jadual kadar harga · 2018-01-08 · penyebut harga : nama dan k/p : ... unit spesifikasi harga...

10

Upload: vuphuc

Post on 11-May-2019

344 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JADUAL KADAR HARGA · 2018-01-08 · Penyebut Harga : Nama dan K/P : ... Unit Spesifikasi Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1. ... Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut
Page 2: JADUAL KADAR HARGA · 2018-01-08 · Penyebut Harga : Nama dan K/P : ... Unit Spesifikasi Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1. ... Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut
Page 3: JADUAL KADAR HARGA · 2018-01-08 · Penyebut Harga : Nama dan K/P : ... Unit Spesifikasi Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1. ... Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut

JADUAL KADAR HARGA

Penyebutharga dikehendaki menghantar contoh PVC Paper 120 kepada Lembaga Lada Malaysia bersama-sama dengan dokumen sebut harga ini.

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebut Harga :

Nama dan K/P :

Alamat Syarikat :

Tarikh : Cop Syarikat :

Mustahak : Lihat Syarat – Syarat Am, Arahan Khas, Spesifikasi Label Gred Lada dan Senarai Semakan

DI BELAKANG

Bil. Perihal

bekalan/perkhidmatan Unit Spesifikasi

Harga Seunit (RM)

Jumlah Harga (RM)

1.

Pencetakan dan penghantaran Label Gred Lada ke Lembaga Lada Malaysia, Kuching, Sarawak

300,000 (dengan pilihan untuk menambahkan sehingga 20% jika ada keperluan)

Seperti pada Lampiran III

Kadar GST 6% Diwajibkan memiliki Sijil Pendaftaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Jika berdaftar). Atau Sila nyatakan tiada caj GST sekiranya tidak mengenakan cukai GST 6%.

Jumlah Keseluruhan (RM)

Page 4: JADUAL KADAR HARGA · 2018-01-08 · Penyebut Harga : Nama dan K/P : ... Unit Spesifikasi Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1. ... Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut

Lampiran I

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat sebut harga yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1. KEADAAN BARANG

Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan. 2. HARGA

(i) Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih meliputi kos penghantaran, kos pembungkusan, kos pengendalian dan sebagainya yang berkaitan termasuk cukai GST 6% jika ada. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan penyebutharga membuat perkiraan ke atas harga yang telah ditawarkan.

(ii) Penyebutharga perlu mengemukakan salinan pendaftaran GST dengan pihak Jabatan KASTAM (JKDM), untuk rujukan MPB.

(iii) Jika penyebutharga tidak berdaftar GST, penyebutharga adalah tidak layak untuk

menuntut GST tersebut dengan MPB.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN

Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item. 4. PERSETUJUAN

(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga; dan

(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan. 5. PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh penyediaan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila

dikehendaki.

6. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan / perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

7. PENOLAKAN

(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan

Page 5: JADUAL KADAR HARGA · 2018-01-08 · Penyebut Harga : Nama dan K/P : ... Unit Spesifikasi Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1. ... Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut

(iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

8. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

9. INSURAN

Tiada apa-apa insuran atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA

10. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

11. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA 12. CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

13. MATA WANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

Page 6: JADUAL KADAR HARGA · 2018-01-08 · Penyebut Harga : Nama dan K/P : ... Unit Spesifikasi Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1. ... Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut

Lampiran II

ARAHAN KHAS

1. Mencetak dan menghantar Label Gred Lada sebanyak 300,000 keping ke alamat berikut :-

Lembaga Lada Malaysia Bahagian Ekonomi, Pemasaran dan Perhubungan Lot 1267, Tingkat 1, Wisma Samajaya Jalan Setia Raja 93350 Kuching Sarawak

2. Pihak Lembaga mempunyai pilihan untuk menambahkan sehingga 20% (iaitu 60,000

keping Label Gred Lada) jika ada keperluan untuk berbuat demikian pada harga yang sama seperti yang ditawarkan oleh penyebut harga.

3. Pembekalan Label Gred Lada adalah secara berperingkat sehingga diselesaikan keseluruhan 300,000 keping tersebut pada bulan Disember 2018. Setiap peringkat pembekalan adalah bergantung kepada jenis warna label dan jumlah unit yang dipesan pada Pesanan Tempatan (LPO).

4. Sekiranya cetakan tidak menepati kualiti atau rosak dan salah cetak nombor siri label maka

penyebutharga dikehendaki mencetak semula tanpa kos tambahan kepada pihak Lembaga.

5. Cara-Cara Melengkapkan Dokumen Sebut Harga:

5.1 Penyediaan Sebut Harga Pembekal adalah dikehendaki menghantar dan mengisi dengan pen berdakwat hitam/biru semua maklumat berikut dengan sepenuhnya:-

5.1.1 Syarat Wajib

i. Memiliki Pendaftaran Perniagaan (trade license); ii. Memiliki Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan (MOF); iii. Memiliki Sijil Pendaftaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Jika berdaftar); dan iv. Menghantar sampel / contoh PVC Paper 120 kepada Lembaga Lada

Malaysia.

5.1.2 Dokumen sokongan i. Salinan Dokumen/ borang berkaitan daripada pihak Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM); ii. Salinan Profil Syarikat/ Organisasi; dan iii. Pengalaman kerja yang berkaitan.

5.1.3 Borang yang perlu diisi dengan lengkap

i. Jadual Kadar Harga.

*Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas penyebutharga hendaklah menggaris kesalahan dan menandatangani ringkas semua pembetulan.

Page 7: JADUAL KADAR HARGA · 2018-01-08 · Penyebut Harga : Nama dan K/P : ... Unit Spesifikasi Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1. ... Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut

6. Penyerahan Dokumen Sebut Harga

Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah:-

i. Dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dituliskan dengan Sebut Harga No.:

MPB/2018/B1/A1 – SEBUT HARGA BAGI PENCETAKAN DAN PENGHANTARAN LABEL GRED LADA KE LEMBAGA LADA MALAYSIA, KUCHING, SARAWAK.

ii. Dokumen Sebut Harga hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam peti Sebut harga pada atau sebelum tarikh, masa dan di tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.

iii. Sebut Harga yang diserahkan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

7. Tempoh Penghantaran Bekalan

Pembekalan ini hendaklah disiapkan dan dihantar dalam tempoh tidak melebihi 4 minggu daripada tarikh Borang Pesanan Tempatan (LPO).

8. Tempoh Sah Sebut Harga

Sebut Harga ini sah untuk tempoh Sembilan Puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebut harga. Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah tersebut. Sekiranya penyebutharga berbuat demikian, maka penyebutharga berkenaan akan disenarai hitamkan daripada menyertai mana-mana sebut harga/tender Lembaga dimasa hadapan. Harga yang ditawarkan hendaklah kekal sepanjang tempoh setahun berkenaan.

Page 8: JADUAL KADAR HARGA · 2018-01-08 · Penyebut Harga : Nama dan K/P : ... Unit Spesifikasi Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1. ... Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut

Lampiran III

SPESIFIKASI LABEL GRED LADA

1. Bahan buatan : PVC Paper 120 2. Saiz : 6cm X 14cm

3. Warna label dan perkataan adalah seperti pada jadual di muka surat berikutnya.

4. Nombor siri Label Gred Lada akan dinyatakan dalam Pesanan Tempatan (LPO) 5. Berikut ialah lakaran bagi Label Gred Lada tersebut:-

MPB 40P

MALAYSIAN PEPPER BOARD (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi)

This bag is from a consignment which was

inspected on ……………… for its grade and

found to conform to:

SARAWAK LIGHT BLACK PEPPER

BL No.:

Kod Label

Nombor Siri

Logo Berwarna Hitam

Tebukan Lubang

Jenis Gred Lada

Warna Label pada Hadapan dan Belakang

adalah SAMA

Page 9: JADUAL KADAR HARGA · 2018-01-08 · Penyebut Harga : Nama dan K/P : ... Unit Spesifikasi Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1. ... Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut

*Sambungan

Bil. Nama Label Kod Label Warna Label (Hadapan & Belakang)

Warna Perkataan

Jenis Gred Lada

Nombor Siri

1. Brown Label MPB 40S Dark Brown

Putih STANDARD MALAYSIAN

BLACK PEPPER NO. 1

MB1 No. : 000000

2. Yellow Label MPB 40C Yellow Hitam SARAWAK SPECIAL BLACK

PEPPER

BS No. : 000000

3. Black Label MPB 40D Black Putih SARAWAK FAQ BLACK

PEPPER

BF No. : 000000

4. Purple Label MPB 40L Purple Putih SARAWAK FIELD BLACK

PEPPER

BFL No. : 000000

5. Grey Label MPB 40M Grey Hitam SARAWAK COARSE

FIELD BLACK PEPPER

BC No. : 000000

6. White Label MPB 40P White Hitam SARAWAK LIGHT BLACK

PEPPER

BL No. : 000000

7. Cream Label MPB 40R Cream Hitam STANDARD MALAYSIAN

WHITE PEPPER NO. 1

MW1 No. : 000000

8. Green Label MPB 40 Green Hitam SARAWAK SPECIAL WHITE

PEPPER

WS No. : 000000

9. Blue Label MPB 40A Deep Blue

Putih SARAWAK FAQ WHITE

PEPPER

WF No. : 000000

10. Orange Label

MPB 40J Orange Putih SARAWAK FIELD WHITE

PEPPER

WFL No. : 000000

11. Grey Label MPB 40K Grey

Hitam SARAWAK COARSE

FIELD WHITE PEPPER

WC No. : 000000

12. White Label MPB 40N White Hitam SARAWAK LIGHT WHITE

PEPPER

WL No. : 000000

Page 10: JADUAL KADAR HARGA · 2018-01-08 · Penyebut Harga : Nama dan K/P : ... Unit Spesifikasi Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1. ... Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut

LAMPIRAN IV

SENARAI SEMAKAN PENCETAKAN DAN PENGHANTARAN LABEL GRED LADA KE LEMBAGA LADA MALAYSIA,

KUCHING, SARAWAK

Sila Tandakan √ Bagi Dokumen-Dokumen Yang Disertakan.

Bil Perkara/ Dokumen

Untuk Ditanda Syarikat/ Pembekal

Untuk ditanda Jawatankuasa

Pembuka Sebut Harga

1 Jadual Kadar Harga (Diisi oleh pembekal) (Wajib Disertakan)

2 Memiliki Sijil Pendaftaran Perniagaan (trade license) (Wajib)

3 Memiliki Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan (MOF) (Wajib)

4 Memiliki Sijil Pendaftaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Jika berdaftar) (Wajib)

5 Sampel / contoh PVC Paper 120 kepada Lembaga Lada Malaysia (Wajib Disertakan)

6 Salinan Dokumen/ borang berkaitan daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

7 Salinan Profil Syarikat/ Organisasi (Digalakkan untuk disertakan)

8 Pengalaman kerja yang berkaitan (Sila nyatakan)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebutharga. Semua maklumat dan salinan dokumen yang disertakan adalah benar.

Jawatankuasa Pembuka Sebut harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda ( √ ) di atas adalah benar.

Tandatangan : ..........................................................................

Pengerusi: Tandatangan : .........................................

Nama : .....................................................

Nama : ..................................................................................... Jawatan : .................................................

Jawatan : ..................................................................................

Tarikh : .....................................................................................

Ahli: Tandatangan : ......................................... Nama : ..................................................... Jawatan : ................................................. Ahli: Tandatangan : ......................................... Nama : ..................................................... Jawatan : .................................................

COP SYARIKAT