isu 1

5
Isu 1: Murid bagi Tahun 1, biasanya mereka tidak dapat menamakan nama bulan dalam setahun. Contoh Kesalahan Murid: Sebab: Isu ini timbul disebabkan terdapat terlalu banyak nama bulan dalam setahun dan kebanyakan nama bulan adalah agak panjang untuk diingati. Tambahan pula, nama bagi beberapa bulan kelihatan lebih kurang sama. Contohnya, Januari dan Februari. Kedua-dua nama bulan diakhiri dengan perkataan “- uari” jadi, murid-murid pun akan keliru.

Upload: vkeyviknes2579

Post on 12-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kesukaran

TRANSCRIPT

Page 1: Isu 1

Isu 1:

Murid bagi Tahun 1, biasanya mereka tidak dapat menamakan nama bulan

dalam setahun.

Contoh Kesalahan Murid:

Sebab:

Isu ini timbul disebabkan terdapat terlalu banyak nama bulan dalam

setahun dan kebanyakan nama bulan adalah agak panjang untuk diingati.

Tambahan pula, nama bagi beberapa bulan kelihatan lebih kurang sama.

Contohnya, Januari dan Februari. Kedua-dua nama bulan diakhiri dengan

perkataan “-uari” jadi, murid-murid pun akan keliru.

Selain itu, nama-nama bagi setiap bulan dalam Bahasa Inggeris lebih

kurang sama dengan Bahasa Melayu. Contohnya, bulan 10 dalam Bahasa

Inggeris ialah October, Bahasa Melayu ialah Oktober. Perbezaannya hanyalah

perkataan di tengah “k“ dan “c“. Jadi ini pun juga amat megelirukan murid-murid.

Oleh itu, mereka pun putus asa untuk mengingat nama-nama bulan.

Page 2: Isu 1

Cadangan Penyelesaian:

Sebagai cadangan, terdapat beberapa cara untuk mengatasi isu ini.

Antaranya ialah, sebaik sahaja murid-murid diajar topik ini, guru menayangkan

lagu bulan dalam setahun. Lagu ini ditayangkan beberapa kali dan murid-murid

dikehendaki belajar menyanyi sehingga mereka mahir menyanyi. Ini adalah bagi

mereka dapat mengingati urutan bagi bulan-bulan dalam setahun.

Contoh lagu:

Page 3: Isu 1

Selain itu, selepas murid-murid sudah mahir menyanyi lagu bulan ini, murid-

Page 4: Isu 1

murid diminta menyebut dan mengeja nama setiap bulan secara berulang kali.

Kemudian, guru boleh memilih beberapa murid ke depan cuba mengejakan

nama setiap bulan atau guru boleh memberi kuiz berkaitan dengan ejaan nama

bulan. Aktiviti seperti menghafal turutan bulan dengan cara menyanyi dapat

menarik minat murid-murid dan membantu murid mengingatinya dengan lebih

berkesan

Di samping itu, guru juga boleh menyediakan lembaran kerja yang telah

dilukis dengan petak-petak berbeza tinggi dan menyuruh murid menulis nama

bulan mengikut urutan pada petak-petak tersebut.

Contohnya:

Kesalahan yang dilakukan: Biasanya terdapat ramai murid tahun 1 tidak mampu menyenaraikan kesemua 12 nama bulan dalam setahun dengan betul.

Penyelesaian yang sepatutnya: Menamakan semua bulan dalam setahun seperti berikut:

1. Januari

2. Februari

3. Mac

4. April

5. Mei

6. Jun

7. Julai

Page 5: Isu 1

8. Ogos

9. September

10. Oktober

11. November

12. Disember

Langkah penyelesaian: 1. Murid yang belum tahu diminta mencari maklumat tentang bulan kelahirannya sendiri dengan bertanya kepada ahli keluarga pada hari sebelumnya. 2. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap ahli kumpulan dilekatkan dengan nombor 1 hingga 6. 3. Setiap ahli kumpulan bergerak ke kumpulan baharu mengikut nombor yang dilekatkan tadi. Murid diminta bertanya kepada rakan-rakannya dalam kumpulan baharu tentang bulan kelahiran mereka dan mencatatnya pada sekeping kertas yang disediakan (Rujuk Lampiran 2). 4. Semua murid kembali ke kumpulan asal dan membentangkan hasil dapatan masing-masing. ketua kumpulan menyenaraikan semua bulan yang dapat dikumpul oleh ahli-ahli kumpulannya. Setiap kumpulan diberikan satu kalendar lengkap dari bulan Januari hingga Disember untuk dibandingkan dengan jawapan mereka (Rujuk Lampiran 3). Ketua kumpulan melaporkan hasil dapatan mereka. 5. Murid diminta menyebut dan mengeja nama setiap bulan secara berulang kali.

6. Murid diajarkan lagu dibawah supaya mereka boleh mengingati turutan bulan-bulan ini dengan lebih mudah: Januari, Februari, Mac April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November Yang terakhir Disember 7. Murid melengkapkan lembaran kerja mengandungi soalan seperti contoh diatas secara individu.

Aktiviti sebegini dipilih bagi membolehkan murid meneroka sendiri nama-nama bulan yang ada supaya mereka boleh mengingatinya dengan lebih baik. Menghafal turutan bulan dengan cara menyanyi dapat menarik minat murid dan membantu murid mengingatinya dengan lebih berkesan.