interaksi al-quran mengikut tahap kita

11
Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita Ditulis: Shahrul Ifwat Disusun: Fazrul Ismail www.akademisinergi.com

Upload: jleemax

Post on 20-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

TRANSCRIPT

Page 1: Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

Interaksi Al-Quran Mengikut

Tahap Kita

Ditulis: Shahrul Ifwat

Disusun: Fazrul Ismail

www.akademisinergi.com

Page 2: Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

Soalan

25:32 dan 17:106 menyatakan ayat al-Quran al-Quran turun berperingkat pada Nabi untuk

menguatkan Nabi.

Bagi kita yang ada sekarang, adakah ‘interaksi’ kita dengan al-Quran itu Allah akan

tunjukkan berperingkat-peringkat juga walaupun sudah ada mushaf lengkap?

Page 3: Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

Quran sudah lengkap

Saya yakin ramai yang rasa kecewa al-Quran diturunkan berperingkat-peringkat zaman

Nabi, tetapi sekaligus sudah ada zaman kini.

Zaman dulu, segala perkara berlaku dengan suluh wahyu

Namun zaman kini, kita ‘dibiarkan’ begitu sahaja?

Tidak, malah kefahaman bahawa wahyu tetap akan menyuluh kita seperti GPS yang

akan mengikut saat kita di jalan lurus atau sesat amat memainkan peranan memberi

semangat kepada kita.

Lantas, mari kita ikuti penjelasan ulama bagaimana al-Quran akan ‘menyerap’ dalam diri

kita – biarpun ia sudah lengkap penurunannya.

Page 4: Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

Ibn Katheer berkata

Pandangan 2 ahli tafsir terhadap ayat 25 : 32

1. Ibnu Kathir

كتب أي هال أنزل عليه هذا الكتاب الذي أوحي إليه جملة واحدة، كما نزلت الكتب قبله جملة واحدة كالتوراة واإلنجيل والزبور وغيرها من الاألحكام اإللهية؟ فأجابهم الله تعالى عن ذلك بأنه إنما نزل منجما في ثالث وعشرين سنة بحسب الوقائع والحوادث وما يحتاج إليه من

{لنثبت به فؤادك ورتلناه ترتيال}: اآلية، ولهذا قال{وقرآنا فرقناه}: ليثبت قلوب المؤمنين به كقوله

( terjemahan kefahaman bukannya harfi 100% ) mengapakah tidak diturunkan kitab ini kepadanya dalamkeadaan yang satu ( sekaligus ) seperti taurat, injil dan selain drp kitab2 ilahi yang lain?

Maka Allah telah menjawab ia diturunkan secara berperingkat dalam tempoh 20 tahun berdasarkan realitisemasa, peristiwa yang berlaku dan apa yang diperlukan dari sudut hukum untuk menguatkan hati orang2 mukmin ( dalam beramal )

Page 5: Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

Syeikh Mutawalli Sya’rowi berkata

2. Sheikh Mutawali Sya’rowi

تثبيتا وصلة أنك ستتعرض على مدى ثالث وعشرين سنة لمواقف تزلزل، فكلما تعرضت لموقف من هذه المواقف نزل القرآن تسلية لك وة بالسماء ولو نزل القرآن مرة واحدة لكان التثبيت مرة واحدة، ثم تأتي بقية األحداث بدون تثبيت، وال شك أن الصل. بالسماء ال تنقطع

.تقوهي المنهج وتقوهي اإليمان. إلخ.. يسألونك عن كذا، يسألونك عن كذا: كما أن القرآن لو نزل مرة واحدة، كيف يتسنى لهم أن يسألوا عما سألوا عنه مما حكاه القرآن

د مواقف تثبيتك، لتعدد مواقف اإليذاء لك: إذن نزوله منجهما اقتضاء لحكمة الحق سبحانه ليعده

Hikmah yang disebut oleh Sheikh Mutawali Sya’rawi secara ringkas:-

1. Agar dapat menghiburkan hati ummat islam.

2. Supaya hubungan antara langit dan bumi tidak putus berbanding jika diturunkan sekaligus.

3. Ayat Al-Quran yang turun berdasarkan peristiwa akan menguatkan iman ummat islam.

4. Al-Quran yang diturunkan secara berperingkat memudahkan kefahaman terhadap jawapan yang ditanya berdasarkan peristiwa yang berlaku.

Page 6: Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

Berperingkat-peringkat

Berperingkat-peringkat ( Tadarruj )

1. Antara ciri-ciri agama islam perundangannya ( selain akidah dan akhlak ) diturunkan secaraberperingkat2 – Madkhal Ila syariah islamiyyah, Dr Abdul Karim Zaidan.

2. Secara umumnya berperingkat ( Tadaruj ) ini boleh dibahagikan kepada dua :-

a. Tadarruj fi tasyri’ ( Berperingkat dari sudut perundangan )

b. Tadarruj fi tatbiq ( Berperingkat dari sudut aplikasi )

3. Tadaruuj fi tasyri’ merujuk kepada fasal penurunan Al-Quran dan Al-Hadith secara berperingkat dan iahanya berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Selepas itu perundangan islam adalah sempurna.

4. Manakala tadarruj fi tatbib boleh berlaku pada zaman rasul SAW dan juga selepas baginda SAW

5. Dalam perbahasan fiqh Waqi’ ( fiqh realiti ) Fiqh Maalat ( fiqh memahami kesan ) dan Fiqh Al-Aulawiyat ( Fiqh keutamaan ) kita akan bertemu dengan kalimah tadaruj ini. Ini menunjukkan aplikasi hukum secara tadarujadalah berdasarkan ketiga2 fiqh tadi.

Page 7: Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

Berperingkat-peringkat 2

6. Antara bentuk tadaruj ini ( tadaruj fi tatbiq ) iaitu mengaplikasikan agama secara perperingkat mengikut :-

a. Apa yang lebih mudah diamalkan.

b. Menguatkuasakan hukum hakam islam.

c. Menukarkan perundangan bukan islam kepada islam

- Dr Muhammad Mustofa Zuhaili, tadaruj fi tasyri’ wa tatbiq fi syariah islamiyyah.

7. Sebab perlunya tadarruj

a. Keperluan pada masa kini dari sudut suasana yang jauh daripada pegangan agama.

b. Terlalu banyak mafsadah ( keburukan ) yang muncul dalam kehidupan manusia spt akidah, kewangan, kemasyarakatan, akhlak yang mana mustahil dapat diaplikasikan islam secara keseluruhan dan serentak.

- Dr Muhammad Hummam, Ta’sil Fiqh Al-Aulawiyat.

Page 8: Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

Anda diperhatikan Allah secara eksklusif

Peringkat-peringkat bagi setiap individu berbeza Antara satu sama lain

Allah menjaga setiap insan dengan penuh perhatian, kerana Allah Maha Berkuasa

Lantas, al-Quran itu akan berinteraksi dengan manusia secara praktikal tahap demi tahap

-asalkan keimanan dibina terlebih dahulu, barulah Allah akan menambah iman dan

meneguhkan seseorang itu (rujuk Surah al-Kahf 18: 13-14)

Jangan berkeluh atau rasa diri lambat. Di sisi manusia anda akan dianggap kurang bijak

atau tidak matang. Namun di sisi Allah, semua usaha itu akan dikira.

Page 9: Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

Quran lengkap, kita ambil bertahap-

tahap

Quran memang lengkap

Kita sendiri perlu bertahap-tahap dalam berinteraksi dengannya

Apabila ada seruan untuk mengikuti sesuatu ayat, itu adalah hidayah dari Allah

Jika tidak mampu, kita berdoa kepada Allah dimudahkan

Kita berazam dan beriman bahawa semua ayat itu adalah untuk KITA, bukan hanya

menuding kepada orang lain

Kita yakin Quran akan berinteraksi dengan kita, syaratnya kita ingin membaca surat ini

setiap masa dan ingin mengambil manfaatnya.

Page 10: Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

Apakah ayat yang anda ambil manfaat

hari ini?

Buka al-Quran

Apakah ayat yang anda ambil manfaat hari ini?

Jika ada, tahniah

Jika belum, masih belum terlambat

Apabila anda memberi izin diri anda mengambil manfaat dari al-Quran, barulah al-Quran

menjadi syafaat, bukan hujah yang akan menyusahkan kehidupan kita

Page 11: Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita

Kesimpulan

Kesimpulan.

1. Agama telah sempurna penurunannya, maka tiada lagi istilah ‘cukup atau tidak’.

2. Agama bertujuan mendidik hati manusia. Ini kerana perbuatan manusia terhasil daripadahatinya. Maka atas tujuan itu prinsip tadaruj ( berperingkat ) ini agar mudah menjinak danmendekatkan manusia dengan amalan agama.

3. Kata2 daripada Khalifah Umar Abdul Aziz tatkala ditanya oleh anaknya mengapa tidakmelaksanakan seluruh hukum islam jawab baginda

؛ فإنه هللا ذمه الخمر في القرآن مرتين وحرهمها في الثالثة، وأنا أخاف أن أحمل الحق على الناس“ جملة ال تعجل يا بنيه".فيدفعونه جملة ويكون من ذلك فتنة

Jangan terburu2 wahai anakku, sesungguhnya Allah telah mencela arak dalam Al-Quran sebanyak 2 kali dan mengharamkannya pada kali yang ketiga. Sesungguhnya aku takutmembawa kebenaran ke atas manusia secara keseluruhan dan mereka menolaknya keseluruhandan ia akan menjadi fitnah- rujukan Imam Syatibi, Al-Muawafaqat