inkuiri berstruktur

5
INKUIRI BERSTRUKTUR Laporan Eksperimen 1) Tujuan : Mengkaji kesan suhu terhadap kadar tindak balas 2) Pernyataan masalah : Bagaimanakah suhu larutan natrium tiosulfat mempengaruhi kadar tindak balas? 3) Hipotesis : Semakin tinggi suhu larutan natrium tiosulfat, semakin tinggi kadar tindak balas. 4) Pemboleh ubah a. Manipulasi : Suhu larutan natrium tiosulfat b. Bergerak balas: Kadar tindak balas c. Dimalarkan : Kepekatan larutan natrium tiosulfat dan asid hidroklorik 5) Prosedur eksperimen: a. 50 cm 3 larutan R1 (larutan natrium tiosulfat 2 mol dm -3 ) disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan dituang ke dalam kelalang kon. b. Suhu larutan R1 disukat dengan menggunakan termometer. c. Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas bertanda ‘X’. d. 5 cm 3 larutan R2 (asid sulfurik 1.0 mol dm -3 ) disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan dituang ke dalam kelalang kon yang mengandungi 50 cm -3 larutan R1. e. Jam randik dimulakan. f. Campuran di dalam kelalang kon digoncang dan diletakkan di atas kertas bertanda ‘X’. g. Tanda ‘X’ diperhatikan secara tegak daripada atas.

Upload: emmie-coleta-a-j

Post on 04-Jan-2016

296 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

inkuiri berstruktur

TRANSCRIPT

Page 1: INKUIRI BERSTRUKTUR

INKUIRI BERSTRUKTUR

Laporan Eksperimen

1) Tujuan : Mengkaji kesan suhu terhadap kadar tindak balas

2) Pernyataan masalah : Bagaimanakah suhu larutan natrium

tiosulfat mempengaruhi kadar tindak balas?

3) Hipotesis : Semakin tinggi suhu larutan natrium tiosulfat, semakin

tinggi kadar tindak balas.

4) Pemboleh ubah

a. Manipulasi : Suhu larutan natrium tiosulfat

b. Bergerak balas: Kadar tindak balas

c. Dimalarkan : Kepekatan larutan natrium tiosulfat dan asid

hidroklorik

5) Prosedur eksperimen:

a. 50 cm3 larutan R1 (larutan natrium tiosulfat 2 mol dm-3) disukat

dengan menggunakan silinder penyukat dan dituang ke dalam

kelalang kon.

b. Suhu larutan R1 disukat dengan menggunakan termometer.

c. Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas bertanda ‘X’.

d. 5 cm3 larutan R2 (asid sulfurik 1.0 mol dm-3) disukat dengan

menggunakan silinder penyukat dan dituang ke dalam kelalang

kon yang mengandungi 50 cm-3 larutan R1.

e. Jam randik dimulakan.

f. Campuran di dalam kelalang kon digoncang dan diletakkan di

atas kertas bertanda ‘X’.

g. Tanda ‘X’ diperhatikan secara tegak daripada atas.

h. Masa tindak balas direkodkan apabila tanda ‘X’ hilang.

i. Langkah (a) hingga (h) dengan menggunakan 50 cm3 larutan R1

pada suhu 35 oC, 40 oC, 45 oC dan 50 oC.

j. Keputusan eksperimen direkodkan.

Page 2: INKUIRI BERSTRUKTUR

6) Penjadualan Data :

Suhu (oC)Suhu bilik

(30)35 40 45 50

Masa, t (s) 16 12 9 7 4

1/masa, 1/t (s-

1)0.06 0.08 0.11 0.14 0.25

a) Graf suhu melawan masa

b) Graf suhu melawan 1/masa

7) Analisis data:

Daripada graf (a), didapati semakin tinggi suhu larutan natrium

tiosulfat, semakin singkat masa tindak balas. Maka, semakin tinggi

suhu larutan natrium tiosulfat, semakin tinggi kadar tindak balas.

Daripada graf (b), boleh dikatakan apabila suhu bertambah, nilai

1/masa atau kadar tindak balas bertambah.

8) Kesimpulan Eksperimen :

Semakin tinggi suhu larutan natrium tiosulfat, semakin tinggi kadar

tindak balas.

Hipotesis diterima.

Page 3: INKUIRI BERSTRUKTUR

Soalan:

Mg(p) + H2SO4(ce) MgSo4(p) + H2(g)

a) - gas hidrogen terhasil

- Apabila suhu tinggi, gas hidrogen lebih cepat dibebaskan

- Apabila suhu rendah, gas hidrogen lambat dibebaskan

b) Semakin tinggi suhu, semakin cepat kadar tindak balas.

c) Menghitung penghasilan gas hidrogen yang dibebaskan

d) - Kepekatan H2SO4

- Saiz pita magnesium

Page 4: INKUIRI BERSTRUKTUR

Cadangan: menyediakan potongan daging ayam dalam saiz yang kecil.

Penjelasan: apabila saiz daging ayam kecil, masa yang diambil untuk

masak adalah singkat. Hal ini kerana saiz daging ayam yang kecil

mempunyai jumlah luas permukaan yang lebih besar untuk ayam

bertindak balas dengan minyak. Jadi masa yang diambil adalah singkat di

samping penggunaan minyak yang sedikit.

Apabila suhu dikenakan ketika memasak, ia menyebabkan luas

permukaan yang terdedah kepada perlanggaran semakin besar. Jadi kadar

tindak balas adalah lebih tinggi. Apabila kadar tindak balas tinggi, masa

yang diambil untuk daging ayam masak adalah singkat. Ini akan

menjimatkan penggunaan bahan api di samping dapat meningkatkan hasil

jualan kerana lebih banyak ayam yang dapat digoreng dalam masa yang

sedikit.