info terkini - sesb.com.my · kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam dan pertubuhan...

2
INFO Terkini Bil. 01/TK2015-2016 EDARAN DALAMAN SAHAJA 7 September 2015 KOTA KINABALU, 31 Ogos 2015 - Kontinjen perbarisan SESB berjaya meraih tempat kedua dalam acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2015 yang bertemakan ‘Sehati Sejiwa’. Perarakan tersebut disertai kira-kira 10,000 peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, anggota pasukan keselamatan serta pelajar sekolah yang telah berlangsung di Esplanade berhadapan Hotel Promenande. Pasukan kawad SESB yang memakai pakaian seragam warna korporat merah, kelabu dan putih kembali beraksi setelah berehat pada tahun lepas. Kontinjen SESB berjaya meraih naib johan dalam kategori swasta/Komersial/Badan-Badan Berkanun pada tahun ini. Acara tersebut telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Hj Juhar Datuk Hj Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Hj Aman, Speaker Dewan Negeri Datuk Syed Abbas Syed Ali, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan, semua Menteri kabinet Negeri, Pembantu-Pembantu Menteri, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri/ Persekutuan. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memenangi pertandingan kawad perbarisan Hari Kebangsaan bagi kategori Jabatan Kerajaan berpakaian seragam rasmi. Kategori Jabatan Kerajaan tidak berpakaian seragam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula masing-masing dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya dan Kelab 1Malaysia Jabatan Penerangan. Kategori swasta dan komersial dimenangi oleh Yayasan Sabah manakala Komander Kesatria Sabah meraih tempat pertama kategori institusi pengajian tinggi/kemahiran. Bagi kategori sekolah menengah dan rendah pula masing-masing dimenangi oleh Pusat Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya. ® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat SESB NAIB JOHAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN En. Ismail Lait Ketua konnjen Sjn. PB Sili@Roslee Hj Landah menerima piala daripada Ybhg Y.B Datuk Hj. Zakaria Hj. Mohd. Edris

Upload: trantruc

Post on 13-Jun-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INFO Terkini Bil. 01/TK2015-2016 EDARAN DALAMAN SAHAJA 7 September 2015

KOTA KINABALU, 31 Ogos 2015 - Kontinjen perbarisan SESB berjaya meraih tempat kedua dalam acara perbarisan

dan perarakan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2015 yang bertemakan ‘Sehati Sejiwa’. Perarakan

tersebut disertai kira-kira 10,000 peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, anggota pasukan

keselamatan serta pelajar sekolah yang telah berlangsung di Esplanade berhadapan Hotel Promenande. Pasukan kawad

SESB yang memakai pakaian seragam warna korporat merah, kelabu dan putih kembali beraksi setelah berehat pada

tahun lepas. Kontinjen SESB berjaya meraih naib johan dalam kategori swasta/Komersial/Badan-Badan Berkanun pada

tahun ini.

Acara tersebut telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri

Panglima Hj Juhar Datuk Hj Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri, Datuk Seri Musa

Hj Aman, Speaker Dewan Negeri Datuk Syed Abbas Syed Ali, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri

Panglima Joseph Pairin Kitingan, Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan, semua Menteri kabinet Negeri,

Pembantu-Pembantu Menteri, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri/

Persekutuan.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memenangi pertandingan kawad perbarisan Hari Kebangsaan bagi kategori

Jabatan Kerajaan berpakaian seragam rasmi. Kategori Jabatan Kerajaan tidak berpakaian seragam dan pertubuhan bukan

kerajaan (NGO) pula masing-masing dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya dan Kelab 1Malaysia Jabatan Penerangan.

Kategori swasta dan komersial dimenangi oleh Yayasan Sabah manakala Komander Kesatria Sabah meraih tempat

pertama kategori institusi pengajian tinggi/kemahiran. Bagi kategori sekolah menengah dan rendah pula masing-masing

dimenangi oleh Pusat Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri

Gaya.

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

SESB NAIB JOHAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN

En. Ismail Lait

Ketua kontinjen Sjn. PB Sili@Roslee Hj Landah menerima piala daripada Ybhg Y.B Datuk Hj. Zakaria Hj. Mohd. Edris

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

Para peserta kontinjen membuat persediaan ketika raptai penuh Peserta kekal ceria ketika cuaca panas sewaktu raptai

Disiplin dan konsentrasi tinggi yang dipaparkan kontinjen Para peserta meraikan kejayaan kontinjen ketika sambutan Hari

Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2015

Persediaan penuh sebelum upacara lintas lalu Warga kerja megah mengibarkan bendera SESB

INFO Terkini Bil. 01/TK2015-2016 EDARAN DALAMAN SAHAJA 7 September 2015