komunikasi interpersonal

15

Upload: adnf

Post on 15-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Komunikasi Interpersonal

TRANSCRIPT

Mengikut Adler, perhubungan interpersonal didefinisikan sebagai “cara manusia berhubung antara atu sama lain secara sosial”.

Dalam perkataan lain, kita mengukur kualiti hubungan interpersonal melalui tahap kepuasan sosial kita dan ini berhubungkait dengan keperluan manusia itu sendiri.

Berkomunikasi dengan cara penggunaan alat media, lisan @ sebagainya.

Komunikasi yang sering berlaku adalah secara lisan @ bukan lisan.

Carl Rogers mengatakan dalam pendekatan pemusatan individu menerangkan bahawa perhubungan interpersonal ini tidak dianggap sebagai pendekatan psikologi kerana ia ada melibatkan bahasa badan, hubungan semula jadi sesama individu di mana ada kalanya wujud perasaan bertindak balas perhubungan sesama mereka dalam menghadapi sesuatu perkara.

MEMBINA HUBUNGAN Kebolehan guru bagi mewujudkan

persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar mengambil kira beberapa aspek positif spt prihatin, mengambil berat, mesra, tulen, ikhlas dan menerima.

Penilaian dilakukan dari segi perwatakan yang ditampilkan. Seseorang yang meninggalkan imej positif kepada murid pada perjumpaan pertama akan meninggalkan kebarangkalian hubungan interpersonal ini berkembang ke peringkat ke-2.

Dipertingkatkan dengan membina hubungan melalui interaksi harian. Perubahan dapat dilihat dari segi sifat dan minat.

MEMAHAMI GERAK GERI BADANMerujuk kepada komunikasi tidak lisan.

Komunikasi ini mengambarkan situasi lebih tepat daripada komunikasi lisan. Ekspresi Wajah : mengandungi kombinasi

pergerakkan mata, kening, dahi, pipi, hidung dan mulut. Ia boleh mengambarkan perasaan seperti gembira, terharu, takut, sedih, terkilan, marah, terperanjat dan lain-lain.

Pergerakkan tangan dan kaki : Berpeluk tubuh – marah, kurang bersedia, rasa x selamat dan defensif.

Bermain, memusingkan pergelangan tangan ataupun mengetap jari bermaksud cemas, terancam, takut, risau, tertekan dan rasa tidak selesa.

Berjalan ke hulu dan ke hilir : bimbang, gelisah dan resah

Suara separa bahasa : Bunyi-bunyi suara seperti mengecis, menarik ataupun menghela nafas.

Penampilan Pemilihan pakaian, kebersihan tubuh

dan kekemasan diri.Tahap tenaga

Memberi gambaran pada mood guru.Hubungan @ kontak Mata

Menunjukkan tahap kesungguhan & minat guru kepada pelajar.

Tidak terlalu memandang ke arah lain, memejam mata, pakai kaca mata hitam.

KEMAHIRAN MENDENGARBermaksud keupayaan guru memahami

mesej-mesej komunikasi pelajar.Mendengar dengan aktif bukan secara

pasif.Oleh itu “free floating” iaitu keupayaan

mendengar semua kata yang telah di komunikasi disarankan untuk mengembangkan perhatianya. Apa yang disampaikan oleh pelajar? Bagaimana maklumat itu disampaikan?

MENGGUNAKAN BAHASA YANG SESUAITujuannya utk membantu guru memilih

teknik komunikasi lisan yang tepat & sesuai dengan keadaan pelajar semasa proses komunikasi berlaku di antara mereka.

Ia akan memberi kesan positif kpd proses pertukaran maklumat antara mereka.

Teknik penyoalan dapat dibahagiakan kepada soalan terbuka & soalan tertutup.

Kemahiran menyoal hendaklah digunakan apabila perlu sahaja kerana terlalu banyak soalan diajukan akan menimbulkan kesan negatif yang mendorong pelajar besifat defensif. Seoalah-olah menyoal siasat pesalah.

MEMBERI PERHATIAN Tujuannya adalah utk menggalakkan pelajar

terus berucap di mana bertujuan bahawa kita terus / sedang mendengar.

Selain itu gerak isyarat seperti mengangguk kepada @ menunjukkan isyarat tangan menunjukkan kita memberi perhatian.

Teknik empati di mana berlakunya proses mendengar, memahami, dan menghayati melalui maklumat yang disampaikan.

Guru akan sensitif dengan perubahan perasaan, pemikirab & tindakan yang dialami oleh pelajar.

Sikap mengambil berat berkaitan diri pelajar & memberi mesej pelajar itu dihormati sepenuhnya.

MEMBERI TINDAKBALAS YANG SESUAIPARAFRASA

Merujuk kpd pengungkapan semula kandungan sesuatu dlm komunikasi lisan. Tujuannya ialah utk menunjukkan bahawa kita memahami maksudnya selain mendengar dengan teliti.

Berfungsi sebagai pendorong utk membina hubungan baik antara 2 orang. Oleh itu kemahiran memprasa bergantung kemahiran mendengar serta kemahiran mengingati.

REFLEKSI Merujuk kepada pengulangan perasaan yang

terkandung dalam ucapan. Tujuannya untuk membantu pelajar mengungkai perkara-perkara yang kompleks berkaitan emosi, pemikiran dan tindakan mereka dalam aktiviti seharian.

RINGKASAN Merujuk kepada menyusunan dan membuat

kesimpulan maklumat yang diberikan oleh pelajar terutama meklumat yang bersifat berat dan banyak.

Tujuannya adalah untuk menyemak kefahaman guru supaya berada pada tahap yang sama dengan pelajar, membantu supaya ingat dengan maklumat-maklumat yang sudah disampaikan dan membantu pelajar memfokuskan pada perkara yang sudah dirumus dan disusun oleh guru.

INTERPRETASI Merupakan pembinaan fakta @ perasaan

daripada pandangan pendengar. Tujuannya untuk membantu pelajar bagi

mentafsirkan semula peristiwa yang berlaku dan membantu pelajar melihat perkara yang tidak disedarinya. Interpretasi ini berbeza dengan parafrasa yang diakhiri dengan memberi peluang untuk memberi penjelasan lebih lanjut.

FIZIKAL Penampilan yang boleh mengganggu tumpuan pelajar

seperti imej guru tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai perhiasan diri yang keterlaluan atau penggunaan haruman yang berlebihan dan tidak menyenangkan.

Guru tidak mendengar dengan baik. Mengelak daripada berada dalam situasi yang tidak

selesa seperti dianggap bodoh atau perkara hendak disampaikan mungkin dianggap remeh oleh guru.

PSIKOLOGI Gangguan dari dalam diri pelajar & guru seperti sakit,

menghadapi masalah peribadi ataupun terlalu sibuk. Personaliti pelajar mengancam guru atau sebaliknya. Memberi merit atau menghukum pelajar dengan

perkara-perkara salah. Tanpa memberi peluang kepada pelajar untuk memperdengarkan keseluruhan maklumat yang ingin disampaikan.

PERSEKITARANKeadaan luar yang bisingBilik darjah yang kurang kondusif.Bilangan murid yang ramaiSuasana yang panas @ sejuk

SOSIALPengaruh budaya dan amalan yang berbeza

antara pelajar dengan guru seperti adat dan kepercayaan.

Penggunaan bahasa oleh pelajar tidak selari dengan bahasa yang digunakan oleg guru. Cth: dialek @ loghat negeri

Melahirkan persefahaman yang baik antara guru & pelajar dan wujud rasa percaya mempercayai di kalangan mereka serta dapat memberi kesan yang positif kpd proses P&P.

Membantu guru menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang sesuai dgn tahap psikologi pelajar supaya hub yang terjalin antara mereka adalah hub b’kesan dan ia dapat membantu tahap pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

Meningkatkan kepekaan guru dengan keperluan kemanusiaan yang diperlukan oleh pelajar dalam proses pendidikan dan tidak hanya tertumpu kepad orentasi akademik semata-mata.

Meningkatkan kebolehan guru bagi membina suasana persekolahan yang lebih harmoni, mesra, mengambil berat, empati & memupuk semangat setia kawan di kalangan pelajar dan guru. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan sekolah sebagai tempat yang kondusif dan disukai bagi mencapai proses pembelajaran yang maksimum.

Kejayaan menjalin hubungan interpersonal adalah bergantung kepada kecekapan seorang guru.

Sebagai seorang guru kita haruslah dapat mewujudkan perasaan empati iaitu daya menyakin, dan memahami perasaan atau emosi pelajar untuk hubungan komunikasi interpersonal yang berkesan dan kekal.

Levinger menegaskan sikap toleransi, kasih sayang serta ambil berat sesama manusia dapat menstabilkan hubungan antara 2 pihak.

Manakala dalam teori pertukaran sosial, Skinner menegaskan konsep pegukuhan dan keberkesanan P&P dalam bilik darjah, hubungan individu dilihat daripada aspek peneguhan.