interaksi 13

6
Interaksi 13 (14.4.2014 – 18.4.2014) Tajuk: Program Pendidikan Untuk Murid Bekeperluan Khas (Integrasi & Inklusif) Sumber: Muhamad Azizi bin Jazmi. (2008). Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI). Dicapai pada 14 April 2014, daripada http://www.skbr.edu.my/ppki.php . PKKI SKTPR. (2012). Inklusif. Dicapai pada 14 April 2014, daripada http://infopkbpsktpr.blogspot.com/2012/07/inklusif.html . Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) DASAR PENDIDIKAN KHAS MEMASTIKAN MURID BEKEPERLUAN KHAS MENDAPAT AKSES DAN EKUITI KEPADA PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SELARAS DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN. MISI PPKI MENYEDIAKAN PENDIDIKAN ASAS YANG KUKUH DAN BERKESAN SERTA BERDAYA MAJU KEPADA MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BANDAR RINCHING DAN MEMBENTUK MURID MENJADI INSAN YANG BERDISIPLIN, BERILMU SERTA DAPAT BERDIKARI DAN MEMBERI SUMBANGAN BAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. VISI PPKI MENGHASILKAN MURID - MURID YANG MEMPUNYAI DAYA KEYAKINAN YANG TINGGI DALAM MENGHADAPI CABARAN DAN BOLEH DIKETENGAHKAN DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN DISAMPING MEMINIMAKAN MASALAH TINGKAHLAKU DAN MEMAKSIMUMKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA MURID PPKI SK BANDAR RINCHING RASIONAL

Upload: gladys-tan-jiao-qi

Post on 11-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Interaksi 13 edu

TRANSCRIPT

Page 1: Interaksi 13

Interaksi 13 (14.4.2014 – 18.4.2014)

Tajuk: Program Pendidikan Untuk Murid Bekeperluan Khas (Integrasi & Inklusif)

Sumber:

Muhamad Azizi bin Jazmi. (2008). Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI). Dicapai pada

14 April 2014, daripada http://www.skbr.edu.my/ppki.php.

PKKI SKTPR. (2012). Inklusif. Dicapai pada 14 April 2014, daripada

http://infopkbpsktpr.blogspot.com/2012/07/inklusif.html.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

DASAR PENDIDIKAN KHAS

MEMASTIKAN MURID BEKEPERLUAN KHAS MENDAPAT AKSES DAN EKUITI KEPADA

PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SELARAS DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

KEBANGSAAN.

MISI PPKI

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN ASAS YANG KUKUH DAN BERKESAN SERTA BERDAYA

MAJU KEPADA MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BANDAR

RINCHING  DAN MEMBENTUK MURID  MENJADI INSAN YANG BERDISIPLIN, BERILMU

SERTA DAPAT BERDIKARI DAN MEMBERI SUMBANGAN  BAKTI KEPADA AGAMA,

BANGSA DAN NEGARA.

 VISI PPKI

MENGHASILKAN MURID -  MURID YANG MEMPUNYAI DAYA KEYAKINAN YANG

TINGGI DALAM MENGHADAPI CABARAN DAN BOLEH DIKETENGAHKAN DALAM

SEMUA ASPEK KEHIDUPAN DISAMPING MEMINIMAKAN MASALAH TINGKAHLAKU

DAN MEMAKSIMUMKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA MURID PPKI SK BANDAR

RINCHING

RASIONAL

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima

pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara

menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan

pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi 

keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas,

teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

Page 2: Interaksi 13

MATLAMAT

Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan

kanak-kanak  yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu

bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini

membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi

aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial

agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk

membolehkan mereka:

1. Menguasai kemahiran komunikasi

2. Menguasai kemahiran bergaul

3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan

alam sekeliling

4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri

SASARAN

Murid-murid terencat akal ringan yang:

Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah

Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Tiada kecacatan fizikal yang teruk

Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku  luarbiasa seperti hyperaktif (sukar

dikawal),ganas atau mental yang teruk

Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain.

(percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

INKLUSIF

Latar Belakang

Pendidikan inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai

kecacatan seperti Slow Learner, Terencat Akal Ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi

dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka

diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang

bekerjasama denagan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran

Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih bekesan.

Rasional

Page 3: Interaksi 13

Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek,

taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara.

Program insklusif akan dapat memastikan:

perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

Matlamat

Pendidikan inklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-

kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada

kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti

yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua

aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang

berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

Objektif

Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada

mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk

belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural

dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model)

Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa    bersama , mereka

dapat membina suatu hubungan yang bermakna     dan saling menguntungkan bersama.

Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong

dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas’ sekelas mereka. Mereka juga dapat

belajar memahami rakan- rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbeza, kekurangan dan

kecacatan.

Pendidkan insklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa

untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

Strategi Pelaksanaan Program Pendidikan Program Perlaksanaan Pendidikan Inklusif

Page 4: Interaksi 13

Pada peringkat permulaan pendidikan insklusif dijalankan secara ‘Partikal

Integration’ sahaja. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi

memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan

inovatif sabagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini sangat penting dalam menjayakan

program pendidikan insklusif. Pada tahun 2006 sabagai tahun permulaan, program

pendidikan insklusif ini dijalankan secara ‘Partikal Inclusion’. Berikut disenaraikan langkah-

langkah yang telah dijalankan dalam pelaksanaan pendidikan insklusif di sekolah ini.

1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal

yang akan terlibat dengan pelaksanaan program pendidikan insklusif.

2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti

program pendidikan insklusif.

3. Mengadakan sesi suai kenal di antara kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.

4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalm bilik

darjah biasa.

5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.

6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang

bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.

7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.

8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa

mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.

9. Menjalani P& P mengikut jadual yang telah ditetapkan.

10. Penilaian keberkesanan program pendidikan insklusif dijalankan secara berperingkat-

peringkat.