kumpulan utama 1: pengurus

25
MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus 3 Kumpulan Utama 1: PENGURUS Pengurus menentukan, merumus, mengarah, atau memberi nasihat tentang dasar kerajaan serta organisasi berkepentingan khas, membuat undang-undang, kaedah dan peraturan awam, mewakili kerajaan dan bertindak bagi pihaknya, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar kerajaan dan undang-undang, atau merancang, mengarah, dan menyelaras dasar dan aktiviti perusahaan, organisasi, jabatan atau seksyen dalamannya. Rujukan kepada tahap kemahiran belum dibuat dalam mentakrif skop kumpulan utama ini. Kumpulan utama ini terdiri daripada kumpulan sub-utama yang berikut: 11 KETUA EKSEKUTIF, PEGAWAI KANAN, DAN PENGGUBAL UNDANG-UNDANG 12 PENGURUS PENTADBIRAN DAN KOMERSIL 13 PENGURUS PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN KHAS 14 PENGURUS PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT, DAN PERKHIDMATAN LAIN 11 KETUA EKSEKUTIF, PEGAWAI KANAN, DAN PENGGUBAL UNDANG-UNDANG Ketua eksekutif, pegawai kanan, dan penggubal undang-undang menentukan, merumus, atau memberi nasihat dan mengarahkan dasar kerajaan, membuat, membetulkan, meminda, dan memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam, mewakili kerajaan dan bertindak bagi pihak kerajaan, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar dan undang-undang kerajaan, atau menjalankan tugas yang seumpamanya bagi pihak pertubuhan berkepentingan khas. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 111 PENGGUBAL UNDANG-UNDANG DAN PEGAWAI KANAN 112 PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF 111 PENGGUBAL UNDANG-UNDANG DAN PEGAWAI KANAN Penggubal undang-undang dan pegawai kanan menentukan, merumus, dan mengarah dasar kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan serta membuat, membetulkan, meminda, atau memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam. 1111 PENGGUBAL UNDANG-UNDANG Penggubal undang-undang menentukan, merumus, dan mengarah dasar kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan serta membuat, membetulkan, meminda, atau memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam. Tugas merangkumi: mengetuai atau mengambil bahagian dalam prosiding badan perundangan dan majlis pentadbiran kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan atau dewan undangan;

Upload: doantuong

Post on 29-Jan-2017

278 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

3

Kumpulan Utama 1:

PENGURUS Pengurus menentukan, merumus, mengarah, atau memberi nasihat tentang dasar kerajaan serta organisasi berkepentingan khas, membuat undang-undang, kaedah dan peraturan awam, mewakili kerajaan dan bertindak bagi pihaknya, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar kerajaan dan undang-undang, atau merancang, mengarah, dan menyelaras dasar dan aktiviti perusahaan, organisasi, jabatan atau seksyen dalamannya. Rujukan kepada tahap kemahiran belum dibuat dalam mentakrif skop kumpulan utama ini. Kumpulan utama ini terdiri daripada kumpulan sub-utama yang berikut: 11 KETUA EKSEKUTIF, PEGAWAI KANAN, DAN PENGGUBAL UNDANG-UNDANG 12 PENGURUS PENTADBIRAN DAN KOMERSIL 13 PENGURUS PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN KHAS 14 PENGURUS PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT, DAN PERKHIDMATAN LAIN 11 KETUA EKSEKUTIF, PEGAWAI KANAN, DAN PENGGUBAL UNDANG-UNDANG Ketua eksekutif, pegawai kanan, dan penggubal undang-undang menentukan, merumus, atau memberi nasihat dan mengarahkan dasar kerajaan, membuat, membetulkan, meminda, dan memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam, mewakili kerajaan dan bertindak bagi pihak kerajaan, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar dan undang-undang kerajaan, atau menjalankan tugas yang seumpamanya bagi pihak pertubuhan berkepentingan khas. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 111 PENGGUBAL UNDANG-UNDANG DAN PEGAWAI KANAN 112 PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF 111 PENGGUBAL UNDANG-UNDANG DAN PEGAWAI KANAN

Penggubal undang-undang dan pegawai kanan menentukan, merumus, dan mengarah dasar kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan serta membuat, membetulkan, meminda, atau memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam. 1111 PENGGUBAL UNDANG-UNDANG Penggubal undang-undang menentukan, merumus, dan mengarah dasar kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan serta membuat, membetulkan, meminda, atau memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam. Tugas merangkumi:

mengetuai atau mengambil bahagian dalam prosiding badan perundangan dan majlis pentadbiran kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan atau dewan undangan;

Page 2: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

4

menentukan, merumus, dan mengarah dasar kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan;

membuat, membetulkan, meminda, atau memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam dalam rangka sesuatu Perlembagaan yang menentukan bidang kuasa mereka;

berkhidmat dalam lembaga pentadbiran kerajaan atau jawatankuasa rasmi; meningkatkan perkara-perkara berkepentingan berkaitan kawasan pilihanraya yang

diwakili; mengarah pentadbir dan pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan dalam mentafsir

dan melaksanakan dasar kerajaan; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

11111 Ahli parlimen 11112 Ketua Menteri / Timbalan Menteri / Menteri 11113 Senator / Speaker / Ahli dewan undangan negeri 11114 Datuk Bandar 11115 Pegawai, perundangan

1112 PEGAWAI KANAN KERAJAAN Pegawai kanan kerajaan menasihati kerajaan tentang perkara yang berhubung dengan dasar, memantau pentafsiran serta pelaksanaan dasar dan undang-undang kerajaan oleh jabatan dan agensi kerajaan atau mewakili negara di luar negeri dan bertindak bagi pihaknya. Tugas merangkumi:

menasihati kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan tentang hal ehwal dasar;

memberi nasihat berhubung dengan penyediaan belanjawan, undang-undang, dan peraturan kerajaan, termasuk pindaan;

mentafsir serta melaksanakan dasar dan undang-undang kerajaan oleh jabatan dan agensi kerajaan;

mewakili negara di luar negeri; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

11121 Pentadbir, kerajaan / Ketua setiausaha, kerajaan 11122 Pegawai kanan, badan berkanun 11123 Duta / Setiausaha, kedutaan / Konsul besar 11124 Ketua pengarah, bomba dan penyelamat / Ketua polis negara 11125 Pegawai tadbir dan diplomatik M41 11126 Pegawai tadbir N41

1113 KETUA ADAT DAN KETUA KAMPUNG Ketua adat dan ketua kampung menjalankan berbagai-bagai tugas dan kewajipan perundangan, pentadbiran, dan adat istiadat yang ditentukan melalui tradisi turun-temurun serta melalui pembahagian hak dan tanggungjawab antara ketua kampung dengan pihak berkuasa tempatan, wilayah, dan persekutuan.

Page 3: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

5

Tugas merangkumi:

mengagihkan penggunaan communal land antara penduduk komuniti atau kampung; menyelesaikan perselisihan antara penduduk komuniti atau kampung; mendisiplinkan penduduk komuniti atau kampung yang melanggar peraturan dan adat; menjalankan tugas adat istiadat berhubung dengan kelahiran, perkahwinan, kematian,

menuai, dan pesta tradisi yang lain; mewakili komuniti atau kampung dalam majlis tempatan atau wilayah; memberitahu komuniti atau kampung tentang arahan dan peraturan kerajaan; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

11131 Penggawa 11132 Ketua, kampung / Sidang 11133 Ketua anak negeri 11134 Kapitan / Tuai rumah / Batin 11135 Penghulu NP27

1114 PEGAWAI KANAN PERTUBUHAN BERKEPENTINGAN KHAS Pegawai kanan pertubuhan berkepentingan khas menentukan, merumus, dan mengarah pelaksanaan dasar pertubuhan berkepentingan khas seperti pertubuhan parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan majikan, persatuan perdagangan dan perindustrian, pertubuhan kemanusiaan atau amal, atau persatuan sukan serta mewakili pertubuhan mereka dan bertindak bagi pihak pertubuhan mereka. Tugas merangkumi:

menentukan serta merumus dasar, kaedah dan peraturan parti politik atau organisasi berkenaan;

membuat rundingan bagi pihak parti politik berkenaan; meningkatkan minat organisasi terhadap undang-undang, kerajaan, atau orang awam; merancang dan mengurus kempen untuk pemilihan calon politik; merancang dan mengurus kempen untuk melatih dan mendidik ahli parti; merancang, mengurus, dan mengarah pelaksanaan dasar, kaedah dan peraturan parti

politik atau organisasi berkenaan; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

11141 Pengerusi, parti politik / Pegawai kanan, organisasi parti politik 11142 Ketua pengarah, organisasi majikan 11143 Pemimpin, kesatuan sekerja / Pegawai kanan, organisasi pekerja 11144 Pegawai kanan, organisasi berkepentingan ekonomi yang lain 11145 Ketua setiausaha, organisasi hak manusia

112 PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF Pengarah urusan dan ketua eksekutif mengetuai agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi (kecuali organisasi berkepentingan khas) dan dengan bantuan sekurang-kurangnya dua (2) pengurus lain, merumus dasar dan merancang, mengarah, mengawal serta menyelaras aktiviti dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat atau organisasi, biasanya dalam

Page 4: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

6

lingkungan garis panduan yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau badan pentadbiran dimana mereka ini perlu bertanggungjawab terhadap operasi yang dijalankan dan pencapaian yang diperoleh. 1120 PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF Pengarah urusan dan ketua eksekutif mengetuai agensi kerajaan, perniagaan korporat atau organisasi (kecuali organisasi berkepentingan khas) dan dengan bantuan sekurang-kurangnya dua (2) pengurus lain, merumus dasar dan merancang, mengarah, mengawal serta menyelaras aktiviti dalam linkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat atau organisasi, biasanya dalam lingkungan garis panduan yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau badan pentadbir yang kedua-dua badan ini perlu bertanggungjawab bagi segala operasi yang dijalankan dan pencapaian yang diperoleh. Tugas merangkumi:

merumus dasar perusahaan atau organisasi berkenaan; merancang, mengarah, mengawal, dan menyelaraskan fungsi am perusahaan atau

organisasi berkenaan; menentukan dan mengarah sesuatu dasar melalui rundingan dengan pengurus

bawahan; mengkaji semula operasi dan pencapaian perusahaan atau organisasi berkenaan dan

melaporkannya kepada badan pentadbiran; mewakili perusahaan atau organisasi dalam urusannya dengan badan-badan luar,

termasuk kerajaan atau pihak berkuasa yang lain; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

11201 Pengerusi, perusahaan / Presiden, perusahaan / Pengarah syarikat 11202 Pengerusi, organisasi / Presiden, organisasi / Pengarah, organisasi

12 PENGURUS PENTADBIRAN DAN KOMERSIL Pengurus pentadbiran dan komersil merumus dasar, merancang, mengarah, serta mengawal dan menyelaraskan aktiviti pentadbiran dan operasi perniagaan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 121 PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN 122 PENGURUS JUALAN, PEMASARAN, DAN PEMBANGUNAN 121 PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN Pengurus perkhidmatan perniagaan dan pentadbiran merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan kewangan, sumber manusia, dasar, serta perancangan dan operasi perniagaan di bawah bimbingan pengarah dan ketua eksekutif.

Page 5: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

7

1211 PENGURUS KEWANGAN Pengurus kewangan merancang, mengarah, dan menyelaras operasi kewangan dan mengambil bahagian dalam merumus dasar kewangan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah, mengawal dan menyelaras operasi kewangan dalaman perusahaan atau operasi;

menilai situasi kewangan perusahaan atau organisasi, menyediakan belanjawan dan memantau pelbagai operasi kewangan;

mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; merancang dan mengarah operasi harian; memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain didalam atau diluar

organisasi; menjalankan tugas yang berkaitan; menyusun, mengagih dan merancang tugasan serta menetapkan sasaran kepada

pegawai lain; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12111 Pengurus, akaun / Pengurus, belanjawan / Pengurus, kredit / Pengurus, kewangan

12112 Pengurus, insurans 12113 Pengurus, dana 12114 Pengurus, perbendaharaan 12115 Pengurus, kewangan dan institusi 12116 Pengurus, perbelanjaan, penentuan kos 12117 Pengurus, audit / Pengurus, audit dan pengurusan risiko

1212 PENGURUS SUMBER MANUSIA Pengurus sumber manusia merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti pengurusan sumber manusia untuk memaksimumkan strategi penggunaan sumber manusia dan menjaga fungsi seperti pampasan pekerja, pengambilan pekerja, dasar sumber manusia, dan pematuhan pengawalaturan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah, dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan aktiviti sumber manusia dan perhubungan perindustrian bagi perusahaan atau organisasi;

merancang dan menyusun prosedur bagi pengambilan kakitangan, latihan, kenaikan pangkat, penetapan struktur upah dan rundingan upah, pengantara dan rundingan dengan pekerja, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan personel;

memantau program dan aktiviti yang berhubung dengan kesihatan dan keselamatan pekerjaan dengan penglibatan semua pihak yang berkaitan;

mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; merancang dan mengarah operasi harian; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; memantau penyelenggaraan rekod personel dan pelbagai keperluan sistem maklumat

sumber manusia;

Page 6: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

8

mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan badan luar;

menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12121 Pengurus, sumber manusia/personel 12122 Pengurus, perhubungan industri 12123 Pengurus, kesihatan dan keselamatan pekerjaan

1213 PENGURUS DASAR DAN PERANCANGAN Pengurus dasar dan perancangan merancang, mengarah, dan menyelaras nasihat (policy advice) dasar dan perancangan strategi dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi. Tugas merangkumi:

mengarah dan menyemak semula dasar dan merancang program; menganalisis dasar, peraturan kerajaan, dan undang-undang untuk membangunkan

dasar dan rancangan baru atau menyemak dasar, rancangan dan program sedia ada; menganalisis data perangkaan dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan

punca masalah dan membangunkan saranan untuk penambahbaikan dasar dan amalan organisasi;

menganalisis dan mentafsir keputusan kajian dan menyediakan laporan yang memperincikan dapatan, saranan, atau kesimpulan;

membuat rundingan dan memberi nasihat kepada pegawai dan kakitangan kerajaan, badan sivik, dan agensi penyelidikan yang berkaitan undang-undang, dasar, dan isu perancangan;

mereka bentuk, menilai, dan mengubah suai dasar untuk memastikan program yang dirancang adalah berkesan dan mematuhi keperluan undang-undang;

mengarah penyediaan dan pengagihan maklumat bertulis dan lisan untuk memaklumi pihak pengurusan dan kakitangan tentang dasar organisasi dan pentadbiran;

mengurus reka bentuk dan pembangunan perkakas untuk membantu pihak pengurusan dalam membangunkan dan mentafsir dasar dan membimbing pengurus melalui dasar dan merancang keputusan;

menasihati dan memantau keadaan tahap eksekutif dan agensi pembuat keputusan; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12131 Pengurus, dasar dan perancangan 1214 PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN Pengurus perkhidmatan perniagaan merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan perusahaan atau organisasi berkenaan;

Page 7: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

9

merancang dan menganjurkan jualan khas dan program pemasaran berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran;

merancang, mentadbir, dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan;

menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, belanjawan promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas;

mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar;

mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos

pentadbiran; menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran merancang dan mengarah operasi harian; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan

badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12141 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perniagaan 12142 Pengurus, perkhidmatan/pembangunan perniagaan

1215 PENGURUS PENTADBIRAN Pengurus pentadbiran merancang, mengarah, dan menyelaras perkhidmatan sokongan seperti penyimpanan rekod, pengagihan mel, perkhidmatan operator telefon/penyambut tetamu, dan perkhidmatan sokongan pejabat lain dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi. Tugas merangkumi:

merancang, mentadbir, dan mengawal belanjawan bagi kontrak, kelengkapan, dan bekalan;

memantau kemudahan bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat serta diselenggara dengan baik;

mengarah dan menyelaraskan jabatan perkhidmatan sokongan bagi perniagaan, agensi, atau organisasi;

menetapkan matlamat dan tarikh akhir bagi jabatan; menyediakan dan mengkaji laporan operasi dan jadual untuk memastikan ketepatan

dan kecekapan; menganalisis pemproses dalaman dan menyarankan serta melaksanakan perubahan

prosedur atau dasar untuk menambah baik operasi, seperti perubahan bekalan atau pelupusan rekod;

memperoleh, mengagih, dan menyimpan bekalan; memantau projek pembinaan dan pengubahsuaian untuk menambah baik kecekapan

dan untuk memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi standard keselamatan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan, serta mematuhi peraturan kerajaan;

memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan

badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Page 8: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

10

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12151 Pengurus, pentadbiran 1219 PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN YANG TIDAK

DIKELASKAN DI MANA-MANA Kumpulan unit ini merangkumi perkhidmatan perniagaan dan pentadbiran yang tidak dikelaskan di mana-mana dalam Kumpulan Kecil 121: Pengurus Perkhidmatan Perniagaan dan Pentadbiran. Tugas merangkumi:

merancang dan melaksanakan dasar; membuat anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia dan menggaji pekerja; menguruskan operasi harian; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

122 PENGURUS JUALAN, PEMASARAN, DAN PEMBANGUNAN Pengurus jualan dan pemasaran merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti jualan, pemasaran, dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi. 1221 PENGURUS JUALAN DAN PEMASARAN Pengurus jualan dan pemasaran merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti jualan, pemasaran, dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah, serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau organisasi berkenaan;

merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran;

merancang, mentadbir, dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan;

menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, belanjawan promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas;

mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar;

mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos

pentadbiran; menyediakan dan mengarah operasi harian; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan

badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan;

Page 9: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

11

mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12211 Pengurus, jualan / Pengurus, pemasaran 12212 Pengurus, penyelidikan pasaran / Pengurus, khidmat pelanggan 12213 Pengurus, pusat beli-belah / Pengurus, pasar raya

1222 PENGURUS PENGIKLANAN DAN PERHUBUNGAN AWAM Pengurus pengiklanan dan perhubungan awam merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam bagi perusahaan atau organisasi berkenaan;

merundingkan kontrak pengiklanan dengan pegawai akhbar, stesen radio dan televisyen, pertubuhan sukan dan kebudayaan, dan agensi pengiklanan;

merancang dan menguruskan program penerangan untuk memaklumi pegawai undang-undang, media massa, dan orang awam tentang rancangan, pencapaian dan pandangan perusahaan, atau organisasi berkenaan;

merancang dan menguruskan aktiviti memungut derma bagi pertubuhan pendidikan, kemanusiaan, dan organisasi yang bukan mengaut keuntungan;

mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; menyediakan dan mengarahkan prosedur operasi dan pentadbiran; merancang dan mengarah operasi harian; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan

badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12221 Pengurus, pengiklanan 12222 Pengurus, perhubungan awam / Pengurus, komunikasi 12223 Pengurus, pameran

1223 PENGURUS PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN Pengurus penyelidikan dan pembangunan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan sama ada secara dalaman atau yang ditugaskan daripada organisasi penyelidikan luar;

merancang keseluruhan program penyelidikan dan pembangunan perusahaan atau organisasi dengan menetapkan matlamat dan keperluan belanjawan;

mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; merancang dan mengarah operasi harian;

Page 10: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

12

memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan

badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12231 Pengurus, penyelidikan dan pembangunan 13 PENGURUS PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN KHAS Pengurus pengeluaran dan perkhidmatan khas merumus dasar, merancang, mengarah, serta mengawal dan menyelaraskan aktiviti jabatan pengeluaran dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 131 PENGURUS PENGELUARAN DALAM PERTANIAN, PERHUTANAN, DAN

PERIKANAN 132 PENGURUS PEMBUATAN, PERLOMBONGAN, PEMBINAAN, DAN PENGAGIHAN 133 PENGURUS PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 134 PENGURUS PERKHIDMATAN PROFESIONAL 131 PENGURUS PENGELUARAN DALAM PERTANIAN, PERHUTANAN, DAN

PERIKANAN Pengurus pengeluaran dalam pertanian, perhutanan, dan perikanan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran pertanian, perhutanan, perburuan, dan perikanan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. 1311 PENGURUS PENGELUARAN PERTANIAN DAN PERHUTANAN Pengurus pengeluaran dalam pertanian dan perhutanan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran pertanian, perhutanan, dan perburuan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang dasar, peraturan kerajaan, dan undang-undang; menganalisis data perangkaan, kajian dan laporan untuk mengenal pasti dan

menentukan punca masalah dan membangunkan saranan untuk penambahbaikan sistem, prosedur, atau program pertanian;

merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengeluaran pertanian, perhutanan, dan perburuan;

membuat rundingan dan memberi nasihat dengan pegawai dan kakitangan kerajaan, badan sivik, dan agensi penyelidikan lain berkaitan undang-undang, dasar, dan isu pertanian;

memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi; bekerja dengan penguatkuasa undang-undang dan yang lain untuk perlindungan

tanaman, haiwan, dan keselamatan awam serta penguatkuasaan undang-undang serta kaedah dan peraturan;

merancang dan mengurus operasi harian; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan dan yang lain melalui

perundingan, penyeliaan, dan aktiviti perhubungan;

Page 11: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

13

menghadiri mesyuarat dan persidangan berhubung dengan produk, haiwan ternakan, dan amalan pertanian untuk mewakili Komanwel;

berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau

dengan badan luar; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13111 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perhutanan 13112 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pertanian / Pengurus,

estet/ladang 1312 PENGURUS PENGELUARAN AKUAKULTUR DAN PERIKANAN Pengurus pengeluaran dalam akuakultur dan perikanan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran akuakultur dan perikanan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang dan melaksanakan dasar dan undang-undang; merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran

akuakultur dan perikanan; memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi; merancang dan mengurus operasi harian; mengawal perbelanjaan; menyediakan anggaran belanjawan; menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau

dengan badan luar; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13121 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perikanan 132 PENGURUS PEMBUATAN, PERLOMBONGAN, PEMBINAAN, DAN PENGAGIHAN Pengurus pengeluaran dalam pembuatan, perlombongan, pembinaan, dan pengagihan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran pembuatan, perlombongan, pembinaan, dan pengagihan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Page 12: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

14

1321 PENGURUS PEMBUATAN Pengurus pengeluaran dalam pembuatan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran pembuatan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang dan melaksanakan dasar; merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran

barangan; memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi; merancang dan mengarah operasi harian; mengawal perbelanjaan; menyediakan anggaran belanjawan; menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau

dengan badan luar; memastikan semua proses pengeluaran memenuhi spesifikasi pembuatan dan ciri

produk mematuhi dokumen standard syarikat; melaksanakan rancangan pengeluaran melalui subordinat, memastikan penggunaan

tenaga manusia, mesin, dan kelengkapan dioptimumkan; menyediakan dan menyelenggara KPI pengeluaran bagi keberkesanan kos,

penghantaran, keselamatan, dan kualiti; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13211 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pembuatan 13212 Pengurus, kilang 13213 Pengurus, kawalan mutu / Pengurus, jaminan mutu

1322 PENGURUS PERLOMBONGAN Pengurus pengeluaran dalam perlombongan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengekstrakan batu arang, bijih, batu, tanah liat, dan mineral pejal lain dari bumi, di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengekstrakan mineral dari lombong dan batu, atau genting dan tanah liat dari kuari;

memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi; merancang dan mengurus operasi harian; mengawal perbelanjaan; menyediakan anggaran belanjawan; menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;

Page 13: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

15

mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau dengan badan luar;

menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13221 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perlombongan dan kuari 1323 PENGURUS PEMBINAAN Pengurus pengeluaran dalam pembinaan merancang, mengarah, dan, menyelaraskan aktiviti berhubung dengan projek pembinaan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pembinaan bangunan, empangan, lebuh raya, saluran paip, dan projek pembinaan yang berkaitan;

merancang prosedur untuk pembinaan mengikut masa mula dan siap serta keperluan kakitangan bagi setiap fasa pembinaan, berdasarkan pengetahuan tentang alat dan kelengkapan serta pelbagai kaedah pembinaan yang ada;

merancang dan mengurus operasi harian; mengawal perbelanjaan; menyedia dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan dengan

badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13231 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pembinaan 13232 Pengurus, kontrak 13233 Pengurus, operasi

1324 PENGURUS BEKALAN, PENGAGIHAN DAN YANG BERKAITAN Pengurus pengeluaran bagi bekalan, pengagihan, dan yang berkaitan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan proses pengurusan yang terlibat dalam rantaian bekalan dan berhubung dengan pelbagai pihak, termasuk pembekal bahan mentah, pengilang, peruncit, dan pengguna, yang semakin meningkat bilangannya, di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang dan melaksanakan dasar dan undang-undang; memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi; merancang dan mengarah operasi harian; mengawal perbelanjaan; menyediakan anggaran belanjawan; menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan;

Page 14: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

16

memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau

dengan badan luar; memantau kualiti, kos, dan kecekapan pergerakan dan penyimpanan barangan; menyelaraskan dan mengawal kitar pesanan dan sistem maklumat yang berkaitan; menganalisis data untuk memantau prestasi dan merancang penambahbaikan; mengagihkan dan menguruskan sumber kakitangan menurut keperluan perubahan; mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan kontrak baru, menganalisis

masalah logistik, dan mencari penyelesaian baru; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13241 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pengangkutan 13242 Pengurus, penyimpanan / Pengurus, pengagihan / Pengurus, gudang 13243 Pengurus, pembelian 13244 Ketua pejabat pos

133 PENGURUS PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Pengurus pengeluaran dalam perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi merancang, mengarah, dan menyelaraskan pemerolehan, pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan komputer dan sistem telekomunikasi dalam linkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. 1330 PENGURUS PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Pengurus pengeluaran dalam perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi merancang, mengarah, dan menyelaraskan pemerolehan, pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan komputer dan sistem telekomunikasi dalam linkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

menganalisis keperluan maklumat dan menetapkan teknologi untuk memenuhi keperluan tersebut;

mengarah perumusan strategi, dasar, dan rancangan teknologi maklumat; mengarah pemilihan dan pemasangan teknologi maklumat dan peruntukan latihan

pengguna; mengarah operasi teknologi maklumat, menyepadukan perkakasan komputer,

mengendalikan sistem komunikasi, pengaplikasian perisian, dan pemprosesan data; menetapkan keutamaan antara pembangunan, penyelenggaraan, dan operasi sistem; mengawal keselamatan sistem teknologi maklumat; menguruskan projek pembangunan teknologi maklumat untuk memastikan projek

tersebut siap mengikut jadual, dalam linkungan belanjawan, dan mencapai tahap kualiti yang menepati objektif;

mengawal belanjawan dan perbelanjaan jabatan atau organisasi; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan

badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Page 15: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

17

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13301 Pengurus, pengeluaran dan operasi/komunikasi 13302 Pengurus, sistem maklumat / Pengurus, teknologi maklumat 13303 Pengurus, perkhidmatan komputer 13304 Pengurus, pemprosesan data

134 PENGURUS PERKHIDMATAN PROFESIONAL Pengurus perkhidmatan profesional merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, kesihatan, penjagaan orang tua, kebajikan sosial, pendidikan, dan insurans di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. 1341 PENGURUS PERKHIDMATAN PENJAGAAN KANAK-KANAK Pengurus perkhidmatan penjagaan kanak-kanak merancang aktiviti individu dan berkumpulan untuk kanak-kanak, memantau aktiviti tersebut untuk menggalakkan kemahiran sosial, berbincang dengan ibu bapa untuk menerangkan program pusat penjagaan dan membincangkan bagaimana mereka dapat menggalakkan perkembangan kanak-kanak di rumah, memberikan ujian untuk menilai perkembangan setiap kanak-kanak, mengambil dan melatih kakitangan, dan mentadbir fungsi perniagaan pusat tersebut. Tugas merangkumi:

menguruskan berbilang program perkhidmatan sosial profesional untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga termasuk perkhidmatan dan aktiviti yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak serta pengabaian siasatan;

merancang dan memantau pengurusan perniagaan, pengurusan kemudahan, pengurusan sumber manusia, dan keperluan keselamatan kanak-kanak;

merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia serta pengambilan pekerja; menguruskan operasi harian; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13411 Pengurus, pusat asuhan kanak-kanak 1342 PENGURUS PERKHIDMATAN KESIHATAN Pengurus perkhidmatan kesihatan bertanggungjawab atas peruntukan dan pentauliahan penjagaan kesihatan setempat melalui pengurusan hospital, pengamal perubatan am (GP), dan perkhidmatan kesihatan masyarakat. Pengurus berhubung dengan semua peringkat kakitangan perubatan dengan mengambil kira tuntutan dasar politik dan keadaan setempat. Tugas merangkumi:

berhubung dan berunding dengan kakitangan perubatan (sering kali dengan peringkat paling kanan) dan bukan perubatan, kakitangan dalaman dan dengan kakitangan

Page 16: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

18

organisasi luar, misalnya perkhidmatan sosial, kumpulan sukarelawan, atau sektor swasta;

menguruskan kakitangan klinik, profesional, perkeranian, dan pentadbiran; menguruskan pengambilan, pemilihan, penilaian, dan perkembangan kakitangan; memantau pengurusan harian organisasi, unit khusus, atau satu-satu bidang

perkhidmatan; melaksanakan dasar dan arahan baru; mengumpulkan dan menganalisis data dan menggunakannya untuk merancang dan

menguruskan kedua-dua projek dan sistem; menilai strategi dan sistem baru; mengekstrapolasi data untuk tujuan pemantauan dan jaminan mutu; menetapkan belanjawan dan menyelenggarakan kewangan dalam kekangan yang ketat; merancang dan melaksanakan perubahan strategik untuk menambah baik penyampaian

perkhidmatan; menghadiri mesyuarat, menulis laporan, dan menyampaikan persembahan kepada

pelbagai audiens; menganggotai jawatankuasa dan menyampaikan pandangan jabatan dan pasukan; menangani hal ehwal komunikasi dan korporat; menguruskan premis, katering, pencucian, perkhidmatan angkat barang, dan

keselamatan (selalunya melalui subkontraktor); membeli kelengkapan dan bekalan serta mengelolakan stor; menggunakan komputer untuk menguruskan maklumat dan data kewangan, dan untuk

menganalisis dan mengukur prestasi; menyokong sistem ICT dan merancang peruntukan dan pembangunan baru, selalunya

untuk projek besar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13421 Pengurus, pengeluaran dan operasi/kesihatan / Pengarah kejururawatan

13422 Pentadbir, hospital 1343 PENGURUS PERKHIDMATAN PENJAGAAN ORANG TUA Pengurus perkhidmatan penjagaan orang tua bertanggungjawab atas peruntukan penjagaan orang tua dan orang yang dalam keadaan kronik dan memerlukan penjagaan kompleks secara keseluruhan dengan lancar.

Tugas merangkumi:

menyediakan arahan dasar dan membantu dalam pembangunan dana yang bersesuaian dan/atau mensasarkan untuk membolehkan perkhidmatan kesihatan yang fleksibel untuk menyediakan penjagaan, di tempat dan pada masa yang betul;

bertanggungjawab memenuhi, memelihara, dan mengatasi standard kualiti penjagaan dan perkhidmatan;

merancang dan memantau pengurusan perniagaan, pengurusan kemudahan, pengurusan sumber manusia, dan keperluan keselamatan;

merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia serta pengambilan pekerja; menguruskan operasi harian; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan;

Page 17: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

19

mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13431 Pengurus, perkhidmatan penjagaan orang tua 1344 PENGURUS KEBAJIKAN SOSIAL Pengurus kebajikan sosial merancang, menilai, dan menyelaraskan program perkhidmatan sosial dan membantu dalam perancangan program serta pembangunan dan pelaksanaan kebajikan tempatan.

Tugas merangkumi:

membangunkan dan melaksanakan matlamat, objektif, dasar, dan keutamaan untuk berbilang bidang program;

menguruskan dana dan/atau belanjawan; membuat rundingan kontrak dan menulis perjanjian dengan pihak penyedia program

atau komponen program yang khusus berkaitan perkhidmatan perlindungan; menyelaraskan pembangunan dasar, prosedur, dan ‘amalan terbaik’ dalam lingkungan

bidang program khusus; melaksanakan dasar baru kerajaan tempatan dan negeri; mendokumentasikan, menyemak semula, dan melaksanakan perubahan kualiti dalam

proses klinikal; menyemak semula laporan siasatan awal dan data kelayakan lain; membuat saranan untuk dalam perkhidmatan bantuan kewangan, mengambil bahagian

dalam kes yang lebih sukar; membuat semakan berkala secara tetap semua kes bagi setiap subordinat dan

memastikan amalan susulan yang berkesan dan membuat saranan berdasarkan laporan subordinat untuk menamatkan kes;

memelihara hubungan berterusan dengan agensi kebajikan dan sosial tempatan; memantau dan menilai keberkesanan kaedah dan prosedur penyampaian

perkhidmatan; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13441 Pengurus, pengeluaran dan operasi/kerja sosial 1345 PENGURUS PENDIDIKAN Pengurus pendidikan merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti dalam sektor pendidikan, daripada pembangunan dasar hinggalah pembangunan dan kajian semula kurikulum kursus dan bahan pengajaran, menyediakan laporan, kertas maklumat dan pengemukaan, atau memberi nasihat kepada pihak pengurusan kanan atau jawatankuasa antara jabatan tentang strategi dan inisiatif pendidikan. Mereka juga terlibat dalam pengurusan sistem pendidikan di pertingkat wilayah, daerah, atau negeri, dan mungkin perlu menguruskan sumber kewangan dan fizikal untuk pendidikan, atau mengambil pegawai pendidikan. Tugas merangkumi:

menyediakan kepimpinan pendidikan untuk guru, guru besar, dan pegawai pentadbiran institusi pendidikan dalam pembangunan dan penyelarasan program pendidikan;

Page 18: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

20

memantau penyelidikan pendidikan yang mensasarkan penyediaan hala baru untuk sistem pendidikan;

mewakili organisasi tentang jawatankuasa untuk mengenal pasti keperluan semasa dan akan datang dalam lingkungan sistem pendidikan, serta merancang, membangunkan, dan mengubah suai kemudahan dan program;

menguruskan penilaian bagi pendekatan dan pembangunan kursus baru; menganjurkan dan mengendalikan bengkel dan persidangan untuk melatih guru dalam

program dan kaedah baru; mengaplikasikan dan menguruskan dana untuk program pendidikan baru; menguruskan proses untuk tinjauan sekolah, penilaian guru, dan perancangan

pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah; menyediakan dan memantau penyediaan laporan dan kertas maklumat; menguruskan peruntukan pendidikan di kawasan luar bandar dan terpencil, atau di

dalam linkungan institusi khusus; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13451 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pendidikan 13452 Dekan / Guru Besar / Pengetua, universiti / Canselor, universiti

1346 PENGURUS CAWANGAN PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN INSURANS Pengurus cawangan perkhidmatan kewangan dan insurans merancang, mengarah, dan menyelaraskan bank swasta atau bank awam, syarikat insurans, atau satu atau lebih cawangan atau jabatannya di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti pekerja di cawangan, pejabat, atau jabatan seperti penubuhan cawangan bank, firma broker, jabatan risiko dan jabatan insurans, atau kredit;

memantau aliran tunai dan instrumen kewangan; membina rangkaian dalam komuniti untuk mencari dan menarik perniagaan baru; meluluskan atau menolak, atau menyelaraskan kelulusan atau penolakan susur kredit

dan komersil, hartanah, dan pinjaman peribadi; menyediakan laporan kewangan dan pengawalaturan yang diperlukan oleh undang-

undang, peraturan, dan lembaga pengarah; menentukan prosedur untuk penjagaan, dan kawalan aset, rekod, pinjaman, cagaran,

dan sekuriti untuk memastikan penyimpanan yang selamat; menguruskan dan membuat dasar institusi kewangan seperti bank, syarikat amanah,

pertubuhan penabungan dan pinjaman, syarikat insurans, dan institusi kewangan yang berkaitan;

memeriksa, menilai, dan memproses permohonan pinjaman; menyediakan penilaian operasi dalam laporan risiko untuk analisis pengurusan; menilai sistem laporan kewangan, prosedur perakaunan dan pemungutan, dan aktiviti

pelaburan, dan membuat saranan bagi perubahan prosedur, pengendali sistem, belanjawan, dan fungsi kawalan kewangan lain;

mengemukakan akaun culas kepada peguam atau agensi luar untuk pungutan; mengarah rundingan insurans, memilih broker dan pembawa insurans, dan tempat

insurans; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Page 19: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

21

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13461 Pengurus, cawangan kewangan dan insurans 1349 PENGURUS PERKHIDMATAN PROFESIONAL YANG TIDAK DIKELASKAN DI

MANA-MANA Kumpulan unit ini merangkumi pengurus perkhidmatan profesional yang tidak dikelaskan di mana-mana dalam Kumpulan Kecil 134: Pengurus Perkhidmatan Profesional. Tugas merangkumi:

merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber dan pengambilan pekerja; menguruskan operasi harian; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13491 Pengurus, pengeluaran dan operasi/organisasi wilayah tambahan 13492 Pengurus, reka bentuk 13493 Pengurus, elektrik, air, dan sanitari / Pengurus, sistem pelupusan

sampah 14 PENGURUS PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT, DAN PERKHIDMATAN LAIN Pengurus perkhidmatan hospitaliti, peruncitan, dan perkhidmatan lain merancang, mengarah, dan menyelaraskan perkhidmatan hotel dan restoran, perdagangan runcit dan borong di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. 141 PENGURUS HOTEL DAN RESTORAN Pengurus hotel dan restoran merancang, mengarah, dan menyelaraskan perkhidmatan hotel dan restoran, termasuk pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan), operasi makanan dan minuman, dan pengemasan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 141 PENGURUS HOTEL DAN RESTORAN 142 PENGURUS PERDAGANGAN RUNCIT DAN BORONG 143 PENGURUS PERKHIDMATAN LAIN 1411 PENGURUS HOTEL Pengurus hotel dan restoran merancang, mengarah, dan menyelaraskan semua perkhidmatan hotel, termasuk pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan), operasi makanan dan minuman, dan pengemasan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Di hotel besar, pengurus biasanya mempunyai bidang kuasa khusus (perkhidmatan tamu, perakaunan, dan pemasaran) dan membentuk pasukan pengurusan am.

Page 20: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

22

Tugas merangkumi:

merancang dan mengatur penginapan, katering, dan perkhidmatan hotel lain; mempromosi dan memasarkan perniagaan; menguruskan rancangan belanjawan dan kewangan dan mengawal perbelanjaan; menyelenggara rekod perangkaan dan kewangan; menetapkan dan mencapai sasaran jualan dan keuntungan; mengambil, melatih, dan memantau kakitangan; merancang jadual kerja untuk individu dan pasukan; bertemu dan mengalu-alukan pelanggan; mengendalikan rungutan dan komen pelanggan; menangani dan menyelesaikan masalah; memastikan acara dan persidangan berjalan lancar; menyelia penyelenggaraan, bekalan, pengubahsuaian, dan kemasan; berurusan dengan kontraktor dan pembekal; memastikan keselamatan yang cekap; melaksanakan pemeriksaan harta dan perkhidmatan; memastikan pematuhan undang-undang pelesenan, kesihatan dan keselamatan, dan

peraturan berkanun lain; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14111 Pengurus, pengeluaran dan operasi/hotel / Pengurus, rumah tamu 14112 Pengurus, rumah tumpangan 14113 Pengurus, meja depan / Pengurus, pejabat depan hotel 14114 Pengurus, perkhidmatan makanan dan minuman 14115 Pengurus, asrama, N41 14116 Penolong pengurus, asrama N27

1412 PENGURUS RESTORAN Pengurus restoran merancang, mengarah, dan menyelaraskan perkhidmatan restoran, termasuk pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan), operasi makanan dan minuman, dan pengemasan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

menganalisis dan merancang tahap jualan dan keuntungan restoran; mengatur aktiviti pemasaran, seperti acara promosi dan skim diskaun; menyediakan laporan pada penghujung syif/minggu, termasuk kawalan kakitangan dan

kawalan makanan dan jualan; menetapkan belanjawan dan/atau mendapatkan persetujuan daripada pihak

pengurusan kanan; merancang dan menyelaraskan menu; menyelaraskan keseluruhan operasi restoran semasa syif berjadual; menguruskan kakitangan sepanjang syif mereka dan memberikan maklum balas

kepada mereka; melayani rungutan pelanggan; memastikan semua kakitangan mematuhi standard keseragaman syarikat; bertemu dan mengalu-alukan pelanggan dan mengelolakan tempahan meja; memaklumi pelanggan tentang pilihan menu dan minuman; mengambil, melatih, dan memotivasi kakitangan;

Page 21: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

23

mengatur dan menyelia syif kakitangan dapur, kakitangan menunggu, dan kakitangan mencuci;

mengekalkan standard kawalan kualiti, kebersihan serta kesihatan dan keselamatan yang tinggi;

memeriksa simpanan stok dan memesan bekalan; menyediakan laci tunai dan menyediakan tunai runcit sebagaimana yang diperlukan; membantu dalam apa-apa kerja di restoran apabila keadaan memerlukan; merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14121 Pengurus, pengeluaran dan operasi/restoran / Pengurus bar / Pengurus, katering

14122 Pengurus, disko 14123 Pengurus, bilik jamuan ringan

142 PENGURUS PERDAGANGAN RUNCIT DAN BORONG Pengurus perdagangan runcit dan borong merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan perdagangan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. 1420 PENGURUS PERDAGANGAN RUNCIT DAN BORONG Pengurus perdagangan runcit dan borong merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan perdagangan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berkenaan dengan perdagangan yang dijalankan oleh perusahaan;

memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota perdagangan dipenuhi; merancang dan mengarah operasi harian; mengawal perbelanjaan; menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau

dengan badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14201 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perdagangan runcit 14202 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perdagangan borong

Page 22: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

24

143 PENGURUS PERKHIDMATAN LAIN Pengurus perkhidmatan lain mengelaskan mereka yang merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan acara sukan, rekreasi dan kebudayaan, penjagaan diri, pencucian, dan operasi perkhidmatan yang berkaitan, dan istilah yangh sah dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. 1431 PENGURUS PUSAT SUKAN, REKREASI, DAN KEBUDAYAAN Pengurus pusat sukan, rekreasi, dan kebudayaan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan operasi acara sukan, rekreasi, dan kebudayaan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan operasi dan acara rekreasi, kebudayaan, dan sukan;

memastikan sumber digunakan dengan cekap dan jadual dipatuhi; merancang dan mengarah operasi harian; mengawal perbelanjaan; menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau

badan luar; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14311 Pengurus, pengeluaran dan operasi/aktiviti sukan 14312 Pengurus, pengeluaran dan operasi/aktiviti kebudayaan 14313 Pengurus, pengeluaran dan operasi/agensi pelancongan 14314 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pentas 14315 Pengurus taman/ ladang G41 14316 Penolong pengurus, taman/ ladang G27

1432 PENGURUS PERKHIDMATAN PENJAGAAN DIRI, PENCUCIAN, DAN YANG

BERKAITAN Pengurus perkhidmatan penjagaan diri, pencucian, dan perkhidmatan yang berkaitan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti perkhidmatan penjagaan diri, pencucian, dan perkhidmatan yang berkaitan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berkaitan dengan perkhidmatan penjagaan diri, pencucian, dan yang berkaitan;

memastikan sumber digunakan dengan cekap dan jadual dipatuhi; merancang dan mengarah operasi harian; mengawal perbelanjaan;

Page 23: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

25

menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran; memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja yang berkaitan; memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan; mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau

dengan badan luar; merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14321 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pencucian 14322 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perkhidmatan penjagaan diri

1433 PENGURUS UNDANG-UNDANG Pengurus undang-undang merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan istilah, prosedur, dan dokumen undang-undang dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang, menganalisis dan memberi nasihat tentang pematuhan operasi perniagaan

syarikat memenuhi keperluan undang-undang, peraturan dan hak syarikat; menguruskan sokongan undang-undang luaran, jika perlu; memastikan perkembangan undang-undang yang memberi kesan kepada syarikat,

pelanggannya, dan industri kekal seiring serta mensintesis maklumat untuk disepadukan ke dalam amalan transaksi syarikat;

mendidik eksekutif syarikat berhubung dengan isu pengurusan undang-undang dan risiko;

menyampaikan minat dan hubung kait syarikat terus kepada pelanggan dan pasukan rundingan;

merumus, menyemak semula, dan merundingkan pelbagai kontrak yang luas untuk perjanjian yang sederhana hinggalah yang kompleks;

menyusun strategi dengan eksekutif syarikat sebelum rundingan dengan pelanggan; membantu membangunkan dan memahami strategi pengurangan risiko bagi risiko

kontraktual; membangunkan garis panduan dalaman, kotak alatan, dan pengetahuan tentang

pelbagai isu undang-undang dan perniagaan; membangunkan pakar bidang dalam satu atau lebih bidang yang memberikan faedah

kepada Kumpulan Undang-undang dan/atau perniagaan (misalnya, pakar undang-undang korporat, undang-undang peraduan, undang-undang guna tenaga, privasi data dan turutan perkhidmatan);

menyokong, menggalakkan, dan melaksanakan inisiatif sebagai sebahagian daripada Pasukan Undang-undang;

merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Page 24: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

26

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14331 Pengurus, perundangan dan pengurusan risiko 1434 PENGURUS HARTA Pengurus harta dipertanggungjawabkan mengendalikan hartanah bagi bayaran yang dikenakan dan meningkatkan nilai pelaburan hartanah tersebut dengan mengendalikan logistik pengurusan hartanah dan memantau prestasi harta komersil atau kediaman yang mendatangkan pendapatan untuk memastikan pelaburan hartanah mencapai hasil yang dijangkakan. Tugas merangkumi:

mengendalikan operasi kewangan bagi harta, memastikan sewa dipungut dan gadai janji, cukai, premium insurans, gaji, dan bil penyelenggaraan dibayar tepat pada masanya;

menyelia penyediaan penyata kewangan dan laporan berkala kepada pemilik tentang status harta, kadar penghunian, tarikh luput pajakan, dan hal lain;

merundingkan kontrak dengan perkhidmatan penjagaan bangunan, keselamatan, kawasan dan laman, pembuangan sampah, dan perkhidmatan lain;

memantau prestasi kontraktor serta menyiasat dan menyelesaikan rungutan daripada penduduk dan penghuni apabila perkhidmatan tidak disediakan dengan sebaiknya;

membeli bekalan dan kelengkapan untuk harta dan mengatur perjanjian dengan pakar untuk pembaikan yang tidak boleh dikendalikan oleh kakitangan penyelenggaraan biasa;

mesti memahami dan mematuhi undang-undang yang relevan, memastikan amalan penyewaan dan pengiklanannya tidak berat sebelah, dan harta itu sendiri mematuhi semua peraturan dan kod bangunan kerajaan tempatan, negeri, dan persekutuan;

menyediakan anggaran belanjawan; merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14341 Pengurus, penyelenggaraan 14342 Pengurus, harta

1435 PENGURUS KESELAMATAN Pengurus keselamatan merancang, mengarah, dan menyelaraskan operasi berhubung dengan keselamatan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Tugas merangkumi:

merancang, merumus, dan menguatkuasakan dasar dan peraturan keselamatan; mengenal pasti kepelbagaian dan mengambil tindakan pembetulan untuk meminda

aspek keselamatan syarikat; memantau keseluruhan pengawasan keselamatan; bertanggungjawab atas pengurusan keseluruhan personel keselamatan dalam syarikat;

Page 25: Kumpulan Utama 1: PENGURUS

MASCO 2008 Kumpulan Utama 1: Pengurus

27

menyemak mana-mana prosedur atau arahan yang melibatkan aspek keselamatan untuk memastikan semua kakitangan benar-benar terlatih untuk mencapai keselamatan maksimum;

menguatkuasakan disiplin yang ketat dan melaksanakan siasatan dalam mana-mana hal disiplin antara kakitangan;

berupaya menangani dan menyelesaikan isu keselamatan dengan segera, berkesan, dan bebas;

menyokong, menggalakkan, dan melaksanakan inisiatif sebagai sebahagian daripada Pasukan Undang-undang;

berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14351 Pengurus, keselamatan pekerjaan 14352 Pengurus, keselamatan

1439 PENGURUS PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-MANA Kumpulan unit ini merangkumi pengurus besar yang tidak dikelaskan dalam Kumpulan Kecil 143: Pengurus Perkhidmatan Lain. Tugas merangkumi:

merancang dan melaksanakan dasar; menyediakan anggaran belanjawan; berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain; merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia serta pengambilan pekerja; menguruskan operasi harian; melapor kepada pemilik, jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.