interpersonal dan intrapersonal

40
BAHASA MELAYU

Upload: alif-akram

Post on 15-Apr-2017

328 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Slide 1

BAHASA MELAYU

1

nurul ilina syazwani binti zamuri natrah binti alias nur amira bt shaukat aliNUR FATIHAH HANIM BT MOHD ZAHIR AMIRA NAZNEEN BT ABD RAHMAN SITI HASANIAH BT CHE OMAR NURUL IZZAH SYAZWANI BT MD. REDZON NUR AMALINA BT MOHAMAD NOOR AZURA BINTI ZULKIFLI ILYA ADIRA BINTI JAININ

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

DEFINISI KEMAHIRANMenurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi baru cetakan 1991, kemahiran ialah kecekapan atau kepandaian.

DEFINISI KOMUNIKASI

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka juga komunikasi pula ialah berhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain dan mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar pendapat dan lain-lain).

Seseuatu proses pemindahan maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang individu kepada individu yang lain.

Suatu seni menyalurkan idea-idea dan sikap daripada seorang individu kepada seorang yang lain.

Komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta

Komunikasi ialah sebarang proses yang mana manusia berkongsi maklumat, idea dan perasaan

Komunikasi dari perspektif Islam ialah proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis

De Vito (1978)

Hybels dan Weaver 2 (1995)

Muhammad Yusof Hussain (1990)

BIDANG-BIDANG KOMUNIKASIINTRAPERSONAL (DIRI)INTERPERSONAL (ANTARA INDIVIDU)KUMPULAN KECILAWAMKOMUNIKASI MASSA

7

KOMUNIKASI INTRAPERSONALberlaku di dalam diri seseorang.Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.

8

KOMUNIKASI INTERPERSONALKomunikasi antara individu.Proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih.Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentuJuga berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja.

9

KOMUNIKASI KUMPULAN Berperanan membuat keputusan dan dipatuhi oleh semua ahli.Berlaku dalam bentuk formal dan tidak formal.Contoh : mesyuarat.

10

PENGUCAPAN AWAMBerucap di khalayak ramaiSeorang kepada ramai orang

11

Komunikasi Massaberlaku untuk sebaran umum menggunakan alat-alat media massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, buku dan risalah.Berbentuk sehala dan jika berlaku tindakbalas ia mengambil masa dan tidak sepantas interpersonal.

12

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

Komunikasi intrapribadi atau komunikasi intrapersonal adalah penggunaan bahasa atau fikiran yang terjadi di dalam diri komunikator sendiri.Merupakan keterlibatan internal secara aktif dari individu dalam pemprosesan simbolik dari pesan-pesan.Seorang individu menjadi pengirim sekaligus penerima pesan, memberikan umpan balik bagi dirinya sendiri dalam proses internal yang berkelanjutan.DEFINISI

Berlaku di dalam diri seseorang.Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.

15

FAEDAH KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

Komunikasi intrapersonal dapat menjadi pemacu bentuk komunikasi yang lainnya.Pengetahuan mengenai diri peribadi melalui proses-proses psikologis seperti persepsi dan kesedaran terjadi saat berlangsungnya komunikasi intrapribadi oleh komunikator.

CIRI-CIRI KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

Proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu (dengan diri sendiri).Merupakan landasan untuk melakukan komunikasi intrapribadi. Keberhasilan komunikasi kita dengan orang lain bergantung kepada keberkesanan komunikasi kita dengan diri sendiri.Terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek yang diamati mendapatkan rangsangan pancaindera kemudian mengalami proses perkembangan dalam fikiran manusia.Mendapatkan perhatian besar dari kalangan psikologi behavioristik (pemerhati tingkah laku).

CONTOH KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

Muhasabah Diri* menilai tentang segala perkara yang telah dilakukan sama ada yang baik atau yang buruk dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

Berdoa* memohon sesuatu perkara yang diminta daripada Allah Taala.

Bersyukur* berterima kasih di atas segala apa yang diperolehi melalui pemberian Allah.

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

DEFINISI KOMUNIKASI INTERPERSONAL

R. Wayne Pace mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara tatap muka. Komunikasi interpersonal juga boleh diertikan sebagai proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman dengan individu-individu lain. Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara orang yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan orang membalas secara terus antara satu sama lain.

CIRI-CIRI KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Biasanya berpasangan iaitu melibatkan hanya dua orang.Biasanya berbentuk :- dialog - bercirikan tolak ansur lisan (verbal) orang biasanya mencelah antara satu sama lain.Bagaimanapun, ia boleh berlaku dalam satu kumpulan kecil apabila para peserta bertindak balas terus antara satu sama lain sebagai individu.

CARA-CARA KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Komunikasi Antara Dua IndividuMerupakan satu bentuk dialogBerlaku apabila seseorang berkomunikasi secara personal terus sebagai seorang individuContoh :Hani dan Yazed berbincang mengenai masa depan rumah tangga mereka.

Komunikasi Melibatkan Lebih Dua IndividuSecara am terbahagi kepada dua :Secara formalSecara tidak formal

Secara FormalBerlaku apabila seseorang mengemukakan idea, perasaan dan maklumat tanpa gangguan kepada satu kumpulan orang.Tidak banyak berlaku komunikasi dua hala.Seseorang menyuarakan sesuatu dan yang lain menjadi pendengar.Contoh :Harith menyampaikan tazkirah di hadapan kelas sebelum kelas dimulakan pada pagi tadi.

Secara Tidak FormalBerlaku apabila kedua-dua pihak menyuarakan idea, perasaan dan maklumat.Dengan kata lain juga, dikatakan penggunaan dengan gangguan iaitu mungkin akan berlaku pro dan kontra ataupun seseorang mungkin mencelah.Contoh :Melur mengatakan kepada kelasnya bahawa wajahnya saling tidak tumpah seperti Siti Nurhaliza tetapi Ridzwan mencelah dengan mengatakan bahawa wajah Melur seperti pembantu rumah Siti Nurhaliza.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL

33

1. Membina hubunganHubungan baik dilihat dalam situasi berikut :- kemesraan perhubungan dalam pertemuan- penyampaian masalahnya tanpa keraguan- tanda kepercayaan lahir akibat penerimaan sepenuhnya tanpa syaratHubungan baik seperti ini hanya dapat dicapai apabila perasaan empati kedua-dua dapat dirasai.Dengan berperasaan empati ini, hubungan baik di antara dua pihak akan dapat terus dijalin dan dikekalkan sepanjang proses komunikasi itu.

2. Kemahiran memberi perhatianDi dalam proses komunikasi, memberi perhatian merujuk kepada komunikasi bukan lisan, walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi lisan.Komunikasi bukan lisan dibahagikan kepada beberapa komponen, iaitugayabadan(posture), gerak isyarat, air muka, kontak mata, dan juga nada suara.

3. Kemahiran mendengarRogers(1951) merumuskan: Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud.Model latihan mendengar membahagikan tingkah laku mendengar kepada tiga komponen, iaitumemberi perhatiantermasukkontak mata,gayarelaks, danresponyang pula membawa maksud mendengar.Mendengar dengantelinga ketiga(Reik, 1948) melibatkan kemahiran memikir dan membayangkan bagaimana orang lain merasa, dan dengan ini, ia merupakan langkah pertama ke arahempati

CONTOH KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Apabila anda sedang bercakap melalui telefon dengan seorang kawan baik tentang pengalaman anda berada di perantauan.

Apabila anda berbincang tentang tugasan projek anda secara individu dengan pensyarah anda.

RUJUKAN

Intrapersonal & Interpersonal untuk remaja Shahizan bin Hasan, Tsai Chen Chien & Saw Hooi Chin , PTS , 2006 Kuala Lumpur

Kemahiran Interpersonal untuk Guru Abdullah Hassan & Ainon Mohd , PTS , 2006 , Selangor

EQ : Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi Mohd Azhar Abdul Hamid , PTS , 2007 , Kuala Lumpur

Teori-teori Komunikasi Saodah Wok , Narimah Ismail , Mohd Yusof Hussain , PTS , 2006 , Kuala Lumpur

Ayam Hutan, Ayam SelasihSekian terima kasih