isl -m1-esei

3
Soalan : Bincangkan tentang bagaimana Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu, menyeronokkan , dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran. Seni Dalam Pendidikan berperanan sebagai satu medium untuk murid menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seni Dalam Pendidikan menjadi medium untuk murid meluahan perasaan serta membina keyakinan pada aras yang tinggi. Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang.Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Seni Dalam Pendidikan boleh diaplikasikan di dalam pembelajaran mata pelajaran lain agar ia dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan. Aplikasi seni dalam pengajaran ialah melakukan aktiviti yang berkaitan dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar muridnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat murid mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang minat murid untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap murid. Di samping itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan logik–matematik,

Upload: sushan-tan

Post on 17-Jul-2016

49 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Soalan : Bincangkan tentang bagaimana Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan

pembelajaran yang optimum, bersepadu, menyeronokkan , dalam aplikasi pengajaran

dan pembelajaran.

Seni Dalam Pendidikan berperanan sebagai satu medium untuk murid menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seni Dalam Pendidikan menjadi medium untuk murid meluahan perasaan serta membina keyakinan pada aras yang tinggi. Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang.Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran.

Seni Dalam Pendidikan boleh diaplikasikan di dalam pembelajaran mata pelajaran lain agar ia dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan. Aplikasi seni dalam pengajaran ialah melakukan aktiviti yang berkaitan dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar muridnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat murid mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang minat murid untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran.

Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap murid. Di samping itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan logik–matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual, interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) diwujudkan bagi membantu perkembangan individu seimbang sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru pelatih dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Ruang lingkup seni visual hanya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari

Catatan :

1. menarik minat murid

2. dapat meransang minat murid untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran.

3. dapat memperkembangkan kemahiran meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap murid.

4. membantu perkembangan individu seimbang sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

5. dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan.

6. memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan

7. boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.

8. dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan.