isl 7 banding beza model disiplin

4
Banding beza model disiplin Skinner, Canter dan Dreikurs Model Disiplin Skinner Model Disiplin Asertif Canter Model Akibat Logikal Dreikurs Berasaskan peneguhan dan ganjaran. Apabila murid melakukan tingkah laku yang diingini, peneguhan positif diberikan dan jika mereka melakukan kesalahan, peneguhan negatif diberikan. Berasaskan perkongsian kepercayaan antara guru dengan murid dan kuasa autonomi diberikan kepada murid. Mementingkan peneguhan jika murid melakukan tingkah laku yang diingini. Jadi tingkah laku akan terbentuk jika mereka dapat menerima dan memahami peneguhan yang diberikan. Mementingkan pengamalan peraturan dan perlaksanaannya. Peraturan perlu ditetapkan dan guru haruslah menerangkan kepada murid agar mereka memahami akibat yang mungkin diterima jika mereka melanggar peraturan tersebut. Mempunyai konsep Mempunyai konsep

Upload: parkmickyboo

Post on 26-Sep-2015

334 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Banding beza model disiplin Skinner, Canter dan Dreikurs

Model Disiplin Skinner

Model Disiplin Asertif CanterModel Akibat Logikal Dreikurs

Berasaskan peneguhan dan ganjaran. Apabila murid melakukan tingkah laku yang diingini, peneguhan positif diberikan dan jika mereka melakukan kesalahan, peneguhan negatif diberikan.Berasaskan perkongsian kepercayaan antara guru dengan murid dan kuasa autonomi diberikan kepada murid.

Mementingkan peneguhan jika murid melakukan tingkah laku yang diingini. Jadi tingkah laku akan terbentuk jika mereka dapat menerima dan memahami peneguhan yang diberikan.

Mementingkan pengamalan peraturan dan perlaksanaannya. Peraturan perlu ditetapkan dan guru haruslah menerangkan kepada murid agar mereka memahami akibat yang mungkin diterima jika mereka melanggar peraturan tersebut.

Mempunyai konsep cara peneguhan yang diberikan akan membentuk tingkah laku yang akan datang.

Mempunyai konsep bahawa murid berhak belajar dengan selamat dan tenang dan mendapat sokongan dari rakan dan guru. Guru pula berhak untuk mengajar dengan professional dan tanpa gangguan.

Konsep utama ialah murid mempunyai tingkah laku yang bermasalah berpunca daripada motif-motif seperti mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan.

Banding beza antara model disiplin Kounin dan Glesser. Dengan merujuk model ini,aplikasikan kedua-dua model ini dalam bilik darjah.Model Pengurusan Kelompok Kounin

Model Terapi Realiti William Glesser

Asas utama ialah kebolehan guru mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan berupaya mengatasi masalah yang timbul.

Menekankan tingkah laku manusia didorong oleh keperluan untuk memenuhi 4 keperluan psikologi asas iaitu kasih sayang, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keseronokan.

Guru perlu menegur murid yang melakukan kesalahan tanpa bertangguh. Teguran juga haruslah tegas,serius dan jelas.

Guru perlu membantu murid memahami tindakan dan pilihan-pilihan yang telah dibuat oleh murid.

Aktiviti P&P haruslah lancar, menarik,mempunyai arahan yang jelas supaya murid dapat menumpukan perhatian dan tidak melakukan kesalahanEmpat keperluan psikologi asas perlu dipenuhi agar murid dapat menumpukan perhatian dan tidak melakukan tingkah laku yang tidak diingini.

Contoh aplikasi. Apabila murid bercakap dan bermain, guru memanggil nama murid tersebut dan mengarahkan murid itu untuk menumpukan perhatian kepada proses P&P. Guru memberikan arahan dan amaran dengan tegas dan serius

Contoh aplikasi. Apabila murid melakukan salah laku,kenal pasti punca atau keperluan mana yang tidak dipenuhi. Apabila guru telah berjaya mengenal pasti,langkah seterusnya diambil. Sebagai contoh jika murid itu tidak merasakan ada kebebasan untukbergerak di dalam kelas, guru boleh mengatasinya dengan member kuasa kepada murid tersebut untuk menyapu papan hitam yang mana akan membolehkan dia berjalan dan bergerak.