isl m7

27
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102) CIRI-CIRI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MENGIKUT PERINGKAT × Loi She Chi ×

Upload: lum

Post on 17-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perkembangan kognitif

TRANSCRIPT

Page 1: ISL M7

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MENGIKUT PERINGKAT× Loi She Chi ×

Page 2: ISL M7

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Page 3: ISL M7

- Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.

- Melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.

- Berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Page 4: ISL M7

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

LEV VYGOTSKYJEAN PIAGET

Page 5: ISL M7

JEAN PIAGET

- Proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga capai kematangan.

- 4 faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran manusia.

1. Kematangan biologi2. Interaksi individu dengan persekitaran3. Pengalaman sosial4. Keseimbangan

Page 6: ISL M7

- Menurut Piaget, individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi dan menyelesaikan sesuatu kekusutan.

- Apabila individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman tersebut dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema.

- Skema akan digunakan apbila individu berdepan dengan situasi yang memerlukan penyelesaian.

PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN

Page 7: ISL M7

ASIMILASIBerlaku apabila individu

cuba memahami pengalaman baru dan cuba

untuk menyesuaikan pengalaman tersebut

dengan skema-skema lama

AKOMODASIBerlaku apabila individu

dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan

pengalaman baru dan seterusnya membentuk

skema baru.

- Proses perubahan atau penukaran skema lama kepada skema baru dipanggil adaptasi. Melibatkan 2 proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi.

Page 8: ISL M7

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

SENSORIMOTOR (0 – 2 tahun)

• Guna deria dan pergerakan fizikal untuk belajar tentang persekitan.

• Kanak-kanak menunjukkan permulaan pemikiran logik.

• Peringkat akhir, kanak-kanak boleh melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihatdan ada kebolehan untuk menggambarkan objek didalam memori.

PRA OPERASI (2 – 7 tahun)

• Kanak-kanak mula menggunakan minda untuk membentuk skema baru. Dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental(bahasa, gambar)

• Kanak-kanak berupaya mengingati semula peristiwa yang berlaku dan boleh membuat perbandingan.

• Pemikiran kanak-kanak lebih bersifat intuitif-pemahaman mengani objek bergantung pada ciri-ciri yang jelas dan nyata.

Page 9: ISL M7

OPERASI

KONKRIT (7-

11tahun)

• Mampu berfikir secara logik dan boleh menguasai konsep pengekalan.

• Dapat menguasai proses pengelasan, dapat mengklasifikasikan objek kedalam set berdasarkan sesuatu ciri.

• Berubah secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran objektif.

OPERASI

FORMAL (11 tahun

ke atas)

• Boleh melakukan proses mental keatas idea-idea dan membuat andaian berdasarkan fakta.

• Berfikir secara abstrak dan sitematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian.

• Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah serta boleh menaakul induktif dan deduktif.

Page 10: ISL M7

LEV VYGOTSKY

- Perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu.

- Melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan kendiri dimana mereka meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu.

- Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, rakan dan orang dewasa lain.

Page 11: ISL M7

- Perkembangan mental kanak-kanak terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Oleh itu, persekitaran dan sistem lingkungan budaya kanak-kanak membantu mengadaptasi perkembangan kognitif.

- 2 faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa.

Page 12: ISL M7

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

PERINGKAT SOSIAL

• Pengetahuan individu diperoleh melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada dalam persekitaran seperti ibu bapa, rakan, jiran dsb.

PERINGKAT INDIVIDU

• Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu. Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

Page 13: ISL M7

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

- Menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

HAD ATASPeringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

HAD BAWAHKemahiran yang boleh / telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada kanak-kanak.

Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oelh kanak-kanak

Kemahiran yang sukar dicapai sendiri oleh kanak-kanak dan memerlukan bantuan daripada orang lain

Page 14: ISL M7

PERANCAH (SCAFFOLDING)

- Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan.

- Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran akan mengubahsuai tahap bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan kanak-kanak.

- Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses ini. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna dengan bantuan individu yang lebih mahir.

Page 15: ISL M7

- Menurut Vygotsky, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri selain dengan orang lain.

- Bercakap sendiri menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri.

- Vygotsky percaya, kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri.

- Kanak-kanak yang bercakap sendiri akan menggunakan bahasa untuk mengawal tingkah laku dan membimbing pemikiran mereka.

- Kajian mendapati, kanak-kanak yang suka bercakap sendiri memberikan impak positif kepada perkembangan mereka, lebih tekun dan lebih cenderung memperbaiki kelemahan mereka.

Page 16: ISL M7

PERKEMBANGAN BAHASA

Page 17: ISL M7

CIRI AM PERKEMBANGAN BAHASA

♪ merangkumi bentuk verbal, bukan lisan dan tulisan.

♪ penting untuk memahami perkembangan bahasa kanak-kanak dalam beberapa peringkat perkembangan bahasa

bersama dengan perkembangan fizikal, kognitif dan sosio-emosi kanak-kanak.

Page 18: ISL M7

PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

UMUR CIRI AM PERKEMBANGAN BAHASA

1 – 5 bulan Menangis yang tidak dibezakan.Senyum ,ketawa dan bunyi vokal dibuat secara rawak.

6 – 13 bulan Membuat respons verbal meniru orang lain.8 bulan, boleh faham beberapa kata orang lain.

12 – 18 bulan Menggunakan satu perkataan untuk mewakili ayat, kebanyakan kata nama.

2 tahun Menggunakan 2 perkataan untuk mewakili ayat.Boleh kata dengan ayat mudah.

3 tahun Boleh guna struktur ayat aktif mudah dan gunakan ulangan perkataan untuk wakili lebih dari satu.

5 tahun Boleh susun kata kompleks dan bercerita dengan kata sintaksis.

6 – 12 tahun Boleh fikir bahasa sebagai satu sistem.Gunakan ayat dengan lebih kreatif.

Page 19: ISL M7

TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

B. F. SKINNER NOAM CHOMSKY

Perspektif Behaviorisme Perspektif Nativisme

Page 20: ISL M7

PERSPEKTIF BEHAVIORISME

♪ Perkembangan bahasa dipengaruhi oleh faktor alam sekitar.

♪ Bayi belajar bahasa melalui pelaziman responden.

♪ Bahasa kanak-kanak bergantung kepada teknik meniru untuk menguasai ayat yang kompleks.

Page 21: ISL M7

PERSPEKTIF NATIVISME

♪ Kemahiran bahasa kanak-kanak dipahatkan dalam struktur otak.

♪ Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi semula jadi untuk menguasai peraturan bahasa yang kompleks.

♪ Otak ada 2 struktur spesifik :Kawasan Broca – kawal pengeluaran bahasaKawasan Wernicke – menginterpretasi bahasa

♪ Kanak-kanak kurang mampu belajar peraturan dan organisasi ayat yang kompleks jika diajar secara langsung.

Page 22: ISL M7

PERINGKAT-PERINGKAT DALAM PERKEMBANGAN

BAHASA

Page 23: ISL M7

PERINGKAT BAYI

Semenjak lahir, bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian bagi menarik perhatian ibu bapa dan orang sekitar.

Turutan bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi :

I. MenangisII. Cooing : keluarkan bunyi ‘oo’ spt ‘goo’/’boo’III. Babbling : keluarkan bunyi berulang ( ma,ma,ma)IV. Isyarat : menunding jari, anggukan kepala

Page 24: ISL M7

• Bermula dgn 2 patah perkataan berkembang menjadi 3-5 patah perkataan.

• Peralihan daripada ayat mudah kepada ayat kompleks.• Pada peringkat pra sekolah (4-6 thn),kanak-kanak mula guna peraturan

tatabahasa yang mudah spt: kata ganti nama diri, kata arah.• Mereka mula memahami lagu,pantun dan sebagainya.• Boleh bercerita perkara-perkara yg mereka lakukan/merancang untuk

melakukan sesuatu.• Kanak-kanak pada usia 4 thn-boleh menulis nama sendiri.• Kanak-kanak pada usia 5 thn-boleh menulis semula dan membezakan

perkataan .

PERINGKAT KANAK-KANAK

(2-6 tahun)

Page 25: ISL M7

PERINGKAT KANAK-KANAK(6-11 tahun)

Percakapan kanak-kanak bersifat analitikal and

kompleks

Mula memahami frasa-frasa yang kompleks

Kesedaran metalinguistik

meningkat

Mula menguasai kemahiran membaca

Sudah ada kemahiran mengolah idea dan

menterjemah ke dlm bentuk tulisan

Boleh bercerita melalui

penulisan/menulis puisi pendek

Page 26: ISL M7

PERINGKAT REMAJA

Penggunaan ayat-ayat yang lebih kompleks

Boleh fahami bahasa yang lebih ironik,,

kritikal dan abstrak :

(Sajak,puisi,cerpen)

Kemahiran menulis berkembang :

Susun idea sblm menulis, kenalpasti

pendahuluan, idea-idea utama dan penutup.

Cipta dialek mereka sendiri guna slanga dan

jargon semasa berinteraksi

Page 27: ISL M7