sebut harga bagi perkhidmatan kafetaria di wisma … 3 - spesifikasi... · 2019-02-07 · 3.4 harga...

15
SULIT 1 SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA BERITA, JABATAN PENYIARAN MALAYSIA UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK SETUJU CATATAN 1.0 LATAR BELAKANG OPERASI KAFETERIA 1.1. Jabatan Penyiaran Malaysia mempunyai 4 buah bangunan yang beralamat di Angkasapuri, 50614 Kuala Lumpur dan mempunyai warga Jabatan seramai lebih kurang 2,500 orang. 1.2. Salah satu bangunan Wisma Berita dilengkapkan dengan sebuah kafeteria yang terletak di Aras G berkeluasan 767.97 m.p, ruang tertutup bukan berhawa dingin dan ruang terbuka di bahagian luar serta ruang masak utama berkonsepkan heavy cooking. 1.3. Ruang kafeteria ini tidak dilengkapkan dengan kerusi dan meja. Ruang tersebut dianggarkan dapat menampung seramai 200 orang pada satu-satu masa di ruang tertutup dan terbuka. 1.4. Waktu operasi kafeteria adalah seperti berikut: Isnin - Jumaat : 6.00 pagi 6.30 petang Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 6.00 pagi 3.00 petang 1.5. Penyebut harga dikehendaki menyediakan perkhidmatan menjual makanan dan minuman yang berkualiti kepada semua warga Jabatan dengan harga yang berpatutan.

Upload: doananh

Post on 13-Mar-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

1

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA BERITA, JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

1.0 LATAR BELAKANG OPERASI KAFETERIA

1.1. Jabatan Penyiaran Malaysia mempunyai 4 buah bangunan yang

beralamat di Angkasapuri, 50614 Kuala Lumpur dan mempunyai

warga Jabatan seramai lebih kurang 2,500 orang.

1.2. Salah satu bangunan Wisma Berita dilengkapkan dengan sebuah

kafeteria yang terletak di Aras G berkeluasan 767.97 m.p, ruang

tertutup bukan berhawa dingin dan ruang terbuka di bahagian luar

serta ruang masak utama berkonsepkan heavy cooking.

1.3. Ruang kafeteria ini tidak dilengkapkan dengan kerusi dan meja.

Ruang tersebut dianggarkan dapat menampung seramai 200 orang

pada satu-satu masa di ruang tertutup dan terbuka.

1.4. Waktu operasi kafeteria adalah seperti berikut:

Isnin - Jumaat : 6.00 pagi – 6.30 petang

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 6.00 pagi – 3.00 petang

1.5. Penyebut harga dikehendaki menyediakan perkhidmatan menjual

makanan dan minuman yang berkualiti kepada semua warga

Jabatan dengan harga yang berpatutan.

Page 2: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

2

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

2.0 PENDAFTARAN KEWANGAN

2.1 Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor Pengendalian

Kafetaria yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Di

Bawah Kod Bidang 040301 – Makanan Bermasak Islam.

Pendaftaran yang berkaitan mestilah yang masih sah tempohnya.

3.0 BAYARAN SEWA

3.1 Penyebut harga hendaklah menawarkan kadar sewaan bulanan.

Sewaan bulanan tidak termasuk dengan bil air dan elektrik.

3.2 Kadar minima sewa bulanan bagi kafetaria ialah sebanyak

RM7,950.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ribu Sembilan Ratus Lima

Puluh Sahaja). Sepanjang bulan Ramadan, kadar sewaan minima

adalah separuh daripada kadar sewa iaitu sebanyak RM3,975.00

(Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sembilan Ratus tujuh Puluh Lima

Sahaja).

Page 3: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

3

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

3.3 Penyebut harga hendaklah memasukkan harga tawaran sewaan

bagi Kafetaria di Lampiran A. Pembayaran sewa hendaklah dibuat

pada atau sebelum 10 (sepuluh) hari bulan pada setiap bulan

kepada Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia dalam

bentuk Bank Draf di atas nama Ketua Pengarah Jabatan

Penyiaran Malaysia. Kerajaan berhak untuk mengambil tindakan ke

atas kegagalan pihak tuan menjelaskan sewaan bulanan.

3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga

yang ditawarkan didalam sebutharga. Sekiranya terdapat rungutan

daripada pihak pengguna atau pihak Pengurusan Jabatan Penyiaran

Malaysia mengenai harga jualan yang tidak munasabah, maka

Kerajaan berhak menarik balik tawaran yang telah dibuat pada bila-

bila masa sahaja tanpa apa-apa bayaran pampasan

3.5 Harga tawaran yang diberikan oleh Operator Kafeteria semasa

menyertai sebutharga ini adalah muktamad. Sebarang permintaan

untuk kenaikan harga selepas sebutharga perlu mendapat kelulusan

pihak Jabatan terlebih dahulu.

Page 4: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

4

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

4.0 DEPOSIT CAGARAN

4.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki membuat pembayaran

wang cagaran untuk tempoh tiga (3) bulan DAN sewa bulan

pertama dalam bentuk Bank Draf di atas nama Ketua Pengarah

Jabatan Penyiaran Malaysia kepada Seksyen Kewangan dan

Pentadbiran, Jabatan Penyiaran Malaysia, Tingkat 3, Wisma TV,

Angkasapuri.

5.0 SKOP OPERASI

5.1 Perkhidmatan kafetaria adalah wajib adalah dari jam 6.00 pagi

hingga 6.30 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan

jam 6.00 pagi sehingga 3 petang pada hari Sabtu, Ahad dan cuti

umum. Oleh sebab Jabatan Penyiaran Malaysia beroperasi 24

jam, Pengusaha Kafetaria dibenarkan beroperasi 24 jam. Sebarang

perubahan waktu hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada

Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Penyiaran Malaysia.

Page 5: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

5

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

5.2 Penyebut harga hendaklah menyediakan perkhidmatan menjual

makanan dan minuman HALAL yang berkualiti sahaja.

5.3 Penyebut harga perlu menyediakan perkhidmatan makanan

berpandukan:

a) Akta Makanan 1983 (AM, 1983)

b) Peraturan Peraturan Makanan 1985 (PPM, 1985)

c) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM,2009)

d) Garis Panduan Mass Catering KKM 2012

e) Modul Latihan Katering Sihat KKM 2004

f) Garis Panduan Penilaian Pengiktirafan Kafeteria Sihat 2012

g) Garis Panduan Amalan Pengilangan yang baik (GMP)

h) Garis Panduan Pelaksanaan Vending Machine (Mesin Jual

Minuman dan Makanan Sihat di Fasiliti Kesihatan Kementerian

Kesihatan Malaysia 2011 atau Garis Panduan Pelaksanaan

Mesin Layan Diri (vending machine) Minuman dan Makanan Sihat

dalam Perkhidmatan Awam 2011.

i) Lain-lain akta, pekeliling dan surat-surat pekeliling Kementerian

Kesihatan Malaysia, Kementerian Kewangan dan Pihak Berkuasa

Tempatan berkaitan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

Page 6: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

6

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

5.4 Penyebut harga perlu mengemukakan cadangan menu di Lampiran

B mengikut kategori seperti berikut: Menu Tempatan / Menu

Western / Menu Vegetarian/Menu berbilang kaum atau mana-mana

menu yang berkonsepkan menu sihat.

Nota : Penyebut harga perlu melabel hidangan berunsurkan daging

lembu/kambing dan lain-lain bagi menjaga sensitiviti kaum/agama di

kalangan pengguna.

5.5 Penyebut harga hendaklah wajib menerima tempahan makanan bagi

mesyuarat, kursus atau majlis rasmi mengikut Panduan Penyediaan

Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat. Namun begitu pihak Jabatan

sentiasa mempunyai hak untuk membuat pesanan perkhidmatan

makanan selain daripada Pengusaha Kafeteria yang sedia ada.

Nota: Penyebut harga hendaklah berdaftar dalam sistem

ePerolehan bagi memudahkan urusan tempahan makanan daripada

PTJ / Pusat Kos.

5.6 Penyebut harga adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk

menyediakan pekerja yang mencukupi dan efisien pada setiap masa

bagi memastikan operasi kafeteria sentiasa berjalan lancar

terutamanya pada waktu puncak.

Nota: Penyebut harga diminta untuk menyatakan bilangan

kakitangan yang terlibat dalam pengendalian kafeteria ini.

Page 7: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

7

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

5.7 Penyebut harga hendaklah mengemukakan senarai nama dan

maklumat peribadi pekerja yang bertugas di Kafeteria seperti di

Lampiran C kepada pihak Jabatan. Penyebut harga diminta

mengutamakan warganegara Malaysia sebagai tenaga kerja. Walau

bagaimanapun, jika tenaga pekerja asing diperlukan pekerja tersebut

mestilah mempunyai permit kerja yang sah dalam bidang

pengendalian makanan, lulus tapisan keselamatan dan hanya bagi

kerja-kerja pembersihan sahaja.

5.8 Kebajikan, keselamatan pekerja dan peralatan adalah dibawah

tanggungjawab sepenuhnya pihak Pengusaha Kafetaria. Pihak

Jabatan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan,

kecurian atau kerugian yang berlaku di pihak Pengusaha Kafetaria.

6.0 PERJANJIAN DAN KONTRAK

6.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani satu (1)

dokumen perjanjian dengan Jabatan Penyiaran Malaysia.

6.2 Kontrak ini adalah selama dua (2) tahun mulai tarikh setuju terima

ditandatangani.

Page 8: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

8

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

6.3 Penyebut harga adalah dilarang sama sekali membuat penyediaan

keperluan katering luar di dalam kawasan kafetaria Jabatan.

Tindakan akan diambil sekiranya pihak Pengurusan RTM mendapati

penyebut harga melanggar peraturan ini.

7.0 PENGURUSAN BAHAN MENTAH, MAKANAN/MINUMAN

BERMASAK, DAN BERBUNGKUS

7.1 Penyebut harga bertanggungjawab memastikan pengendalian

bekalan bahan makanan mentah hendaklah mematuhi perkara-

perkara berikut:

a) Memastikan bahan mentah dan diproses adalah dari sumber-

sumber yang diiktiraf, berkualiti dan diakui HALAL oleh badan yang

diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

b) Memastikan ruang penerimaan dan penyimpanan bahan mentah

bersesuaian, berkeadaan bersih dan selamat.

7.2 Penyebut harga hendaklah menyediakan kemudahan yang

mencukupi, bersih dan “mesra alam” bagi penyimpanan makanan

yang sempurna dan selamat bagi bahan mentah dan bahan yang

sudah dimasak atau sedia untuk dimakan.

Page 9: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

9

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

7.3 Makanan yang dimasak perlulah mematuhi Akta Makanan 1983,

Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, Garis Panduan

Amalan Pengilangan yang baik (GMP) dan Garis Panduan Penilaian

Pengiktirafan Kafeteria Sihat 2012.

7.4 Penyediaan makanan adalah berkonsepkan sedia dan hidang serta

masakan panas. Penggunaan semula makanan siap masak

(recycle) termasuk minyak masak adalah tidak dibenarkan.

7.5 Makanan yang telah siap dimasak perlu disimpan di dalam bekas yang bersih, bertutup, mesra alam dan boleh mengekalkan suhu makanan: a) Makanan panas : Disimpan di dalam steam tables/ food warmer/ bain Marie b) Makanan sejuk: Disimpan di dalam ruang penyejuk (display chiller)

7.6 Penyebut harga hendaklah menyediakan variasi makanan/minuman

tambahan siap berbungkus yang pelbagai seperti sandwich,

minuman tin/kotak, biskut, buah potong, kuih, kek dan lain-lain snek

berkhasiat yang bersesuaian.

Page 10: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

10

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

8.0 PEKERJA KAFETARIA DAN PENGELOLA MINUMAN DAN

MAKANAN

8.1 Kakitangan kafeteria hendaklah bebas daripada sebarang penyakit

berjangkit dan memastikan diri serta persekitaran sentiasa berada

dalam keadaan bersih dan sihat.

8.2 Semua pengendali makanan WAJIB menjalani suntikan anti-typhoid.

Bukti pengambilan suntikan hendaklah diserahkan dalam tempoh

dua (2) minggu kepada pihak Jabatan selepas menandatangani

Surat Setuju Terima bagi Penyebut harga yang berjaya.

8.3 Penyebut harga bertanggungjawab memastikan:

a) Semua pengendali makanan memakai pakaian seragam yang

sopan, bersesuaian dan lengkap dengan apron berwarna cerah,

penutup kepala, tanda nama serta kasut semasa bertugas.

b) Memastikan pakaian seragam yang dipakai sentiasa bersih dan

kemas pada setiap masa.

Page 11: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

11

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

8.4 Latihan Asas Pengendali Makanan

Setiap pengendali makanan WAJIB menjalani latihan pengendali

makanan dan mendapat sijil latihan pengendali makanan yang

dikendalikan oleh institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan

Kebersihan Makanan 2009. Salinan sijil hendaklah diserahkan dalam

tempoh dua (2) minggu kepada pihak Jabatan selepas

menandatangani Surat Setuju Terima bagi Penyebut harga yang

berjaya.

9.0 JUALAN DAN SENARAI BAHAN YANG DIJUAL

9.1 Penyebut harga hendaklah meletakkan harga tawaran yang

dinyatakan dalam senarai menu makanan yang disertakan dalam

Sebut Harga ini. HARGA MAKANAN DAN MINUMAN MESTILAH

BERPATUTAN DAN WAJIB DIPAMERKAN dengan jelas di tempat

yang strategik dan mudah di lihat oleh pelanggan.

9.2 Penyebut harga dilarang menjual bahan-bahan makanan dan

minuman yang Tidak Halal, Bahan-bahan yang telah tamat tarikh

luput, beralkohol dan yang dilarang penjualannya oleh Pihak

Berkuasa Tempatan.

9.3 Rokok dan sebarang hasil tembakau adalah di larang sama sekali

penjualannya di kafeteria.

Page 12: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

12

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

9.4 Senarai Bahan yang dijual mestilah mematuhi senarai produk

minuman dan makanan sihat yang dibenarkan seperti yang

terkandung dalam Garis Panduan Pelaksanaan Vending Machine

(Mesin Layan Diri), Minuman dan Makanan Sihat di Fasiliti

Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2011, Minuman dan

Makanan Sihat dalam Perkhidmatan Awam 2011 dan juga Garis

Panduan Penilaian Kafeteria Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia

2012.

9.5 Tidak menggunakan straw minuman plastik. Sebarang

pembungkusan makanan/minuman hendaklah menggunakan

produk biodegradasi serta mematuhi peraturan semasa yang

berkuatkuasa.

10.0 RUANG PREMIS

10.1 Penyebut harga hendaklah memastikan semua perkakasan dan

peralatan kafeteria disusun dengan kemas, teratur dan selamat

untuk mewujudkan suasana ceria, bersih, dan kondusif serta

bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kebersihan ruangan

kafeteria dan kawasan sekitarnya pada setiap masa

10.2 Penyebut harga tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja

pengubahsuaian kepada ruang kerja dan peralatan yang melibatkan

struktur bangunan Kafeteria tanpa kelulusan pihak pengurusan

Jabatan.

Page 13: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

13

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

10.3 Penyebut harga digalakkan membuat usaha-usaha penambahbaikan

di dalam ruang kafeteria yang sedia ada dengan syarat mendapat

kelulusan daripada pihak pengurusan Jabatan dan kosnya

ditanggung oleh Pengusaha Kafeteria.

10.4 Semua kerosakan yang berlaku dalam premis ruang Kafetaria yang

melibatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak Jabatan mestilah

dilaporkan dengan segera kepada Bahagian Khidmat Pengurusan

Jabatan Penyiaran Malaysia secara bertulis/media elektronik. Jika

didapati kerosakan adalah berpunca daripada kecuaian dan salah

guna pihak Pengusaha Kafeteria maka kos pembaikan hendaklah

ditanggung sepenuhnya oleh Pengusaha Kafeteria.

10.5 Penyebut harga hendaklah menyediakan sendiri semua

kelengkapan peralatan memasak, kerusi, meja, peti sejuk beku

(freezer) dan lain-lain peralatan (sekiranya perlu) sebelum

memulakan operasi kafeteria serta menyediakan semua peralatan

sajian termasuk kutleri yang mencukupi dan bersih.

10.6 Pengurusan dan pembuangan sampah serta sisa makanan

hendaklah mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak

Jabatan dan sentiasa memastikan kawasan pembuangan sampah

dalam keadaan bersih.

Page 14: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

14

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

10.7 Mengambil langkah-langkah pencegahan dan penghapusan

serangga perosak (tikus, lalat, semut, lipas dan lain-lain)

terutamanya di tempat penyimpanan makanan dan bahan mentah.

10.8 Menyelenggara dan membersihkan grease trap, floor trap, kitchen

hood, exhaust fan, longkang dan lain-lain bagi memastikan ianya

dapat berfungsi dengan baik. Alat perangkap makanan perlu

disediakan di semua singki, besen cuci tangan dan tempat masak

sebelum air disalurkan ke saluran keluar utama dari premis.

10.9 Kawasan premis perlu sentiasa berada dalam keadaan yang bersih

dan selamat.

a) Lantai - Tidak basah, tidak melekit dan tidak licin

b) Pendawaian elektrik - Tiada pendawaian elektrik yang berbahaya

dalam kawasan premis.

c) Kawasan cuci tangan hendaklah bersih, disediakan tisu dan

sabun pencuci tangan.

Page 15: SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga ... Penyebut harga hendaklah

SULIT

15

BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK

SETUJU CATATAN

11.0 PEMATUHAN PERNIAGAAN/URUSNIAGA

11.1 Penyewa kafeteria perlu mematuhi semua Akta, “By-Laws” dan

peraturan-peraturan yang dikenakan oleh pihak-pihak berkuasa

tempatan yang berkaitan dengan operasi servis makanan.

11.2 Penyebut harga tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang

bertentangan dengan Peraturan dan Undang-undang yang sedang

berkuatkuasa.

11.3 Penyebut harga hendaklah pada bila-bila masa memberi kerjasama

sepenuhnya bagi pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh pegawai

yang diberi kuasa dibawah Akta Makanan 1983.

11.4 Tindakan yang sewajarnya akan diambil jika penyewa tidak

mengambil tindakan ke atas surat peringatan (kebersihan, kualiti

perkhidmatan, tanda harga, aduan dll) daripada pihak Jabatan dan

melambatkan bayaran sewa bulanan.

12.0 PENGALAMAN

12.1 Penyebut harga wajib mempunyai pengalaman mengusahakan

kafetaria atau premis minuman dan makanan sekurang-kurangnya

dua (2) tahun. Sila nyatakan senarai pengalaman di Lampiran D.