info terkini - sesb.com.my · pencawang atas tiang berkapasiti 100kv -300kva di kawasan premis...

1
INFO Terkini Bil. 52/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 18 Ogos 2015 SANDAKAN, 15 Ogos - Sebagai sebuah syarikat yang menekankan kecemerlangan bisnes dan perkhidmatan, SESB melancarkan projek perintis bagi menangani masalah kekerapan gangguan elektrik akibat lebihan beban disebabkan sambungan haram di kawasan Perindustrian SEDCO, Batu 3. Pengarah Urusan SESB Tuan Ir. Hj. Abd Razak Sallim dan Timbalan Pengurus Besar (Pembahagian) SESB Tuan Ridwan Saham hadir bagi melakukan lawatan tapak projek tersebut. Pelaksanaan Projek Perintis yang melibatkan pembinaan beberapa Pencawang Atas Tiang (PAT) dijangka akan dapat mengurangkan masalah gangguan bekalan di kawasan Perindustrian SEDCO Batu 3 yang berlaku lebih daripada 100 kali dalam setahun. Rekabentuk projek Pencawang Atas Tiang ini adalah diadaptasikan daripada rekabentuk yang sama di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Antara skop projek ini adalah merentang kabel voltan tinggi dan memasang 9 Pencawang Atas Tiang berkapasiti 100kV -300kVA di kawasan premis untuk kegunaan pengguna berdaftar di kawasan Perindustrian SEDCO, Batu 3 itu sahaja. Kos keseluruhan pelaksanaan fasa 1 projek ini adalah hampir RM700 ribu. Pelaksanaan fasa seterusnya akan dilaksanakan secara berperingkat. Semua pepasangan talian voltan rendah sediada akan ditanggalkan bagi mengelak dan menyulitkan kegiatan penyambungan haram pada masa hadapan. SESB menganggarkan kerugian melebihi RM 1.5 juta setahun akibat daripada sambungan haram di kawasan ini sahaja. Kerugian ini tidak termasuk kawasan-kawasan lain yang didapati menjalankan kegiatan yang sama. Gangguan juga turut memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan bekalan yang diakibatkan oleh perbuatan penyambungan haram yang tidak bertanggungjawab. ® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat PROJEK PERINTIS TANGANI GANGGUAN BEKALAN En. Ismail Lait Komited - Pengarah Urusan bersama warga kerja SESB Sandakan yang terlibat dengan projek perins

Upload: others

Post on 05-Sep-2019

31 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: INFO Terkini - sesb.com.my · Pencawang Atas Tiang berkapasiti 100kV -300kVA di kawasan premis untuk kegunaan pengguna berdaftar di kawasan Perindustrian SEDCO, Batu 3 itu sahaja

INFO Terkini Bil. 52/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 18 Ogos 2015

SANDAKAN, 15 Ogos - Sebagai sebuah syarikat yang menekankan kecemerlangan bisnes dan perkhidmatan, SESB

melancarkan projek perintis bagi menangani masalah kekerapan gangguan elektrik akibat lebihan beban disebabkan

sambungan haram di kawasan Perindustrian SEDCO, Batu 3. Pengarah Urusan SESB Tuan Ir. Hj. Abd Razak Sallim dan

Timbalan Pengurus Besar (Pembahagian) SESB Tuan Ridwan Saham hadir bagi melakukan lawatan tapak projek

tersebut.

Pelaksanaan Projek Perintis yang melibatkan pembinaan beberapa Pencawang Atas Tiang (PAT) dijangka akan dapat

mengurangkan masalah gangguan bekalan di kawasan Perindustrian SEDCO Batu 3 yang berlaku lebih daripada 100 kali

dalam setahun. Rekabentuk projek Pencawang Atas Tiang ini adalah diadaptasikan daripada rekabentuk yang sama di

Tenaga Nasional Berhad (TNB). Antara skop projek ini adalah merentang kabel voltan tinggi dan memasang 9

Pencawang Atas Tiang berkapasiti 100kV -300kVA di kawasan premis untuk kegunaan pengguna berdaftar di kawasan

Perindustrian SEDCO, Batu 3 itu sahaja. Kos keseluruhan pelaksanaan fasa 1 projek ini adalah hampir RM700 ribu.

Pelaksanaan fasa seterusnya akan dilaksanakan secara berperingkat. Semua pepasangan talian voltan rendah sediada

akan ditanggalkan bagi mengelak dan menyulitkan kegiatan penyambungan haram pada masa hadapan.

SESB menganggarkan kerugian melebihi RM 1.5 juta setahun akibat daripada sambungan haram di kawasan ini sahaja.

Kerugian ini tidak termasuk kawasan-kawasan lain yang didapati menjalankan kegiatan yang sama. Gangguan juga turut

memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan bekalan yang diakibatkan oleh perbuatan penyambungan haram yang tidak

bertanggungjawab.

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

PROJEK PERINTIS TANGANI GANGGUAN BEKALAN

En. Ismail Lait

Komited - Pengarah Urusan bersama warga kerja SESB Sandakan yang terlibat dengan projek perintis