minat, apresiasi dan nilai-nilai.

Upload: max-wong

Post on 10-Feb-2016

972 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

EDU 3083 Isu Penampilan Guru

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Penampilan Guru

PENAMPILAN GURU

• Definisi: Penampilan guru dirujuk kepada ciri-ciri

peribadi yang dimiliki oleh guru termasuklah sikap, kepercayaan, minat, apresiasi dan nilai-nilai.

Page 2: Isu Penampilan Guru

PENAMPILAN GURU

• Hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej,

berperibadi mulia dan berwawasan sebagai

pendidik yang unggul.

• Menunjukkan sifat yang positif.

• Mengamalkan semua nilai murni dalam kehidupan

seharian dan ketika melaksanakan tugas sebagai

seorang guru.

Page 3: Isu Penampilan Guru

Guru mestilah mempunyai sifat:

• Sabar yang tinggi• Mesra• Bertimbang rasa• Kesediaan mendengar• Kesediaan menerima kritikan• Rajin• Adil• Berdedikasi• Kreatif dan inovatif

Page 4: Isu Penampilan Guru

Penampilan sifat-sifat akhlak

• Sentiasa bercakap benar dan jujur;

• Menepati janji, amanah dan ikhlas dalam

perkataan dan perbuatan.

• Penampilan sebegini akan menjadikan guru

sentiasa merendah diri, sabar, tabah dan cekal,

pemaaf dan toleransi serta sentiasa meyanyangi

murid, mementingkan orang lain dan pemurah.

Page 5: Isu Penampilan Guru

Penampilan sifat-sifat mental

• Cerdas (kepintaran teori, amali & sosial);

• Menguasai mata pelajaran yang diajar;

• Luas pengetahuan am;

• Cenderung kepada pelbagai bidang;

• Kecenderungan dan memahami keperluan murid;

• Fasih & petah dalam penyampaian pengajaran.

Page 6: Isu Penampilan Guru

Penampilan sifat kejiwaan

• Sifar tenang dan emosi yang mantap;

• Optimistik dalam hidup (penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa mengingatiNya);

• Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan;

• Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Page 7: Isu Penampilan Guru

Penampilan sifat fizikal

• Sihat tubuh badan;

• Terhindar dari penyakit;

• Berpewatakan cantik/tampan;

• Kemas;

• Bersih.

Page 8: Isu Penampilan Guru

Faktor penampilan diri guru

• Faktor pendidikan• Faktor pengalaman• Faktor persekitaran

Page 9: Isu Penampilan Guru

Faktor pendidikan

• Lebih menfokuskan pendidikan awal yang

diterima oleh seseorang guru.

• Kebiasaannya guru yang terdidik dalam

keluarga yang mementingkan penampilan

sahsiah diri, turut akan menonjolkan penampilan

diri dalam amalan kehidupan dan perkhidmatan

yang mereka ceburi.

Page 10: Isu Penampilan Guru

Faktor pengalaman

• Pengalaman hidup dan kerja seseorang guru dapat

mempengaruhi sikapnya, sama ada ke arah yang

lebih positif atau negatif;

• Sebagai guru permulaan, anda harus berusaha untuk

mebentuk penampilan diri yang posotif dengan

merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman

dalam sesebuah sekolah yang ditempatkan kelak.

Page 11: Isu Penampilan Guru

Faktor persekitaran

• Amat luas skopnya termasuklah keluarga, kebudayaan, pengaruh sekolah, media massa, pengalaman dan masyarakat;

• Persekitaran yang baik dan harmonis boleh mempengaruhi sikap yang positif dan sebaliknya;

• Guru seharusnya mempunyai jati diri agar mereka tidak terpengaruh dengan penampilan negatif yang ditunjukkan oleh persekitaran mereka.

Page 12: Isu Penampilan Guru

Isu Penampilan Guru

• Guru sepatutnya mematuhi etika pakaian yang telah disarankan oleh kementerian di dalam pekeliling pakaian yang telah dibuat.

• Isu penampilan ini timbul apabila guru tidak lagi mengikut pekeliling yang telah ditetapkan.

Page 13: Isu Penampilan Guru

Isu Penampilan Guru

• Guru lelaki tidak memakai tali leher dengan kemas, memakai kemeja berlengan pendekkemeja yang bercorak terlalu

menyerlah.tidak dapat mengenakan pakaian

mengikut situasi dan kepentingan

Page 14: Isu Penampilan Guru

Isu Penampilan Guru

• Guru Wanitapakaian yang terlalu ketatPakaian yang terlalu terangmemakai skirt pendektidak mengenakan kasut yang sesuai

Page 15: Isu Penampilan Guru

BINCANGKANMengapakah isu tersebut sering berlaku di sekolah?

Berikan pandangan anda.

Page 16: Isu Penampilan Guru

Cadangan Menangani Masalah

• Pihak atasan perlulah merangka satu peraturan

yang tetap dan fleksible di mana peraturan

tersebut mudah diikuti dan boleh berubah di

dalam situasi-situasi tertentu.

• Pihak atasan juga perlulah mengikuti peraturan

yang telah ditetapkan dan menjadi contoh

kepada guru lain.

Page 17: Isu Penampilan Guru

Cadangan Menangani Masalah

• Guru adalah seorang pemimpin di kelas dan guru menjadi contoh kepada pelajar yang diajarnya.

• Guru perlu sedar bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh pelbagai pihak dan setiap perilaku kita akan dinilai.

• Oleh itu sebagai seorang guru, kita perlulah sedar bahawa penampilan yang sentiasa kemas menjadikan orang tertarik dan yakin dengan apa yang kita sampaikan.

Page 18: Isu Penampilan Guru

Cadangan Menangani Masalah

• Pihak kementerian dan pentadbir sekolah juga perlulah lebih tegas di dalam menangani masalah ini.

• Tindakan tatatertib perlulah dikenakan kepada guru yang sentiasa melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah dan juga pekeliling yang telah dibuat oleh pihak kementerian.