isi kandungan midah

7
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN HALAMAN Penghargaan Tajuk Kajian Nama Penyelidik Nama Sekolah Abstrak ii iii iv v vi 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu (P&P) 2.0 Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian 4.0 Kumpulan Sasaran 5.0 Pelaksanaan Kajian 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya 1 2 6 7 7 28 Bibliografi 29 Lampiran 31 i

Upload: deehamid

Post on 12-Feb-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Page 1: Isi Kandungan Midah

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan

Tajuk Kajian

Nama Penyelidik

Nama Sekolah

Abstrak

ii

iii

iv

v

vi

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu (P&P)

2.0 Fokus Kajian

3.0 Objektif Kajian

4.0 Kumpulan Sasaran

5.0 Pelaksanaan Kajian

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

1

2

6

7

7

28

Bibliografi 29

Lampiran 31

i

Page 2: Isi Kandungan Midah

Penghargaan

Setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan ke hadirat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan

rahmat-Nya, penyelidik dapat menyelesaikan kajian tindakan untuk memenuhi keperluan bagi

Ijazah Sarjana Muda. Rakaman penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada

Dr. Lee Jun Choi atas segala nasihat, tunjuk ajar, dan teguran dalam menyelesaikan Kajian

Tindakan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar SK

Pokok Sena, yang turut membantu memberikan ruang dan peluang untuk saya menjalankan

kajian tindakan ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Guru Pemulihan Khas iaitu Puan

Aini Ahmad yang banyak memberi tunjuk ajar semasa saya menjalankan kajian tindakan ini .

Akhir sekali, Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada suami dan anak anak yang banyak

memberikan sokongan moral dalam menjayakan kajian tindakan ini.

ii

Page 3: Isi Kandungan Midah

Tajuk Kajian:

PENGGUNAAN KAEDAH BULATAN BERWARNA MENINGKATKAN

PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR PADA PERMULAAN AYAT DAN

KATA NAMA KHAS.

iii

Page 4: Isi Kandungan Midah

Nama Penyelidik:

HAMIDAH BINTI HUSAIN

iv

Page 5: Isi Kandungan Midah

Nama Sekolah:

SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA

06400 POKOK SENA, KEDAH

v

Page 6: Isi Kandungan Midah

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang

dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seawal Tahun Satu Persekolahan.

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah bulatan bewarna dalam membantu

lima orang murid Tahun Satu dari segi penggunaan huruf besar yang betul. Selain itu, penyelidikan ini turut

memberi ruang kepada saya untuk menambah baik amalan keguruan saya dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu berhubung aspek penggunaan huruf besar melalui kaedah bulatan bewarna. Kaedah yang

diperkenalkan ini adalah berpandukan Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner (1983).Masalah penggunaan huruf

besar adalah satu masalah yang biasa dan dianggap ringan oleh sesetengah guru. Namun begitu masalah ini

akan memberikan impak yang besar kepada murid dan ianya perlu diperbetulkan. Impaknya, murid akan

menghadapi masalah yang serius dalam menulis ayat yang gramatis dan menghasilkan sebuah karangan yang

baik dan bermutu.

Tinjauan awal mendapati murid sukar meletakkan huruf besar di tempat yang betul dan ini berlaku di dalam

matapelajaran bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selepas aktiviti permainan yang

diperkenalkan dalam kaedah bulatan bewarna ini penyelidik mendapati pelajar kurang melakukan kesalahan

dan akhirnya dapat menulis dengan sempurna.

vi