isl 1

11
ISL 1 Nama: Sia Soon Hao No. kad Pengenalan: 920620- 13-6649 SEJARAH PERKEMBANGAN KAUNSELING DI MALAYSIA Sejarah awal: Pada tahun 1910, Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak telah didirikan. Ia merupakan sebuah hospital sakit jiwa yang telah dibina oleh seorang pakar psikiatri yang bernama Dr W.F.Samuels atas arahan daripada kerajaan British.Pada ketika itu, hospital berkenaan dikenali sebagai Federal Lunatic Asylum. Seorang pegawai kanan pendidikan, pentadbiran Kolonial Britian yang dikenali sebagai H.R.Cheeseman telah membentangkan laporan tentang keperluan bimbingan di sekolah. Peristiwa berlaku pada tahun 1938.Setahun selepas itu (1939), Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “A guide to careers in Malaya for parents, teachers, and pupils”. Penerbitan buku ini bertujuan untuk memuatkan analisis pekerjaan yang terdapat dalam perkhidmatan kerajaan pada ketika itu. Pada tahun1946, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditubuhkan untuk menjaga hal-hal kebajikan komuniti.Setelah empat tahun kemudiannya(1950), Kementerian Buruh telah mewujudkan perkhidmatan Belia di Pejabat Buruh Negeri.

Upload: ryan-sia

Post on 09-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ISL sejarah

TRANSCRIPT

ISL

ISL1

Nama: Sia Soon Hao No. kad Pengenalan: 920620-13-6649SEJARAH PERKEMBANGAN KAUNSELING DI MALAYSIASejarah awal:Pada tahun 1910, Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak telah didirikan. Ia merupakan sebuah hospital sakit jiwa yang telah dibina oleh seorang pakar psikiatri yang bernama Dr W.F.Samuels atas arahan daripada kerajaan British.Pada ketika itu, hospital berkenaan dikenali sebagai Federal Lunatic Asylum.Seorang pegawai kanan pendidikan, pentadbiran Kolonial Britian yang dikenali sebagai H.R.Cheeseman telah membentangkan laporan tentang keperluan bimbingan di sekolah. Peristiwa berlaku pada tahun 1938.Setahun selepas itu (1939), Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk A guide to careers in Malaya for parents, teachers, and pupils. Penerbitan buku ini bertujuan untuk memuatkan analisis pekerjaan yang terdapat dalam perkhidmatan kerajaan pada ketika itu.Pada tahun1946, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditubuhkan untuk menjaga hal-hal kebajikan komuniti.Setelah empat tahun kemudiannya(1950), Kementerian Buruh telah mewujudkan perkhidmatan Belia di Pejabat Buruh Negeri.

Permulaan kaunseling:Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah Menengah. Pada tahun 1961, sebuah buku yang bertajuk Handbook on Training Facility in Malaya telah diterbitkan. Setahun kemudian (1962), seorang pakar perunding Rancangan Colombo iaitu R.K.Mackenzie telah ditempatkan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau mula melatih guru panduan yang terdiri daripada 11 pengelola sekolah pada 1963.Mereka telah Berjaya menghasilkan risalah-risalah panduan, buku panduan perkhidmatan di sekolah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) pada tahun 1966 serta buku panduan dalam bahasa Inggeris yang bertajuk English Guidance Service in School yang mana diterbitkan pada tahun 1968.Pada tahun 1963, Unit Panduan Pelajaran dan Kerjaya telah ditubuhkan di Educational Planning and Research Division, Kementerian Pendidikan. Unit ini telah dipindahkan ke Bahagian sekolah-sekolah pada tahun 1973. Setelah setahun kemudian, Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat perkeliling, KP5209/33(4) dengan perakuan setiap sekolah mesti melantik seorang Guru Bimbingan yang mana tugas pengajarannya dikurangkan kepada 25 waktu mengajar dalam seminggu. Selain itu mereka juga dibekalkan panduan tugas-tugas sebagai guru bimbingan agar dapat mempermudahkan pelaksanaan tugas.Pada 1972, Maktab Rendah Sains Mara telah menubuhkan Unit Perkhidmatan Kaunseling serentak dengan penubuhan sekolah pertamanya, di Seremban. Kementerian Pendidikan telah mengarah supaya satu bilik panduan Pelajaran diadakan mengikut surat Pekeliling KP(BS)8548a pada tahun 1976. Seterusnya, pada tahun 1979, Kementerian Pendidikan telah menyenaraikan 21 jenis tugas guru panduan merangkumi pelajaran, kerjaya, peribadi, dan mencegah salahguna dadah. Akhirnya, Unit Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah ditukar kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Perkhidmatan Kaunseling di Institusi Pengajian Tinggi dan Penjara di Malaysia.Perkhidmatan ini telah bermula pada tahun 1969, di mana perkhidmatan kaunseling telah diberikan di Institusi Teknologi Mara (ITM) melalui bantuan dari Yayasan Asia di Pusat Kerjaya dan Kaunseling (ITM). Pada masa yang sama, perkhidmatan kaunseling ini juga telah ditawarkan di Universiti Malaya. Empat tahun kemudian, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menawarkan perkhidmatan kaunseling di Unit Rundingcara, universiti berkenaan. Pada tahun 1978, Jabatan Penjara Seremban mengambil langkah memulakan perkhidmatan kaunseling dalam usaha pemulihan dadah.

Perkembangan kaunseling di MalaysiaPada tahun 1980, Maktab Perguruan Ilmu Khas telah menawarkan kursus persijilan kaunseling secara sepenuh masa untuk guru yang akan bertugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sebelum ini, kursus itu hanya ditawarkan semasa percutian atau di hari minggu. Pada tahun yang sama juga, Universiti Putra Malaysia telah menawarkan kursus Bachelor Pendidikan pengkhususan dalam Kaunseling.Selain itu, Persatuan kaunseling Malaysia atau lebih dikenali sebagai PERKAMA telah ditubuhkan. Tambahan lagi, dua pakar dari Bereau of International Narcotic Matters, USA telah melatih seramai 168 orang pegawai penjara dalam kaunseling pemulihan. Bagi menjalankan perkhidmatan pemulihan penagihan dadah, Penguasa Rundingcara telah ditugaskan di Maktab Penjara Malaysia, Penjara Seremban dan Penjara Kajang. Pada 1982, Kursus Diploma Psikologi (kaunseling) ditawarkan di Jabatan Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk guru ijazah yang bakal menjadi kaunselor di sekolah. Ketika itu juga,Guru Panduan dan Bimbingan dilantik di sekolah untuk bertugas separuh masa manakala Maktab Rendah Sains Mara melantik kaunselor sepenuh masa.Sejak itu juga, Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjan Muda Pendidikan selama 4 tahun. Namun, keutamaan diberikan kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun. Pada tahun 1983, Skim perkhidmatan Bimbingan dan Nasihat di ITM menggunakan Skim Gaji A22 digunakan untuk tujuan pengredan gaji. Skim gaji dinaikkan kepada A20 setaraf dengan skim gaji pensyarah universiti pada tahun 1985. Pada tahun 1987, Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi guru-guru bukan siswazah. Ketika itu juga, Unit Kaunseling ditubuhkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Setahun selepas itu, Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOR) juga telah menubuhkan Unit Kaunseling pada 12 Disember.

Pematapan Perkhidmatan KaunselingPada tahun 1992, Unit Kaunseling dan Psikologi di Jabatan Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia telah ditubuhkan dan dan menawarkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kakitangan kerajaan secara sukarela atau dirujuk. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ditubuhkan di Hospital Besar Ulu Kinta pada tahun 1993. Seterusnya, unit kaunseling telah ditubuhkan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Hal ini, berdasarkan rujukan KPN(PR)33/1 bertarikh 8hb April 1996. Pada tahun 1998, Akta Kaunselor 580 telah diluluskan oleh Parlimen Kerajaan Malaysia dan Lembaga Kaunselor diwujudkan dibawah naungan Menteri di Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Profesionalisme Kaunseling.Kaunselor yang berkelayakan di bawah Akta 580, dikehendaki berdaftar dengan Lembaga Kaunselor untuk tujuan pendaftaran dan perakuan amalan bermula pada tahun 2000. Temuduga untuk pengesahan pendaftaran dimulakan oleh Lembaga Kaunselor yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ahli panel. Surat perakuan pendaftaran mula diedarkan kepada kaunselor yang layak. Seterusnya pada tahun 2001, kaunselor yang layak akan diwartakan dalam buletin kerajaan sebagai kaunselor yang berdaftar. Unit Telekaunseling Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dilancarkan setahun kemudian. Pada tahun 2003, Laporan Halatuju Kaunseling di Malaysia dibentangkan dan diterima oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai panduan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam mengorientasikan program pengajian kaunseling di tempat masing-masing.

WHAT IS COUNSELING? Dalam mengejar pembangunan dan kemajuan dunia hari ini, didapati masyarakat di malaysia kini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah terutamanya dalam kalangan remaja. Antara gejala serius yang hangat diperkatakan ialah masalah buli, ponteng, gengsterism, merokok, rempit, seks luar nikah, dan pembuangan bayi.Masalah ini semakin hari kian meruncing seiring kemajuan dalam bidang teknologi. Keadaan ini sudah pasti mendapat perhatian umum tidak mengira lapisan masyarakat. Pelbagai spekulasi positif dan negative telah dikeluarkan oleh berbagai pihak. Namun, yang pasti strategi dan inisiatif yang dilaksanakan masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Golongan dewasa juga turut tidak ketinggalan. Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada keratan akhbar, majalah dan berita, sesetengah dari golongan ini terbabit dalam masalah penceraian, kewangan, penderaan fizikal dan mental, gangguan seksual, dan dan juga kes jenayah. Bagi memastikan kestabilan dari aspek ekonomi, politik dan social pada masa hadapan lebih kukuh dan mantap, tindakan proaktif dan segera perlu dilaksanakan. Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu langkah yang dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Walaupun terdapat juga sesetengah kes yang tidak dapat diselesaikan, namun pendedahan perkhidmatan ini secara meluas terutamanya dalam bidang pendidikan mampu mengurangkan masalah-masalah ini sedikit demi sedikit. Kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat hari. Di Negara Barat misalnya, perkhidmatan kaunseling telah digunakan secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat di sana. Namun, keadaan ini berbeza di Negara kita kerana persepsi serong mereka terhadap perkhidmatan ini. Apakah yang dimaksudkan dengan kaunseling sebenarnya? Kemungkinan persepsi serong yang dilontarkan sesetengah pihak terhadap perkhidmatan ini adalah disebabkan mereka tidak memahami maksud sebenar perkhidmatan kaunseling itu sendiri. American Counseling Association (ACA,1997) telah mengeluarkan satu definisi kaunseling iaitu, Counseling is the application of mental health, psychological, or human development principles, through cognitive, affective, behavioral, or systemic interventions, strategies that address wellness, personal growth, or career development, as well as pathology. Terdapat beberapa pekara penting yang dapat di kenalpasti dari definisi ini seperti kaunseling adalah profesion, ia berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan personal, kerjaya, dan patologi. Kaunseling dijalankan ke atas individu yang berfungsi penuh dan mempunyai masalah, berasaskan teori, proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi dan mempunyai pelbagai kepakaran. Berdasarkan Akta Kaunselor, 1998, Kaunseling merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.Ramai tokoh yang terlibat dalam memberikan makna bagi perkhidmatan ini. Salah seorang tokoh tersebut ialah Rogers (1951). Beliau menjelaskan bahawa di dalam suatu proses kaunseling , seseorang klien akan menceritakan hal-halnya dari kejadian yang lepas dan beransur kepada hal yang lebih meruncing sehingga menceritakan saya, disinidan pada masa ini. Ia merujuk kepada keadaan semasa tentang dirinya sahaja. Menurut Corey (2004) pula, merujuk kaunseling sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan dan masalah kepadanya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharapkan dapat menolong klien mengesan halangan-halangan dan mengenalpasti bakat serta kebolehan agar dapat hidup dengan lebih sempurna.Mengikut Good (1945), kaunseling merupakan bantuan menyelesaikan masalah peribadi seseorang yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehan. Proses ini dijalankan sehinggalah seseorang itu boleh membuat keputusannya sendiri dengan baik. Mengikut Aziz (2002), kaunseling ialah proses seorang kaunselor menolong individu memberi secara bimbingan dan nasihat bagi membuat pilihan atau keputusan sendiri bagi mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa perkhidmatan kaunseling ini amat bersesuaian dan merupakan salah satu inisiatif yang dapat membantu mengengkang masalah yang berlaku sekarang. Hal ini kerana perkhidmatan ini mampu memenuhi keperluan masyarakat kini dalam menyelesaikan masalah. Tambahan lagi, ia merupakan proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien ke arah lebih baik.Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu profesion yang bertujuan untuk mewujudkan manusia yang sejahtera, bahagia dan produktif dalam segala aspek kehidupan. Proses kaunseling berlaku apabila klien bertemu dengan kaunselor secara sukarela untuk mendapatkan bantuan dalam mengurangkan ketegangan yang dialami, memahami dirinya dan melakukan perubahan dalam dirinya. Bagi memastikan proses ini berjalan lancar, amat penting kepada kaunselor untuk memahami konsep bimbingan dan kaunseling secara terperinci dan tanggungjawab yang dilaksanakannya juga perlu berlandaskan etika kaunseling.Hubungan kaunseling yang diwujudkan merupakan interaksi mendalam yang berbentuk dua hala iaitu interaksi antara kaunselor dank lien. Dalam melaksanakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mempunyai prinsip-prinsip seperti yang tertakluk dalam kod etika kaunseling. Antara prinsip tersebut ialah empati, penerimaan tanpa syarat, ketulenan atau kongruen, kemesraan, kerahsiaan dan terapeutik.Empati merupakan keupayaan individu memasuki dunia klien atau menyelami perasaan klien untuk memahami dan membantu klien serta merasai pengalaman klien. Penerimaan tanpa syarat bermaksud kaunselor perlu menerima kedatangan klien dengan seadanya tanpa mengira latar belakang, personaliti dan budaya yang dibawa oleh klien serta menghormatinya. Ketulenan atau kongruen dalam proses ini membawa maksud bahawa kaunselorperlu bersikap jujur pada kilen dan bertindak mengikut keupayaan diri dalam sesi yang dijalankan. Ringkasnya,m kaunselor tidak boleh sama sekali berpura-pura atau bertopeng semasa sesi.Kemesraan ketika sesi dijalankan amat membantu kerana suasana kekok tidak wujud . Hal ini sekaligus memudahkan kaunselor mendekati kliennya dan seterusnya membuatkan klien berada dalam situasi selesa sepanjang sesi kaunseling.Selain itu, aspek kerahsiaan merupakan komponen yang amat penting dalam sesi dan ia wajib dipatuhi. Bermakna kaunselor merahsiakan segala hal yang diceritakan semasa sesi, namun ia boleh dibocorkan sekirannya kaunselor mendapati hal itu mendatangkan kemudaratan kepada diri klien mahupun orang lain. Terapeutik merupakan suasana yang selesa diwujudkan ketika perbincangan dilakukan tanpa sebarang rasa tekanan. Suasana ini perlu diwujudkan sebelum sesi dijalankan supaya klien selesa dan dapat membuat pendedahan kendiri.Walau bagaimanapun, aspek komunikasi juga perlu diberi perhatian kerana ia amat penting ketika berinteraksi dengan klien. Hal ini kerana komunikasi yang berkesan mampu menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan dapat mengekspresikan tingkah laku dan emosi yang menggalakan semasa sesi dijalankan. Seperti aspek ini, kemahiran melayan dan mendengar juga turut tidak ketinggalan, kerana ia amat diperlukan oleh kaunselor. Untuk menjadi pendengar yang baik kauselor perlu mendengar dengan aktif setiap percakapan klien agar respon yang bakal diberikan nanti tidak menyimpang dari fokus sebenar. Kemahiran melayan pula akan membuatkan klien merasa dirinya diberi perhatian dan dihargai. Jelaslah bahawa aspek-aspek ini juga diperlukan dalam sesi kaunseling. Kesimpulannya, semua komponen yang telah dijelaskan di atas amat perlu diberi perhatian kerana ia bakal menentukan kejayaan sesi yang dijalankan. Perkhidmatan yang berkesan mampu membantu klien mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi mereka.