interaksi antara tamadun - punca - kebaikan dan keburukan

Upload: aziz-mamat

Post on 07-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Interaksi Antara Tamadun - Punca - Kebaikan Dan Keburukan

    1/7

    Kesan Negatif Globalisasi

    Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan

    akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi

    asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negaratidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena

    yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

    Globalisasi dilihat sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini tidak

    wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari

    "nilai-nilai global" yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan

    pandangan hidup barat, maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak

    berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima.

    Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu

    disamaratakan. Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup

    dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana asas nilainya yang

    dibentuk. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil

    perilaku seperti berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat

    perhubungan antarabangsa.

    Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan

    konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka

    kepentingan globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat

    jua. Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi. Laungan

    keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan proses

    globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian hakikat

    sebenar.

    Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Hampir jelas

    globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat

    difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal.

    Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai

    satu kenyataan yang diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak

    boleh dipersoalkan lagi. Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik

    untuk menerima globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa

    1

  • 8/4/2019 Interaksi Antara Tamadun - Punca - Kebaikan Dan Keburukan

    2/7

    di atas pelbagai nama yang amat mengkagumkan. Tanpa segan silu lagi mereka

    mengatakan bahawa fenomena wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk

    idealisme yang perlu diterima oleh semua negara.

    Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh perancang-

    perancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga

    terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan oleh kuasa-kuasa

    barat.

    Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini akhirnya akan

    mengatakan, kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi

    kerana mereka terus beranggapan bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa

    sempadan" adalah kemuncak kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas

    untuk menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global yang

    mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian mereka bagi membuka dan

    merungkai segala halangan yang menyebabkan sesebuah negara tidak

    memperakui globalisasi sebagai satu kemestian.

    Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan pemimpin sudah

    membuat komitmen untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna, ke

    arah manakah tujuan dan apakah implikasinya, tidak menjadi persoalan penting.

    Apa yang diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikandiri untuk menjadi lebih global.

    Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua

    aspek dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang

    sedang berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin

    ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu

    blok kuasa iaitu blok barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan konsep

    menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan tetapi sebaliknya konsep "semua

    untuk satu" jualah yang kini menjadi agenda barat.

    Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas

    golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu

    penilaian kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena

    ini. Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa

    2

  • 8/4/2019 Interaksi Antara Tamadun - Punca - Kebaikan Dan Keburukan

    3/7

    besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan

    konglomerat teknologi.

    (Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling

    atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu

    persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya

    sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha

    untuk menerobos bidang bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.

    Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi

    sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus

    menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat

    multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila

    sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala

    nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.

    Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana

    anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa

    dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global

    yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara

    umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya

    hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentukkehidupan golongan belia. Pengamatan yang jelas dapat membuktikan

    fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend berikut:

    a) Pakaian jenama barat.

    b) Makanan segera keluaran barat.

    c) Minuman global yang ditaja oleh barat.

    d) Hiburan yang menonjolkan budaya barat.

    e) Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda.

    f) Rekreasi yang meniru ala barat.

    g) Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat

    h) Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat.

    i) Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

    3

  • 8/4/2019 Interaksi Antara Tamadun - Punca - Kebaikan Dan Keburukan

    4/7

    Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati

    diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin

    terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah

    jauh dari budaya hidup timur. Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk

    meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak

    terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi

    bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan

    muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita

    ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam

    mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan

    menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan

    hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.) (Utusan Pengguna, November

    1997, M/S 23)

    Selain memberi perhatian kepada isu global, kita juga perlu beri perhatian

    kepada isu yang berlaku di Malaysia sebagai kesan daripada globalisasi yang

    negatif. Sebagai contoh:

    a)Pemikiran pluralisme, liberalisme dan feminisme sebagai kesan negatif

    daripada globalisasi pemikiran.

    b)Keengganan untuk solat, maksiat yang berleluasa, moral yang rendah, fesyenlelaki bersubang dan wanita yang menayangkan pusat sebagai kesan negatif

    daripada globalisasi kebudayaan.

    c)Sikap rakus untuk memperbanyakkan harta sehingga segala tujuan hidup

    adalah kerana imbalan harta di sebaliknya. Ini adalah kesan negatif daripada

    globalisasi ekonomi kapitalis.

    d)Banyaknya umat Islam yang berpaling ke agama Kristian atau tidak beragama

    (atheis) sebagai kesan negatif daripada globalisasi agama.

    e)Demikian beberapa isu, sama ada yang bersifat global secara umum atau

    sebagai kesan negatif daripada globalisasi, yang pada pengamatan saya amat

    kurang diberi perhatian oleh umat Islam Malaysia.

    4

  • 8/4/2019 Interaksi Antara Tamadun - Punca - Kebaikan Dan Keburukan

    5/7

    Kesan Positif Globalisasi

    Halangan kepada perdagangan anatarabangsa beransur-ansur dihampuskan

    semenjak era Perang Dunia Kedia melalui perjanjian antarabangsa seperti

    Persetujuan Am mengenai Cukai dan Perdagangan (GATT). Beberapa inisiatif

    telah diambil sebagai hasil GATT dan kemudiannya WTO yang lahir hasil GATT,

    dan ini merangkumi: Promosi perdagangan bebas

    a)Barangan:

    I.Pengurangan atau penghampusan terus cukai dan pembentukan zon

    perdagangan bebas dengan sedikit ataupun tampa cukai

    II.Pengurangan kos pengangkutan, terutama dengan penciptaan pengkontenaan

    untuk perjalanan laut.

    III.Modal: pengurangan atau penghampusan kawalan modal

    IV.Pengurangan, penghampusan, atau pengharmonian subsidi untuk

    perniagaan-perniagaan tempatan

    b)Lindungan harta hak cipta

    I.Pengharmonian undang-undang hak cipta semua negara dengan perlindungan

    lebih ketat

    II.Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten yang

    dikeluarkan oleh China akan diiktiraf di Amerika Syarikat. Jika dilihat dariperspektif dunia dalam era globilisasi banyak kesan yang baik dan buruk yang

    bakal diterima oleh negara. Pembuat polisi dan dasar kerajaan seharusnya

    menstruktur terlebih dahulu sistem dan strategi pendidikan sebelum berhadapan

    dengan dunia globalisasi. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita

    berikan perhatian tentang kebaikan globalisasi terhadap kaum:

    a)Berdaya saing: Aspek daya saing ini jika berlaku dalam di peringkat

    antarabangsa boleh menyerlahkan lagi mutu pendidikan dan seterusnya

    membina satu pertandingan yang sihat.

    b)Wujudnya hubungan sumber pendidikan dan kemudahan penyelidikan di

    peringkat yang lebih luas. Keadaan ini akan memberi faedah yang besar

    terhadap program pengajaran dan pembelajaran.

    c)Komunikasi merentasi budaya boleh menyebabkan pelajar lebih bersedia

    5

  • 8/4/2019 Interaksi Antara Tamadun - Punca - Kebaikan Dan Keburukan

    6/7

    untuk menghadapi pasaran buruh antarabangsa. Hal ini bermakna kemahiran

    seperti bahasa dan komunikasi yang akan digunakan lebih menjurus ke arah

    perdagangan atau pemiagaan antarabangsa.

    d)Kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam dunia globalisasi akan

    menyebabkan pendidik dan pelajar lebih bersedia menghasilkan produk dan

    perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak atau permintaan secara

    global.

    e)Kefahaman nilai antarabangsa akan meningkatkan lagi keupayaan memahami

    nilai-nilai manusia sejagat dan ini boleh menyebabkan dunia menjadi aman.

    f)Peningkatan bilangan institusi pendidikan swasta yang memanfaatnya.

    g)Penyebaran teknologi maklumat akan berlaku dan ini dilihat berupaya

    menyediakan peluang-peluang pendidikan sepenuhnya.

    h)Kewujudan sistem pendidikan yang sangat bergantung kepada cita rasa

    global. Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan,

    dengan kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi

    pergerakan komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di

    peringkat antarabangsa, serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem

    perundangan, dan infrastruktur yang membenarkan pergerakan ini. Kendatipun,

    kewujudan sesetengah anjakan ini diperdebatkan. Anjakan dari segi ekonomia)Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding

    pertumbuhan ekonomi dunia.

    b)Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan langsung

    asing

    c)Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC

    melalui perjanjian.

    d)Pembangunan sistem kewangan global.

    e)Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang megendalikan

    urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah penting

    f)Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperi penyumberan oleh perbadanan

    multinasional.

    Anjakan dari segi budaya

    6

  • 8/4/2019 Interaksi Antara Tamadun - Punca - Kebaikan Dan Keburukan

    7/7

    a)Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap,

    b)Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya

    melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang diimpot

    boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan, dan seterusnya menyebabkan

    penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan

    budaya juga berlaku.

    c)Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah.

    d)Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat.

    e)Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan

    makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa tempatan)

    f)Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti

    Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan

    pelbagai lagi yang lain.

    g)Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan

    "Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami kebanyakan

    orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa Jepun, Korea, dan

    Hindi tampa mengenali pun bahasanya.

    h)pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara

    sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagaiinternet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.

    i)Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti

    undang-undang hak cipta dan paten

    j)Pembentukan nilai-nilai universal

    k)Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh

    gerakan-gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah

    Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa).

    l)Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana

    serangan pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat

    perjuangan mereka sendiri.

    7