info hiburan dalam islam

Upload: nurul-afifah-zainal-abidin

Post on 07-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    1/14

    Hiburan dalam Islam : Bolehkah Wanita Berdakwah Melalui Nasyid??

    Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu

    : "

    : : .."

    Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita,bersedekah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalahmajoriti ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi

    majoriti ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknatidan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki,Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat.

    Berubah Menjadi Aurat

    Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara dihadapan lelaki bukan mahram?.

    Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan olehIslam.

    "eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya

    " yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.

    "ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.

    "Sedap macam mana tu" tanya saya menduga

    "ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia,astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyumkambing.

    Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlumengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya(kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    2/14

    merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Makaapatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.

    Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Sayamempengerusikan mesyuarat.

    Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikanpandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.

    Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yanglembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semuamahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambilberubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayatyang keluar dari mahasiswi itu.

    Entah apa yang merasuk mereka..

    Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :

    "sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu"

    "siswi mana" tanya saya

    "ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga sayadengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu

    Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh

    meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jikasiswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !

    Teringat Di Jordan

    Saya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikanceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulanwanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapabakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabilasaya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanyavcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang

    'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?

    Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada jugayang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salahseorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyikdan mengulang-mengulang vcd tersebut.

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    3/14

    Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akanmendapat jawapannya.

    Amaran Allah

    Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akanhal ini apabila menyebut :-

    Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramumaka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu,maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)"

    (Al-Ahzab : 32)

    Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk darikecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepadalelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil LiUlum At-Tanzil, 3/137 ; )

    Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanitamenipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapankhalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akanmenjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn

    Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

    Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita jugatergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepadalelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yangbelum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus.

    Suara Wanita Ketika Beribadah

    Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-

    1) Ingin Menegur Imam semasa solat,

    Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaatdan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam denganmenggunakan tepukan sahaja.

    Hadithnya :-

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    4/14

    "

    Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk

    apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)

    Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjagasuaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)

    2) Wanita dan azan

    Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa

    ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanyajika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)

    Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yangbercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )

    3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar .

    Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi merekatidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya

    para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)

    Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkanbacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang adaasasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )

    Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabilamelibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi mengganguibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itudisebutkan

    : : .. () .

    Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana ituNabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untukwanita, maka tiada harus didengari tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath Al-Qadir, 1/206 )

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    5/14

    4) Suara wanita dan talbiah Haji

    Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakatdidengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )

    Kesimpulan

    Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-

    1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Iadiperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total,ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabiladijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; IbnQayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )

    2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalahdiharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah,Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; HasiyahAt-Tohawi ; 1/161)

    Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpakhilaf. Malah bukan sekadar illah suara sahaja yang boleh menjadikan merekatercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayakawam juga.

    Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan denganpakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjaditontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersandingpengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulannashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuhdan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.

    " tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yangseksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokongkumpulan nashid wanita.

    Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.

    Sebagaimana di sebut oleh dalil :-

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    6/14

    Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk denganburuk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal)Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat

    Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ;Majma' Az-Zawaid, 10/228 )

    Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashidwanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.

    Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allahtidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa bolehmengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak ituburuk.

    Nabi SAW bersabda :

    Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yangdiharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )

    Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh AllahSWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkarayang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )

    Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akanmenjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukanmahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untukkomersial dan mengaut untung sahaja.

    Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecualihasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita

    dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaumwanita.

    Sedarilah kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwahmelalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterimaoleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.

    BANTAHAN KEPADA ARTIKEL

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    7/14

    Apabila tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong nashidwanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan satu hadithberkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan nyanyian kepada Aisyahr.a di rumah Nabi SAW.

    Hadith ini adalah seperti berikut :-

    ket : tk kAety .t tt : tt b tt kAety .t a tA ty t

    kAtt t tu tkty bytt tkta tk ttut tuAt At Atu etekut kAty-kAty At kt ytk rty ttAkety tt : t t tty

    etek tt tt.t : " tty Aku detkt k ty itAty d tt

    itA tt : ytka trt kk titty ytk tet rtyk B/bbA

    tt ktet tk:

    ket" :tk kAety itAty d tA ty t kAtt t tu tktyaytt tkta tk ttut tuAt At Atu etek ut kAty-kAty At kt

    ytk rty tt tukt A tku t tkut ttet tt tA t tt.t t u Atk tt ttty Aku Aetkt k AkAk tk d tt tk A

    tttet t tt : kttet"

    Secara ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnyanashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :- 1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbezadengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.

    2) Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukanpenyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang dikenali denganmelembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana penayanyiprofesional. Ini disebutkan melalui nas

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    8/14

    " "

    Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-

    Ertinya : Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dankeduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim, 6/182 : fathAl-Bari, 2/442)3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanyamembiarkannya dinikmati oleh Aisyah. Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw danbukan di khlayak ramai. Imam An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebutberpaling wajah :-

    Ertinya : Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabiMENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhiperkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)4) Takrif Jariah' selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanakwanitabelum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-

    Ertinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh (Umdatul Qari, 6/269)

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    9/14

    Ertinya : Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya digunakanuntuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 : Syarhu As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma'bud :-

    Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu merekamenyanyikan lagu-lagu a'rab ( Awnul Ma'bud, 13/181)Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat ataumasla

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    10/14

    Sejarah Perkembangan Nasyid Di Nusantara & Sumbangannya Sebagai Medium Dakwah

    July 28, 2008, 11:57 amFiled under:Music| Tags:Akademi Nasyid,Halaman Farhan,Rakan Farhan

    1. PENDAHULUAN

    Nasyid merupakan cabang seni yang bersendikan Islam, kerana ia mengandungi lirik yangmerangkumi pesanan, ingatan,kisah para nabi , seruan dakwah Islamiah dan meniupkan

    semangat dalam proses pembangunan bangsa dan negara.

    Perkembangan nasyid yang terus mendapat tempat dihati masyarakat Islam Nusantara telah

    diasaskan oleh lembaran sejarah yang terpahat usaha padu pelbagai pihak dalam memartabatkan

    nasyid sebagai wadah seni yang mampu membawa misi dakwah Islamiah ke tengah masyarakat

    dalam memenuhi tuntutan fitrah berhibur dalam diri manusia.

    Jika diteliti perkembangan semasa, dunia hari ini diwarnai dengan hingar-bingar alunan lagu dan

    irama muzik serba glamour, ini menyebabkan industri nasyid melalui satu persaingan yangsengit untuk terus bertahan sebagai wadah penyebaran dakwah.

    Kenyataan ini menuntut agar seniman nasyid terus bijaksana dalam meniti perjuangan nasyid

    tanpa mengabaikan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak dengan mengambilkira

    sejarah perkembangan nasyid di Nusantara dan sumbangannya sebagai medium penyebaran

    dakwah.

    2. DEFINISI NASYID

    Nasyid merupakan nyayian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-

    kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan yang seumpamanya.[2]

    Menurut Kamus Dewan ( hal: 923) Nasyid ialah lagu yang biasanya dinyayikan secara kumpulan

    yang mengandungi seni kata yang berunsurkan Islam.

    Hj Jalidar Abdul Rahim menjelaskan masyarakat Arab pada zaman dahulu melagukan syair yang

    bertemakan Munajat dan Selawat dan kerap memilih lagu Arab Misri. Sumber maqam lagu Arabyang digunakan untuk membaca ayat suci Al-Quran dan nyayian lain berunsurkan Islam yang

    terdengar melalui nasyid dan qasidah sekarang kebanyakkanya datang daripada aliran Arab

    Iraqi,Hijazi dan Misri disamping tujuh lagi maqam iaitu Banjakka, Hijaz, Musyawaraq, Ras,

    Jaharka, Sika dan Dukah.[3]

    Istilah nasyid menurut masyarakat Indonesia , adalah ganti dari kata qasidah sebagaimana yang

    dimaklumi di daerah Sumatera dan Kalimantan. Bahkan di daerah-daerah lain ada yangmenyebutnya sebagai Tagoni, Samrahan dan sebagainya. Namun jika ditinjau dari bahasa Arab

    nasyid berasal dari kata nasyada yang bermaksud membangkitkan, memberikan semangat,

    meneriakkan dan lain-lain.[4]

    http://rakanfarhan.wordpress.com/2008/07/28/sejarah-perkembangan-nasyid-di-nusantara-dan-sumbangannya-sebagai-medium-dakwah/http://rakanfarhan.wordpress.com/2008/07/28/sejarah-perkembangan-nasyid-di-nusantara-dan-sumbangannya-sebagai-medium-dakwah/http://rakanfarhan.wordpress.com/category/music/http://rakanfarhan.wordpress.com/category/music/http://rakanfarhan.wordpress.com/category/music/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/akademi-nasyid/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/akademi-nasyid/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/akademi-nasyid/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/halaman-farhan/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/halaman-farhan/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/halaman-farhan/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/rakan-farhan/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/rakan-farhan/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/rakan-farhan/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/rakan-farhan/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/halaman-farhan/http://rakanfarhan.wordpress.com/tag/akademi-nasyid/http://rakanfarhan.wordpress.com/category/music/http://rakanfarhan.wordpress.com/2008/07/28/sejarah-perkembangan-nasyid-di-nusantara-dan-sumbangannya-sebagai-medium-dakwah/
  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    11/14

    Sesungguhnya istilah Nasyid telah muncul dalam kebudayaan Arab Islam sejak abad 3H/9M dan

    terus berkembang dari masa ke semasa.[5]

    3. SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI NUSANTARA

    Kedatangan Agama Islam ke Nusantara membawa bersama Seni dan Kebudayaan Arab yangmenarik hati masyarakat Islam khususnya pada keindahan lagu-lagu Arab yang didengar danditerima melalui bacaan Al-Quran dan alunan lagu Qasidah Tawasyih, Ibtihal [6] dan nasyid

    serta selawat dari nuzum syair marhaban dalam memuji dan mengucapkan selawat kepada Nabi

    Muhammad s.a.w.

    Lagu Arab tersebut dibawa secara langsung oleh pendakwah Arab yang datang ke Nusantara

    untuk mengembangkan Islam . Masyarakat Islam di Tanah Melayu telah menjadikan nasyid

    Tawasyih[7], Qasidah Majrur[8] dan bacaan Rawi berzanji dan Marhaban sebagai satu keseniandalam setiap Majlis Perkahwinan, Majlis Khatam al-Quran, Majlis Berkhatan , Majlis

    Menyambut Kelahiran Bayi dan Majlis Menyambut Maulidur Rasul S.A.W.[9]

    3.1 SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI INDONESIA.

    Di Indonesia Qasidah Rebana telah mula berkembang di sekitar Pulau Jawa khususnya di Jakarta

    dan sekitarnya selepas tumbangnnya Parti Komunis Indonesia sekitar tahun 1966/1967,

    dikatakan hampir seluruh lingkungan wilayah dan kampung mempunyai kumpulan Qasidah

    Rebana. Pada kebiasaanya Qasidah Rebana hanya diiringi dengan alat rebana dan tamborin.

    Pada awal tahun 1970-an Qasidah Gambus mula berkembang seiring dengan Qasidah Rebana.

    Qasidah Gambus diiringi dengan alat muzik yang biasanya terdiri dari Gambus, Biola, Seruling,Gendang, Tabla dan sebagainya dan biasanya mereka membawakan lagu-lagu dakwah atau lagu

    yang bertemakan keagamaan, dengan melodi dan irama ala Timur Tengah. Pada masa yang samajuga wujud Orkes Gambus yang biasanya membawakan lagu-lagu asli Timur Tengah. [10]

    Diantara Orkes Gambus yang amat terkenal pada awal tahun 70- an ialah Orkes Gambus El-

    Surayya di bawah pimpinan Almarhum Prof Ahmad Baqi yang terus mengembangkan sayap seninasyid di sekitar Indonesia. Allahyarham Prof Ahmad Baqi yang dilahirkan pada tahun 1920

    adalah tokoh terkenal yang membangunkan seni nasyid bukan sahaja di Indonesia tetapi di

    Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. [11]

    Orkes Gambus El-Suraya yang amat terkenal dengan lagu Selimut Putih yang telah dinyayikan

    oleh Ibu Atikah Rahman [12] terus mendapat tempat hingga ke hari ini kerana liriknya yang

    amat menyentuh hati dan mampu menitiskan airmata bagi yang mengamatinya.

    Sekitar tahun 70-an juga wujudnya kumpulan Qasidah Pop, namun ia hanya diminati olehgolongan elit. Sementara pada pertengahan tahun 80-an perkembangan Qasidah Indonesia turut

    menyaksikan Qasidah Dangdut yang telah diperkenalkan oleh kumpulan Nasidaria dari

    Samarang dan pada tahun 1990 Qasidah Rebana Plus turut menyajikan lagu-lagu nasyid dengandiiringi alat muzik seperti gitar, piano dan sebagainya disamping wujud juga Qasidah Salawatan

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    12/14

    iaitu lagu yang berintikan selawat yang diiringi dengan instrumen muzik yang lembut seperti

    nasyid yang dipopularkan oleh Hadad Alawi dan Sulis.

    Muzik dan Irama nasyid terus berkembang di Indonesia dengan wujudnya Festivel Nasyid

    Indonesia (FNI), Festivel Nasyid Nusantara (FNN) dan gerakkan kebangkitan nasyid Indonesia

    yang digiatkan oleh Fatahillah Manajemen Indonesia(FMI)[13].

    3.2 SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI MALAYSIA.

    Malaysia turut menerima perkembangan nasyid secara serius pada sekitar tahun 70-80 an.Sehingga berjaya melahirkan kumpulan nasyid yang merakamkan album seperti kumpulan

    nasyid Al-Jawaher yang terkenal dengan nasyid seperti Assalamuaikum, Kembara di Tanah

    Gersang, Mohon Pada-Nya dan sujud pada-Nya. Selain itu terdapat juga artis-artis yang

    merakamkan lagu nasyid secara solo seperti Ahmadi Hassan.

    Negeri Sabah turut melalui perkembangan yang sama, di mana penghijrahan pendakwah dari

    Medan Indonesia yang berkhidmat dengan Majlis Agama Islam Sabah iaitu Tuan Haji UmarSidik telah menubuhkan kumpulan nasyid Gelora Dakwah pada tahun 1975 dan murid

    Allahyarham Prof Ahmad Baqi iaitu Tuan Haji Jalidar bin Abd Rahim telah menubuhkan

    kumpulan nasyid Noor El-Kawakib pada tahun 1978 yang telah berjaya merakamkan kaset danpiring hitam. Diantara lagu yang dimuatkan dalam album pertama kumpulan ini ialah Kekalkan

    Islam di bumi bertuah, Nabi Akhir zaman, Bersatu Baru Islam Sempurna dan sebagainya. [14]

    Perkembangan nasyid turut diwarnai dengan penganjuran pelbagai pertandingan nasyid sekitar

    tahun 1980-an, di mana RTM turut mengendalikan pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan.

    Sementara pada tahun 1991 Festivel Nasyid Kebangsaan telah diurusetiakan oleh Bahagian Hal-Ehwal Islam (BHEAIS) Jabatan Perdana Menteri yang kini di kenali sebagai Jabatan Kemajuan

    Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM telah mengurusetiakan Festivel ini (1991-2006) sebanyak 17kali disamping menguruskan Festivel nasyid peringkat MABIMS (ASEAN) yang diadakan di

    Kuala Lumpur pada tahun 1996. Kategori nasyid yang dipertandingkan pada masa ini secaraumumnya di bahagikan kepada kategori tradisi dan moden.

    Pada tahun 1997, kemunculan kumpulan nasyid kontemporari pertama di Malaysia iaitu

    kumpulan Raihan merupakan perintis kepada era kegemilangan nasyid kontemporari di

    Malaysia. Seiring itu, muncul pula kumpulan nasyid Rabbani, Hijjaz dan Saujana dengan bentuk

    hiburan yang bermesejkan ketuhanan serta menerapkan nilai-nilai Islam yang murni bertujuanmendidik masyarakat.

    Hingga kini irama nasyid terus berkembang subur di Malaysia dengan kelahiran ramai anak-anakmuda yang terus memperjuangkan irama nasyid sebagai medium dakwah yang turut diterima

    oleh masyarakat Brunei dan Singapura.

    3.3 SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI BRUNEI DARUSSALAM.

    Sejarah perkembangan nasyid di negara Brunei Darussalam mula wujud pada tahun 80-an ,

    menurut Hjh Normin Haji Mahali, Bahagian Perhubungan dan Kemajuan Islam, Kementerian

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    13/14

    Hal-Ehwal Agama Negara Brunei. Perkembangan nasyid di negara Brunei banyak tertumpu di

    sekolah- sekolah dan maktab sekitar negara Brunei.

    Setakat ini Kementerian Hal-Ehwal Agama Negara Brunei tidak pernah mengendalikan Festivel

    Nasyid peringkat negara. Pertandingan nasyid lebih banyak diadakan diperingkat sekolah dan

    institusi pendidikan disamping peranan Radio Televisyen Brunei (RTB) untuk menyajikan lagunasyid kepada masyarakat Brunei Darussalam .[15]

    4. SUMBANGAN NASYID SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

    Kecenderungan masyarakat pada hari ini yang gemarkan kepada hiburan perlu dipandu dengan

    pengisian yang betul dan tepat dalam mengharungi arus hedonism yang terus berleluasa.

    Meneliti perkara ini, nasyid dilihat amat signifikan berperanan sebagai hiburan alternatif yang

    juga boleh mengajak manusia kepada kebaikan. Prof Dr Ismail al-Faruqi mengatakan, tidak

    ramai umat Islam yang menyedari akan betapa pentingnya seni suara dan muzik sebagai suatu

    bentuk seni yang mengungkapkan pandangan alam (world view) Islam dan tentang kemesraanyang terdapat diantara seni tampak dan seni dengar (visual and aural arts) di dalam kebudayaan

    Islam. Begitu juga tidak ramai yang sedar tentang pentingnya seni dengar digunakan untuk

    tujuan-tujuan sosial dan dakwah.

    Sehubungan dengan itu nasyid yang merupakan salah satu cabang ilmu handasat al-Aswat (seni

    suara) dan seni dengar yang telah berkembang dengan pesatnya di Nusantara telah menjadimedium dakwah khususnya dalam penghasilan lirik lagu yang mengandungi nilai dalam

    mendidik masyarakat agar memperteguhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah, ketaatan

    kepada Rasulullah S.A.W, menginsafi kebesaran Allah, mengajak manusia menjadikan Sunnahsebagai panduan dan meletakkan kebenaran sebagai pedoman serta kebaikan dan keindahan

    wasilah dalam mencapai matlamat keredhaan Allah S.W.T.

    Nasyid dan Marhaban, telah menjadi aktiviti alternatif sebahagian remaja Islam masa kini,

    khususnya dalam mengimarahkan masjid dan surau serta mengisi pelbagai aktiviti hidup dengan

    perkara yang bermanfaat. Ini dapatkan mengelakkan remaja dari terjebak ke dalam aktiviti gejalasosial yang kian berleluasa.

    Nasyid juga telah menjadi medium penyebaran dakwah dalam dunia penyiaran, di mana lagunasyid telah menjadi salah satu bentuk seni hiburan yang disiarkan di kaca televisyen dan radio,

    Rancangan Nasyid Minggu (NMI) ini yang diterbitkan oleh Bahagian Media Elektronik dan

    Penyiaran JAKIM sejak Mac 2004 menjadi satu pendekatan kepada muda-mudi untuk memilih

    hiburan yang lebih baik dan bermanfaat. Selain daripada hiburan, rancangan ini juga banyakmemaparkan petikan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sesuai dengan tema siaran. [16]

    Carta Nasyid Radio IKIM juga turut menjadi siaran hiburan pilihan sebahagian remaja Islammasakini.

    Konsert yang berintikan seni Islam seperti Nasyid juga telah dijadikan sebagai ruang kerja amal

    dan dakwah secara terbuka kepada semua golongan lapisan masyarakat, usaha yang dilakukan

  • 8/4/2019 Info Hiburan Dalam Islam

    14/14

    oleh Persatuan Penggiat Seni Nasyid Malaysia (PNI) menerusi konsert Thousand Faces OneFaith yang membawa maksud Seribu Wajah Satu Aqidah akan menceritakan kehidupanwarga Islam yang tergolong dari pelbagai keturunan, bangsa dan budaya.

    Konsert yang akan diadakan pada 12 Ogos 2006 ini mempunyai tentatif yang amat menarik

    sebagai medium dakwah. Konsert ini akan dimulakan dengan acara solat maghrib secaraberjemaah oleh semua penonton dan akan diteruskan dengan Nasyid Asmaul Husna secara koir

    bersama penonton disamping itu turut disajikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran danpersembahan video yang menerapkan nilai akidah dan diiringi persembahan nasyid yang

    menyentuh jiwa.[17]

    Perjalanan seni nasyid nusantara tidak terlepas dari tuntutan dan tanggungjawab berdakwah pada

    jalan Allah . Adalah menjadi tanggungjawab ahli seni untuk terus mengajak manusia kepada

    kebaikan dengan tidak melupakan etika dan akhlak Islam yang perlu menjadi pakaian diri

    sepanjang masa agar nasyid mampu menjadi agen yang mengajak manusia kepada amar marufdan nahi mungkar.

    5. KESIMPULAN

    Usaha memartabatkan nasyid secara profesional dalam bentuk program pembelajaran secarakonsisten amat perlu dalam usaha melahirkan seniman nasyid yang berkaliber.

    Penggiat nasyid nusantara harus mengembeleng tenaga dalam mewujudkan institusi nasyid yangboleh melahirkan seniman nasyid seperti Prof Ahmad Baqi yang mampu menghasilkan lirik lagu

    yang memberi kesan dalam mendidik jiwa berteraskan ajaran Islam .

    Olahan kreatif penulisan lirik mestilah tidak meninggalkan tujuan asal nasyid, iaitu untuk

    berdakwah dan memberi tarbiah Islamiah kepada pendengar samada secara langsung atau secaratidak langsung.

    Penulisan berkaitan sejarah nasyid nusantara wajar diperbanyakkan dalam mendorong peminat

    dan pengamal nasyid mampu memasyarakatkan dan meneruskan kegiatan seni nasyid untukgenerasi akan datang.

    Semoga perkongsian maklumat ini mampu membuka minda untuk terus memartabatkan nasyid

    sebagai salah satu medium dakwah masa kini.

    Sumber: www.islam.gov.my

    Disediakan oleh:

    Mundzir Kamal

    (Pegawai Operasi I.T. Rakan Farhan)