seni silat dan gayong ppt

30
Kaitan Seni Pendekar Melayu dengan Silat Gayong Musbri Mohamed Pengarah Urusan Yayasan PEKIDA Malaysia

Upload: musbri-mohamed

Post on 06-Jun-2015

1.661 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

silat melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Seni silat dan Gayong ppt

Kaitan Seni Pendekar Melayu dengan Silat Gayong

Musbri MohamedPengarah UrusanYayasan PEKIDA

Malaysia

Page 3: Seni silat dan Gayong ppt

Kota besar sembilan ruangSepuluh dengan rempat guntingSebelas dengan anjung seriTiang sudut menteri delapanTiang panjang maharajalelaTiang tengah sukar menanti

Page 4: Seni silat dan Gayong ppt

Matlamat

Seni Pendekar Melayu

Mengumpul pendekar-pendekar Melayu

Menyatukan pendekar-pendekar Melayu

Memperkenalkan seni pendekar Melayu

Menanam semangat seni pendekar Melayu kepada golongan muda Melayu; dan

Menyambung legasi pendekar Melayu

Page 5: Seni silat dan Gayong ppt

Sifat-sifat Pendekar Melayu

Berilmu

Berani

Berakhlak

Page 6: Seni silat dan Gayong ppt

Keris juga dilihat sebagai unik kerana ia dianggap sebagai lambang sesebuah kerajaan Melayu dan juga individu tertentu seperti mana Taming Sari yang dikaitkan dengan Hang Tuah.

Page 7: Seni silat dan Gayong ppt

Berkelahi cara MelayuMenikam dengan pantunMenyanggah dengan senyumMarahnya dengan diamMerendah bukan menyembahMeninggi bukan melonjak.Watak Melayu menolak permusuhanSetia dan sabar tiada sempadanTapi jika marah tak nampak telingaMusuh dicari ke lubang cacingTak dapat tanduk telinga dijinjingMaruah dan agama dihina janganHebat amuknya tak kenal lawan

Usman Awang- 26 NOVEMBER 1999

Page 9: Seni silat dan Gayong ppt

Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.

Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.

Page 10: Seni silat dan Gayong ppt

Meor Abd Rahman Silat Gayong

Tok Ku Paloh Al-Aidrus

Page 11: Seni silat dan Gayong ppt

"Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada kita satu peluang. Peluang untuk mempertahankan hak kita. Oleh itu bangkit dan bersuaralah atas nama Agama, Bangsa dan Tanahair"

Page 12: Seni silat dan Gayong ppt

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuhbangunan yang tersusun kukuh

( Ash Shaff : Ayat 4 )( Ash Shaff : Ayat 4 )

Page 13: Seni silat dan Gayong ppt

Sirih junjung sirih pinang Sirih kuning diberi nama Adat dijunjung pusaka dikenangHidup berbudi muafakat bersama

‘Biar Berputih Tulang Pantang Sekali Berputih Mata’

Page 14: Seni silat dan Gayong ppt

Besides having to strengthen their physical beings, silat masters sometimes need to enhance their spiritual or mystical abilities through methods they were taught. We know from stories told by their children, close friends and students that some of these silat masters have some kind of mystical abilities and supernatural energies beyond comprehension by the laymen.

Page 15: Seni silat dan Gayong ppt

Hang Tuah, the great Malay silat exponent during the Sultanate of Malacca, was said to be invincible when in possession of the Taming Sari keris.

Page 16: Seni silat dan Gayong ppt

Stories of flying parang (machete) and other weapons, searching for their targets, are common. These weapons kill or injure the targeted opponent or enemy, whether individually or many. And understandably this method is really accurate, unlike the modern cruise missiles where the innocents are also killed or maimed, crudely termed as "collateral damage". In contrast, the pre-directed weapon (keris or machete) knows what or who to target and look for.

Page 17: Seni silat dan Gayong ppt

ABILITY TO MAKE OBJECTS SHOT OR THROWN BY OPPONENTS TO MISS HIM

This ability is where bullets or weapons directed at him will miss the target. The master will just stand there and the bullets, spears, arrows or whatever, will never touch him. It is as though those bullets or objects were deflected by something. This phenomena can sometimes be seen today during performances and demonstrations by certain styles of the Malay silat.

Page 18: Seni silat dan Gayong ppt

ABILITY TO WALK ON WATER

This ability to walk on water is also one of the mystical abilities of a silat master.

Mat Kilau and Dato’ Bahaman, another famous Pahang nationalist fighter against the British, were known to be able to walk, skim and glide on the rivers of Pahang, not only when escaping, but when going for the attack.

Page 19: Seni silat dan Gayong ppt

Amongst others, it is said that Mat Kilau :-

He can kill a person with just his bare hands. He can lift and carry a cow or bull alone by himself. He can eat fish with the bones intact, without internal injuries. He can drink poisonous drinks without any effect. He only used a stick and bamboo during fights with the British army, who used gunfire. He can make himself looked real dead and disappear from enemies.

Page 21: Seni silat dan Gayong ppt

Silat Seni Gayong ini dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukan penjajah Portugis.

Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau.

Page 22: Seni silat dan Gayong ppt

Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim.

Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas.

Syed Zainal pula mempelajari persilatan ini daripada Daeng Ambok Solok di Pulau Temiang, berdekatan Jambi, Sumatera.

Page 23: Seni silat dan Gayong ppt

Mat Kilau, Dato Bahaman dan Syed Zainal mengikut ceritanya telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang berdekatan dengan Pulau Bangka, rombongan mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai menjalankan amanah Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.

Tok Aki Paya Bungor, Kuantan,Pahang di rumah beliau telah menyatakan fakta ini kepada Penulis dan Allahyarham mantan Presiden PEKIDA iaitu Dato Dr. Haji Mohd Fuad Haji Ahmad pada tahun 1991.

Page 24: Seni silat dan Gayong ppt

Sewaktu ditanya tentang lambang Gayong(temuramah di Universiti Malaya pada tahun 1979), Dato' Meor Abdul Rahman menyatakan, "Asalnya, lambang Gayong bernaga satu. (Apabila)Dato' balik dari Singapura ke Taiping, Dato' kasihankan abang Dato', Meor Aziz yang banyak tolong Dato'. Meor Aziz tidak belajar silat tetapi cukup faham tentang adat-istiadat. Dato' angkat Meor Aziz jadi Penasihat Tertinggi(Advisor), ketika di Perak. Dato' dua beradik, (jadi) tambah satu naga lagi pada lambang Gayong. Yang betul cuma seekor naga sahaja lahir di dunia. Dato' lahir ke dunia dengan seekor ular yang telah pergi ke laut melalui Teluk Kertang di Matang, tempat orang Cina dan Melayu berperang pasal lombong. Ekor naga mengelilingi dunia bermakna Gayong akan terkenal ke seluruh dunia..."

Page 25: Seni silat dan Gayong ppt
Page 26: Seni silat dan Gayong ppt

Pada sekitar tahun 1960, Mahaguru Meor Abdul Rahman telah bertemu dengan Pendita Za'ba di Singapura. Pendita Za'ba adalah berketurunan Bugis. Beliau telah diminta oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk melukis lambang Gayong iaitu yang terdiri daripada gambar seekor naga, sempena peristiwa kelahiran beliau yang berkembarkan seekor ular yang telah bertukar menjadi naga. Dengan bantuan Cikgu Nor Aidil, sijil Gayong yang berasaskan lambang naga satu ini kemudian direka bentuk.

Page 27: Seni silat dan Gayong ppt

Atas nasihat dan usaha Dato’ Onn, Silat Seni Gayong pun didaftarkan di Johor Bahru dan dikenali sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong (No. Pendaftaran 361/tahun 1962, Johor Bahru). Dato’ Onn dilantik sebagai Penasihat dan beliau sendiri menjadi Pengerusi. Dengan terdaftarnya Silat Seni Gayong, maka aktivitinya dapat dijalankan dengan lebih bersistematik dan efektif. Dari Singapura, Silat Seni Gayong telah bertapak di Johor.

Page 28: Seni silat dan Gayong ppt

Pada 6 Mac 1975, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak telah dilantik menjadi Paduka Imam Khalifah dan Penasihat Agung Majlis Tertinggi Adat Istiadat Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman.

Menurut Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, beliau mengambil Tun Abdul Razak sebagai anak angkat kerana berlaku beberapa petanda baik semasa istiadat pertabalan itu dilakukan. Tun Abdul Razak mempunyai beberapa petanda baik yang dapat dilihat semasa istiadat pertabalan itu dijalankan dan adalah suatu perkara yang luar biasa dan sukar diperoleh oleh orang lain.

Page 29: Seni silat dan Gayong ppt

Ketika ditanya tentang siapa pewaris Gayong selepas beliau(di Taiping pada tahun 1989), Dato' Meor Abdul Rahman berkata,

"Pesanan Ungku Syed Zainal, Gayong ini tidak boleh dibagi kepada murid yang tidak diturunkan(tak mahu belajar). Gayong ini, diwajibkan darah daging kita belajar. Kalau tidak mahu belajar, cuma hendakkan warisan - tiada warisan! Orang yang betul-betul jujur mengikut Gayong sekurang-kurangnya 21 tahun, tak putus-putus. Mengikut Dato' ke darat, ke laut, ke lembah...Cikgu Siti Kalsom - jadi Ibu Gayong. Dato' datang ke dunia ini untuk Gayong sahaja. Seorang pembantu Dato' iaitu Ibu Gayong. Gayong akan datang kembali balik semula, yang pangkal balik ke hujung, yang hujung balik ke pangkal, akhirnya akan bersatu balik. Segayong, sekendi, seperigi, seminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging, sepadu. Dato' tidak turunkan kesemua ilmu Gayong kepada seseorang murid - PERLU BERCANTUM!"

Page 30: Seni silat dan Gayong ppt

Melewati masa, nama dan kisah perjuangan pahlawan Melayu semakin dilupakan generasi kini dan mungkin pada masa akan datang. Jika pun ada, rentetan kehidupan pahlawan itu sekadar tersebar menerusi lisan dan ingatan orang lama sehingga ramai keliru memikirkan sama ada kisah itu benar-benar wujud atau sekadar legenda.

Menyedari pentingnya sumbangan dan kewujudan pahlawan-pahlawan Melayu itu didedahkan kepada khalayak untuk diiktiraf sejarah tanah air maka kami mulai dengan catatan kecil ini.