isi

Upload: mubarak-ahmad

Post on 01-Mar-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isi

TRANSCRIPT

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

ISI KANDUNGAN

PerkaraMukasurat

Pengenalan2

Latar Belakang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja3-4

Visi, Misi dan Nilai Korporat KWSP5

Pengurusan Sumber Manusia di KWSP6

Fungsi Pengurusan Sumber Manusia JMI KWSP7-8

Perancangan Sumber Manusia8

Pembangunan Modal Insan Di KWSP8-11

Pengambilan dan pemilihan Sumber Tenaga Manusia11-12

Pampasan dan kemudahan12-14

Keselamatan dan kesihatan pekerja14-15

Kesimpulan15-16

Rujukan17

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

PengenalanPengurusan sumber manusia memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai matlamat atau tujuan. Pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan akan menghasilkan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber manusia. Masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusingganti pekerja dan sebagainya. Oleh itu, pengurusan sumber manusia memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengurusan sumber manusia organisasi berjalan lancar dan berdaya saing. Untuk mencapai matlamat tersebut, pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami dengan apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber manusia.Tujuan diwujudkan pengurusan sumber manusia adalah untuk memastikan bahawa manusia yang diambil bekerja oleh organisasi digunakan dengan cekap dan berkesan dan mereka berupaya menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Dahulu, sumber manusia dikenali sebagai kos kepada organisasi kerana perlu dibayar gaji, diberi berbagai bentuk faedah dan cuti, bonus dan faedah kesihatan. Kini, mereka dikenali pula sebagai aset kepada organisasi. Pada hakikatnya, manusia adalah nadi utama dalam sesebuah organisasi agar ia dapat bergerak dengan lancar.Pengurusan sumber manusia merupakan aspek penting dalam strategi pembangunan sumber manusia yang merupakan kunci kepada kejayaan organisasi. Pekerja merupakan harta yang penting dan berharga berbanding dengan sumber lain dalam organisasi. Di samping itu juga, ia menumpukan terhadap pencapaian dan kehendak serta keperluan kepada pelanggan, di mana ia boleh membantu organisasi memberi kepuasan kepada keperluan luaran pelanggan.Untuk tugasan ini, saya telah memilih Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang juga tempat saya bekerja sekarang sebagai organisasi yang mempunyai pengurusan sumber manusia di dalamnya.

Latar Belakang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) merupakan dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan untuk persaraan. Ditubuhkan pada 1951, Kumpulan Wang ini adalah salah satu daripada tabung simpanan persaraan yang tertua dan antara yang terbesar di dunia. KWSP merupakan intitusi keselamatan sosial yang ditubuhkan bawah undang-undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

Memandangkan peranannya yang begitu penting dalam menjaga kesejahteraan pesara Malaysia, KWSP memberi keutamaan dalam memastikan pelaburannya dibuat dengan teliti untuk melindungi simpanan ahli disamping memberikan pulangan yang munasabah. Selain menjaga kepentingan dan memenuhi keperluan persaraan ahli, KWSP komited untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan telah mengguna pakai teknologi terkini untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pelanggannya. KWSP meletakkan tanda aras prestasinya berdasarkan amalan terbaik antarabangsa dan didorong oleh visinya untuk menjadi organisasi keselamatan sosial bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan yang terbaik bagi rakyat Malaysia. Untuk itu, KWSP sentiasa mempelopori inovasi bagi memenuhi keperluan semasa dan masa depan ahlinya.

Kunci kepada kejayaan transformasi KWSP untuk menjadi sebuah organisasi global adalah warga kerja KWSP sendiri. Dalam memberikan prestasi dan perkhidmatan yang cemerlang, KWSP memerlukan tenaga kerja yang berpengetahuan serta berupaya menterjemahkan pengetahuan tersebut kepada hasil yang baik. Ke arah ini, pihak KWSP telah memperkukuhkan Sumber Manusia melalui Pelan Strategik 2013-2017 yang mengambil pendekatan bersepadu untuk melatih dan membangunkan anggota KWSP agar sentiasa bermotivasi untuk menjalankan tugas berdasarkan kemampuan terbaik angota. Pihak KWSP telah melantik badan profesional untuk melatih anggota dalam subjek yang mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa seperti perancangan kewangan, analisis kewangan, sains aktuari dan pematuhan. Pihak KWSP percaya usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi KWSP, bahkan turut menaikkan tahap motivasi dan dinamisme dalam organisasi serta membantu memartabatkan KWSP sebagai majikan pilihan.

Sebagai organisasi yang besar dan juga berwawasan untuk menjadi sebuah organisasi yang bertaraf dunia, pengurusan strategik menjadi salah satu elemen yang terpenting bagi merealisasikan wawasan tersebut. Oleh yang demikian, pihak pengurusan KWSP telah mewujudkan pelan strategilk KWSP 2010 2020. Dengan bilangan anggota KWSP yang mencapai 5000 orang, pengurusan sumber manusia adalah merupakan salah satu fokus KWSP dalam pelan strategilk ini. Terdapat empat (4) keberhasilan jangka panjang dalam bidang fokus ini iaitu:-a)Polisi Pengurusan Modal Insan yang komprehensifb)Modal Insan yang berkaliberc)Pelan Penggantian yang terancangd)Budaya kerja korporat yang cemerlang

Strategi KWSP seterusnya dalam bidang ini ialah:-a)Mempertingkatkan keberkesanan program pengurusan modal insanb)Menerapkan budaya kerja korporat yang berasaskan prestasi dalam semua aspek pengendalian organisasi

Dalam usaha untuk melaksanakan bidang fokus ini, cabaran yang wujud ialah:-a)Kebersediaan organisasi untuk membangunkan dasar pengurusan sumber manusia yang komprehensif

Antara inisiatif stategik yang dilaksanakan oleh KWSP bagi menjayakan bidang fokus ini ialah:-a)Membangunkan polisi Pengurusan Sumber Manusia yang komprehensifb)Menyediakan pakej saraan dan faedah yang kompetitif

Visi, Misi dan Nilai Korporat KWSP

Oleh yang demikian KWSP telah membuat penetapan matlamat yang berpandukan kepada misi, visi dan juga nilai korporat :-

Visi KWSPMenjadi Organisasi Keselamatan Sosial Bertaraf Dunia Yang Menyediakan Simpanan Persaraan Yang Terbaik Bagi Rakyat Malaysia

Misi KWSPMenyediakan Skim Simpanan Persaraan Yang Terbaik

Nilai Korporat KWSP Terdapat empat ( 4 ) elemen yang terkandung di dalam nilai korporat KWSP:-1.Utamakan Pelanggan.2.Penambahbaikan Berterusan,3.Integriti4.Semangat Kerja Berpasukan

Pengurusan Sumber Manusia di KWSP

Jabatan Modal Insan (JMI) merupakan Jabatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia di KWSP. Ianya diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan mempunyai empat seksyen didalamnya. Jumlah keseluruhan anggota dan pegawai di jabatan ini ialah seramai 99 orang.

Carta organisasi Jabatan Modal Insan. KETUA JABATAN JMI (2 orang)

SEKSYEN SEKSYEN SUMBER SEKSYEN SARAAN SEKSYEN PERKHIDMATAN MANUSIA DAN DAN KEMUDAHAN PERANCANGAN(18 orang) PRESTASI (7 orang) (63 orang) STRATEGI (9 orang)

Visi JMIMenjadi Rakan Strategik Kepada Pembangunan Organisasi Melalui Pembangunan Modal Insan Dan Perkhidmatan Sumber Manusia Yang EfisienMisi KWSPMenyediakan Khidmat Sumber Manusia Yang Berkesan Dan Membangunkan Modal Insan Yang Kompetan

Fokus pengurusan sumber manusia di KWSP ialah:- a. Mengurus pekerja sebagai aktiviti langsung dan interpersonal.b.Pengurusan personal yang memberi penekanan kepada kemahiran teknikal untuk penilaian, pemilihan, latihan dan sebagainya. c.Pengurusan strategik yang menekankan pekerja sebagai harta dalam sesebuah organisasi. Fungsi Pengurusan Sumber Manusia JMI KWSP

Byres dan Rue (1998) telah mengenalpasti enam fungsi pengurusan sumber manusia.Fungsi-fungsi ini meliputi pelbagai aktiviti yang memberi signifikan kepada semua bahagian dalam organisasi iaitu :-1. Perancangan Sumber Manusia 2. Pembangunan Sumber Manusia 3. Pampasan dan Kemudahan 4. Keselamatan dan Kesihatan 5. Perhubungan Industri 6. Penyelidikan Sumber Manusia Kesemua fungsi yang dinyatakan di atas telah diletakkan di bawah setiap empat seksyen yang ada di JMI dan antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

Seksyen

Fungsi

Perkhidmatan Program bantuan pekerja, pemindahan kerja, perkhidmatan

Sumber Manusia Dan PrestasiTemuduga, perekrutan, ujian , sistem maklumat, rekod tentang pekerja , mengurus prestasi, membentuk piawaian prestasi, tindakan pembetulan, kaedah penilaian, temubual prestasi Orientasi, kemahiran, latihan, pendidikan, peningkatan produktiviti, pembangunan dan laluan kerjaya

Saraan Dan KemudahanMentadbir gaji dan upah, penyediaan faedah dan elaun, bonus, penghargaan dan pujian, pampasan eksekutif, penilaian pekerjaan, struktur pampasan, insurans, pengurusan cuti, pelan persaraan, perubatan

Perancangan Dan StrategikKajian sikap, hubungan pekerja, pematuhan peraturan dan polisi, disiplin, undang-undang buruh, pengurusan sumber manusia antarabangsa, ramalan perancangan, gabungan dan perolehan, pembentukan polisi, pemantauan pelaksanaan polisi, penguatkuasaan, pengawasan keselamatan, latihan keselamatan, ujian kesihatan, penyediaan peralatan perlindungan peribadi

Perancangan Sumber ManusiaDi KWSP, pihak pengurusan telah membuat Perancangan sumber manusia yang strategik dalam menetapkan objektif-objektif utama dan merancang menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat tersebut. Perancangan sumber manusia ini yang dilakukan adalah dengan cara mengkaji secara sistematik keperluan sumber manusia untuk memastikan agar bilangan pekerja yang diperlukan dengan kemahiran mencukupi dan telah tersedia apabila diperlukan.Perancangan sumber manusia adalah bertujuan untuk mengekal dan meningkatkan keupayaan organisasi dalam mencapai objektif melalui hasil sumbangan daripada sumber manusia.

Pembangunan Modal Insan Di KWSPPekerja yang berkaliber dan berkebolehan amat bernilai kepada mana-mana organisasi dan membolehkannya memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan prestasi yang terbaik. Di KWSP, kami percaya bahawa kami mampu membentuk kualiti anggota yang paling produktif dengan membangunkan dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, kompetensi dan pengalaman agar mereka dapat mengunakan sepenuhnya potensi dalam menguruskan pelbagai tugasan. Jabatan Modal Insan KWSP sentiasa berusaha menambah baik program dan sistem bagi memenuhi keperluan anggota di semua peringkat. Antara program-program yang dilaksanakan ialah :-

1. Menyalurkan Tenaga KerjaDengan peningkatan kerjasama dengan pihak ketiga, KWSP dapat menyalurkan tenaga kerjanya kepada fungsi tugas yang lebih penting seperti penasihat kewangan dan pemasaran produk. 2. Pembelajaran Dan Pembangunan BerterusanInstitut KWSP memainkan peranan yang penting dalam latihan dan pembangunan anggota. Selain mengendalikan program latihan yang berkesan, Institut KWSP juga menyokong fungsi Sumber Manusia dengan menyumbang kepada pembangunan modal insan KWSP. Pada tahun 2013, inisiatif yang dilaksanakan termasuklah: Membangunkan laluan Pembelajaran Korporat untuk semua anggota berdasarkan kumpulan gred masing-masing. Menyediakan pelbagai kursus soft skill termasuklah kemahiran professional dan fungsional serta menggunakan kaedah e-learning. Menaik taraf portal e-learning bagi menggalakkan pembelajaran dikalangan anggota. Menggunakan pendekatan pembelajaran bersepadu (blended learning) dalam Kursus Induksi dan Online English Language. Melaksanakan Program Perkhidmatan Pelanggan untuk semua anggota bagi mewujudkan Wholesome EPF. Melaksanakan Program Pelan Penggantian untuk pegawai dan Pengurus Kanan Menyediakan Program Penempatan di luar negara dengan matlamat untuk merapatkan jurang kompetensi fungsional. Menghantar anggota menghadiri kursus luar jabatan di dalam dan luar negera. Mengendalikan K-Channel Events seperti Coffee Talks dan Knowledge Unplugged Sessions. Menyediakan kemudahan perpustakaan atas talian (EPF Online Library).3. Pengurusan Bakat Dan Pelan PenggantianSejak lapan tahun lalu, KWSP telah mewujudkan program pengurusan bakat dan pelan penggantian dengan tujuan mengenal pasti pegawai yang berpotensi tinggi di kalangan bakat KWSP untuk memikul fungsi penting di dalam organisasi. Program Khas telah dirangka untuk mempersiapkan individu yang telah dikenal pasti bagi mengisi jawatan penting sebaik sahaja terdapat kekosongan. Usaha ini bukan sahaja menggalakkan pembangunan individu dan pasukan malah pada masa yang sama memastikan terdapat pengganti untuk jawatan penting di KWSP.Jawatankuasa Induk Pengurusan Bakat dan Pelan Penggantian serta Jawatankuasa Kerja Pengurusan Bakat dan Pelan Penggantian bertanggngjawab mengurus dan memantau program Pengurusan Bakat dan Pelan Penggantian yang meliputi proses pemilihan, menentukan keperluan latihan dan pembangunan yang sesuai untuk setiap bakat, menilai dan memantau kemajuan calon, serta mengkaji semula proses pengurusan bakat dan pelan penggantian.Calon-calon diberikan latihan dan pembagunan semasa bertugas dengan memfokuskan bidang kepimpinan untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjawat jawatan penting yang akan terus menentukan kecemerlangan. Pada tahun 2013, seramai 16 orang calon menyertai Program Pembangunan Kepimpinan Kanan yang dijalankan di dalam dan luar negara. Manakala 60 orang calon lagi mengikut Program Pembangunan Kepimpinan Asas di dalam Negara. Beberapa intervensi seperti pusingan kerja dan tugasan khas turut dilaksanakan bagi mengukuhkan dan memantapkan lagi program pembangunan tersebut. Program Pengurusan Bakat dan Pelan Penggantian ini sangat penting kepada KWSP dalam melahirkan pucuk pimpinan yang berwibawa serta mempunyai kredibiliti dalam usaha menjamin kesinambungan operasi dan kecemerlangan perkhidmatan KWSP.4. Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM)Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM) telah dilaksanakan lebih 10 tahun lalu dan berperanan membantu perancangan dan pentadbiran sumber manusia di mana proses operasi pengurusan sumber manusia dilakukan secara automatik. Ia membolehkan anggota memohon cuti mereka melalui e-Cuti, melihat dan mencetak slip gaji melalui e-Gaji dan melaksanakan penilaian prestasi menerusi modul layan diri e-prestasi.Dalam Pelan Strategik Sumber Manusia 2013-2017, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia KWSP telah membuat perancangan bagi mengautomasi beberapa modul berkaitan proses sumber manusia. Bagi tujuan ini, Bengkel Transformasi HRIS telah dilaksanakan dan ia melibatkan wakil daripada Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Institut KWSP dan Jabatan Teknologi Maklumat bagi merangka idea dan cadangan untuk transformasi SMSM yang mana ia akan digunakan sebagai rujukanuntuk perancangan SMSM pada masa hadapan. Pada tahun 2013, SMSM sedang dalam proses naik taraf dari versi 8.9 kepada 9.1, sementara modul sedia ada seperti Tenaga Kerja (workforce), ketidakhadiran, latihan dan bayaran gaji telah dipertingkatkan agar dapat menyediakan fungsi sumber manusia yang menyeluruh kepada semua anggota.e-Tuntutan merupakan salah satu modul yang sedang dirangka akan membolehkan anggota membuat tuntutan perjalanan dan pengangkutan mereka di dalam talian menerusi SMSM tanpa sebarang dokumentasi manual. Ia dijangka siap dan akan dilaksanakan pada 2014.

Pengambilan dan pemilihan Sumber Tenaga ManusiaJabatan Modal Insan KWSP akan memastikan proses pengambilan dan pemilihan sumber manusia ini di lakukan dengan sebaiknya. Pengambilan dan pemilihan adalah merupakan fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan dan pemilihan yang baik, KWSP akan mengalami kesan negatif dan memberi kesan ke atas prestasi KWSP itu sendiri. Tujuan umum pengambilan dan pemilihan pekerja adalah untuk mencari anggota yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuaian. Pemilihan dan pengambilan anggota perlulah dijalankan dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Jabatan Modal Insan perlu mengenalpasti keperluan jawatan, tanggungjawab dan bidang tugas sebelum mengenalpasti kelayakan yang diperlukan untuk memenuhi setiap jawatan yang diperlukan. Jabatan Modal Insan KWSP perlu menarik minat calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong tersebut. Kebiasaannya cara untuk menarik calon yang berkelayakan adalah dengan mengiklankan jawatan kosong di media-media cetak seperti surat-surat khabar utama dan di laman web KWSP. Pengambilan anggota baru hendaklah mengikut keperluan semasa oleh organisasi dalam keperluan jangka pendek atau jangka panjang iaitu dengan mewujudkan jawatan sementara, kontrak atau tetap. Pemilihan anggota baru amat berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-duanya melibatkan proses menempatkan individu dalam Jabatan ataupun seksyen di organisasi tersebut. Calon-calon pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan kosong boleh diperolehi dari sumber dalaman ataupun sumber luaran. Sumber dalaman adalah daripada anggota KWSP yang sedang bertugas menerusi kenaikkan pangkat. Manakala sumber luaran adalah daripada orang awam yang telah tamat sekolah atau pengajian. Pampasan dan kemudahan Jabatan Modal Insan KWSP juga menguruskan pampasan dan kemudahan termasuk upah (gaji) dan faedah-faedah pekerjaan yang diterima oleh anggota setiap bulan. Ganjaran ataupun faedah yang diterima oleh anggota adalah berbentuk gaji pokok, elaun-alaun seperti elaun perumahan, dan elaun sara hidup. Jabatan Modal Insan KWSP juga menguruskan pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anggota dan juga menguruskan pemberian bonus mengikut kadar yang telah ditetapkan. Selain daripada ganjaran-ganjaran berbentuk kewangan, pihak Jabatan Modal Insan KWSP juga menguruskan ganjaran-ganjaran lain seperti kemudahan cuti dan kemudahan rawatan kesihatan. Cuti dikategori kepada beberapa jenis diantaranya adalah cuti sakit, cuti rehat, cuti bersalin dan sebagainya. Terdapat juga faedah perubatan di mana menyediakan panel-panel klinik supaya anggota mudah untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Bagaimanapun sejak September 2014, semua yang berkaitan dengan kemudahan rawatan dan mengeluarkan surat jaminan bagi rawatan pakar telah di swastakan kepada PMcare. Terdapat juga pemeriksaan menyeluruh bagi yang berumur 40 tahun ke atas (excutive check-up) bagi memastikan tahap kesihatan anggota adalah baik untuk menjalankan tugas seharian. KWSP juga amat menghargai setiap warga kerjanya. Pengiktirafan dan penghargaan akan diberikan kepada anggota yang telah berkhidmat dengan baik. Terdapat beberapa anugerah telah disediakan iaitu Anugerah Khidmat Setia untuk anggota yang telah berkhidmat selama 15 dan 25 tahun, Anugerah khidmat Cemerlang (AKC) dan Anugerah Bakat Khas yang diadakan setiap tahun di hotel-hotel terkemuka sekitar Kuala Lumur. Pengiktirafan ini telah memberi kesan mendalam kepada anggota dan memupuk anggota untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. Kecemerlangan anggota dibuat berdasarkan penilaian prestasi tahunan. Selain daripada pengurusan pentadbiran upah dan faedah pekerjaan, Jabatan Modal Insan juga menguruskan program sosial seperti Hari Keluarga untuk mewujudkan keharmonian sesama anggota dan keluarga. Jabatan Modal Insan juga menguruskan perkara-perkara berkaitan displin anggota seperti rekod kehadiran yang melibatkan kehadiran, ketidakhadiran, hadir lewat, cuti kecemasan dan cuti sakit. Maklumat ini di perolehi dari sistem Actas yang telah merekodkan segala pergerakan anggota. Pemantauan ini dijalankan secara berterusan dan dilaporkan setiap bulan. Bagi anggota yang bermasalah Jabatan Sumber Manusia ini juga telah melantik beberapa wakil setiap jabatan untuk memberikan khidmat nasihat jika diperlukan. Khidmat nasihat dan kaunseling ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota yang bermasalah berkongsi masalah dan cuba memperbetulkan keadaan agar dapat memberi peluang kepada anggota mengubah tingkah lakunya kepada yang lebih baik. Khidmat nasihat dan kaunseling dapat memberi kesedaran dan melindungi anggota daripada ganguan emosi dan fizikal yang disebabkan oleh kerja. Anggota yang melanggar peraturan kebiasaanya ditegur secara berikut:-1. teguran secara lisan kepada anggota yang membuat kesalahan pertama1. membuat amaran bertulis yang akan direkodkan di dalam fail kakitangan1. hilang faedah kerja sebagai contoh tidak mendapat kenaikan gaji tahunan1. penurunan pangkat jika kesalahan terlalu serius1. pemecatan jika teguran dan amaran gagal mengubah tingkahlaku dan gelagat anggota yang terlibat

Keselamatan dan kesihatan pekerjaAspek keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja menjadi salah satu tugas utama di Jabatan Pengurusan Harta. Jabatan ini akan memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat. Selain daripada ceramah berkaitan keselamatan dan kesihatan, latihan keselamatan juga diadakan sekali setahun. Pihak yang berkenaan juga membuat dan membentuk polisi, peraturan dan prosedur mengenai keselamatan. Bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik untuk keselesaan anggota, satu jawatan kuasa keselamatan ditubuhkan dan Jabatan Modal Insan adalah merupakan ahli didalamnya akan memantau segala aktiviti yang dijalankan. Antara program yang dilaksanakan ialah membuat ceramah dan program kesihatan untuk semua anggota dan memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan keselamatan ditempat kerja dan kesihatan. Kesedaran ini diberikan sejak bermula dari pengambilan anggota dan seterusnya penyediaan insentif yang memberi motivasi kepada anggota agar mereka akan lebih komited dalam perkhidmatan sehingga bersara.

KesimpulanPengurusan sumber manusia merupakan aspek yang perlu diberi perhatian oleh semua pengurus organisasi. Untuk menangani isu-isu dan hal-hal yang berkaitan dengan sumber manusia bukanlah satu tugas yang mudah. Soal pengambilan dan pemilihan tenaga kerja (sumber manusia) adalah merupakan langkah pertama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Oleh itu, para pengurus sumber manusia hendaklah sentiasa peka terhadap isu-isu dan persekitaran tentang aspek sumber manusia kerana ianya merupakan satu kelebihan kepada sesebuah organisasi. Penyediaan satu perancangan sumber manusia yang terancang, teratur dan mengambilkira semua faktor yang berkaitan akan dapat membantu organisasi mencapai matlamat secara keseluruhannya. Di KWSP mengamalkan kedua-dua pihak iaitu pengurus dan pekerja sentiasa bekerjasama untuk mencapai objektif utama KWSP. Pengurusan Sumber Manusia yang cekap juga merupakan satu faktor utama kejayaan KWSP pada masa kini. Ini juga adalah kerana pekerja merupakan elemen yang penting dan amat berharga untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurusan yang berkesan dan cekap telah terbukti dengan pengiktirafan dan penganugerahan yang telah diterima oleh KWSP. Keberkesanan Pengurusan Sumber Manusia membekalkan anggota terbaik kepada KWSP telah melihatkan kemajuan yang dicapai. Pengurusan sumber Manusia KWSP perlu memikirkan lagi bagi menigkatkan kualiti kemahiran pekerja dengan menguruskan latihan-latihan dan pengembangan kerjaya anggota KWSP. Pengurusan Sumber Manusia KWSP perlu tahu pentingnya motivasi pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja. Justeru itu dengan menguruskan program-program insentif, penilaian prestasi, kualiti kerja dan program pembangunan KWSP berkembang maju mengikut peredaran masa. Pengurusan Sumber Manusia KWSP juga perlu memastikan anggota yang berkebolehan kekal berkhidmat dan setia dengan organisasi. Sehubungan itu, Pihak Pengurusan Sumber Manusia KWSP perlu menguruskan dengan baik segala bentuk program seperti kemudahan, ganjaran, kenaikan pangkat, perhubungan majikan dan pekerja serta program pembangunan anggota dijalankan. Pengurusan Sumber Manusia KWSP sedang berusaha membuat perubahan baru seperti memperkenalkan gaya hidup sihat, membentuk budaya kerja yang sihat untuk menjadikan anggota KWSP lebih peka kepada kesihatan diri, persekitaran dan terus bersaing secara sihat dalam usaha mencapai Misi dan Visi yang telah ditetapkan.

Rujukan1.Komunikasi Korporat (2013). Laporan Tahunan 2013 : Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bangunan KWSP,Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur2.Infoklik KWSP3.Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman, Zainal Ariifin Ahmad (2002). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd4.Yaakob Ibrahim (1989). Pengurusan Edisi Ketiga: Amiza Publishing Sdn Bhd Petaling Jaya5.Thomson Learning (2004). Management. Singapore : Thomson Asia Pte Ltd6.http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home - 13/04/15 6.00 pm7.http://thestorytellingmyworld.blogspot.com/2011/07/pengenalan-pengurusan-sumber-manusia.html - 13/04/15 9.00 pmPage | 1