isu alam sekitar

2
SUDUT KARYA PELAJAR Kesan Pembuangan Bahan-bahan Sisa Bertoksik dan Bahan-bahan Yang Tidak Boleh Reput Hasil Nukilan : Kam Itt Theng (U6SP), SMJK Chung Hwa, KB. Masalah pembuangan bahan-bahan sisa bertoksik dan bahan- bahan yang tidak boleh reput seperti plastik, kaca dan aluminium melanda negara kita pada ketika ini. Banyak impak yang dialami oleh penduduk tempatan dan kesan-kesan ini mungkin berlarutan bagi tempoh masa yang panjang. Siapakah yang harus dipersalahkan? Persoalan ini harus diketepikan buat sementara waktu, dan semua pihak harus berganding bahu mengikhtiarkan jalan penyelesaiannya dengan secepat mungkin sebelum masalah itu semakin serius. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran yang semakin memburuk ini ialah mengadakan kempen kitar semula bagi bahan-bahan yang tidak boleh reput seperti plastik dan lain-lain. Proses kitar semula ialah proses mengubah bahan-bahan buangan atau bahan-bahan yang tidak digunakan lagi kepada bahan- bahan baharu yang berguna dan bernilai di pasaran. Sebagai contoh, botol-botol kaca yang terbuang dibersihkan, disteril dan digunakan semula. Dengan ini, bukan sahaja dapat mengurangkan masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak boleh reput ini, malah dapat menjimatkan sumber-sumber semulajadi yang digunakan untuk menbuat botol kaca baru. Oleh itu, masalah pembuangan bahan-bahan tidak boleh reput dapat diatasi dengan mengitar semula bahan-bahan tersebut menjadi bahan baru. Kerajaan harusmempergiat kempen kitar semula di seluruh negara dengan menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula supaya rakyat lebih senang untuk mengitar semula dan memberikan semanggat kepada orang ramai untuk mengitar semula. Selain itu, kerajaan harus menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar dengan lebih tegas, dan mengetatkan undang-undang itu dalam usaha mengatasi masalah pembuangan sisa-sisa toksik. Bahan- bahan bertoksik ini boleh mendaratkan kesihatan orang ramai dan mungkin menyebabkan pelbagai jenis penyakit barah.Oleh itu, perbuatan membuang sisa-sisa toksik seperti ke dalam sungai adalah tidak boleh dimaafkan dan hukuman yang setimpalnya harus dikenakan.Oleh itu, kerajaan harus menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab ini dengan seberat-beratnya supaya mereka tidak berani untuk melakukan kesalahan ini. Hukuman seperti dendaan wang , penjara atau penarikan lesen patur dikenakan agar mereka berasa gerun akan hukuman yang berat itu. Di samping itu, bahan-bahan yang tidak boleh reput patut ditukar kepada bahan yang boleh reput dalam kegunaan seharian. Pihak kerajaan harus menggalakkan penggunaan beg kertas untuk menggantikan beg plastik dalam penggunaan seharian. Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bahan buangan yang banyak dan tidak boleh reput , malah dikatakan mesra alam. Penggunaan bahan lain seperti kertas harus diperluas menggantikan beg plastik seperti ketika membeli-belah di pasar raya, pembungkusan dan lain-lain. Bakul-bakul rotan pula boleh digunakan semasa ke pasar. Dengan itu, masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak mereput dapat dikurangkan dalam penggunaan seharian. ganos@smjk chung hwa

Upload: sumandakkeningau

Post on 19-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

IAS

TRANSCRIPT

Pada masa ini wujud masalah pembuangan bahan-bahan sisa bertoksik dan bahan-bahan yang tidak boleh reput, seperti plastik, kac

SUDUT KARYA PELAJARKesan Pembuangan Bahan-bahan Sisa Bertoksik dan Bahan-bahan Yang Tidak Boleh Reput Hasil Nukilan : Kam Itt Theng (U6SP), SMJK Chung Hwa, KB.

Masalah pembuangan bahan-bahan sisa bertoksik dan bahan-bahan yang tidak boleh reput seperti plastik, kaca dan aluminium melanda negara kita pada ketika ini. Banyak impak yang dialami oleh penduduk tempatan dan kesan-kesan ini mungkin berlarutan bagi tempoh masa yang panjang. Siapakah yang harus dipersalahkan? Persoalan ini harus diketepikan buat sementara waktu, dan semua pihak harus berganding bahu mengikhtiarkan jalan penyelesaiannya dengan secepat mungkin sebelum masalah itu semakin serius. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran yang semakin memburuk ini ialah mengadakan kempen kitar semula bagi bahan-bahan yang tidak boleh reput seperti plastik dan lain-lain. Proses kitar semula ialah proses mengubah bahan-bahan buangan atau bahan-bahan yang tidak digunakan lagi kepada bahan-bahan baharu yang berguna dan bernilai di pasaran. Sebagai contoh, botol-botol kaca yang terbuang dibersihkan, disteril dan digunakan semula. Dengan ini, bukan sahaja dapat mengurangkan masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak boleh reput ini, malah dapat menjimatkan sumber-sumber semulajadi yang digunakan untuk menbuat botol kaca baru. Oleh itu, masalah pembuangan bahan-bahan tidak boleh reput dapat diatasi dengan mengitar semula bahan-bahan tersebut menjadi bahan baru. Kerajaan harusmempergiat kempen kitar semula di seluruh negara dengan menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula supaya rakyat lebih senang untuk mengitar semula dan memberikan semanggat kepada orang ramai untuk mengitar semula.Selain itu, kerajaan harus menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar dengan lebih tegas, dan mengetatkan undang-undang itu dalam usaha mengatasi masalah pembuangan sisa-sisa toksik. Bahan-bahan bertoksik ini boleh mendaratkan kesihatan orang ramai dan mungkin menyebabkan pelbagai jenis penyakit barah.Oleh itu, perbuatan membuang sisa-sisa toksik seperti ke dalam sungai adalah tidak boleh dimaafkan dan hukuman yang setimpalnya harus dikenakan.Oleh itu, kerajaan harus menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab ini dengan seberat-beratnya supaya mereka tidak berani untuk melakukan kesalahan ini. Hukuman seperti dendaan wang , penjara atau penarikan lesen patur dikenakan agar mereka berasa gerun akan hukuman yang berat itu.Di samping itu, bahan-bahan yang tidak boleh reput patut ditukar kepada bahan yang boleh reput dalam kegunaan seharian. Pihak kerajaan harus menggalakkan penggunaan beg kertas untuk menggantikan beg plastik dalam penggunaan seharian. Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bahan buangan yang banyak dan tidak boleh reput , malah dikatakan mesra alam. Penggunaan bahan lain seperti kertas harus diperluas menggantikan beg plastik seperti ketika membeli-belah di pasar raya, pembungkusan dan lain-lain. Bakul-bakul rotan pula boleh digunakan semasa ke pasar. Dengan itu, masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak mereput dapat dikurangkan dalam penggunaan seharian.Masalah pembuangan bahan-bahan sisa bertoksik juga boleh diatasi dengan mengubah bahan-bahan yang bertoksik kepada bahan yang selamat sebelum didedahkan kepada alam sekeliling. Punca berlakunya masalah ini ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan bahan-bahan yang bertoksik itu selepas selesai sesuatu proses seperti yang berlaku di kilang-kilang. Oleh itu, kerajaan harus menjalankan penyelidikan supaya bahan-bahan yang bertoksik dapat diproses atau ditukarkan menjadi bahan-bahan yang tidak bertoksik dan lebih mesra alam, dan dapat diimplimentasikan oleh kilang-kilang pemprosesan supaya masalah pembuanga sisa-sisa toksik dapat dikurangkan.Masalah kesihatan orang ramai pun akan berkurangan. Dengan langkah ini masalah pencemaran dapat diatasi. Selain itu, masalah pembuangan bahan-bahan yang tidak boleh reput dapat diatasi dengan mengubah bahan-bahan tersebut menjadi barang perhiasan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang kesenian.Bahan-bahan buangan seperti botol kaca boleh dibersihkan dan dilukiskan atau diserikan untuk menjadi pasu bunga atau barang perhiasan dalam rumah atau pejabat Botol kaca yang terbuang dan yang dianggap sebagai sampah masih boleh diubahsuai menjadi barang yang berharga dari segi keseniannya dan bernilai di pasaran.Oleh itu, pembuangan botol kaca akan berkurang kerana masih boleh digunakan untuk dijadikan bahan lain. Maka, masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak mereput dapat diatasi.Sebaga intiha, semua phak harus berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah pencemaran yang buruk ini.Semua pihak mempunyai peranan masing-masing dan harus melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa kini dan generasi pada masa akan datang. Langkah-langkah tersebut dijadikan rujukan untuk mengatasi masalah ini dan masalah ini harus diselesaikan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.Oleh itu, kerjasama dari pelbagai pihak amatlah dihargai dalam usaha mengatasi masalah ini. Selamatkan alam sekitar kita!

* * * * * * *ganos@smjk chung hwa