· web viewarahan dan syarat kepada penyebut harga kenyataan tawaran dokumen sebut harga ini...

22
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) NO. SEBUT HARGA: JAKIM (B) 6/2016 BAGI PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN, JAKIM DI CYBERJAYA, SELANGOR BAGI TEMPOH 6 BULAN PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA SEBELUM MENGISIKANNYA 1

Upload: phungphuc

Post on 24-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

NO. SEBUT HARGA: JAKIM (B) 6/2016BAGI PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT BAHAGIAN

PEMBANGUNAN INSAN, JAKIM DI CYBERJAYA, SELANGOR BAGI TEMPOH 6 BULAN

PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA SEBELUM MENGISIKANNYA

1

Page 2:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

BAHAGIAN 1: ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

1.1 KENYATAAN TAWARAN

1.1.1 Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang berikut serta pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh sebut harga ini diiklankan.

221001 PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT

1.2 SYARAT-SYARAT AM

1.2.1 Penyebut harga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki pengalaman dalam bidang berkaitan;

1.2.2 Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan penyebut harga ditolak;

1.2.3 Sebarang urusan/ pertanyaan yang melibatkan sebut harga mestilah dalam tempoh tiga (3) hari dari hari tawaran dibuka sehingga ianya ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat:

Bahagian Kewangan JakimAras 8, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 PUTRAJAYA.(u.p.: Abdul Rahim Yusoff, No. Tel: 03-8886 4976)

1.2.4 Skop sebut harga ini ialah Perkhidmatan Mencuci Dan Membersih Pejabat Bahagian

Pembangunan Insan, Jakim Di Cyberjaya, Selangor Bagi Tempoh 6 Bulan

1.2.5 Spesifikasi hendaklah sama seperti yang dinyatakan di dalam sebut harga ini (Lampiran A);

1.2.6 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, perlindungan insurans dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan;

1.2.7 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Harga (Lampiran Q) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna.

1.3 PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

16/16

Page 3:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

1.3.1 Sebut harga diiklankan pada 1 April 2016 dan ditutup pada 6 April 2016 (Rabu) jam 12.00 tengah hari;

1.3.2 Jakim tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dokumen-dokumen sebut harga yang dihantar kerana hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran. Mana-mana tawaran sebut harga yang dihantar lewat tidak akan diterima. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung kepada tawaran bidaan yang dihantar melalui pos/perkhidmatan courier;

1.3.3 Penyebut harga adalah dikehendaki menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan sebut harga yang disertainya;

1.3.4 Dokumen yang perlu dimasukkan dalam Sampul Tawaran Harga adalah seperti berikut mengikut susunan:

(a) Lampiran Q: Borang Sebut Harga Bekalan/Perkhidmatan(b) Lampiran A: Jadual Spesifikasi(c) Lampiran B: Surat Akuan Pembida(d) Lampiran C: Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank untuk 1 bulan terkini (Februari 2016)(e) Lampiran D: Rekod Pengalaman Perkhidmatan Berkaitan(f) Lampiran E: Salinan Pendaftaran Kementerian Kewangan

1.4 TAWARAN HARGA

1.4.1 Tempoh sah laku bagi harga yang ditawarkan di dalam sebut harga mestilah tidak kurang daripada 60 hari;

1.4.2 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sebut harga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan;

1.4.3 Kerajaan berhak memohon pelanjutan tempoh sah laku harga yang ditawarkan. Permohonan akan dibuat secara bertulis kepada penyebut harga yang berjaya;

1.4.4 Sekiranya penyebut harga bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku sebut harga, penyebut harga hendaklah menjawab secara bertulis kepada Kerajaan;

1.4.5 Penyebut harga hendaklah mengambil kira kadar fi perkhidmatan dalam menawarkan harga iaitu transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.8% dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih (Perenggan 4, SPP Bil. 2 Tahun 2013).

1.5 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

1.5.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini

16/16

Page 4:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

1.5.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694);

1.5.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya mana-mana pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694); dan

1.5.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694).

1.6 SPESIFIKASI

1.6.1 Spesifikasi adalah seperti di Lampiran A- Jadual Pematuhan Spesifikasi.

1.6.2 Jakim tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat dari perbezaan antara tafsiran penyebut harga dengan tafsiran Jakim mengenai penentuan spesifikasi teknikal.

1.7 PRESTASI PERALATAN DAN KHIDMAT

1.7.1 Penyebut harga adalah bertanggungjawab bagi segala prestasi dan jaminan ke atas bekalan yang dibekalkan berdasarkan pengakuan pihak ketiga yang telah dimasukkan ke dalam sebut harga;

1.8 KONTRAK

1.8.1 Semua syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di mana-mana jadual yang terdahulu bersama-sama dengan dokumen sebut harga ini adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang akan ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan pembida yang berjaya. Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak dengan pihak Kerajaan dan membayar segala ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak;

1.8.2 Jakim mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa apabila penyebut harga yang berjaya, gagal memenuhi obligasi kontrak mengikut perjanjian.

1.9 PEMBAYARAN

1.9.1 Pembayaran bagi perkhidmatan ini akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM);16/16

Page 5:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

1.9.2 Penyebut harga yang terpilih sebagai pembekal perlu mengemukakan invois berdasarkan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di dalam jadual pelaksanaan perjanjian kontrak untuk proses bayaran. Jumlah yang tercatat di dalam kontrak adalah jumlah maksimum dan jumlah sebenar akan ditentukan oleh kualiti/kuantiti perkhidmatan yang disediakan (termasuk pemotongan di atas ketidakpatuhan kontrak, jika berkaitan).

1.10 HARGA

1.10.1 Harga bagi semua perkara dan skop kerja/perkhidmatan yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk kos penghantaran, servis dan cukai duti kastam. Harga ini mestilah sah laku dalam tempoh 60 hari daripada tarikh tutup sebut harga;

1.10.2 Segala urusan pembayaran yang melibatkan sebut harga ini adalah melalui sistem ePerolehan.

1.11 PERTANYAAN

1.11.1 Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen sebut harga dan pertanyaan boleh merujuk kepada:

(a) Hal-hal Berkaitan Spesifikasi1. Nama: Encik Kamaruzaman bin Othman / Encik Amnan Khaladi No. Tel: 03-8886 4950 / 03-88864122 E-mel: [email protected] / [email protected]

(b) Hal-hal Berkaitan Perolehan

1. Nama: Encik Abdul Rahim bin YusoffNo. Tel: 03-8886 4976E-mel: [email protected]

16/16

Page 6:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

BAHAGIAN 2:BORANG-BORANG YANG PERLU DIISI

LAMPIRAN Q(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

No. Sebut Harga Jakim (B) 6/2016

(Kew. 284-Pin. 5/94)KERAJAAN MALAYSIA

WP PUTRAJAYA

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.

Kepada (Nama Syarikat):

.............................................................

.............................................................

.............................................................

.............................................................

IIIIII

Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan (Alamat Lengkap):

Jabatan Kemajuan Islam MalaysiaBahagian KewanganAras 8, Blok D7, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 PUTRAJAYA

No. Telefon : I

No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan: ...........................................

II

No. Telefon: 03-8886 4000

Kod bidang pendaftaran yang relevan dengan pembelian ini: 221001

II

Tarikh: 1 April 2016

(Salinan Pendaftaran Kem. Kewangan Wajib disertakan)

1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan: ( Sila lihat Arahan kepada Penyebut Harga)

1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki : Tempoh 6 Bulan

1.3 Arahan pengiriman: Urus Setia PerolehanJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

6

Page 7:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Bahagian KewanganAras 8, Blok D7, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62519 PUTRAJAYA

1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda nombor sebut harga: Jakim (B) 6/2016.

1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari 6 April 2016 (Rabu)

1.6 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 60 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: 1 April 2016 Tandatangan: T.T Nama Pegawai: AZLAN BIN AHMADJawatan: Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Kewangan JAKIM

Bil. Perihal bekalan/ perkhidmatan dan Syarat-Syarat Khas

Unit Ukuran Kuantiti Kadar(RM)

Harga(RM)

Untuk diisi oleh Kementerian/ JabatanUntuk diisi olehPenyebut Harga

1 Perkhidmatan Mencuci Dan Membersih Pejabat Bahagian Pembangunan Insan, Jakim Di Cyberjaya, Selangor Bagi Tempoh 6 Bulan

Seperti di Lampiran A- Jadual Pematuhan Spesifikasi

Sebulan:

.......................

JUMLAH(Tidak termasuk

6% GST)

........................

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh penyerahan/ penyempurnaan ialah :

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebut Harga: Nama dan K/P: Alamat Syarikat:

Tarikh : Mustahak – Lihat Syarat-syarat Am Di Belakang

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

16/16

Page 8:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

1. KEADAAN BARANGSemua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGAHarga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIANSebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

4. BARANG SETARASebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5. PERSETUJUANKerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga; dan (ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa

tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHIPenyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8. PENOLAKAN(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya

boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan

(iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9. PENGIKLANANTiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

10. TAFSIRANSebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah

16/16

Page 9:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11. INSURANSTiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebutharga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAIHarga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan;

dan(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang

cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

14. PENGENALANNama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15. CUKAIHarga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16. MATA WANGSebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

17. PEMBUNGKUSAN(i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma

perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus; (ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan;

dan(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat

hendaklah diganti oleh penyebut harga.

16/16

Page 10:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

LAMPIRAN AJADUAL SPESIFIKASI

(Skop Kerja)

Penyebut harga adalah dikehendaki mengemukakan semua perkara ini dan semua item adalah MANDATORI.

Bil. Spesifikasi/Tempat/Jenis Kerja Standard Kualiti Kerja yang Diperlukan Patuh(Ya/ Tidak)

A TUGAS-TUGAS HARIAN

1.Semua ruang pejabat Bahagian Pembangunan Insan

a) Mengemas, menyapu dan mengelap lantai

b) Mengelap semua meja, kerusi, partiton dan cermin pegawai dan

Satu (1) kali sehari. Bersih dari kotoran dan habuk

Satu (1) kali sehari bermula jam 8.00pg. bersih daripada habuk dan kotoran

16/16

Page 11:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Bil. Spesifikasi/Tempat/Jenis Kerja Standard Kualiti Kerja yang Diperlukan Patuh(Ya/ Tidak)

kakitanganc) Membersih dan membuang sampah

didalam tong sampah yang disediakan. Ganti plastik hitam bila perlu

d) Vakum ruang-ruang berpemaidani

e) Mengelap dan membersihkan cermin dan pintu utama

f) Menyembur ruang kerja pejabat dengan pewangi

Dua (2) kali sehari jam 8.00pg dan 4.00 ptg. Bersih daripada sampah sarap

Satu (1) kali seminggu mulai 10.00pg atau jam 12.00 tgh mengikut kesusuaian.

Satu (1) kali sehari

Satu (1) kali sehari

2.

Bilik –bilik pegawai dan semua bilik-bilik

a) Mengemas, menyapu dan mengelap lantai

b) Mengelap semua meja, kerusi, partiton dan cermin pegawai dan kakitangan

c) Membersih dan membuang sampah didalam tong sampah yang disediakan. Ganti plastik hitam bila perlu

d) Vakum ruang-ruang berpemaidani

e) Mengelap dan membersihkan cermin dan pintu utama

f) Menyembur ruang kerja pejabat dengan pewangi

Satu (1) kali sehari. Bersih dari kotoran dan habuk

Satu (1) kali sehari bermula jam 8.00pg. bersih daripada habuk dan kotoran

Dua (2) kali sehari jam 8.00pg dan 4.00 ptg. Bersih daripada sampah sarap

Satu (1) kali seminggu mulai 10.00pg atau jam 12.00 tgh mengikut kesusuaian.

Satu (1) kali sehari

Satu (1) kali sehari

3.

Kawasan lobi pejabat

a) Membersih dan membuang sampah didalam tong sampah yang disediakan. Ganti plastik hitam bila perlu

b) Mengelap semua meja, kerusi,dan sette

c) Vakum ruang-ruang berpemaidani

d) Menyembur ruang lobi dengan pewangi

Dua (2) kali sehari jam 8.00pg dan 4.00 ptg. Bersih daripada sampah sarap

Satu (1) kali sehari. Bersih dari kotoran dan habuk

Satu (1) kali seminggu mulai 10.00pg atau jam 12.00 tgh mengikut kesusuaian.

Satu (1) kali sehari

4.Bilik-bilik mesyuarat

a) Membersih dan membuang sampah didalam tong sampah yang disediakan. Ganti plastik hitam bila perlu

b) Mengelap semua meja dan kerusi

c) Mengelap dan membersih alat-alat

Satu (1) kali sehari. Bersih daripada sampah sarap

Satu (1) kali sehari. Bersih dari kotoran dan habuk

Satu (1) kali sehari. Bersih dari kotoran dan habuk menggunakan kain khas

16/16

Page 12:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Bil. Spesifikasi/Tempat/Jenis Kerja Standard Kualiti Kerja yang Diperlukan Patuh(Ya/ Tidak)

microfond) Menyusun kerusi

e) Menyembur bilik mesyuarat dengan pawangi

Satu (1) kali sehari. Kerusi-kerusi disusun secara teratur

Satu (1) kali sehari bermula jam 8.00pg.

5.

Bilik pantri

a) Membersih dan membuang sampah didalam tong sampah yang disediakan. Ganti plastik hitam bila perlu

Dua(2) kali sehari jam 8.00 pg dan 4.00 ptg. Bersih daripada sampah sarap

B TUGAS BULANAN

a) Mencuci dan membersih semua cermin tingkap di sebelah dalam bangunan

b) Mencuci dengan syampu semua lantai yang tidak berpemaidani dan berpemaidani

c) Memcuci dan mengilat semua lantai

d) Membersih dan memcuci kawasan pantry dan mengemaskannya

Dua (2) kali sebulan pada setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan

Dua (2) kali sebulan pada setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan

Dua (2) kali sebulan pada setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan

Dua (2) kali sebulan pada setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan

C SPESIFIKASI TAMBAHAN

a) Kontraktor hanya boleh menjalankan kerja-kerja mengelap dan vakum didalam bilik jika ada pegawai dibilik berkenaan atau dipantau oleh kakitangan bahagian

b) Kontraktor perlu menggunakan bahan yang bersesuaian (sabun atau pewangi) bagi kerja-kerja mengelap meja, kerusi dan partition pagawai dan kakitangan. Kontraktor juga perlu menggunakan plastic sampah yang mempunyai kualiti yang bersesuaian dan tidak terlalu nipis

c) Kontraktor hendaklah menyimpan segala peralatan mencuci dan membersih di tempat yang sesuai dan tidak diletakan di pantry

d) Kontraktor hendaklah memastikan pekerja sentiasa berpakaian sopan (berunifom sekiranya ada)

e) Kontraktor hendakalah memastikan pekerja-pekerja yang dilantik tiada rekod jenayahf) Kontraktor boleh diminta untuk menjalankan tugas pembersihan tambahan sekiranya

terdapat majlis khasg) Jabatan berhak untuk memotong bayaran sekiranya kontraktor gagal mematuhi

spesifilkasi yang telah ditetapkan.

16/16

Page 13:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Bil. Spesifikasi/Tempat/Jenis Kerja Standard Kualiti Kerja yang Diperlukan Patuh(Ya/ Tidak)

D SENARAI PEKERJA

a) Satu (1) orang penyelia didalam bangunanb) Satu(1) orang pekerja am didalam bangunan

E SENARAI PERALATAN BAGI PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH

a) Mesin pengelap lantai secukupnyab) Mesin vakum secukupnyac) Mesin penyedut air secukupnyad) Pad untuk scrubbing secukupnyae) Pad polishing secukupnyaf) Penyapu dan penyapu lidi secukupnyag) Mop kering dan mop basah secukupnyah) Kain tuala untuk mengelap secukupnyai) Plastic sampah bersaiz besar dan kecil untuk tong dan bakul sampah secukupnyaj) Bahan/cecair untuk membasuh tangan dan untuk kerja membasuh dan mencuci

secukupnyak) Semua serbuk pencuci dan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci. Lain-lain

keperluan nyatakan.

DENGAN INI SAYA SEPERTI PENAMA DALAM SYARIKAT ________________________________________________ MENGESAHKAN BAHAWA BUTIR-BUTIR YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR DAN SEKIRANYA BERJAYA AKAN DILAKSANAKAN SEPENUHNYA.

Tandatangan :

Nama Penyebutharga :No kad pengenalan :Jawatan :Cop Syarikat :

LAMPIRAN B

SURAT AKUAN PEMBIDABagi

No. Sebut Harga : Jakim (B) 6/2016

Perkhidmatan Mencuci Dan Membersih Pejabat Bahagian Pembangunan Insan, Jakim Di Cyberjaya, Selangor Bagi Tempoh 6 Bulan

Saya, …………………………………….......................................nombor K.P. .........………………...... yang mewakili …………………………………..................................................................................................... nombor Pendaftaran …...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

16/16

Page 14:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……………………………......Nama:No. K/P:Cop Syarikat:Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

LAMPIRAN C

PENYATA AKAUN BANK :

Sila sertakan salinan penyata Bulanan Bank satu (1) bulan terakhir (Februari 2016). Sebut harga yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.

16/16

Page 15:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

LAMPIRAN D

REKOD PENGALAMAN PERKHIDMATAN/BEKALAN BERKAITANSenaraikan semua bekalan dan perkhidmatan berkaitan yang telah /sedang dilaksanakan dalam tempoh 2015

Bil Nama Perkhidmatan Nilai Kontrak (RM)

Tempoh Kontrak

Tarikh Tempoh Kontrak

Nama & Alamat Agensi

Tarikh Mula

Tarikh Tamat

16/16

Page 16:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

* Sila Kemukakan lampiran sekiranya ruangan di atas tidak mencukupi:

Nama & Jawatan : .........................................................................

Tarikh :

LAMPIRAN E

SALINAN AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT DARI KEMENTERIAN KEWANGAN

16/16

Page 17:  · Web viewARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA KENYATAAN TAWARAN Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

SENARAI SEMAK

No. Sebut Harga : Jakim (B) 6/2016

Sila tandakan () bagi dokumen–dokumen yang disertakan:

Bil Perkara/ Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat

Untuk Ditanda Oleh

Jawatankuasa

DOKUMEN TAWARAN HARGA

1. Borang Sebut Harga Bekalan/Perkhidmatan (Lampiran Q)

2. Jadual Pematuhan Spesifikasi – (Lampiran A)

3. Surat Akuan Pembida (Lampiran B)

4. Salinan Penyata Akaun bank yang terkini (bulan Februari 2016) yang telah disahkan oleh pihak bank. Sebut harga yang tidak disertakan dengan penyata bulanan ini akan ditolak. (Lampiran C)

5. Rekod Pengalaman Perkhidmatan Berkaitan (Lampiran D)

6. Salinan Pendaftaran Kementerian Kewangan(Lampiran E)

16/16