institut latihan islam malaysia (ilim) jabatan … · 1.5.4 sekiranya penyebut harga bersetuju...

28
1 INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) No. Sebut Harga: JAKIM 21/2018 TARIKH BUKA : 05 APRIL 2018 (KHAMIS) TARIKH TUTUP 12 APRIL 2018 (KHAMIS) ARAHAN: PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI SEGALA BUTIRAN DAN SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN SEBELUM MENGISIKANNYA

Upload: vonhi

Post on 08-Mar-2019

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

DOKUMEN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN

MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA

(ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN

WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

(JAKIM)

No. Sebut Harga: JAKIM 21/2018

TARIKH BUKA : 05 APRIL 2018 (KHAMIS) TARIKH TUTUP 12 APRIL 2018 (KHAMIS)

ARAHAN:

PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI SEGALA BUTIRAN DAN SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN SEBELUM MENGISIKANNYA

2

BAHAGIAN 1:

ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

1.1 KENYATAAN TAWARAN

Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian

Kewangan Malaysia telah ePerolehan enabled dalam bidang yang berkaitan di bawah kod bidang berikut serta

pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh sebut harga ini diiklankan.

020201

221502

Mesin-mesin Pejabat Dan Aksesori atau

Perkhidmatan Penyewaan dan Pengurusan Mesin dan Peralatan Pejabat

1.2 SYARAT-SYARAT AM

1.2.1 Penyebut harga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki pengalaman

dalam bidang berkaitan;

1.2.2 Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila menyertai

sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma yang ditetapkan boleh

menyebabkan penyertaan penyebut harga ditolak;

1.2.3 Sebarang urusan/pertanyaan yang melibatkan sebut harga mestilah dalam tempoh tiga (3) hari dari

hari tawaran dibuka sehingga ianya ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat:

Unit Perolehan

Institut Latihan Islam Malaysia

Jalan Maktab, Seksyen 12

43650, Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan

(u.p.: Puan Hamizah bt Mohd, No. Tel: 03-8921 8404)

1.2.4 Skop sebut harga ini ialah Perkhidmatan Penyewaan Dan Pengurusan Mesin Penapis Air ILIM

1.2.5 Spesifikasi hendaklah sama seperti yang dinyatakan di dalam sebut harga ini (Lampiran A);

1.2.6 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, perlindungan insurans dan apa-

apa kos yang terlibat dan berkaitan;

1.2.7 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Harga (Lampiran Q) yang disediakan dan

hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna.

3

1.3 CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

1.3.1 Dokumen sebut harga ini mengandungi perkara-perkara berikut :

TAJUK LAMPIRAN NAMA LAMPIRAN

Arahan kepada Penyebut Harga Bahagian 1

Skop Perkhidmatan Bahagian 2

Spesifikasi Teknikal Perkhidmatan Bahagian 3

Jadual Spesifikasi Teknikal Lampiran A

Jadual Harga Lampiran B

Latar Belakang Penyebut Harga Lampiran C

Surat Akuan Penyebut Harga Lampiran D

Surat Akuan Pembida Lampiran E

Senarai Rekod Pengalaman Kerja yang Berkaitan Sahaja (Tahun 2016 hingga 2017) Lampiran F

Senarai Semak Dokumen Sebut Harga Lampiran G

Borang Sebut Harga Perkhidmatan Lampiran Q

1.3.2 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, penyebut harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

1.3.3 Harga bagi setiap jenis kerja hendaklah dimasukkan dengan lengkap ke jadual harga mengikut

spesifikasi teknikal yang ditetapkan. 1.3.4 Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas kontraktor hendaklah

menandatangani ringkas semua pembetulan.

1.4 PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

1.4.1 Sebut harga diiklankan pada 05 APRIL 2018 (KHAMIS) dan ditutup pada 12 APRIL 2018 (KHAMIS)

sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari;

1.4.2 ILIM tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dokumen-dokumen sebut harga yang dihantar

kerana hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran. Mana-mana tawaran sebut harga

yang dihantar lewat tidak akan diterima. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang

kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung kepada tawaran bidaan yang dihantar

melalui pos/perkhidmatan courier;

1.4.3 Penyebut harga adalah dikehendaki menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan

sebut harga yang disertainya;

4

1.4.4 Dokumen yang perlu dimasukkan dalam Sampul Tawaran Harga adalah seperti berikut mengikut

susunan:

(a) Lampiran Q: Borang Sebut Harga Bekalan/Perkhidmatan

(b) Lampiran B: Jadual Harga

(c) Lampiran C: Latar Belakang Penyebut Harga

(d) Lampiran D: Surat Akuan Penyebut Harga

(e) Lampiran E: Surat Akuan Pembida

(f) Lampiran H: Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank untuk 3 bulan

(Januari, Februari dan Mac 2018)

(g) Lampiran I: Salinan Pendaftaran Kementerian Kewangan

(h) Lampiran J : Salinan Surat Pendaftaran GST

(i) Lampiran G: Senarai Semak

1.4.5 Dokumen yang perlu dimasukkan dalam Sampul Tawaran Teknikal adalah seperti berikut mengikut

susunan:

(a) Lampiran A : Jadual Spesifikasi Teknikal

(b) Lampiran F : Senarai Rekod Pengalaman (Tahun 2016 dan 2017)

1.5 TAWARAN HARGA

1.5.1 Tempoh sah laku bagi harga yang ditawarkan di dalam sebut harga mestilah tidak kurang daripada 60

hari;

1.5.2 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sebut harga sahaja. Tawaran

alternatif adalah tidak dibenarkan;

1.5.3 Kerajaan berhak memohon pelanjutan tempoh sah laku harga yang ditawarkan. Permohonan akan

dibuat secara bertulis kepada penyebut harga yang berjaya;

1.5.4 Sekiranya penyebut harga bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku sebut harga, penyebut harga

hendaklah menjawab secara bertulis kepada Kerajaan;

1.5.5 Penyebut harga hendaklah mengambil kira kadar fi perkhidmatan dalam menawarkan harga iaitu

transaksi bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran melalui sistem ePerolehan akan

dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.4% dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi

yang bernilai RM1.2 juta atau lebih (Perenggan 4, SPP Bil. 2 Tahun 2013).

1.5 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

1.5.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima

apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini

merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

2009. (Akta 694);

5

1.5.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana

anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat

aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang

berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694);

1.5.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan

awam dan menyenarai hitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya mana-mana pihak

terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

(Akta 694); dan

1.5.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini

walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau

tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan

berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

2009. (Akta 694).

1.6 SPESIFIKASI

1.6.1 Spesifikasi adalah seperti di Lampiran A- Jadual Spesifikasi

1.6.2 ILIM tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat dari perbezaan antara

tafsiran penyebut harga dengan tafsiran Jakim mengenai penentuan spesifikasi teknikal.

1.7 PRESTASI PERALATAN DAN KHIDMAT

1.7.1 Penyebut harga adalah bertanggungjawab bagi segala prestasi dan jaminan ke atas bekalan yang

dibekalkan berdasarkan pengakuan pihak ketiga yang telah dimasukkan ke dalam sebut harga;

1.8 KONTRAK

1.8.1 Semua syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di mana-mana jadual yang terdahulu

bersama-sama dengan dokumen sebut harga ini adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang

akan ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan pembida yang berjaya. Penyebut harga yang berjaya

dikehendaki menandatangani kontrak dengan pihak Kerajaan dan membayar segala ganti rugi jika tidak

memenuhi syarat-syarat kontrak;

1.8.2 Jakim mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa apabila penyebut harga yang

berjaya, gagal memenuhi obligasi kontrak mengikut perjanjian.

1.9 PEMBAYARAN

1.9.1 Pembayaran bagi perkhidmatan ini akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM);

6

1.9.2 Penyebut harga yang terpilih sebagai pembekal perlu mengemukakan invois berdasarkan perkhidmatan

sebagaimana yang ditetapkan di dalam jadual pelaksanaan perjanjian kontrak untuk proses bayaran.

Jumlah yang tercatat di dalam kontrak adalah jumlah maksimum dan jumlah sebenar akan ditentukan oleh

kualiti/kuantiti perkhidmatan yang disediakan (termasuk pemotongan di atas ketidakpatuhan kontrak, jika

berkaitan).

1.10 HARGA

1.10.1 Harga bagi semua perkara dan skop kerja/perkhidmatan yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit

Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk kos penghantaran, servis dan cukai duti kastam. Harga

ini mestilah sah laku dalam tempoh 60 hari daripada tarikh tutup sebut harga;

1.10.2 Segala urusan pembayaran yang melibatkan sebut harga ini adalah melalui sistem ePerolehan.

1.11 PERTANYAAN

1.11.1 Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen sebut harga dan pertanyaan

boleh merujuk kepada:

(a) Hal-hal Berkaitan Spesifikasi

1. Nama: Encik Abdul Rahim bin Yusoff

Tel: 03-8921 8405

E-mel: [email protected]

2. Nama: Puan Hairani bt Rasimin

No. Tel: 03-8921 8415

E-mel: [email protected]

(b) Hal-hal Berkaitan Perolehan

1. Nama: Puan Hamizah binti Mohd

No. Tel: 03-8921 8404

E-mel: [email protected]

7

LAMPIRAN A

TAWARAN TEKNIKAL

SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN

MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

JADUAL SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

Penyebut harga adalah dikehendaki mengemukakan semua perkara ini dan semua item adalah MANDATORI.

BIL SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PATUH (YA/TIDAK)

SPESIFIKASI PENYEBUT HARGA (JIKA ADA)

1. Jenama dan Model Mesin Penapis Air Sila Nyatakan:

Jenama:

…………………………………………

Model:

…………………………………………..

1. Pengesahan Status Mesin Penapis Air Sila Nyatakan :

i. Status kelulusan HALAL JAKIM (Sila sertakan Salinan Sijil Status Halal)

ii. Status kelulusan SIRIM (Sila sertakan Salinan Sijil Kelulusan SIRIM)

2. Kos Pemasangan Dan Penyelenggaraan

i. Kos Pemasangan dan Kos Penghantaran Produk adalah PERCUMA di seluruh kawasan yang dinyatakan dari tempat pengilang

ii. Kos Penyelenggaraan adalah telah termasuk KOS SEWAAN dan penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan setiap DUA BULAN/mengikut jadual penyebut harga.

iii. Sebarang kerosakan/aduan yang

diterima hendaklah diselesaikan dalam

8

BIL SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PATUH (YA/TIDAK)

SPESIFIKASI PENYEBUT HARGA (JIKA ADA)

tempoh SATU HARI BEKERJA dari masa aduan

iv. Sebarang kos kerosakan/aduan adalah PERCUMA

3. Spesifikasi Produk

i. Mempunyai Dua (2) fungsi kapasiti

tangki iaitu

Panas (Hot) : Kapasiti air

sekurang-kurangnya 4.0L

Sejuk (Cold) : Kapasiti air

sekurang-kurangnya 3.0L

ii. Jenis Mesin adalah “ Standing With

Tank”

iii. Punca air Sambungan terus kepada paip

air (Dilaksanakan sendiri oleh Penyebut

Harga tanpa sebarang kos)

4. Lain-Lain Spesifikasi (Jika ada) yang memberi

kelebihan kepada ILIM

Sila Nyatakan:

…………………………………………………

…………………………………………………

…………………………………………………

………………………………………………

Tandatangan Penyebut Harga: ……………………………………………………………………………………………………………………

9

LAMPIRAN F REKOD PENGALAMAN KERJA

i) Pengalaman Kerja/Senarai Kerja Yang Telah DISIAPKAN (TAHUN 2016-2017)

Bil Nama Projek dan Agensi yang Mengawasi

Harga Kontrak Tempoh Tarikh Siap Sebenar

10

LAMPIRAN F1

ii) Senarai Kerja Dalam Tangan/Kerja Yang SEDANG DILAKSANAKAN

Bil Nama Projek dan Agensi yang Mengawasi

Harga Kontrak Tempoh

11

LAMPIRAN B

TAWARAN HARGA

SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN

MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BIL KUANTITI

(UNIT) LOKASI

KADAR SEWAAN BAGI SEBULAN (RM)

KADAR SEWAAN BAGI

60 BULAN (RM)

MESIN PENAPIS AIR

1.

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM), JALAN MAKTAB, SEKSYEN 12, 43650, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

1.1 3

Blok Kemudahan ILIM (Dewan Makan A, B dan C)

1.2 1 Blok Kemudahan ILIM (Surau)

1.3 3 Asrama Blok A, B dan C (Setiap Blok 1 unit)

1.4 3 Blok Akademik A -3 tingkat (Setiap Aras 1 unit)

1.5 2 Blok Akademik B -4 tingkat (Aras Bawah dan Tiga sahaja)

1.6 4 Blok Pentadbiran - 4 tingkat (Setiap Aras 1 unit)

1.7 1 Dewan Datuk Mohd Shahir

17 unit Jumlah (RM)

2. INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM) JALAN PANTAI PERANGINAN, BUKIT KELUANG, 22200 BESUT, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

3 unit ILTIM

Jumlah (RM)

JUMLAH KESELURUHAN (RM) : 1+2 (TIDAK TERMASUK CAJ 6% GST)

12

LAMPIRAN Q

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan

nombor ini

No. Sebut Harga

Jakim 21/2018

(Kew. 284-Pin. 5/94)

KERAJAAN MALAYSIA

WP PUTRAJAYA

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada

Perjanjian Sebut Harga.

Kepada (Nama Syarikat):

.............................................................

.............................................................

.............................................................

.............................................................

I

I

I

I

I

I

Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh

Kementerian/Jabatan (Alamat Lengkap):

Institut Latihan Islam Malaysia

Bahagian Khidmat Pengurusan

Jalan Maktab, Seksyen 12

43650, Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan

No. Telefon : I

No. Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan: ...........................................

I

I

No. Telefon: 03-8921 8404

Kod bidang pendaftaran yang relevan dengan

pembelian ini: 020201 atau 221502

I

I Tarikh: 04 April 2018

(Salinan Pendaftaran Kem. Kewangan Wajib disertakan)

5. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk

kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan: (Sila lihat Arahan kepada Penyebut Harga)

1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki: 2 Minggu

1.3 Arahan pengiriman: Urus Setia Perolehan

Institut Latihan Islam Malaysia

Bahagian Khidmat Pengurusan

13

Jalan Maktab, Seksyen 12

43650, Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan

1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda

nombor sebut harga: JAKIM 21/2018

1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di

atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari 12 April 2018

1.6 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: 03 April 2018 Tandatangan: .................................................

Nama Pegawai: Hajjah Zaiton bt Abd Rahman

Jawatan: Pengarah ILIM

Bil. Perihal bekalan/ perkhidmatan

dan Syarat-Syarat Khas

Unit Ukuran Kuantiti Kadar

(RM)

Harga

(RM)

Untuk diisi oleh Kementerian/ Jabatan Untuk diisi oleh

Penyebut Harga

PERKHIDMATAN

PENYEWAAN DAN

PENGURUSAN MESIN

PENAPIS AIR ILIM DAN

ILTIM, JAKIM

Buah

20 buah

mesin

penapis air

bagi tempoh

60 Bulan

JUMLAH

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh penyerahan/ penyempurnaan ialah :

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan

syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan

Penyebut Harga:

Nama dan K/P:

Alamat Syarikat:

Tarikh :

Mustahak – Lihat Syarat-syarat Am Di Belakang

SYARAT-SYARAT AM

14

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah

dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1. KEADAAN BARANG

Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN

Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

4. BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5. PERSETUJUAN

Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga; dan (ii) Setiap butiran

akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh

pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut

spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8. PENOLAKAN

(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan

perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan

mengenai bekalan yang ditolak itu; dan

(iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana

kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar,

majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri

terlebih dahulu.

10. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang

Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa

15

pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul

daripadanya.

11. INSURANS

Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki

dimasukkan ke dalam sebutharga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat,

hendaklah diganti oleh penjual.

14. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan,

hendaklah ditunjukkan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15. CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan

berasingan.

16. MATA WANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

17. PEMBUNGKUSAN

(i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan

bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;

(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah

diganti oleh penyebut harga.

LAMPIRAN C

LATAR BELAKANG PENYEBUTHARGA

16

MAKLUMAT LATAR BELAKANG PENYEBUTHARGA:

1. Nama Syarikat Penyebutharga

________________________________________________________ 2. Alamat Pejabat:

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_____________________________________________________________

No. Telefon :___________________ No. Fax : _____________

Alamat Email :__________________________

3. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia :

____________________________________________

(Sertakan Salinan Sijil Pendaftaran )

i) No. Pendaftaran :_________________________________________

ii) Tarikh Daftar : _________________ sah hingga _________________

iii) Kod Bidang /Tajuk Kecil : ___________________________________

iv) Taraf (Bumiputera/Bukan Bumiputera): ________________________

v) Jika Bumiputera tempoh sahlaku taraf dari __________ hingga ___________

4. Bagi Syarikat Sdn. Bhd. atau Perseorangan (Nyatakan)

i) Modal Dibenarkan : RM ______________ ii) Modal Dibayar : RM ______________

5. Perniagaan utama lain, jika ada :

a) __________________ sejak ________________ b) __________________ sejak ________________

6. Buatan Dalam Malaysia (Jika berkaitan)

17

Sebutkan sama ada barang-barang yang hendak dibekalkan itu dibuat dalam Malaysia atau di Luar Malaysia

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_________

7. Bilangan Pekerja berkaitan Sebut Harga ini: ___________________

Pengurusan : ______________________

Profesional : ______________________

Sokongan : ______________________

8. Ahli-Ahli Syarikat:

Nama Jawatan Peratus Pegangan

Saham (%)

18

a) Ahli-ahli Lembaga Pengarah

Nama Jawatan Peratus Pegangan

Saham (%)

b) Ahli-ahli Pengurusan dan Profesional

Bil Kategori Jawatan Bilangan Pekerja

1 Pengurusan

2 Pemasaran

3 Teknikal

4 Sokongan

5 Lain-lain (Nyatakan): i) ..........................................

ii) ..........................................

iii) .........................................

9. DATA-DATA KEWANGAN

9.1 Ringkasan harta dan liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam LembaranImbangan (Balance Sheet)*

yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir.

19

Aset*

(A)

Liabiliti*

(B)

Nilai Kewangan

(Worth) (A – B)

Semasa : RM

Tetap : RM

_____________

Jumlah : _____________

Semasa : RM

Tetap : RM

____________

Jumlah : ____________

Semasa : RM

Tetap : RM

__________

Jumlah : ___________

9.2 Akaun Wang Di Tangan (Cash in hand) - ____________________

* Sila sertakan salinan penyata Bulanan Bank tiga (3) bulan terakhir yang telah disahkan oleh bank (Februari, Mac dan April 2016). Sebut harga yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.

9.2.1 Nama dan alamat bank di mana akaun dibuka:

________________________________________________

9.2.2 No akaun bank: ___________________________________

9.3 Kemudahan Kredit bagi Sebut Harga ini. (Sila sertakan salinan surat daripada bank/ insititusi kewangan terlibat dan diakui sah)

9.3.1 Nama dan alamat Bank/ Institusi Kewangan yang memberi kemudahan kredit:

_______________________________________________ _______________________________________________

9.3.2 Bentuk dan baki amaun yang boleh digunakan untuk Sebut Harga ini:

i. Overdraf atau Talian Kredit RM ……………………

ii. Overdraf Bercagar RM ……………………

iii. Pinjaman Tetap Yang Akan/Layak Diperolehi Untuk Projek Ini

RM …………………….

iv. JUMLAH KESELURUHAN RM …………………….

10. No. Cukai Pendapatan : …………………………………………

20

Peringatan Penting : ** Sila sertakan salinan penyata Bulanan Bank tiga (3) bulan terakhir ( Januari, Februari dan Mac

2018) yang telah disahkan oleh bank sebelum tarikh tutup Sebut Harga. Sebut Harga yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.

21

LAMPIRAN D

SURAT AKUAN SEBUT HARGA Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia Jalan Maktab, Seksyen 12 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Tuan,

SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM

MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

(JAKIM)

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat ……………………………………………………………… mengambil bahagian dalam SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM), JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) 2. Syarikat sebagai Penyebutharga dengan ini bersetuju menerima serta mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat Sebut Harga, kontrak dan spesifikasi teknikal yang terkandung di dalam dokumen Sebut Harga. Penyebutharga juga telah memahami bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhak menerima atau menolak Sebut Harga ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan harga tawaran-tawaran lain. 3. Penyebutharga mengakui bahawa semua kenyataan yang diberikan adalah benar dan jika sekiranya mana-mana kenyataan yang tidak benar penyebutharga bersedia diambil tindakan oleh pihak Kerajaan. 4. Penyebutharga bersetuju bahawa sah laku harga Sebut Harga yang ditawarkan ini selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup Sebut Harga. Dalam tempoh tersebut penyebutharga tidak boleh menarik diri daripada tawaran ini. 5. Selanjutnya sekiranya tawaran Sebut Harga ini diterima, penyebutharga akan mengikat suatu kontrak serta memberi bon pelaksanaan dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh terima surat tawaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 6. Kami yang bertandatangani di bawah ini juga bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat am dan wajib yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga (Syarat-Syarat Am dan wajib Sebut Harga). Harga yang dinyatakan seperti di Lampiran B (Jadual Harga) akan dijadikan asas penilaian bayaran untuk perkhidmatan dan perbekalan tersebut.

22

Ditandatangani oleh:

Tandatangan:

Nama:

No. Kad Pengenalan:

Jawatan:

Cop/Alamat Syarikat:

Tarikh:

Disaksikan oleh:

Tandatangan:

Nama:

No Kad Pengenalan:

Tarikh:

23

LAMPIRAN E

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM

MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

(JAKIM)

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili

…………………………………................................................................ nombor Pendaftaran

…...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu

yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam JABATAN

KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut

harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti

tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi

rasuah kepada mana-mana individu dalam JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA atau mana-mana individu lain

sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju

tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan

dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan

segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai

polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……………………………......

Nama:

No. K/P:

Cop Syarikat:

Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

24

LAMPIRAN H

SALINAN PENYATA AKAUN BANK BAGI BULAN JANUARI,

FEBRUARI DAN MAC 2018

25

LAMPIRAN 1

SALINAN SIJIL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN

MALAYSIA

DAN

SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT

MALAYSIA (SSM)

LAMPIRAN J

26

SALINAN SURAT PENDAFTAAN GST

27

LAMPIRAN E

SENARAI SEMAK

SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM

MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM

MALAYSIA (JAKIM)

Sila tandakan () bagi dokumen–dokumen yang disertakan:

Bil

Perkara/ Dokumen

Untuk Ditanda Oleh

Syarikat

Untuk Ditanda Oleh

Jawatankuasa Pembuka SebutHarga

DOKUMEN HARGA

1.

Lampiran B - Jadual Harga

2.

Lampiran C - Latar Belakang Syarikat

3.

Lampiran D - Surat Akuan Sebut Harga

4.

Lampiran E - Surat Akuan Pembida

5.

Profil Syarikat

6.

Lampiran H - Penyata Kewangan untuk tiga bulan terkini (Jan, Feb dan Mac 2018 yang telah disahkan oleh pihak bank)

7.

Lampiran I- Salinan Sijil Pendaftaran KKM DAN SSM

8.

Lampiran J - Salinan Sijil Akuan Pendaftaran GST

9 Lampiran Q

ARAHAN PERBENDAHARAAN 170

9

Lampiran G – Senarai Semak

28

Bil

Perkara/ Dokumen

Untuk Ditanda Oleh

Syarikat

Untuk Ditanda Oleh

Jawatankuasa Pembuka SebutHarga

DOKUMEN TEKNIKAL

1.

Lampiran A - Jadual Pematuhan Spesifikasi/ Spesifikasi Teknikal

2.

Lampiran F - Pengalaman Syarikat (dari tahun 2016 hingga 2017) Lampiran F1 – Senarai Kerja Dalam Tangan (2017 dan 2018)

3. Lampiran G - Senarai Semak

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen Sebut Harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : Nama: Jawatan: Tarikh:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil……………….(jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: