isl minggu 2

3
ISL Minggu 2- Mengumpul maklumat yang berkaitan dengan asimilasi dan integrasi Negara malaysia mempunyai pluraliti masyarakat yang pelbagai. Kepelbagaian ini seringkali dilihat sebagai sesuatu yang unik berikutan perpaduan dan integrasinya yang kukuh dan mantap. Namun, apakah kepentingan perpaduan dan integarsi dalam konteks hubungan sesama etnik di malaysia? Sebelum mengetahui kepentingan-kepentingan tersebut, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan perkataan perpaduan dan integrasi. Perpaduan membawa maksud proses penyatuan dari semua asek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik. Manakala integrasi pula ialah merujuk kepada semua aspek yang dirangkumi perpaduan dan proses yang amat kompleks. Perkara yang paling utama di dalam menyatakan kepentingan perpaduan dan integrasi ialah kepentingan saling memahami di antara satu etnik dengan etnik yang lain. Setiap etnik dan kaum adalah berbeza melalui cara hidup, ekonomi, pergaulan dan sebagainya. Apabila setiap individu yang berasal dari pelbagai bangsa mengetahui dan memahami di antara satu sama lain, maka pengetahuan untuk bersosial lebih terbuka dan dapat menjalinkan hubungan dengan pelbagai bangsa mahupun agama. Pembinaan modal insan juga merupakan aspek kepentingan perpaduan dan integrasi di negara kita. Modal insan merupakan individu yang tidak bersifat individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat malaysia, berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi dan lain-lain lagi. Meskipun modal insan ini dilihat sebagai hala tuju negara pada

Upload: siew-juen

Post on 08-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

None

TRANSCRIPT

Page 1: ISL Minggu 2

ISL Minggu 2- Mengumpul maklumat yang berkaitan dengan asimilasi dan

integrasi

Negara malaysia mempunyai pluraliti masyarakat yang pelbagai. Kepelbagaian ini

seringkali dilihat sebagai sesuatu yang unik berikutan perpaduan dan integrasinya yang

kukuh dan mantap. Namun, apakah kepentingan perpaduan dan integarsi dalam

konteks hubungan sesama etnik di malaysia?

Sebelum mengetahui kepentingan-kepentingan tersebut, kita perlu memahami

apakah yang dimaksudkan dengan perkataan perpaduan dan integrasi. Perpaduan

membawa maksud proses penyatuan dari semua asek seperti fizikal, sosial, ekonomi

dan politik. Manakala integrasi pula ialah merujuk kepada semua aspek yang dirangkumi

perpaduan dan proses yang amat kompleks.

Perkara yang paling utama di dalam menyatakan kepentingan perpaduan dan

integrasi ialah kepentingan saling memahami di antara satu etnik dengan etnik yang

lain. Setiap etnik dan kaum adalah berbeza melalui cara hidup, ekonomi, pergaulan dan

sebagainya. Apabila setiap individu yang berasal dari pelbagai bangsa mengetahui dan

memahami di antara satu sama lain, maka pengetahuan untuk bersosial lebih terbuka

dan dapat menjalinkan hubungan dengan pelbagai bangsa mahupun agama.

Pembinaan modal insan juga merupakan aspek kepentingan perpaduan dan

integrasi di negara kita. Modal insan merupakan individu yang tidak bersifat

individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat malaysia, berilmu,

berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi dan lain-lain lagi. Meskipun

modal insan ini dilihat sebagai hala tuju negara pada masa hadapan, namun jika

kesemua individu adalah modal insan, maka tentunya tidak akan terjadi lagi peristiwa

hitam 13 mei 1969, kerana setiap orang mementingkan perhubungan di antara etnik.

Menurut dato’ seri abdullah ahmad badawi, perdana menteri malaysia yakin

bahawa usaha membina bangsa malaysia mampu dicapai menjelang tahun 2020 jika

semua pihak berusaha mempererat perpaduan antara kaum, walaupun terpaksa

berdepan dengan pelbagai cabaran. Perdana menteri juga menegaskan bahawa

permuafakatan masyarakat berbilang kaum dilihat sebagai teras perwujudan bangsa

malaysia dan semua kaum perlu menyesuaikan diri serta bergaul dengan selesa selaku

rakan kongsi dalam proses pembangunan negara.

Page 2: ISL Minggu 2

Menjamin keamanan dan keselamatan tentunya memerlukan strategi yang perlu

diperhalusi dalama usaha membentuk masyarakat berintegrasi berdasarkan acuan atau

model kesatuan dalam kepelbagaian(unity in diversity).

Hubungan yang baik, erat dan saling memahami di antara etnik dapat

menjanjikan kehidupan yang selamat dan aman berikutan tiada siapa pun yang akan

cuba menimbulkan permasalahan dan menimbulkan syakwasangka. Dengan itu,

seorang individu pasti merasa selamat untuk bersosial dan seterusnya membantu

negara dalam menjaga dan meneruskan keamanan.

Hubungan etnik di malaysia banyak bergantung kepada perpaduan dan juga

integrasi negara. Ianya wajar dimantapkan dari masa ke semasa untuk mencapai satu

tahhap integrasi sosial yang lebih bersepadu. Harapan kita ialah segala rancangan,

perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam masyarakat sekarang akan

menjadi tapak yang kukuh untuk mewujudkan sebuah negara yang didiami masyarakat

berintegrasi yang bersepadu. Ingatlah bahawa, setiap kaum perlulah saling melengkapi

dan saling membantu antara satu sama lain.