isi buku skrap edu

14
Kaum Pengenalan Melayu Kami merupakan kaum bumiputera yang terbesar di Malaysia. Bahasa pertuturan kami ialah bahasa Melayu. Kami mengamalkan adat istiadat dan budaya Melayu Cina Kami merupakan etnik kedua terbesar di Malaysia. Kami wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bilangan kami semakin bertambah semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Kami bertutur dalam bahasa Mandarin. India Kami merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia.Kami berasal dari India Selatan semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Kami bertutur dalam bahasa Tamil Iban Kami merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sarawak. Kami bertutur dalam bahasa Iban dan mendiami rumah-rumah panjang. Kawasan petempatan kami ialah di sekitar Sungai Rajang, Sungai Lupar, Sungai Saribas dan Sungai Sadong. Kadazan-dusun Kami merupakan bumiputera asli terbesar di Sabah. Kami dikenali sebagai momogun atau mamasok. Kami mempunyai pelbagai dialek. Bidayuh Kami merupakan masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak terutamanya Serian,Kuching dan Kalimantan. Menetap di rumah panjang dan bertutur dalam bahasa Bidayuh. Murut Suku kaum ketiga terbesar di Sabah. Kami menetap di kawasan lereng bukit dan tanah tinggi di pedalaman Sabah. Kebanyakan kami ialah petani. Kami bertutur dalam bahasa Murut.

Upload: fatin-najwa

Post on 01-Oct-2015

91 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kepelbagaian kaum di malaysia

TRANSCRIPT

KaumPengenalan

MelayuKami merupakan kaum bumiputera yang terbesar di Malaysia. Bahasa pertuturan kami ialah bahasa Melayu. Kami mengamalkan adat istiadat dan budaya Melayu

CinaKami merupakan etnik kedua terbesar di Malaysia. Kami wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bilangan kami semakin bertambah semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Kami bertutur dalam bahasa Mandarin.

IndiaKami merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia.Kami berasal dari India Selatan semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Kami bertutur dalam bahasa Tamil

IbanKami merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sarawak. Kami bertutur dalam bahasa Iban dan mendiami rumah-rumah panjang. Kawasan petempatan kami ialah di sekitar Sungai Rajang, Sungai Lupar, Sungai Saribas dan Sungai Sadong.

Kadazan-dusun

Kami merupakan bumiputera asli terbesar di Sabah. Kami dikenali sebagai momogun atau mamasok. Kami mempunyai pelbagai dialek.

BidayuhKami merupakan masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak terutamanya Serian,Kuching dan Kalimantan. Menetap di rumah panjang dan bertutur dalam bahasa Bidayuh.

MurutSuku kaum ketiga terbesar di Sabah. Kami menetap di kawasan lereng bukit dan tanah tinggi di pedalaman Sabah. Kebanyakan kami ialah petani. Kami bertutur dalam bahasa Murut.

KaumAgama dan Rumah Ibadat

MelayuIslamMasjid

CinaKonfusianismeBuddha Tokong

IndiaHinduKuil

IbanKebanyakannya beragama Kristian. Ada yang menganut agama tradisional

Kadazan-dusunMajoriti beragama Kristian. Ada yang menganut agama Islam

BidayuhKebanyakan beragama KristianAnimisme

MurutDahulu kami mempercayai animisme. Kini, majoriti daripada kami menganut agama Kristian

KaumMakanan

MelayuNasi Lemak, Karipap, Sate, Rendang

CinaKuih bulan, kuih bakul, dim sum

IndiaMaruku, Ladoo, Tosai, Idli, vade

IbanSayur midin, Umai, manok pansuh

Kadazan-dusunHinava. Jeruk bambangan

BidayuhManuk Pansuh

MurutGulai Pucuk ubi

KaumPerayaan

MelayuHari raya Aidilfitri1. Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.2. Memakai pakaian bersih,cantik dan juga wangi-wangian.3. Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.4. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.5. Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.6. Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.7. Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.8. Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat,lemang,rendang dan berbagai-bagai lagi.

Hari raya Aidil adha1.Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai.2. Mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai wangi-wangian.3. Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.4. Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.

CinaTahun Baru CinaChap Goh MeiHari wesak

IndiaDeepavaliPesta Ponggal

IbanHari gawai

Kadazan-dusunPesta Kaamatan

BidayuhGawai dayakHari bung bratak : dakit bukit bratak yang dianggap suci

MurutPesta kalimaran

KaumPakaian

MelayuBaju KurungBaju Melayu

CinaSamfooCheongsam

IndiaSariDhoti

IbanKalambi Kain Sirat: Kain cawatDandong : selendang yang dipakai oleh lelaki IbanBedong : Selendang kaum wanita ibanBidang : Kain sarong perempuanPua Kumbu : kain

Kadazan-dusunSinuangga : Pakaian kaum wanitaAksesori : Himpogot, Tangkong, Titimbak,Tiningkokos, gohong, Hamai, Paun, SimbongGaung dan Souva : pakaian lelaki

BidayuhWarna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.

MurutPakaian wanitaPinongkoloPakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi linantian.

PipirotTali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki dan olod.

SalupaiHiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.

SinikotTiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.

RarangkolRantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki pangungupu, bulul, olod dan sebagainya.

HolongBeberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.

Pakaian lelakiBabaru puputul [9]Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.

Aba puputulCawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang

Tupi'sinulatanPerhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou

KaumAdat resam pantang larang

MelayuAdat kelahiran : melenggang perutDiadakan untuk wanita yang mengandung anak sulung pada bulan ketujuh hingga lapan kandungan. Untuk membuang kecelakaan dan membetulkan kedudukan bayi dalam perut.Peralatan untuk upacara ini termasuk:-1.Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan2.Segantang beras3.Sebiji kelapa4.Beberapa urat benang mentah5.Damar6.Minyak kelapa atau minyak urut7.Lilin8.Tepak sirih yang lengkap isinya9.Pengeras sebanyak RM1.25

-jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat-Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit.-dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.

Pantang larang semasa mengandung-di larang untuk mencaci atau mengumpat.- Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang.-dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja-suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang

CinaPantang larang

1.Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. 2.Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.3. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik. 4.Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

Pantang larang tahun baru cina

-tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau ong yang ada.- akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah- Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga- Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor

Pantang larang ibu semasa mengandung

1.Dilarang makan daging arnab Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.

2. Dilarang makan daging anjing.Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.

3. Dilarang makan daging ayam jantan.Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

4. Dilarang makan ketam.Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.

6. DIlarang mengambil gunting atau penyepit kukuBayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.

7. DIlarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.Ibu tidak mudah mengimbangi diri .

8.Dilarang tepuk bahu ibu.Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

9.Dilarang menyidai baju.Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.

10.Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.

IndiaTanda hormat : menyapa dengan panggilan vanakamKematian : mayat akan dibakar Upacara menanggal thali : setelah suami meninggal dunia

Pantang larang perkahwinan

-Jika di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu- sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan

Pantang larang semasa deepavali

1.Pada waktu malam diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan2. upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu3. mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek untuk membersihkan segalan kejahatan4. pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren

Pantang larang semasa mengandung

Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.Tempoh berpantang 60 hari

adat yang diwarisi turun temurun dan beasr kemungkinan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat 'Manang' dan 'Lemambang'.

Adat perkahwinan : umur pengantin lelaki perlu 22 tahunMerisik, Bertunang , memang, melah pinang.

Dalam acara melah pinang : seorang wanita bawa keluar tepak sirih dan membelah pinang, bomoh akan tidurkan seorang budak dan bangunkan dengan beberapa rangkap pantun. Darah ayam akan disembahkan kepada pengantin

Kadazan-dusunPERKAHWINAN [Merisik]

Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi

Meminang

wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.

Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan.

Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi

Bertunang dan berkahwin

ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka.

Jika buruk, pihak lelaki perlu membayar sugit mimpi.

Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan

Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama.

Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah mohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam.

Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan

KELAHIRAN

Bagi orang kebanyakan tempoh berpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21 hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari.

Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau.

si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah.

tidak boleh makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur.

Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari

Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya

Kematian

Percaya kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Dukun boleh mendapat mimpi

semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut.

Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang.

Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut.

BidayuhPerkahwinan sesama sepupu adalah dilarangTiada upacara merisik dan bertunang.Amalan batangkap : menangkap pasangan yang selalu duduk berdua-duaan Ngayam : bakal suami dihantar bersama-sama tikar bantal ke rumah pihak isteri apabila dapat persetujuan

MurutUpacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tinauh atau Bului dan barian sampai mati masih diamalkan hingga kini. Adat tinauh adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tinauh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

KaumTarian tradisional

MelayuZapin, Joget, Inang

CinaTarian naga, tarian kipas

IndiaBharatanatyam

IbanNgajat

Kadazan-dusunSumazau

BidayuhTarian Ngajat Bidayuh

MurutTarian magunatip