isl m7 - kesan guru yang gagal mematuhi etika akauntabiliti dan integriti 3

3
Kesan Guru Gagal Patuhi Etika Akauntibiliti Dan Integriti Banyak tertulis didada akhbar, media massa, laman sesawang kes-kes perlanggaran etika yang berlaku kepada insan bergelar guru. Perkara ini sehingga ke hari ini masih berlaku. Banyak impak yang akan berlaku kepada seseorang guru secara khususnya dan profesion keguruan amnya jika perkara ini terus berlaku. RAJAH 1: Kesan Jika Seseorang Guru Gagal Patuhi Etika Akauntabiliti Dan Integriti Kesan Kepada Sesi Pengajaran Didalam Kelas (core bisness) 1. Jika guru lewat masuk ke dalam kelas Menjatuhkan nama baik dan maruah profesion perguruan KESAN GURU GAGAL PATUHI ETIKA AKAUNTIBILITI DAN INTEGRITI Mewujudkan budaya kerja yang tidak ikhlas dan tidak Akan dibuang dari perkhidmatan atau digantung kerja jika melibatkan kesalahan serius Hubungan dengan majikan dan rakan sekerja akan merosot Tanggapan kepercayaan masyarakat kepada profesion perguruan semakin pudar Hasil pendapatan dari sumber yang tidak mendapat berkat

Upload: noor-arinah-sanip

Post on 02-Jan-2016

365 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

CGDRSSZ

TRANSCRIPT

Page 1: ISL M7 - Kesan Guru Yang Gagal Mematuhi Etika Akauntabiliti Dan Integriti 3

Kesan Guru Gagal Patuhi Etika Akauntibiliti Dan Integriti

Banyak tertulis didada akhbar, media massa, laman sesawang kes-kes

perlanggaran etika yang berlaku kepada insan bergelar guru. Perkara ini sehingga

ke hari ini masih berlaku. Banyak impak yang akan berlaku kepada seseorang guru

secara khususnya dan profesion keguruan amnya jika perkara ini terus berlaku.

RAJAH 1: Kesan Jika Seseorang Guru Gagal Patuhi Etika Akauntabiliti Dan Integriti

Kesan Kepada Sesi Pengajaran Didalam Kelas (core bisness)

1. Jika guru lewat masuk ke dalam kelas

Menjatuhkan nama baik

dan maruah profesion perguruan

KESAN GURU GAGAL PATUHI

ETIKA AKAUNTIBILITI DAN INTEGRITI

Mewujudkan budaya kerja yang tidak ikhlas dan

tidak Hubungan dengan

majikan dan rakan sekerja akan merosot

Akan dibuang dari

perkhidmatan atau digantung

kerja jika melibatkan

Tanggapan kepercayaan masyarakat

kepada profesion perguruan

semakin pudarHasil pendapatan dari sumber yang tidak mendapat

Page 2: ISL M7 - Kesan Guru Yang Gagal Mematuhi Etika Akauntabiliti Dan Integriti 3

Fenomena guru yang lewat masuk ke kelas akan menimbulkan isu penyalahgunaan

masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang kemalangan di dalam kelas,

guru tersebut harus dipersalahkan. ‘Mencuri masa’ adalah perbuatan yang tidak

wajar bagi seorang guru.

2. Guru tidak menggunakan masa yang terluang untuk membuat bahan dan alat

bantu mengajar.

Bahan bantu mengajar sangat penting dalam menyampaikan ilmu kepada murid

terutamanya sekiranya guru ingin mengenalkan sesuatu konsep kepada murid. Jika

guru tidak bersedia untuk menarik minat murid dengan membuat alat dan bahan

bantu, maka jangan bermimpi untuk murid meminati apa yang guru sampaikan

didalam kelas.

3. Guru Tidak Kemas Semasa Mengajar Di dalam Kelas

Kepimpinan melalui teladan tidak diaplikasikan. Guru adalah ‘role model’ kepada

murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui teladan. Ini

disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah

personaliti guru tersebut. Berpakaian lah dengan kemas dan sopan supaya dapat

melahirkan generasi yang bijak dan bagus dalam berpakaian.

Kesan Kepada Pengurusan Aktiviti Disekolah

1. Guru Tidak Menghadirkan Diri Ke Aktiviti Luar Kelas Atau Kegiatan

Kokurikulum

Ini akan melambatkan proses pengendalian aktiviti disesebuah sesekolah. Guru

telah diagih dengan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Jika perkara ini timbul,

guru guru lain terpaksa menanggung tugas kerana guru tidak mahu terlibat dengan

aktiviti sekolah.

2. Lambat Menyiapkan Tugas-Tugas Yang Diamanahkan

Page 3: ISL M7 - Kesan Guru Yang Gagal Mematuhi Etika Akauntabiliti Dan Integriti 3

Guru juga memegang jawatan dalam organisasi disekolah. Banyak tugas seperti,

setiausaha sukan, guru data, guru matapelajaran, guru kelas yang perlu dipikul oleh

guru. Jika guru melakukan tugas dengan sambil lewa, tugas-tugas tersebut tidak

dapat disiapkan mengikut waktu.

Kesan permasalahan yang lebih serius

1. Melakukan Kerja Sampingan

Dewasa kini, ada dikalangan guru yang melakukan kerja sampingan seperti

berniaga, menawarkan perkhidmatan tertentu didalam waktu atau luar waktu

sekolah. Perkara ini sama sekali akan mengganggu produktiviti seseorang guru

untuk komited 100% terhadap tugasnya disekolah.

2. Terlibat Dengan Kes Pecah Amanah Atau Jenayah

Perkara ini lebih menyedihkan ada dikalangan guru terlibat dengan kes-kes pecah

amanah dan jenayah. Adakah gaji seseorang guru tidak mencukupi? Sama sama

kita jadikan ikhtibar diatas perkara-perkara yang berlaku.

Analisa kesan :

Jika perkara diatas berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, ini akan

mewujudkan budaya kerja yang tidak ikhlas dan tiada kualiti dalam penyampaian

sesi pembelajaran. Perkara ini juga membawa kepada, hasil pendapatan dari

sumber yang tidak mendapat berkat. Guru yang bermasalah disekolah juga sukar

berhubung dengan guru-guru yang lain. Ini kerana kelakuan mencerminkan identiti

seseorang. Jika berlakunya masalah lebih serius, ini akan menjatuhkan nama baik

dan maruah profesion perguruan itu sendiri. Tanggapan kepercayaan masyarakat

kepada profesion perguruan semakin pudar. Permasalahan yang serius ini akan

menyebabkan seseorang guru yang terlalu bermasalah dibuang dari perkhidmatan

atau digantung kerja.