islam dan persekitaran

18
PENDAHULUAN Pada era globalisasi hari ini, Malaysia jelas kelihatan telah berkembang pesat dari sudut teknologi dan pembangunan yang maju. Teknologi yang berkembang pesat termasuklah kecanggihan alat-alat komunikasi, mesin-mesin utama di kilang- kilang yang tujuan utamanya dicipta kecanggihan ini adalah semata-semata untuk memudahkan manusia mengeratkan hubungan silaturrahim sesame mereka dan memudahkan manusia untuk lebih efektif dalam melaksanakan tanggungjawab seharian yang mana dalam pada masa yang sama boleh menghasilkan hasil produktif yang berkualiti serta dapat menjimatkan tenaga manusia. Selain itu, dengan berkembang pesatnya sesebuah Negara itu terbukti bahawa Negara tersebut mengalami perkembangan dari sudut ekonomi dan naiknya bangunan-bangunan utama serta majoriti kawasan pedalaman dan kampung telah dibangunkan untuk menjadikan bandar-bandar utama adalah bertujuan untuk kesenangan manusia. Namus sedarkah kita bahawa setiap perkembangan dan kemajuan yang dihasilkan ini juga ada kesan baik dan buruknya. Baiknya ia memberi kemudahan kepada manusia dan bukti kepesatan sesebuah Negara. Manakala kesan buruknya pula adalah terhadap alam sekitar. Sebagai contoh, kestabilan hutan di Negara ini semakin terancam kerana banyak kawasan hutan diterokai untuk rancangan pertanian dan pembalakan. Hutan penting untuk kawasan tadahan hujan yang mana pokok boleh menolong memegang air dalam tanah. Sekiranya pokok ditebang, tanah tidak lagi berupaya memegang air yang mana air yang

Upload: hanissya

Post on 17-Sep-2015

5 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Pada era globalisasi hari ini, Malaysia jelas kelihatan telah berkembang pesat dari sudut teknologi dan pembangunan yang maju. Teknologi yang berkembang pesat termasuklah kecanggihan alat-alat komunikasi, mesin-mesin utama di kilang-kilang yang tujuan utamanya dicipta kecanggihan ini adalah semata-semata untuk memudahkan manusia mengeratkan hubungan silaturrahim sesame mereka dan memudahkan manusia untuk lebih efektif dalam melaksanakan tanggungjawab seharian yang mana dalam pada masa yang sama boleh menghasilkan hasil produktif yang berkualiti serta dapat menjimatkan tenaga manusia. Selain itu, dengan berkembang pesatnya sesebuah Negara itu terbukti bahawa Negara tersebut mengalami perkembangan dari sudut ekonomi dan naiknya bangunan-bangunan utama serta majoriti kawasan pedalaman dan kampung telah dibangunkan untuk menjadikan bandar-bandar utama adalah bertujuan untuk kesenangan manusia.

Namus sedarkah kita bahawa setiap perkembangan dan kemajuan yang dihasilkan ini juga ada kesan baik dan buruknya. Baiknya ia memberi kemudahan kepada manusia dan bukti kepesatan sesebuah Negara. Manakala kesan buruknya pula adalah terhadap alam sekitar. Sebagai contoh, kestabilan hutan di Negara ini semakin terancam kerana banyak kawasan hutan diterokai untuk rancangan pertanian dan pembalakan. Hutan penting untuk kawasan tadahan hujan yang mana pokok boleh menolong memegang air dalam tanah. Sekiranya pokok ditebang, tanah tidak lagi berupaya memegang air yang mana air yang mengalir di atas permukaan tanah boleh menyebabkan hakisan dan secara tidak langsung menyebabkan pemendapan di muara-muara sungai. Selain itu, pembinaan bangunan-bangunan di lereng bukit juga boleh mengakibatkan tanah runtuh dan ekosistem di kawasan tersebut turut terjejas. Menurut sumber Utusan Malaysia Online yang bertarikh 22 Mei 2011, kejadian tanah runtuh yang berlaku sekitar Kuala Lumpur di Highland Towers pada 11 Disember 1993 dan Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 itu adalah antara dua kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa di negara ini. Terbaru satu lagi kejadian tanah runtuh yang membabitkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dan dalam kejadian yang bertarikh 21 Mei 2011 pada pukul 2.30 petang itu, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, penuntut, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus.Jika dilihat daripada beberapa peristiwa yang telah berlaku ini, jelas menunjukkan bahawa usia bumi kita semakin hari semakin tua. Oleh yang demikian, sebagai khalifah di muka bumi ini, wajib bagi kita menjaga bumi dan alam anugerah Allah sebaiknya. Tetapi apa yang berlaku hari ini, tangan-tangan kita sendiri yang memusnahkan alam sekitar untuk kepentingan masing-masing tanpa memikirkan kesannya kepada alam dan generasi akan datang tanpa merujuk pada landasan yang disyariatkan Islam. Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30;

Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)Islam itu sebuah agama yang lengkap dan syumul yang telah diajarkan semua perkara, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Tidak terkecuali garis panduan yang telah diajarkan kepada kita bagaimana untuk memelihara alam sekitar perspektif Islam yang terdiri daripada beberapa sudut tertentu, iaitu sudut Aqidah, sudut Syariah dan sudut Akhlak.

KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT : AQIDAH

Perkataan aqidah berasal dari Bahasa Arab aqada yang bermaksud ikatan atau simpulan atau janji yang kuat. Manakala pengertian dari sudut istilah pula ialah bermaksud kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan. Pentingnya setiap individu yang dilahirkan sebagai khalifah mempunyai Aqidah yang sebenar.

Kepentingan Aqidah dalam soal penjagaan alam sekitar ialah kerana kepercayaan kepada Allah merupakan teras kepada ajaran Islam yang menjadi dasar kepada seluruh tindak tanduk manusia dalam urusan kehidupan seharian. Selain itu, melalui Aqidah yang kukuh serta dengan bersumberkan Al-Quran (wahyu) menjadikan seseorang itu berfikiran lapang serta dapat memandu jiwa mereka untuk bertindak seperti yang disarankan oleh Al-Quran. Sebagai contoh, terdapat banyak dalil Al-Quran yang menerangkan secara jelas mengenai alam sekitar bumi ini seperti perintah untuk tidak berbuat kerosakan di bumi, kesan dan akibat dari perbuatan manusia, balasan bagi orang yang menyombongkan diri serta balasan bagi orang yang berbuat kerosakan.

Antara surah-surah dan ayat-ayat Al-Quran yang disebut tentang semua yang berkaitan alam sekitar adalah seperti yang berikut:1) PERINTAH UNTUK TIDAK BERBUAT KEROSAKAN DI BUMI

Surah Al- Baqarah ayat 11; dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan". Surah Asy Syuaraa ayat 183;"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi2) KESAN DAN AKIBAT DARI PERBUATAN MANUSIA Surah Ar-Rum ayat 41;telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)3) BALASAN BAGI ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN Surah Ar-Rad ayat 25;dan (sebaliknya) orang-orang Yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara Yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat Yang seburuk-buruknya.4) PERBANDINGAN ANTARA ORANG BERIMAN DAN ORANG YANG ZALIM TERHADAP ALAM SEKITAR

Surah Huud ayat 116;maka sepatutnya ada di antara umat Yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang Yang berkelebihan akal fikiran Yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! tidak ada Yang melarang melainkan sedikit sahaja, Iaitu orang-orang Yang Kami telah selamatkan di antara mereka. dan orang-orang Yang tidak melarang itu telah menitik beratkan Segala kemewahan Yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang Yang berdosa.Jika setiap individu di muka bumi ini faham dan patuh akan setiap dalil-dalil Al-Quran yang telah jelas, maka tidak mustahil kerosakan bumi ini dapat dikurangkan selain daripada faktor usia bumi. Tetapi hakikat yang sebenar tidak ramai yang mampu patuh akan arahan yang diperintahkan kerana lemahnya Aqidah tersebut telah memberi kesan terhadap persekitarannya. Melalui asas Aqidah, manusia mampu untuk memahami peranan mereka ke atas alam sekitar. Terdapat tiga tanggungjawab yang berkaitan dengan Aqidah yang digariskan oleh Sayyed Hossien Nasr iaitu tanggungjawab ubudiyyah, khalifah dan amanah. Ketiga-tiga tanggungjawab ini penting untuk memahami hakikat Aqidah sebenar dalam diri setiap individu.Tanggungjawab ubudiah ialah melakukan amar maruf dan nahi mungkar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kita mampu menggunakan kuasa untuk mencegah penebangan hutan secara berleluasa atau manghalang pembuangan sisa toksik ke dalam sungai, itu sudah menepati tanggungjawab ubudiah kita dalam memantapkan akidah dalam kehidupan. Bagi tanggungjawab khalifah pula ialah sentiasa mengingatkan kita bahawa kita bukan pemilik mutlak kepada alam. Oleh itu, kita lebih berwaspada dalam melakukan sesuatu yang melibatkan alam sekitar kita selain dengan memakmurkan dan mengurus bumi dengan tidak melakukan kerosakan. Manakala tanggungjawab amanah terhadap alam sekitar pula ialah menggunakan semua yang ada di bumi menurut peraturan yang telah diperintahkan oleh Allah yang dijelaskan di dalam Al-Quran.KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT: SYARIAH

Umum mengetahui, syariah merupakan perundangan hidup Islam yang berlandaskan alQuran dan asSunnah. Pelaksanaan syariah dalam konsep penjagaan alam sekitar cukup memberi impak yang amat besar. Hal ini kerana hanya Islam yang melaksanakan lunas-lunas peraturan yang berasaskan Islam agar persekitaran alam sekitar di kekalkan dan di gunapakai mengikut peraturan-peraturan yang telah di tetapkan dan bukan hanya mengikut hawa nafsu dan kehendak manusia semata-mata.

Alam sekitar merupakan salah satu kurniaan teragung Allah S.W.T kepada ummat-ummatnya dalam memenuhi tuntutan fitrah manusia. Malahan, bumi ini hanyalah tanah gersang semata-mata andai tidak dikurniakan alam sekitar yang indah seterusnya menjadi tempat tinggal bagi manusia serta makhluk sekalian alam untuk mensyukuri serta menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T.

Dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai manusia serta khalifah Allah di muka bumi ini, manusia perlu dipandu dan diajar mengikut ajaran-ajaran yang telah ditetapkan Islam. Pendidikan Islam dalam mendidik manusia terhadap penjagaan alam sekitar amat berbeza dengan pendidikan yang ingin disampaikan oleh barat. Pendidikan Islam merangkumi aspek fizikal dan rohani tetapi pendidikan barat hanya menekankan aspek fizikal.

Saban waktu, alam sekitar sering dikaitkan dengan penerokaan terhadap sesuatu pembangunan. Manakala pembangunan pula tidak dapat dipisahkan dengan hakikat kehidupan manusiawi yang memerlukan pembangunan untuk meneruskan kebelangsungan hidup seperti bangunan-bangunan kediaman, tempat sumber pendapt serta tempat untuk memperoleh keperluan harian. Namun seiring dengan itu, manusia seharusnya mengetahui batas-batas serta menjaga kepentingan Islam dalam penggunaan alam sekitar. Kepentingan alam sekitar dan pembangunan yang dicipta manusia adalah seiring. Manusia tidak boleh semata-mata mementingkan pembangunan, sementara alam sekitar hanya dipandang enteng. Alam sekitar seperti pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang menhijau merupakan elemen utama dan penting bagi membekalkan sumber oksigen kepada makhluk sekalian alam. Andai alam sekitar ini tidak diurus tadbir dengan seeloknya seperti pembalakan yang tidak terurus serta pencemaran alam sekitar yang berleluasa dikhuatiri bakal mengancam kebelangsungan hidup makhluk-makhluk yang mendiami. Di sinilah peri pentingnya, syariah dalam mengurus tadbir penjagaan dan penggunaan alam sekitar. Dalam syariah, Islam menggariskan perkara-perkara tertentu agar elemen-elemen penting alam sekitar dapat diselia dengan rapi dan seimbang untuk menjamin masa hadapan kepada generasi-generasi mendatang. Sesuai dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran bahawasanya Allah berfirnan dalam Surah Ar-Radu:3, Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikirKONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT : AKHLAK

Definisi akhlak dari sudut bahasa ialah berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri.Manakala dari sudut istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Akhlak juga merupakan satu fasa yang membincangkan tingkah laku dan tatacara hubungan manusia terhadap Allah, hubungan manusia sesame manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar.

Konsep penjagaan alam sekitar perspektif Islam juga turut menekankan dari sudut akhlak. Ini kerana, akhlak memainkan peranan penting yang berkait rapat lahir dari Aqidah yang utuh serta pemahaman yang terperinci dalam syariah. Melalui akhlak, keperibadian seseorang muslim dibina dengan sifat-sifat yang terpuji dalam tindakan terhadap alam sekitar. Empat contoh sifat terpuji dalam Islam yang perlu ada dalam diri setiap individu yang mampu memberi kesan terhadap penjagaan alam sekitar ialah Qanaah, Mahabbah, Ihsan dan Taawun.

Qanaah ialah sikap meredai segala kurniaan Allah untuk keperluan hidup. Dalam erti kata lain ialah sikap yang tidak tamak dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah serta tidak tergolong dalam golongan pembazir. Individu yang mempunyai sikap ini dalam mengurus alam sekitar akan menunjukkan rasa tidak puas hati jika melihat hasil bumi dieksploitasi untuk kepentingan individu lain. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai sikap Qannah dalam diri mereka tidak akan terlibat dengan pembalakan hutan secara berleluasa dan kurang menyenangi sesetengah pihak yang sanggup membangunkan Negara untuk mendapat nama tanpa memikirkan akan kesan terhadap alam sekitar seperti tanah runtuh dan hakisan tanah. Keadaan ini bertepatan dengan ayat Al-Quran surah Al-Qashash ayat 83 iaitu:negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Mahabbah pula ialah sikap mengasihi manusia dan makhluk lain. Mengasihi manusia dan makhluk lain termasuklah sayang akan alam sekitar serta berusaha memelihara alam sekitar sebaiknya. Ini kerana sikap mahabbah ini mampu melahirkan kepercayaan yang telus bahawa setiap komponen alam tabii sentiasa berzikir memuji Allah. Komponen-komponen alam sekitar ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Oleh yang demikian, melalui rasa mahabbah yang tinggi mampu mengawal individu untuk tidak berlaku zalim terhadap alam sekitar serta sentiasa berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu yang melibatkan sensitivity alam sekitar. Surah Al-Qashash ayat 77; Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".

Sikap manusia yang sentiasa berhati-hati di dalam melakukan tindakan kerana merasai Allah sentiasa mengawasinya ialah Ihsan. Melalui sikap ihsan ini, mampu melatih manusia supaya lebih peka akan keadaan sekeliling. Sebagai contoh yang boleh dikaitkan dengan konsep penjagaan alam sekitar perspektif Islam ini ialah seseorang yang dalam keadaan marah mampu untuk mengawal dirinya daripada merosakkan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya kerana masih ada sikap ihsan di dalam dirinya. Begitu juga jika seseorang yang hendak mencuri balak-balak di hutan akan segera membatalkan niat jahatnya jika dalam dirinya masih ada rasa bahawa sentiasa ada yang memerhati segala tindak tanduknya walaupun bukan di khalayak ramai. Hakikatnya, melalui sikap ihsan ini jugalah manusia akan sedar bahawa segala yang berada di muka bumi ini hanya milik Allah dan akan merasa takut untuk membuat kerosakan di bumi ini. Surah Yunus ayat 40; dan di antara mereka ada Yang beriman kepada Al-Quran, dan ada di antaranya Yang tidak beriman langsung kepadanya; dan (ingatlah), Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang Yang melakukan kerosakan.

Taawun berasal dari Bahasa Arab Taawana, Yataaawuna, Taawuna, yang ertinya tolong-menolong, gotong-royong, bantu-membantu dengan sesama manusia untuk memperoleh kebaikan serta menghindarkan keburukan. Sikap Taawun ini bertepatan dengan ayat Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2, yang bermaksud;..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)

Sifat ini mengajar manusia untuk sentiasa bertanggungjawab sesama manusia dan tidak mementingkan diri sendiri. Islam telah menggariskan beberapa petunjuk dalam menjaga alam sekitar. Contohnya, Islam mengajar bahawa membuang duri dan halangan di jalan sebagai salah satu daripada cabang

iman. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: Telah ditunjukkan kepadaku amal perbuatan umatku, sama ada yang baik atau yang buruk. Aku dapati di antara amalan kebaikan ialah membuang halangan dari jalan dan di antara amalan buruk, membuang kotoran ( hingus atau air liur) di masjid lalu tidak ditimbus. (Riwayat Ibnu Majah)Sekiranya membuang duri kecil merupakan satu tuntutan , maka sudah tentu membuang kotoran sisa toksid, asap, kotoran kilang dan lain-lain pencemaran lebih dituntut demi menjaga kesejahteraan awam. Melalui sifat taawun dalam diri sudah semestinya alam sekitar dan sekeliling kita terjamin dari pencemaran dan harmoni.KESIMPULAN Alhamdulillah, segala syukur dan puji hanyalah kepada Pencipta yang Esa yang menghidupkan dan mematikan makhluk-makhlukNya. Sesungguhnya apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada ummat-ummatNya hanyalah pinjaman semata-mata dan merupakan satu amanah kepada kita untuk menjaga dan memeliharanya sebaik-baik kurniaan. Alam sekitar merupakan anugerah dan penciptaan teragung Maha Pencipta kepada hamba-hambanya untuk manusia menginsafi diri di alam yang fana ini. Islam menggariskan hal-hal tertentu bagi menjamin dan memulihara alam ini agar sentiasa terpelihara seterusnya dapat diselami oleh generasi-genarasi yang akan datang. Bermulanya dari aqidah, islam menekankan betapa pentingnya sifat ubudiyyah iaitu sifat kehambaan yang dizahirkan oleh manusia dalam memelihara alam sekitar ini. Melalui sifat ini, manusia lebih amanah dan secara tidak langsung akan menjaga amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya. Apabila manusia mengerti terhadap pengertian aqidah dan tuntutan-tuntutannya dalam melestari kehidupan seharian, maka secara langsungnya segala perlakuan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar ini akan terpelihara. Begitulah aqidah mendidik dan mentarbiyah makhluk yang mempunyai akal dan membimbing naluri kemanusian makhluk. Seterusnya, dalam kefahaman aqidah membimbing manusiawi, islam menggariskan system perundangan islam dalam membatasi perbuatan dan perilaku manusiawi dalam mengurus tadbir alam ini. Bagi menjaga kemaslahatan dan keberlangsungan hidup manusia, maka syariah perlu ditegakkan dan dipatuhi. Pelaksanaan syariah ini bermula apabila larangan-larangan Allah di dalam al-Quran jelas dinyatakan agar jangan membuat kerosakan terhadap ala mini. Dalam hal ini syariah mengariskan hal-hal tertentu bagi menjaga alam ini, seterusnya memberi petunjuk yang sewajarnya apabila telah menguna pakai alam ini bagi tujuan pembangunan dan sebagainya.

Akhlak merupakan salah satu aspek penting dalam penjagaan alam sekitar mengikut perspektif islam. Manusia yang berakhlak jelas dan terang-terangan akan memastikan kepentingan alam sekitar ini terhadap makhluk sekalian alam. Antara akhlak dan tingkah laku mulia yang disarankan Islam adalah sifat qanaah dalam menerima segala pemberian, sifat mahabbah terhadap makhluk sekalian alam ini, sifat ihsan yang merasakan Allah sentiasa memerhati, serta sifat taawun yang saling bantu-membantu sesame makhluk.Begitulah keseimbangan etika alam sekitar menurut pandangan islam. Lengkap dan padat dalam mengimbangi struktur serta elemen-elemen penting alam sekitar yang telah diamanah kepada makhluk yang berakal khusunya manusia yang mendiami. Adat meminjam seharusnya mengembalikan segala nikmat yang telah dipinjamkan dalam keadaan elok dan sejahtera tanpa kerosakan dan begitulah alam sekitar ini kepada manusia harus menjaga dan memulihara seeloknya amanah yang telah diberikan dan memulangkannya dengan elok. Wallahulam.

Sumber Rujukan:

1. Buku: Etika Alam Sekitar daripada Perspektif Islam, Timur dan Barat oleh Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali.

2. Buku: Masalah Semasa Alam Sekitar Malaysia oleh Ismail Sahid.

3. Buku: Alam Sekitar Permasalahan dan Pengawalan oleh Surtahman Kastin Hasan dan Abd. Ghafar Ismail.

4. Buku: Islam dan Alam Sekitar oleh Zaini Ujang, Seyyed Hossien Nasr dan Ziauddin Sardar.

5. Internet: http://repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf6. Internet:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0522&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2Sljn797m Utusan Melayu (M) Bhd.7. Internet:

http://bicarakalbu02.blogspot.com/2007/09/hubungan-syariat-dengan-alam-sekitar.html8. Internet:

http://dakwahsyariah.blogspot.com/2012/01/alam-dan-lingkungan-hidup-menurut-islam.html13