inkuiri pengesahan - k3

3
INKUIRI PENGESAHAN Tajuk : Mengkaji hubungan antara daya dan tekanan. Hasil Pembelaja ran : Mereka bentuk eksperimen untuk menentukan hubungan antara daya dan tekanan. Sumber foto :http://www.dreamstime.com Pak Ally, seorang warga emas, sedang memindahkan baja dari stor ke tapak penyemaian. Apabila baja penuh diisi ke dalam kereta sorong, Pak Ali mendapati tayar kereta sorong itu lebih terbenam ke dalam tanah. Apabila daya bertambah, tekanan bertambah. Buktikan bahawa apabila daya yang dikenakan ke atas sesuatu objek bertambah, tekanan yang diterima oleh objek turut bertambah. Bahan dan Radas : Plastisin, pemberat, silinder, angkup vernier A . Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan radas serta langkah-langkah seperti berikut: 1. Letakkan silinder di atas plastisin seperti dalam rajah. 2. Letakkan pemberat, m = 50 g di atas silinder. 3. Tekanan diukur dengan mengukur kedalaman penembusan silinder, h dengan menggunakan angkup vernier. 5. Rekodkan nilai h, m dan W dalam jadual. Diberi W = mg. 6. Ulang eksperimen dengan menggunakan pemberat, m = 60 g, 70 g, 80 g dan 90 g. 7. Plotkan graf h melawan berat, W pada kertas graf yang disediakan. 1

Upload: crystal-young

Post on 15-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hu

TRANSCRIPT

Page 1: INKUIRI PENGESAHAN - K3

INKUIRI PENGESAHAN

Tajuk : Mengkaji hubungan antara daya dan tekanan.Hasil Pembelajaran

: Mereka bentuk eksperimen untuk menentukan hubungan antara daya dan tekanan.

Sumber foto :http://www.dreamstime.com

Pak Ally, seorang warga emas, sedang memindahkan baja dari stor ke tapak penyemaian. Apabila baja penuh diisi ke dalam kereta sorong, Pak Ali mendapati tayar kereta sorong itu lebih terbenam ke dalam tanah.

Apabila daya bertambah, tekanan bertambah.

Buktikan bahawa apabila daya yang dikenakan ke atas sesuatu objek bertambah, tekanan yang diterima oleh objek turut bertambah.

Bahan dan Radas : Plastisin, pemberat, silinder, angkup vernier

A. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan radas serta langkah-langkah seperti berikut:

1. Letakkan silinder di atas plastisin seperti dalam rajah.2. Letakkan pemberat, m = 50 g di atas silinder.3. Tekanan diukur dengan mengukur kedalaman penembusan silinder, h dengan menggunakan

angkup vernier.5. Rekodkan nilai h, m dan W dalam jadual. Diberi W = mg.6. Ulang eksperimen dengan menggunakan pemberat, m = 60 g, 70 g, 80 g dan 90 g.7. Plotkan graf h melawan berat, W pada kertas graf yang disediakan.

1

Page 2: INKUIRI PENGESAHAN - K3

B. Berdasarkan kepada eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan eksperimen yang mengandungi perkara-perkara yang berikut:

1) Tujuan2) Inferens3) Hipotesis4) Pemboleh ubah

a) manipulasib) bergerak balasc) dimalarkan

5) Prosedur eksperimen6) Penjadualan data7) Analisis data 8) Kesimpulan

C. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang permasalahan berikut:

Sumber foto :http://i.telegraph.co.uk

Pak Abbu, yang berusia muda 2 tahun daripada Pak Ally, terpaksa menggunakan seluruh tenaganya untuk menyorong kereta sorongnya ketika membantu Pak Ally di tapak penyemaian. Sebagai seorang jiran prihatin yang melihat kesukaran yang dialami oleh Pak Abbu, cadangkan pengubahsuaian yang boleh dilakukan kepada kereta sorong tersebut bagi memudahkan warga emas seperti Pak Ally dan Pak Abbu.Justifikasikan cadangan anda.

2

Page 3: INKUIRI PENGESAHAN - K3

Cadangan Soalan

1. Tayar dilebarkan – menambahkan luas permukaan – mengurangkan tekanan2. Bilangan roda ditambah – daya dapat diagihkan – mengurangkan tekanan3. Letak enjin pada kereta sorong

3