islam dan kualiti peribadi pengurus - ukm.my · pdf fileprosiding seminar antarabangsa...

8
Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim Islam dan Kualiti Peribadi Pengurus Najwa Hayati Abd Rahman, Ahmad Irdha Mokhtar, & Zulkifli Aini. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. [email protected] ABSTRAK: Quality is not a new subject in management field. In fact, it is the most important element to fulfil a modern-standard management and administration requirment among the competitions nowdays. To achieve an excellent performance in managing an organization or a company, a manager or a leader should have that quality in their character and personality traits. That would be a key to strive the success, also having a good impression among the superior and subordinates. This article will analyse the importance of quality of the personality in managers percisely in Islamic view. This article will review the effect of Islamic values in forming a high quality personal of Muslim manager and identifying all the characterisitc that should have in a good personality among manager. The method used is qualitative approach with analizing content and analize document. Pengenalan Peribadi atau personaliti sinonimnya berkait rapat dengan sikap dan karakter seseorang manusia. Islam berperanan penting dalam melahirkan peribadi muslim yang menjadi tunjang dalam diri umat Islam khususnya seorang pengurus. Namun dewasa ini, pengurus tidak lagi menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah. Ia dibuktikan dengan laporan dan berita semasa yang menunjukkan kes-kes rasuah, penyelewengan kuasa, pecah amanah dan lain-lain kes melibatkan pengurus dan penjawat awam saban tahun. Sehinggakan menteri-menteri, wakil-wakil rakyat, hakim mahkamah tinggi syariah dan pegawai penguatkuasa SPRM yang seharusnya menjadi tonggak harapan dan kepercayaan rakyat juga turut tidak terkecuali terlibat dalam jenayah tersebut, seolah-olah ia adalah perkara biasa dalam kalangan masyarakat kita. Peribadi yang buruk dan bermasalah sudah pasti menjadi punca utama runtuhnya nilai integriti pihak yang terlibat. Jabnoun (2005) menyifatkan seseorang pengurus bukan hanya mempunyai kelebihan teknikal, malah mempunyai peribadi dan akhlak mulia merupakan salah satu kelebihan paling utama. Khaliq Ahmad (2006) pula menyatakan bahawa seorang pengurus (pemimpin) harus dibentuk, bukan dilahirkan (sifat kepemimpinannya). Jika dilihat dari definisi diatas, tepatlah bahawa kualiti peribadi amat penting bagi memenuhi kriteria seorang pengurus Islam yang unggul. Penyataan Masalah Senario yang berlaku di Malaysia hari ini banyak melibatkan jenayah rasuah dan pecah amanah di kalangan pengurus Muslim. Bernama Banking & Finance Special Page melaporkan mengenai “Dua Bekas Pengurus Tabung Haji Dipenjara 10 Tahun Kes Pecah Amanah membabitkan RM200 juta wang institusi tersebut. Kedua-duanya didapati bersalah atas pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun. Menurut berita Astro Awani, seorang bekas pengarah dan CEO bergelar Datuk dituduh melakukan penyelewengan membabitkan lebih RM 16.9 juta. Sinar Harian pula melaporkan sepasang suami isteri dihukum penjara 10 tahun atas tuduhan pecah amanah harta bernilai RM 1.57 juta milik Bank Muamalat cawangan Universiti Sains Malaysia. Jika diamati dari sudut pegangan agama, sudah tentu mereka yang terlibat dalam pecah amanah tersebut beragama Islam. Oleh itu, timbul persoalan, mengapakah mereka melakukan jenayah tersebut sedangkan ia salah di sisi undang-undang sivil dan syariat Islam? Apakah faktor yang menjerumuskan pihak terbabit ke dalam jenayah tersebut? Bagaimana figur seorang pengurus yang berkualiti? Untuk

Upload: nguyenkhanh

Post on 06-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Islam dan Kualiti Peribadi Pengurus - ukm.my · PDF filePROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN. 3 kedudukan iman. Antara punca seorang pengurus

Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah

Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini.

© Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim

Islam dan Kualiti Peribadi Pengurus

Najwa Hayati Abd Rahman, Ahmad Irdha Mokhtar, & Zulkifli Aini.

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

[email protected]

ABSTRAK: Quality is not a new subject in management field. In fact, it is the most important

element to fulfil a modern-standard management and administration requirment among the

competitions nowdays. To achieve an excellent performance in managing an organization or a

company, a manager or a leader should have that quality in their character and personality traits.

That would be a key to strive the success, also having a good impression among the superior and

subordinates. This article will analyse the importance of quality of the personality in managers

percisely in Islamic view. This article will review the effect of Islamic values in forming a high

quality personal of Muslim manager and identifying all the characterisitc that should have in a

good personality among manager. The method used is qualitative approach with analizing

content and analize document.

Pengenalan

Peribadi atau personaliti sinonimnya berkait rapat dengan sikap dan karakter seseorang manusia. Islam

berperanan penting dalam melahirkan peribadi muslim yang menjadi tunjang dalam diri umat Islam

khususnya seorang pengurus. Namun dewasa ini, pengurus tidak lagi menjalankan tanggungjawabnya

dengan amanah. Ia dibuktikan dengan laporan dan berita semasa yang menunjukkan kes-kes rasuah,

penyelewengan kuasa, pecah amanah dan lain-lain kes melibatkan pengurus dan penjawat awam saban

tahun. Sehinggakan menteri-menteri, wakil-wakil rakyat, hakim mahkamah tinggi syariah dan pegawai

penguatkuasa SPRM yang seharusnya menjadi tonggak harapan dan kepercayaan rakyat juga turut tidak

terkecuali terlibat dalam jenayah tersebut, seolah-olah ia adalah perkara biasa dalam kalangan masyarakat

kita. Peribadi yang buruk dan bermasalah sudah pasti menjadi punca utama runtuhnya nilai integriti pihak

yang terlibat.

Jabnoun (2005) menyifatkan seseorang pengurus bukan hanya mempunyai kelebihan teknikal,

malah mempunyai peribadi dan akhlak mulia merupakan salah satu kelebihan paling utama. Khaliq

Ahmad (2006) pula menyatakan bahawa seorang pengurus (pemimpin) harus dibentuk, bukan dilahirkan

(sifat kepemimpinannya). Jika dilihat dari definisi diatas, tepatlah bahawa kualiti peribadi amat penting

bagi memenuhi kriteria seorang pengurus Islam yang unggul.

Penyataan Masalah

Senario yang berlaku di Malaysia hari ini banyak melibatkan jenayah rasuah dan pecah amanah di

kalangan pengurus Muslim. Bernama Banking & Finance Special Page melaporkan mengenai “Dua

Bekas Pengurus Tabung Haji Dipenjara 10 Tahun Kes Pecah Amanah” membabitkan RM200 juta wang

institusi tersebut. Kedua-duanya didapati bersalah atas pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara enam

tahun. Menurut berita Astro Awani, seorang bekas pengarah dan CEO bergelar Datuk dituduh melakukan

penyelewengan membabitkan lebih RM 16.9 juta. Sinar Harian pula melaporkan sepasang suami isteri

dihukum penjara 10 tahun atas tuduhan pecah amanah harta bernilai RM 1.57 juta milik Bank Muamalat

cawangan Universiti Sains Malaysia.

Jika diamati dari sudut pegangan agama, sudah tentu mereka yang terlibat dalam pecah amanah

tersebut beragama Islam. Oleh itu, timbul persoalan, mengapakah mereka melakukan jenayah tersebut

sedangkan ia salah di sisi undang-undang sivil dan syariat Islam? Apakah faktor yang menjerumuskan

pihak terbabit ke dalam jenayah tersebut? Bagaimana figur seorang pengurus yang berkualiti? Untuk

Page 2: Islam dan Kualiti Peribadi Pengurus - ukm.my · PDF filePROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN. 3 kedudukan iman. Antara punca seorang pengurus

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

2

menjawab persoalan yang diutarakan, fokus perbincangan kajian ini memberi tumpuan dari sudut kualiti

peribadi; iaitu dengan mengenalpasti dan menghuraikan sifat-sifat seorang pengurus berperibadi tinggi

serta berpekerti mulia. Setersunya mengkaji kesan pengaruh Islam dalam pembentukan kualiti peribadi

seorang pengurus Muslim khususnya.

Peribadi Muslim

Peribadi boleh membawa maksud personaliti, identiti dan akhlak. Pembinaan personaliti merupakan

antara aspek penting yang perlu ditekankan oleh setiap individu bagi menyerlahkan nilai kognitif, afektif

dan tingkah laku (Fariza Md Sham et al. 2013). Peribadi Rasulullah S.AW adalah jelmaan sifat

unggul yang menjadikannya manusia kompeten dan cemerlang (YaPEIM,2011). Manusia yang

mempunyai personaliti menarik dan berkeperibadian tinggi dipandang sebagai seorang insan kamil.

Menurut Al Ghazali (1994) lemah peribadi adalah salah satu dari tanda kelemahan iman. Kesan dari

lemahnya iman menjurus kepada keruntuhan peribadi dan akhlak atau kemungkinan melenyapkan iman

selaras dengan kecil atau besarnya keburukan yang dilakukan. Iman akan lemah jika manusia suka

mengambil ringan soal ibadah yang difardhukan oleh Allah S.W.T. Sudah tentu kekuatan iman

melahirkan peribadi yang kuat selaras dengan ajaran Islam yang wajar dipatuhi. Menurut Al Quran, keperibadian manusia itu memiliki banyak unsur. Setiap unsur dapat

mempengaruhinya dalam perbuatan atau tingkah laku. Unsur- unsur tersebut ialah jasmani, nafsani dan

rohani (Kadar,2012). Personaliti Al-Mukminun yang disebutkan Al-Ghazali adalah paling terbaik yang

menjadikan keimanan sebagai tonggak utama dan asas akhlaknya. Konsep personaliti di sisinya pula ada

empat iaitu hati (al qalb), roh (al-ruh), jiwa (al-nafs) dan akal (al-’aql). Manakala konsep abnormal pula

adalah marah, dendam, hasad dengki, cinta dunia, riya’, takabbur dan bangga diri (Fariza Md Sham et al.

2013). Khaliq Ahmad (2006) menggariskan trust and confident, dan effective communication sebagai

kunci dalam peribadi seorang pengurus. Sebagai tambahan, beliau juga menyatakan bahawa seorang

pengurus Muslim harus mempunyai (kind), commpassionate dan forgiving melalui potongan ayat Surah

Ali I’mran ayat 159.

Elemen Membentuk Personaliti

Asiah Bidin & Sharifah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad, Mahmood Zuhdi (2011) dan Fariza Md

Sham et al.(2013) masing-masing bersetuju bahawa solat adalah tunjang utama demi melahirkan kualiti

akhlak dan peribadi Muslim. Ayat pensyari’atan solat terkandung dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 :

“Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan

yang keji dan munkar.” Ibadah lain yang merangkumi puasa, doa, Qiyamullail, membaca Al-Quran, dan

berzikir juga merupakan elemen penting dalam pengukuhan peribadi Muslim. Ini dapat meningkatkan

pemahaman dan penghayatan ajaran Islam seterusnya dapat dipraktikkan dalam kehidupan. Muhammad

Al- Ghazali (1994) menekankan konsep amanah iaitu rasa tanggungjawab terhadap apa yang diserahkan

kepadanya serta kesedarannya bahawa dia dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T. Pengkhianat

paling besar dan paling bahaya ialah perkara yang dilakukan oleh seseorang yang ditugaskan untuk

menjaga urusan orang ramai lalu diabaikannya seperti kes pengurus Tabung Haji yang pecah amanah

terhadap wang simpanan rakyat yang bertujuan untuk menunaikan haji. Ilmu dan kemahiran berfikir

termasuk dalam elemen pembentukan peribadi seorang pengurus Muslim (Mahmood Zuhdi, 2011). Tanpa

ilmu,bagaimana dia ingin menguruskan organisasi dan pekerja bawahannya? Sesungguhnya menuntut

ilmu adalah kewajipan ke atas semua Muslim tidak kira walau apa cara sekalipun. Cara pemikiran yang

kritis dan optimis menghasilkan karakter seseorang menjadi lebih terbuka dan positif. Oleh itu, semua idea

dan cadangan yang dibincangkan akan diterima dan dirai. Sudah tentu pihak atasan sukar untuk

melepaskan ‘aset’ sebegini. Muhammad Al-Ghazali (1994) menambah dalam tulisannya di dalam bab

Manusia Antara Kebaikan Dan Keburukan, bahawa sifat ikhlas wajib ada dalam diri setiap insan Muslim.

Jika tidak, jiwa yang rosak akan menimbulkan kekacauan dalam sistem masyarakat selanjutnya dapat

meluluskan dirinya untuk mencapai tujuan jahatnya. Islam mempunyai fitrah semulajadi yang baik yang

menuju kepada kebaikan. Apabila seorang pengurus mempunyai keinginan yang melencong dari kebaikan

dan jalan lurus, disertai pula dengan hasutan untuk melakukan perkara-perkara kerosakan kepada dirinya,

sudah tentu akan membawanya ke lembah kehinaan. Dan itu adalah tingkat paling rendah dalam

Page 3: Islam dan Kualiti Peribadi Pengurus - ukm.my · PDF filePROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN. 3 kedudukan iman. Antara punca seorang pengurus

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

3

kedudukan iman. Antara punca seorang pengurus mengkhianati tugas dan amanahnya kerana jiwanya

sudah terbiasa dengan suatu keburukan dan tidak menghiraukan dosa yang dilakukan. Firman Allah SWT

“ Wahai Daud, Sesungguhnya engkau Kami jadikan khalifah (penguasa) di bumi, maka berilah keputusan

(perkara) di antara manusia dengan adil, janganlah engkau mengikut hawa nafsu, kerana yang demikian

itu akan menyesatkan engkau dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah akan

mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Sad, ayat 26).

Apabila semua elemen digabungkan di dalam diri seorang pengurus, nescaya akan terhasillah

seorang Mukmin yang memiliki akhlak dan peribadi mulia. Justeru, dia akan menjadi ikon dan contoh

tauladan bagi umat Islam lainnya. Contoh sifat mahmudah yang menghiasi peribadi seorang pengurus

Muslim ialah sentiasa redha dengan ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, bertaqwa, selalu

bertubat dan mendekati Tuhannya, bertafakur, sabar dengan ujian dan taqdir dalam kehidupan, selalu

bersyukur dengan nikmat dan pemberianNya, selalu bertawakal dan meletakkan harapan tinggi kepada

Maha Esa, serta cinta kepada Allah, Rasul dan sesama manusia.

Kualiti Pengurus Dalam Pengurusan

Pengurus yang sebenar-benarnya adalah Pengurus Semesta Alam ini iaitulah Tuhan Yang Maha Agung,

Allah SWT. Dari sekecil-kecil penciptaan hingga sebesar-besar lapisan bumi, juga alam cakerawala,

DIAlah yang mentadbir dan mengurus para makhluknya tanpa sedikitpun cacat cela. Begitu juga dengan

contoh tauladan pengurusan dari junjungan besar Rasulullah SAW, Khulafa’ Rasyidin, dan para Sahabat

dalam mengemudi organisasi kemasyarakatan di zaman mereka. Pengurus dalam soal pengurusan dan

kepimpinan berpisah tiada. Bagaikan laut dan pantai yang sentiasa seiring dalam menuruti perintah Allah

SWT sebagai makhluk di muka bumi ini. Begitulah umpamanya seorang pengurus dengan konsep

kepemimpinan yang saling memerlukan antara satu sama lain. Sehubungan itu, pengurus dalam aspek

sesebuah pengurusan harus melepasi piawai standard yang digariskan oleh Islam sebagai penanda aras

untuk menjamin tahap kualiti seseorang pengurus.

Umumnya kualiti dikaitkan dengan kepuasan pelanggan terhadap sesuatu barangan atau

perkhidamatan. Islam memandang kualiti sebagai proses untuk melaksanakan transformasi positif demi

memenuhi tahap pencapaian terbaik di dalam aspek-aspek kehidupan manusia (Wan Ab Aziz et al. 2014) . Hedayat Kargar (2007) memetik kenyataan Ho & Wearn (1995) sebagai berkata “ ..kualiti ialah

pematuhan piawai, kepuasan pengguna, kesesuaian penggunaan yang baik, memenuhi keperluan piawaian

standard ..”. Kualiti juga boleh diertikan sebagai memenuhi harapan (pelanggan) yang munasabah. Dalam

surah Al Ra’d, ayat 17 ada menyatakan “..adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut

terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.

Demikianlah Allah meneranglan misal-misal perbandingan.” Ayat tersebut menerangkan tentang makna

sebenar kualiti yang berpaksikan manfaat untuk maksud ‘benda-benda yang berfaedah’. Kualiti tidak

hanya tertumpu kepada produk barangan, bahkan meliputi yang lain-lainnya juga termasuk manusia dan

perkhidmatan atau amalan. Manusia bermanfaat (manusia berkualiti) adalah manusia penyumbang

(contributor) dan manusia produktif. Hanya pekerja berkualiti yang mampu menghasilkan barangan

mahupun perkhidmatan produk berkualiti. Kualiti adalah prestasi terbaik yang dapat dilakukan,menepati

tahap itqan dan ihsan. Prestasi bekerja seperti itulah yang akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

(YaPEIM,2011).

Wan Ab Aziz dan rakan-rakannya (2014) menyimpulkan bahawa kualiti dari perspektif Muslim

harus mencapai peningkatan (improvement), membuat amal kebajikan, bertindak secara bijak, jujur,

berkelakuan positif, memikul amanah dan rasa bertanggungjawab dan berkredibiliti. Melalui penerangan

menyeluruh tersebut, dapat disimpulkan bahawa setiap Muslim harus membentuk kualiti dalam

keperibadian. Kerana kualiti memainkan peranan penting dalam menentukan akhlak sekaligus memenuhi

kriteria seorang pengurus Muslim yang cemerlang. Abdus Satar Abbasi et al. (2010) menerangkan bahawa

seorang pengurus yang hebat harus menerapkan sikap kerendahan hati (humility/tawadhuk),

bertanggungjawab (responsibility), kebertanggungjawaban (accountibility), keikhlasan (sincerity), taat

setia kepada atasan (loyalty), keadilan (justice), dan sifat yang paling penting ialah bersikap benar

(truthfulness). Mohamed Sulaiman et al. (2014) pula menekankan konsep Tawhid sebagai asas dalam

Page 4: Islam dan Kualiti Peribadi Pengurus - ukm.my · PDF filePROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN. 3 kedudukan iman. Antara punca seorang pengurus

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

4

menentukan kualiti seorang pengurus Muslim. Menurut mereka, pengurusan Islam bermaksud

menjalankan aktiviti bergantung kepada jalan yang ditetapkan oleh Allah SWT dan mengikut jejak

Rasulullah SAW menerusi mentaliti, integriti dan kemahiran demi pencapai tujuan dan objektif

pengurusan. Ciri-ciri kepimpinan Nabi Sulaiman sebagai pemerintah dan pengurus di zamannya:

mempunyai keprihatian tinggi, mempunyai ketegasan namun tidak zalim, memiliki kerendahan hati

(tawadhuk), bersifat keterbukaan dan bersikap adil dalam mengurus dan mentadbir sekalian makhluk di

muka bumi (Muhammad Amin Hassan et al., 2014). Syed Omar et al. (2007) pula melihat seorang

pengurus Muslim harus dinilai mengikut empat prinsip utama iaitu : Al-Quran yang mengandungi

peraturan dan ajaran Islam mencakupi segenap aspek kehidupan termasuk pengurusan; kedua : contoh

tauladan yang ditinggalkan oleh junjungan mulia Rasulullah SAW sebagai pengurus terhebat sepanjang

zaman; ketiga: Khulafa’ Rasyidin dan keempat para tabiin dalam menguruskan masyarakat umumnya

pada zaman berkenaan. Tambah mereka, seorang pengurus haruslah memiliki peribadi cemerlang dan

mempunyai kualiti dalam diri mereka. Syed Othman Alhabshi et al. (1998) ada menyebut tentang karakter

yang baik (husnul khaliq) mempunyai empat sifat (wisdom), (courage), (temperance), dan (justice) yang

boleh ditafsirkan sebagai kebijaksanaan, keberanian, kesederhanaan dan keadilan. Ia boleh dijadikan nilai

tambah untuk menghasilkan kualiti di kalangan pengurus Muslim. Seorang pengurus berkualiti harus

mempunyai visi dan misi yang jelas berkaitan halatuju,matlamat dan objektif organisasi tersebut. Dia

haruslah mempunyai kemahiran mengikut zaman semasa (up to date) dan bersifat optimis untuk menapak

selangkah ke hadapan dan bijak merebut peluang. Pengurus juga harus bersikap positif ketika mendepani

rakan sekerja dan tidak seharusnya mengamalkan sikap diskriminasi. Mengenal pasti kelebihan dan

potensi setiap pekerja bawahan untuk mengoptimumkan hasil kerja juga boleh dilihat sebagai satu

kelebihan. Antara lainnya, seorang pengurus harus bijak dalam menangani unsur perbezaan yang berlaku

di dalam organsasi, tidak kira dari segi perbezaan personaliti, aliran atau pemikiran. Sementara itu,

seorang pengurus yang cemerlang dan berkualiti harus menjadi individu paling bertanggungjawab di

dalam organisasi. Jika kita lihat situasi di mana-mana syarikat mahupun pengurusan pasaraya, sekiranya

pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, dan ingin mengemukakan aduan, pasti

mereka akan minta dihubungkan kepada pengurus tempat berkenaan. Dan ciri terakhir yang dinyatakan

ialah seorang pengurus haruslah dikalangan orang yang beriman dan beragama. Oleh kerana itu, setiap

perbuatan atau keputusan yang dibincangkan akan mengambil kira dari sudut baik dan buruk disisi agama.

Adapun Khaliq Ahmad (2006) turut menyenaraikan elemen-elemen dalam menentukan kualiti

seorang pengurus Islam. Antara yang disebutkan : bijaksana, taqwa (takutkan Allah), adil dan belas

kasihan (rahmah), keberanian dan semangat waja, perundingan bersama ahli (syura), tegas, kefasihan

(kepetahan dan kelancaran tutur kata), semangat pengorbanan diri (sukarela menyelesaikan tugasan),dan

sabar. Begitu juga menurut Jabnoun (2005) yang menggariskan enam belas sifat kualiti seorang pengurus

Muslim. Antaranya adalah seperti berikut : strength and trust (kekuatan dan kepercayaan), kindess and

trust in Allah (kemurahan hati dan kepercyaan kepada Allah), consultation (perundingan/syura),

knowledge and wisdom (kebijaksanaan), Tawakkul (kebergantungan kepada Allah), responsibility and

empathy (dasar tanggungjawab dan belas ehsan), vision (visi), communication (komunikasi), eagerness to

learn (kesanggupan belajar perkara baru dan menyesuaikan diri kepada keadaan), awareness of followers

potentials and limitations (cakna terhadap potensi dan batas kemampuan rakan sekerja). Beliau juga

memperkenalkan sebuah model pengurusan Islam (Islamic Management Model). Dibawahnya tercabang

satu komponen mengenai kepimpinan. Dinyatakan juga bentuk kepimpinan seorang Muslim dalam

pengurusan. Antara yang dibincangkan ialah : seorang pemimpin harus bertidak sebagai tauladan (role

model) kepada pekerja bawahannya, memberi sepenuh komitmen terhadap tugas yang disandarkan,

sentiasa memberi sokongan tanpa mengharapakan balasan sokongan dari orang lain, melazimi perjumpaan

kecil secara berkala untuk mendengar luahan permasalahan yang dihadapi, berkongsi idea dan bertukar-

tukar pendapat, serta memberi respon terhadap keperluan dan kehendak rakan sekerja dengan sifat

bertimbangrasa dan belas ehsan.

Elakkan dari berprasangka buruk(zhon), curiga dan mengintip secara senyap kerana ia akan

membunuh kepercayaan sesama rakan sekerja. Begitu juga seorang pemimpin mestilah peka dan prihatin

dengan potensi dan kelemahan orang bawahannya. Jabnoun juga menegaskan bahawa seorang pemimpin

yang cemerlang harus terlibat dalam melatih bakat-bakat baru dalam pengursan untuk persediaan akan

Page 5: Islam dan Kualiti Peribadi Pengurus - ukm.my · PDF filePROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN. 3 kedudukan iman. Antara punca seorang pengurus

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

5

datang. Sebagai konklusi, Jabnoun menggariskan elemen terakhir dalam pembentukan kualiti pengurus :

memberi komitmen terhadap tanggungjawab sosial; seperti program keagamaan dan kemasyarakatan,

sentiasa tegas dan tidak berat sebelah ketika menilai laporan dan kontrak, mengambil bahagian dalam

pembelajaran,pengajaran dan penasihat (mentor) dan yang terakhir berlaku adil kepada individu yang

disenangi dan kurang disenangi.

Jika dibandingkan aspek kualiti dan sifat kepimpanan seorang pengurus yang disebutkan diatas,

terdapat beberapa persamaan yang dapat dilihat. Contohnya kebijaksanaan (knowledge & wisdom)-

perbincangan (syura/consultation)-kekuatan (courage) dan itqan. Ini membuktikan, kualiti seorang

pengurus yang berjaya dan cemerlang dapat ditentukan dengan sifat-sifat utama ini bukan sahaja

bertepatan dengan nilai Islami, malah nilai konvensional juga. Terdapat beberapa persamaan ciri-ciri lain

yang yang dinyatakan diatas seperti yang dilakarkan di dalam rajah 1.

Rajah 1.

Amanah

Ikhlas

Itqan Ihsan

Rendah

hati

Taqwa Tanggung

jawab

Jujur

Visi Adil

Syura

Taat Setia

Menjaga Agama Sebagai

Kunci Asas

Page 6: Islam dan Kualiti Peribadi Pengurus - ukm.my · PDF filePROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN. 3 kedudukan iman. Antara punca seorang pengurus

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

6

Perbincangan

Masalah yang dinyatakan sebelum ini adalah realiti yang berlaku di kalangan masyarakat Muslim di

Malaysia khususnya melibatkan pengurus. Persamaan ketara bagi ketiga-tiga kes berkenaan ialah : bangsa

Melayu yang beragama Islam dan mempunyai jawatan tinggi dalam pengurusan pentadbiran syarikat.

Oleh yang demikian, boleh dikatakan antara punca terjadinya kes berkenaan ialah : faktor khianat

– mereka telah melanggar amanah dan kepercayaan yang diberikan atasan mereka apabila tidak

mengurustadbir dengan betul sehingga berlakunya penyelewengan nyata melibatkan perbuatan

menggelapkan wang dan pecah amanah. Faktor lemah iman : sudah terang lagi bersuluh perbuatan haram

mereka telah membuktikan tahap kerendahan iman yang menyumbang kepada masalah pecah amanah.

Faktor budaya dan mentaliti masyarakat : Kadar (2012) menyatakan tentang pengaruh budaya

terhadap peribadi seseorang. Menurutnya, orang yang peribadinya ditentukan oleh tradisi selalu terikat

dengan tradisi tersebut. Walaupun korupsi, penyelewengan dan pecah amanah bukanlah datang dari

budaya dan tradisi masyarakat Melayu, namun orang Melayulah yang kerap melakukan jenayah tersebut.

Sebagai langkah untuk menyedarkan masyarakat tentang kesalahan jenayah membabitkan isu

pecah amanah dan penyelewengan, satu usaha melibatkan kepentingan pendidikan telah dijalankan

dengan melaksanakan Pekeliling Ikhtisas Bil 17/1998, pihak kerajaan telah memasukkan elemen

mencegah rasuah dalam kurikulum sekolah dan IPT. Di peringkat IPT, mata pelajaran Etika dan Moral

dan Asas Pebudayaan Keusahawanan telah diserapkan sebagai satu kursus wajib di universiti (Asiah Bidin

& Sharifah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad).

Menurut gaya Islam pula, penganutnya diajar supaya bertaqwa kepada Allah. Dengan taqwa,

seluruh gaya hidup seorang Muslim dapat dilindungi dari segala kejahatan dan jenayah. Ia merangkumi

sifat peribadi, akal, dan amalan. Taqwa juga boleh dijadikan kayu ukur kepada tahap keimanan individu.

Melalui taqwa, seorang Muslim akan sentiasa mengingati Allah dan takut untuk melakukan dosa disisi

syara’ dan disisi undang-undang.Taqwa juga akan membenihkan rasa tanggungjawab dalam memikul

amanah seterusnya dapat menjalankan tugas dengan sempurna

.

Seterusnya saranan menjaga iman sebagai pelindung untuk membendung dari melakukan

keburukan dan kerosakan sama ada pada diri sendiri mahupun masyarakat sekeliling.

Seterusnya, kepentingan memberi kesedaran tentang jenayah rasuah dan pecah amanah di kalangan

masyarakat dan diri sendiri. Antara inisiatif yang boleh dilaksanakan : memperkukuh kefahaman tentang

rasuah dan penyelewengan semenjak kecil melalui program kesedaran yang dijalankan bermula di sekolah

rendah dan sekolah menengah. Memberi ceramah demi pendedahan kepada umum dengan melancarkan

program melalui masyarakat setempat, kakitangan awam dan sebagainya.

Page 7: Islam dan Kualiti Peribadi Pengurus - ukm.my · PDF filePROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN. 3 kedudukan iman. Antara punca seorang pengurus

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

7

Cadangan & kesimpulan

Sebagai sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keperluan dan kemajuan agama Islam

sebagai agama rasmi negara, JAKIM perlu merangka sebuah garis panduan piawaian yang harus dipatuhi

oleh para pengurus Muslim yang terlibat dalam semua jenis sektor. Selain itu juga, para pengurus harus

mejalani kursus atau latihan pemantapan kualiti diri sebelum dilantik menjadi seorang pemimpin.

Sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti dalam diri pengurus khususnya, pihak atasan berhak

dan wajib memantau prestasi kerja para pengurus secara berkala sama ada bulanan atau tahunan.

Cadangan terakhir untuk membentuk seorang pengurus yang cemerlang ialah dengan mengasah bakat

sedia ada untuk membentuk

kualiti, seterusnya lebih beretika, amanah, cekap dan berkaliber.

Artikel ini dapat menyimpulkan bahawa setiap manusia yang diciptakan Allah SWT merupakan

seorang khalifah. Sifat utama seorang khalifah tentunya untuk memimpin. Sehubungan dengan itu,

sebagaimana yang telah disebutkan, elemen pertama adalah sangat penting demi membentuk sebuah

peribadi unggul; iaitulah dengan menjaga agama. Menjaga agama mencakupi aspek menjaga solat,

mengambil pengajaran dari Al-Quran, Qiyamullail, serta melakukan ibadah – ibadah lain. Oleh itu, sudah

tentu seorang pengurus yang beriman layak untuk ditauladani dan dihormati. Seterusnya, elemen penting

yang memainkan peranan untuk menyuburkan lagi peribadi mulia ialah konsep amanah dan

tanggungjawab seorang pengurus. Ini kerana amanah dan tanggungjawab mencerminkan masa depan

masyarakat dalam usaha untuk memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan belia sejak awal lagi.

Sesungguhnya masa depan sesebuah negara terletak di tangan belia sebagai pemangkin untuk memajukan

lagi negara sekaligus memacu pertumbuhan negara ke arah lebih cemerlang.

Rujukan

Al –Qur ’an

Abdus Sattar Abbasi, Kashif Ur Rehman & Amna Bibi. Islamic Management Model. African Journal of

Bussiness Management Vol. 4(9) p.p 1873-1882, 4 August 2010.

Asiah Bidin & Sharifah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad. t.th. Jenayah Rasuah Dan Pecah

Amanah Di Kalangan Pengarah Syarikat : Mengenalpasti Punca Masalah Dan Cadangan

Penyelesaian Menurut Islam. Kuala Terengganu : Universiti Darul Iman.

Fariza Md Sham, Salasiah Hanin Hamjah & Mohd. Jurairi Sharifudin. 2013. Personaliti Dari Perspektif

Al- Ghazali. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hedayat Kargar Shouroki. 2007. Servise Quality in Public Sector : An Outcome-Based Approach.

Tehran, Islamic Republic of Iran.

Kadar M. Yusuf. 2012. Tipologi Keperibadian Manusia Dalam Perspektif Al-Quran. Jurnal Hadhari 4

(2) (2012) 1-28. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khaliq Ahmad. 2006. Management From Islamic Perspective. Gombak : Research Centre, International

Isamic University Malaysia (IIUM).

Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid. 2011. Peribadi Muslim. Sri Gombak : Yamani Angle Sdn Bhd.

Mohamed Sulaiman, Nur Arfifah Abdul Sabian & Abdil Kadir Othman. The Understanding of Islamic

Practices Among Muslim Manager in Malaysia. Asian Social Science Journal, Vol. 10, No. 1;

2014

Muhammad Al- Ghazali. 1994. Peribadi Muslim. Terj : Osman Bin Haji Khalid. Selangor : Jabatan Hal

Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Page 8: Islam dan Kualiti Peribadi Pengurus - ukm.my · PDF filePROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN. 3 kedudukan iman. Antara punca seorang pengurus

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

8

Muhammad Amin Hassan, Mohd Azrul Jaafar, Ahmad Irdha Mokhtar, Anuar Puteh, Zulkefli Aini &

Mohamad Zulkifli Abdul Ghani. Kepimpinan Dalam Kisah Nabi Sulaiman AS Dengan Hudhud.

Jurnal Al-Hikmah 6 (2) 2014 : 119-128

Naceur Jabnoun. 2005. Islam And Management. Riyadh : International Islamic Publishing House (IIPH)

Saudi Arabia.

Panel Akademi Pengurusan YaPEIM. 2011. Pengurusan Islami Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani.

Kuala Lumpur : Akademi Pengurusan YaPEIM.

Syed Omar Syed Agil, Djasriza Jasin & Fatimah Pa’wan. Nine Islamic Management Practices And

Habits In Islamic History : Lessons For Managers And Leaders. UNITAR E-JOURNAL Vol. 3,

No. 2 June 2007

Syed Othman Alhabshi, Syed Omar Syed Agil, Nik Mustapha Nik Hassan & Aidit Ghazali. 1998.

Islamic Management For Excellence Revitalizing People For The Future. Kuala Lumpur :

Institut Perkembangan Minda (INMIND).

Wan Asri Wan Ab Aziz, Saiful Bahri Mohamed, Mohd Shaladdin Muda & Muhammad Abi Sofian Abdul

Halim. Islmic Quality Management Towards Bussiness Operation of Maalaysian Moslem

Entrepreneurs. Journal of Basic and Applied Scientific Research 4 (3s)1-1,2014

Zulhairy Bin Zaidel. t.th. Rasuah Dalam Perkhidmatan Awam. Slaid. Suruhanjaya Pencegah Rasuah

Malaysia (SPRM) Negeri Sarawak.

Petikan Akhbar:

file:///C:/Users/Asus%20S200E/Desktop/sistem%20pengurusan/Dua%20Bekas%20Pengurus%20Tabung

%20Haji%20Dipenjara%2010%20Tahun%20Kes%20Pecah%20Amanah%20-

%20BERNAMA%20Banking%20%26%20Finance%20Special%20Page.html (30 Oktober 2015)

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-pecah-amanah-suami-isteri-dipenjara-10-tahun-

1.91561?localLinksEnabled=false#.VjLW3bkGRYs.gmail (30 Oktober 2015)

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekas-pengarah-ceo-mengaku-tidak-bersalah-gelapkan-rm30-

juta-19599#.VjLXp4EiI4o.gmail (30 Oktober 2015)