isl minggu 11

Upload: siew-juen

Post on 01-Mar-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

None

TRANSCRIPT

ISL MINGGU 11: Menghasilkan peta minda tentang unsure-unsur dalam perlembagaan berdasarkan bahan rujukan.

Unsur-unsur PerlembagaanHuraian

Bahasa Kebangsaan

oBahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (untuk maksud rasmi)oDisentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152oTetap melindungi bahasa-bahasa lainoMemperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain

Agama Persekutuan

oAgama Islam ialah agama rasmi bagi PersekutuanoTermaktub dalam Perkara 3 (1)oPerkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan; agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian PersekutuanoSetiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanyaoSetiap agama mempunyai hak untuk;Menguruskan hal ehwal agamanya sendiriMenubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairatMemperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang

Pemerintahan Diraja

oTelah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri MelayuoRaja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantikoInstitusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasioRaja Berperlembagaan raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan

Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

oTermaktub dalam Perkara 153oHak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lainoDi Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut, danoDi Sabah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah