istilah

6
SEKOLAH RENDAH Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun dan mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah. Kajian ini menumpukan kepada empat buah sekolah harian aliran Jenis Kebangsaan Tamil di sekitar Zon Tenang dan Chaah-Bekok sebagai sumber persampelan. Dalam kajian ini, sekolah rendah harian yang terlibat adalah sekolah bantuan penuh kerajaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dari segi kemudahan fizikal, tenaga pengajar, bantuan buku teks, bantuan penyelenggaraan serta ditadbir dibawah Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Populasi murid dan guru di tiga buah sekolah dalam zo ini tidak melebihi 650 orang bagi setiap sekolah. Walaupun begitu, jumlah yang ini adalah siknifikan dan relevan dalam menguji keberkesanan pengetua memimpin organisasinya terutama dalam aspek proses kepimpinan terhadap guru-guru dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. GURU BESAR Menurut Hussein Mahmood (1993) dalam kajian beliau, guru besar dirujuk sebagai pemimpin organisasi pendidikan yang diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan institusi sekolah. Peranan guru besar amat relevan dengan aspek pentadbiran dan pengurusan, penyeliaan, kepemimpinan, pendidikan dan juga yang berkaitan dengan proses perjalanan organisasi sekolah sebagai suatu institusi pendidikan formal. Guru besar berperanan sebagai pemimpin pengajaran dan menjadi individu yang mencetuskan perubahan-perubahan di peringkat sekolah. Segala perubahan yang sentiasa berlaku khususnya dalam pendidikan rendah negara kita memerlukan para Guru Besar bersedia untuk berubah, bersedia untuk menerima cabaran-cabaran baru di peringkat akar umbi iaitu sekolah agar kualiti dan kecemerlangan pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai dengan berkesan. Kecemerlangan memerlukan reformasi di peringkat sekolah terutama menumpukan

Upload: immiee

Post on 14-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

is

TRANSCRIPT

SEKOLAH RENDAHPendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun danmengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah.Kajian ini menumpukan kepada empat buah sekolah harian aliran Jenis KebangsaanTamil di sekitar Zon Tenang dan Chaah-Bekok sebagai sumber persampelan. Dalamkajian ini, sekolah rendah harian yang terlibat adalah sekolah bantuan penuh kerajaanyang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dari segi kemudahan fizikal, tenagapengajar, bantuan buku teks, bantuan penyelenggaraan serta ditadbir dibawah JabatanPelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Populasi murid dan guru di tigabuah sekolah dalam zo ini tidak melebihi 650 orang bagi setiap sekolah. Walaupunbegitu, jumlah yang ini adalah siknifikan dan relevan dalam menguji keberkesananpengetua memimpin organisasinya terutama dalam aspek proses kepimpinan terhadapguru-guru dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

GURU BESARMenurut Hussein Mahmood (1993) dalam kajian beliau, guru besar dirujuksebagai pemimpin organisasi pendidikan yang diamanahkan untuk menjalankantanggungjawab dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan institusi sekolah. Perananguru besar amat relevan dengan aspek pentadbiran dan pengurusan, penyeliaan,kepemimpinan, pendidikan dan juga yang berkaitan dengan proses perjalanan organisasisekolah sebagai suatu institusi pendidikan formal. Guru besar berperanan sebagaipemimpin pengajaran dan menjadi individu yang mencetuskan perubahan-perubahan diperingkat sekolah. Segala perubahan yang sentiasa berlaku khususnya dalam pendidikanrendah negara kita memerlukan para Guru Besar bersedia untuk berubah, bersedia untukmenerima cabaran-cabaran baru di peringkat akar umbi iaitu sekolah agar kualiti dankecemerlangan pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai dengan berkesan.Kecemerlangan memerlukan reformasi di peringkat sekolah terutama menumpukankepada faktor-faktor dalam sekolah itu sendiri yang merangkumi dasar sekolah, amalanamalan,tanggapan, sikap dan motivasi staf, matlamat dan kesetiaan serta pencapaianorganisasi. Dalam kajian ini, guru besar dijadikan sandaran sebagai peneraju kepimpinandi sekolah yang bertanggungjawab dalam mengetuai organisasi sekolah dalam semuaaspek pentadbiran mahupun kemanusiaan.

KTMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) lagi, transformasional diertikansebagai suatu perubahan keadaan. Dalam konteks kajian ini, transformasional adalahsuatu kebiasaan di dalam amalan kepimpinan yang sedia ada dan diubah kepada suatuamalan kepimpinan yang baru. Menurut Hallinger (2001), kepimpinan transformasionaldiertikan sebagai kepimpinan yang dikongsi bersama dengan ahli-ahli lain. Halingermelihat kepimpinan transformasional sebagai satu bentuk kepimpinan yang mencetusiklim di mana guru-guru terlibat dalam proses pembelajaran yang berterusan dan salingberkongsi pengetahuan sesama sendiri. Ab. Aziz Yusof (2003) pula mendefinisikankepimpinan transformasional sebagai kepimpinan yang memberikan perhatian dantumpuan kepada pembangunan keperluan individu. Menurut Abdullah dan Ainon (2006),Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasional percaya bahawamereka boleh mendorong orang mengubah nilai dan sikap mereka supaya merekamempunyai komitmen terhadap matlamat organisasi dan perjuangan. Beliau jugamenyatakan bahawa kepimpinan transformasional bukan hanya mempunyai kebolehanmembangunkan minat pekerja tetapi minat yang dibangunkan melampaui minat peribadipekerja itu sendiri. Dalam konteks sekolah, kepimpinan transformasional bukanlah satubentuk kepimpinan individu sebaliknya seseorang guru besar sebagai pemimpin disekolah adalah berfungsi mengkoordinasikan dan mengawal organisasinya bermula dari23peringkat bawah. Ini bermakna kepimpinan transformasional memberi fokus supayamerangsang perubahan melalui praktis bottom to up.

KEPUASAN KERJAKepuasan kerja dapat diertikan sebagai tindak balas emosi dan perasaan suka atautidak seseorang guru terhadap sesuatu kerja. Ia adalah pengembangan naluri keseronokanseseorang guru yang boleh diperoleh daripada guruan. Dinham and Scott (2000) menerangkankepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagaimenepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu. Manakala Locke (1976)mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil daripadapeghormatan atau pengalaman kerja seseorang. Selain itu, Locke (dalam Schultz dan Schultz,2001) mendefinisikan kepuasan kerja sebagai satu reaksi emosi individu terhadap sesuatuguruan. Ini bermaksud perasaan keseronokan dari segi emosi diperolehi berdasarkan kepadapenilaian individu ke atas guruan dan pengalaman bekerja.Ariffin (1997) menyatakan bahawa kepuasan kerja mempunyai pengertian yangsubjektif iaitu setiap guru memperolehi kepuasan kerja dengan cara yang berbeza-beza. faktoryang menentukan kepuasan kerja adalah berbeza-beza mengikut umur, jantina, jenis dan tahapguruan dan juga taraf guruan seseorang. Szilayyl dan Wallace (1980), menjelaskan bahawakepuasan kerja terdiri daripada aspek emosi, kognisi dan tingkahlaku. Dengan ini kepuasankerja merujuk kepada penilaian individu terhadap unsur-unsur tertentu di tempat kerja. Unsurunsurini merangkumi sifat kerja itu sendiri, rakan sekerja dan penyeliaan serta ganjaran ataugaji yang diperolehi.Menurut MC Cormick dan Ilgen (1985), kepuasan kerja adalah satu set sikap atautindakbalas afektif seseorang guru terhadap kerjayanya. Tindakbalas afektif ini adalah hasildaripada penilaian individu terhadap seluruh situasi kerja berdasarkan jangkaan atau nilaikerjanya. Nilai kerja merujuk kepada apa yang guru jangkakan atau inginkan daripadakerjanya (Mottaz, 1987).Schultz dan Schultz (2001), menyatakan bahawa kepuasan kerja merujuk kepada sikapindividu tentang guruannya iaitu samada secara positif atau negatif terhadap kerjanya. Sikappositif terhadap kerja menunjukkan individu tersebut mempunyai kepuasan terhadap kerjanya.Sebaliknya sikap negatif menggambarkan individu yang merasai ketidakpuasan terhadapkerjanya. Pendapat yang hampir sama diutarakan oleh Munchinsky (2000), kepuasan kerjadirujuk sebagai darjah keseronokan yang diperolehi oleh seseorang daripada tugas yangdilaksanakan. Dengan ini kerja melibatkan perasaan individu terhadap tugas yangdilaksanakannya sama ada positif atau pun negatif dan ia berkait rapat dengan sikap guru itusendiri sama ada puas atau tidak puas.Mahmood Nazar (2001) juga merujuk kepuasan kerja sebagai sikap dan perasaanpositif yang ada pada para guru terhadap kerja-kerja yang mereka lakukan. Kepuasan kerja inibergantung kepada beberapa faktor dan kepuasan kerja amat berbeza di antara seorang gurudengan seorang guru yang lain. Faktor-faktor ini mempunyai perkaitan yang rapat dengansuasana kerja seperti keadaan fizikal tempat kerja, suasana sosial dan juga kaitannya denganfaktor-faktor seperti umur, kestabilan emosi, status sosial, kesihatan, aktiviti rekreasi danpelbagai aktiviti lain. Dalam kajian ini kepuasan kerja guru diukur dengan soal selidik yangdibentuk oleh Speed (1979).

supaya dengan dapatan ini mampu membantu para guru besar sekolah memahami keperluan dan harapan guru-guru terhadap aspek toleransi, keprihatinan, pembangunan intelek dan profesionalisme di sekolah-sekolah mereka. Kajian ini juga diharap dapat membantu guru besar melakukanpenambahbaikan terhadap amalan kepimpinan mereka dalam memenuhi keperluan sertamatlamat kepimpinan transformasi itu sendiri. Selain itu, diharapkan kajian ini berfungsimemberi input dan manfaat di peringkat PPD dan JPN dalam merangka serta merancangprogram-program latihan kepimpinan dalam kalangan guru besar dan seterusnya guruguruselainnya pada masa-masa akan datang. Usaha ke arah menambahbaik kapasiti dan kapabiliti kepimpinan dalam kalangan guru besar perlu diperbaharui secaraberterusan supaya sentiasa bersifat terkini bagi membolehkan mereka memimpinsekolah dan dapat mencapai aspirasi Wawasan 2020 dan Program TransformasiPendidikan Negara.

Sekolah rendah di Daerah Petaling Perdana adalah sebanyak 87 buah sekolah dan jumlah sekolah mengikut band adalah 31 buah band 1, 181 buah band 2, 328 buah band 3, 87 buah band 4, 11 buah band 5, 3 buah band 6Kenapa tak capai? Mungkin kerana GB tak amalkan kepimpinan yang berkesanSk 63Sjkc 12Skt 12

). Menurut Black & Porter (2000), contoh bagi pemimpin yang mengamalkan kepemimpinan transformasional adalah Bill Gates dari syarikat Microsoft, Steve Jobs dari syarikat Apple, Michael Dell dari syarikat Dell Computer Corporation, Jeff Bezos dari syarikat Amazon.com, Lou Gerstner dari syarikat IBM dan Jack Welch dari syarikat General Electric. Kepemimpinan transformasional dikaitkan dengan komitmen pekerja terhadap organisasi, kepercayaan terhadap pemimpin dan gelagat organisasi. Jason (2000) mengatakan bahawa 20 pemimpin transformasional berkongsi norma, nilai dan kepercayaan dengan pengikutnya dan sering memotivasi dan mempengaruhi pengikut. Pemimpin transformasional mempunyai kebolehan untuk menggerakkan dorongan, motivasi, semangat dan tenaga terhadap para pengikutnya. Kajian Chen (1 997) mendapati kepemimpinan transformasional mempunyai hubungan kuat dan positif dengan kepuasan kerja pengikut.

. Kepimpinan guru besaryang membawa kepada kesan yang negatif terhadap aspek-aspek yang dinyatakan diatas boleh menganggu gugat kecemerlangan sekolah terutama dalam aspekkeberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi indikator utama bagi menilaiprestasi pelajar, pencapaian sekolah berkesan dan sekolah berprestasi tinggi. Perubahanyang perlu dibawa oleh kepimpinan guru besar di sekolah seharusnya tidak hanyatertumpu kepada aspek-aspek yang bersifat teknikal seperti menyenarai tugas dantanggungjawab guru yang perlu dilaksanakan agar mencapai matlamat sekolah tetapi iasepatutnya menumpukan kepada perubahan sikap dan pemikiran guru yang lahir darikesedaran dan kebijaksanaan yang dijana melalui pembangunan intelek dan teladan yangmenjadi sumber inspirasi mereka untuk berubah atau bekerjasama dalam melaksanakansesuatu perubahan di sekolah.

Menurut Zaidatol Akmaliah (1 990), kejayaan sesebuah organisasi sekolah dan gaya kepemimpinan adalah berkait rapat. Kepemimpinan pengetua memberi kesan kepada pencapaian murid dan kesanggupan guru dan mendorong kepada kejayaan yang lebih (Ibrahim Mamat, 1 998). Zainab Abidin (1 999) mengatakan bahawa gaya kepemimpinan pengetua sekolah memberi impak yang besar terhadap kepuasan kerja guru dan keberkesanan sekolah.