isi cerita

Upload: megatkawi

Post on 09-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RPH

TRANSCRIPT

Susun semula isi cerita mengikut urutan yang betul untuk menghasilkan satu cerita yang lengkap.

Arnab pun melompat ke arah buaya sambil memakan rumput di situ.

Buaya membuka mulutnya lalu menangkap arnab.

Di tebing sungai itu tinggal binatang lain seperti monyet, kambing, lembu, kerbau dan seekor arnab.

Buaya pun membuka mulutnya untuk mengaum.

Tangkapannya tidak begitu tepat.

Ada seekor buaya tinggal di sebatang sungai.

Sarnab meronta-ronta sehingga ekornya terputus

Arnab tidak tahu akan niat jahat buaya itu.

Buaya naik angin dan ingin menunjukkan kebolehannya mengaum.

Arnab berkata bahawa buaya tidak boleh mengaum seperti harimau.

Arnab pun segera melompat keluar dari mulut buaya.

Arnab amat terperanjat tetapi tidak mudah tenggelam punca.

Buaya membuat helah dengan memanggil arnab untuk makan bersama-samanya.

Arnab mendapat satu akal.

Sebahagian ekor arnab yang panjang itu sahaja yang dapat ditangkapnya

Pada masa itu, arnab mempunyai ekor yang panjang seperti ekor musang.

Arnab berekor kontot hinggalah sekarang.

Timbul keinginan di hati buaya hendak makan arnab.