isu dan tips semasa

8
ISU DAN TIPS SEMASA Salam kembali, Pertama sekali nasihat saya klu temuduga.. kalau tak tahu atau sangsi, terus terang cakap.. jangan cari idea utk beri jawapan “lupa-lupa ingat” 1. Kenapa pilih profesion keguruan? – Sebab guru adalah antara kerjaya yg telah saya pilih sejak betahun-tahun dahulu. 2. Sumbangan? – Bidang pendidikan ini dinamik, sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Mungkin saya tidak dapat memberikan apa- apa sumbangan buat masa ini kerana saya tidak terlibat secara langsung. Namun jika saya diberi kepercayaan, saya akan menyumbangkan sesuatu yg berguna mengikut situasi pendidikan semasa negara dan mengikut pengetahuan serta kemahiran saya. * Soalan ini turut ditanya kpd saya berbelas tahun dahulu. Itulah jawapan ikhlas saya sehinggga saya terpilih. ** Penerimaan jawapan tersebut bergantung kepada penemuduga.. *** Saya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian hasil daripada penggunaan jawapan tersebut, hehehe.. Semoga berjaya temuduga tu nanti.. Isu-Isu Pendidikan di Malaysia August 6, 2009 By Kulanzsalleh 218 Comments Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan

Upload: fifi-epi

Post on 04-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ISU SEMASA

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Dan Tips Semasa

ISU DAN TIPS SEMASA

Salam kembali,

Pertama sekali nasihat saya klu temuduga.. kalau tak tahu atau sangsi, terus terang cakap..

jangan cari idea utk beri jawapan “lupa-lupa ingat”

1. Kenapa pilih profesion keguruan? – Sebab guru adalah antara kerjaya yg telah saya pilih

sejak betahun-tahun dahulu.

2. Sumbangan? – Bidang pendidikan ini dinamik, sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Mungkin saya tidak dapat memberikan apa-apa sumbangan buat masa ini kerana saya tidak

terlibat secara langsung. Namun jika saya diberi kepercayaan, saya akan menyumbangkan

sesuatu yg berguna mengikut situasi pendidikan semasa negara dan mengikut pengetahuan

serta kemahiran saya.

* Soalan ini turut ditanya kpd saya berbelas tahun dahulu. Itulah jawapan ikhlas saya

sehinggga saya terpilih.

** Penerimaan jawapan tersebut bergantung kepada penemuduga..

*** Saya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian hasil daripada penggunaan

jawapan tersebut, hehehe..

Semoga berjaya temuduga tu nanti..

Isu-Isu Pendidikan di MalaysiaAugust 6, 2009 By Kulanzsalleh 218 Comments

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai

pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks

menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21

amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk

memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan

perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan

peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas

sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Page 2: Isu Dan Tips Semasa

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran

Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan

hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan

khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.

Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau

bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan

berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung

sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar;

ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum

yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak

isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi

pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Struktur Pendidikan

Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan

menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:

Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan

kebanyakan negara lain di dunia;

Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

disebabkan wujudnya pelbagai haluan;

Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM); dan

Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Jawapan Kenapa Memilih Profesion KeguruanDecember 9, 2010 By Kulanzsalleh 81 Comments

Jawapan mengapa memilih profesion keguruan adalah antara kata kunci yang menerjah masuk

ke blog ini. Setelah membuat beberapa sumber rujukan, barulah saya faham yang jawapan itu

sebenarnya sangat diperlukan oleh calon-calon yang bakal menghadiri temuduga Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Januari 2011 kerana ia perlu diisi dalam Borang

Pernyataan Hasrat yang akan dibawa bersama semasa menghadiri temuduga yang

dimaksudkan.

Page 3: Isu Dan Tips Semasa

Saya tidak pernah menulis secara spesifik artikel untuk jawapan tersebut. Kata kunci itu

sebenarnya adalah merujuk kepada respon saya kepada salah seorang pembaca dalam entri di

blog ini. Mulanya saya tidak pun berniat untuk berkongsi pandangan berkenaan perkara

tersebut. Bagaimanapun, berdasarkan frekuensi pertanyaan yang kerap ditanya dalam entri

berkenaan yang kebanyakannya merujuk kepada panduan/tips temuduga, mungkin ada

manfaatnya jika saya memberikan jawapan secara spesifik 3 soalan yang terdapat pada

Borang Penyataan Hasrat dan juga sedikit panduan/tips temuduga menghadiri KPLI/DPLI.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan. (Tips/Panduan ini juga boleh diguna pakai

ketika menghadiri temuduga guru Kursus Perguruan Lepasan SPM-KPLSPM bagi

Program Sarjana Muda Pengajaran-PISMP)

Mengapa anda memilih profesion perguruan?

Secara jujur cubalah tanya diri anda sendiri, apa agaknya yang mendorong anda memilih

bidang perguruan? Adakah kerana minat, kerjaya pilihan, terpaksa kerana tiada pilihan

kerjaya lain yang sesuai, atau anda sendiri tidak menjangka akan dipanggil temuduga kerana

anda sendiri tidak yakin boleh lulus ujian kelayakan temuduga (MTEST), atau keputusan

peperiksaan anda tidak cemerlang. Saya pernah memberikan respon kepada salah seorang

pembaca yang meninggalkan komen di entri bertajuk Isu-Isu Pendidikan di Malaysia.

Jawapan yang saya syorkan berhubung pertanyaan itu ialah “Sebab guru adalah antara kerjaya

yang telah saya pilih sejak betahun-tahun dahulu”. Jika guru adalah kerjaya pilihan, bermakna

secara tidak langsung anda memiliki minat yang mendalam dalam kerjaya berkenaan. Adakah

itu jawapan yang keterlaluan. Pada saya tidak kerana itu adalah jawapan ikhlas saya sendiri.

Bagaimana pula jika anda memberikan jawapan yang benar-benar ikhlas sehingga anda

menulis “Saya gagal memohon dalam kerjaya yang lain. Disebabkan tiada pilihan maka saya

terpaksa memohon untuk mengikuti KPLI bagi membolehkan saya menjadi guru dan

mendapat pekerjaan”. Pada saya ia bukanlah jawapan yang salah. Memang eloklah jika

menulis secara jujur. Tapi dalam kes temuduga seperti ini, kejujuran anda itu bermungkinan

besar tidak akan membantu memberikan keyakinan yang tinggi penemuduga terhadap

kesungguhan anda. Jadi, sebaik-baiknya elakkan daripada memberikan jawapan seperti itu.

Page 4: Isu Dan Tips Semasa

Pengalaman anda dalam bidang keguruan

Anda boleh nyatakan “Ada” ataupun “Tiada”. Jika ada, elok juga jika dapat nyatakan secara

ringkas pengalaman berkaitan. Sebagai contoh, anda pernah menjadi Guru Sandaran Tidak

Terlatih atau Guru Pengganti di sekolah tertentu. Boleh tuliskan tempoh dan tempat anda

bertugas. Anda juga boleh nyatakan jika anda pernah mendaftar dalam Kumpulan Guru

Simpanan Kebangsaan (KGSK).

Sekiranya anda terpilih, apakah yang dapat anda sumbangkan terhadap bidang

keguruan?

Terdapat banyak jawapan yang boleh dikemukakan bagi menjawab pertanyaan ini. Berikan

jawapan logik disertai dengan justifikasi yang meyakinkan. Sebagai contoh, saya juga pernah

diajukan secara lisan soalan yang hampir sama seperti ini semasa temuduga kerjaya belasan

tahun lepas. Jawapan yang saya berikan; “Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa sumbangan

buat masa ini. Sebabnya bidang pendidikan ini dinamik, sentiasa berubah dari semasa ke

semasa. Namun jika ada sedikit kepercayaan dan saya diberikan peluang, saya akan

menyumbangkan sesuatu yang berguna mengikut situasi pendidikan semasa negara dan

mengikut pengetahuan serta kemahiran saya”. Alhamdulillah, jawapan saya dapat diterima

oleh penemuduga.

Bagaimanapun ingin saya jelaskan. Jawapan saya itu mungkin hanya sesuai mengikut situasi

saya dan penemuduga pada masa itu. Jadi saranan saya kepada calon-calon yang akan

menghadiri temuduga KPLI/KPLSPM nanti, berilah jawapan dan justifikasi yang dapat

menyakinkan penemuduga/penel pemilih dengan menyatakan kekuatan/kelebihan yang anda

miliki. Misalnya anda sangat mahir dalam dalam bidang kejuruteraan aplikasi. Jadi kemahiran

ini akan anda gunakan menghasilkan aplikasi bahan-bahan pengajaran & pembelajaran serta

aplikasi pengurusan pendidikan yang akan dapat memberi sumbangan ke arah memantapkan

proses pendidikan di Malaysia. Ini adalah antara justifikasi yang dapat digunakan.

Page 5: Isu Dan Tips Semasa

Keperluan/persediaan lain sebelum menghadiri temuduga KPLI

Selain daripada jawapan yang perlu ditulis untuk melengkapkan Borang Penyataan Hasrat,

calon juga perlu bersedia dari segi pengetahuan, mental dan fizikal. Ada beberapa

pengetahuan umum dan semasa yang perlu diberi perhatian oleh calon sebelum menghadiri

temuduga. Ambillah sedikit masa untuk membuat sedikit pembacaan. Di blog ini juga

terdapat beberapa artikel yang mungkin dapat membantu calon menambah sedikit

pengetahuan sebelum melangkah ke alam pendidikan atau sebelum menghadiri temuduga

yang berkaitan dengan pengambilan guru, antaranya:

– Senarai Menteri Malaysia

– Struktur Organisai Kementerian Pelajaran

– Isu-Isu Semasa Pendidikan

– Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

– 11 Anjakan Pembangunan Pendidikan

– Selain itu, boleh rujuk pada artikel lain dalam kategori Pendidikan

Mungkin ia bukan satu ilmu yang wajib diketahui sebelum anda terlibat dalam profesion

keguruan, tapi usaha untuk mengetahuinya sebelum anda menghadiri temuduga adalah salah

satu bukti yang anda memiliki minat terhadap profesion keguruan. Tambahan pula, isu-isu

dan dasar-dasar semasa pendidikan adalah antara soalan-soalan yang kerap ditanya semasa

temuduga.

Page 6: Isu Dan Tips Semasa

Di samping itu, persediaan mental juga adalah antara syarat terpenting dalam menghadiri

temuduga. Seorang calon perlu mempunyai keyakinan dan kesungguhan semasa berhadapan

dengan penemuduga juga ketika memberikan jawapan.

Berusahalah supaya tidak memberikan jawapan was-was atau lupa-lupa ingat.

Elakkan juga daripada meminta penemuduga mengulang semula soalan kerana ia

menunjukkan anda kurang memberikan perhatian. Melainkan anda benar-benar tidak

mendengar dengan jelas soalan yang dikemukakan oleh penemuduga akibat gangguan

bunyi bising dari luar.

Jika tidak tahu jawapan bagi soalan yang diajukan, jangan terus panik. Katakan secara

jujur yang anda benar-benar tidak mengetahuinya dan berikan alasan yang baik.

Jangan sama sekali memberikan jawapan hanya mengikut apa yang anda fikirkan

ketika itu.

Dari segi fizikal dan penampilan pula, calon perlulah menampilkan ciri-ciri ketrampilan

seorang guru:

perawakan baik dan sentiasa berhati-hati dalam pemilihan kata.

Pakai pakaian kemas dan sesuai.

Bacalah panduan-panduan lain yang berkaitan dengan etika berpakaian.

Bagi yang mendapat tawaran opsyen Pendidikan Jasmani/Kesihatan pula, harap

bersedia kerana ujian fizikal/kecergasan di padang bakal menanti anda semasa

temuduga.

Jadi, semasa menghadiri temuduga, buatlah bersungguh-sungguh dan bukannya sekadar

“asalkan mencukup syarat” atau seperti melepaskan batuk di tangga. Mungkin benar kalau

sudah rezeki atau kebetulan nasib baik, buat ala kadarpun boleh dapat juga. Tapi harus diingat

rezeki itu bukan kerana “nasib baik” dan ia tidak akan datang bergolek. Perlu ada usaha untuk

mendapatkannya. Semoga berjaya.