11.2.persekitaran awal tamadun islam

23
PERSEKITARAN AWAL TAMADUN ISLAM Pembentukan masyarakat dan negara Islam

Upload: wanbk-leo

Post on 20-Jan-2015

3.436 views

Category:

Spiritual


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

PERSEKITARAN AWAL TAMADUN ISLAM

Pembentukan masyarakat dan negara Islam

Page 2: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Rasulullah SAW sejak permulaan Islam lagi telah berusaha membina masyarakat Arab dengan memperbetulkan akidah mereka supaya beriman kepada Allah SWT.

Page 3: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Perubahan pegangan hidup adalah asas perubahan semua sistem dalam kehidupan manusia seperti ibadah, sosial, ekonomi dan lain-lain.

Prkt permulaan, ajaran Islam disebarkan secara rahsia, kemudian secara terbuka.

Page 4: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Antara individu yang awal memeluk Islam ialah isteri baginda iaitu Siti Khadijah, sepupunya iaitu Ali bin Abi Talib, hambanya Zaid dan sahabatnya Abu Bakar yang kemudiannya berjaya mengIslamkan Uthman bin Affan, al-Zubair bin al-Awwam, Abd Rahman bin Auf dan lain-lain sahabat.

Page 5: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam digunakan oleh penganut Islam pada masa itu sebagai markas gerakan dakwah.

Selama hampir 3 tahun dakwah disampaikan secara tertutup/rahsia, maka turunlah ayat al-Quran yang menyeru supaya dakwah disampaikan secara terbuka.

Page 6: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Cabaran dalam dakwah Islam Penyebaran Islam di Makkah

mendapat tentangan hebat dari kaum Quraisy.

Ada di antara penganut Islam yang diseksa, dipulau, dibunuh dan diugut.

Namun mereka tidak sedikitpun berganjak dari kepercayaan kepada Tuhan yang satu.

Page 7: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan seruan Islam tidak terkecuali daripada dihina, diejek dan diugut oleh orang-orang Quraisy.

Namun begitu, jumlah pengikut Islam semakin ramai.

Ini menyebabkan pihak musyrikin Quraisy meningkatkan lagi penentangan mereka.

Page 8: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Halangan khusus yg dihadapi oleh Rasulullah di Mekah1. Memohon agar Abi Talib(bapa

saudara Nabi)menasihati Baginda memberhentikan usaha dakwahnya

2. Meminta Abu Talib menyerahkan Rasulullah kepada kaum Quraisy

3. Rasulullah dipujuk dengan wanita, harta dan pangkat

4. Kompromi dalam penyembahan masing-masing

Page 9: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Keadaan tersebut menyebabkan Rasulullah SAW menyuruh sekumpulan daripada kaum Muslimin berpindah ke Habsyah di bawah pemerintahan Raja yang adil dan bijaksana beragama Nasrani bernama Najasyi.

Page 10: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Kedatangan kaum Muskimin seramai 16 orang pada permulaannya diikuti dengan berpuluh-puluh orang lagi.

Mereka disambut baik dan diberi perlindungan daripada kaum Quraisy.

Page 11: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Wakil pihak Quraisy pernah datang bertemu raja Habsyah meminta supaya penganut Islam dihantar pulang, tetapi ditolak oleh Najasyi.

Kemuncak penentangan Kaum

Musyrikin di Makkah ialah memulau keluarga Rasulullah dan merancang membunuh baginda.

Page 12: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Ketika inilah Rasulullah SAW bersama sahabat baginda Zaid bin Harith pergi ke Taif .

Akan tetapi kedatangan baginda tidak mendapat layanan sewajarnya daripada penduduk Taif, malah baginda dihujani dengan balingan batu dan maki hamun.

Page 13: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Hijrah dan Pembentukan Masyarakat Islam Madinah Akibat penentangan daripada

masyarakat Quraisy Makkah, maka pada 622M baginda bersama pengikutnya berpindah ke Madinah al-Munawwarah

Ketibaan Rasulullah disambut dengan penuh kegembiraaan oleh penduduk Madinah.

Page 14: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Penghijrahan ini menandakan detik baru tugas dakwah baginda iaitu pembinaan masyarakat dan negara.

Masyarakat yang hendak dibina ialah masyarakat Islam yang dapat menjadi umat contoh.

Negara Islam yang pertama dibangunkan dinamakan al-Madinah al-Munawwarah.

Page 15: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Penghijrahan bermaksud meninggalkan tanah air tercinta, rumahtangga dan harta benda, kaum keluarga dan sahabat handai.

Penghijrahan memerlukan keimanan, keikhlasan, kesabaran dan ketakwaan yang tinggi.

Page 16: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Agenda Pembentukan Negara Islam Di Madinah Tindakan Rasulullah SAW

setibanya di Madinah: a. Mempersaudarakan gol.

Muhajirin dan Ansar.b. mendirikan masjid.c. Mengadakan perjanjian

dengan gol bukan Islam

Page 17: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Persaudarakan Ansar dan Muhajirin Ansar – penduduk Madinah

yang membantu Muhajirin- Orang-orang Islam

Mekah yang berhijrah Membentuk al-muakhah atau

saudara angkat

Page 18: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Pembinaan Masjid Pembinaan masjid bukan semata-

mata untuk beribadah tetapi menjadi tempat pertemuan, bermesyuarat dan melakukan perancangan strategik.

Masjid merupakan tempat menyubur iman yang dapat menjadi benteng utk sistem pertahanan diri manusia.

Page 19: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Perjanjian dengan gol bukan Islam

Rasulullah mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi: Bani Nadir, Quradzah, Qaynuqa’

Daripada perjanjian damai ini, tergubal sebuah perlembagaan yg dikenali dengan nama Sahifah al-madinah.

Page 20: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

PERLEMBAGAAN MADINAH

Antara kandungannya: Nabi diakui sebagai Ketua

Negara. Setiap perbalahan mestilah dirujuk kepada ketua Negara

Semua penduduk bebas beragama dan melaksanakan agama masing-masing.

Page 21: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Setiap penduduk hendaklah berkerjasama dalam setiap masalah ekonomi.

Semua penduduk mestilah mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh luar.

Keselamatan kaum Yahudi terjamin selagi mereka patuh kpd perlembagaan.

Page 22: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

Kesan Hijrah Terbinanya masjid sebagai

lambang kecintaan kpd Allah Membangunkan persaudaraan

Islamiah sejagat. Kewujudan negara Islam yang

diiktiraf oleh masyarakat luar.sekian

Page 23: 11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam

http://wanbk.page.tlhttp://wanbk.page.tl