industrial training report hazimi 2

39
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Latihan Industri Latihan Industri adalah salah satu pra syarat yang diwajibkan ke atas pelajar-pelajar kolej Komuniti di Malaysia untuk melayakkan pelajar mendapat Sijil Kursus di Kolej Komuniti. Latihan Industri akan mengambil masa selama 6 bulan bagi memberi kefahaman kepada pelajar untuk merasai pengalaman bekerja sepenuh masa, juga dapat membantu pelajar mengaplikasikan pembelajaran yang telah dipelajari ketika di tempat latihan industri tersebut. 1

Upload: ryna-firda

Post on 28-Jun-2015

4.091 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Industrial Training Report HAZIMI 2

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri

Latihan Industri adalah salah satu pra syarat yang diwajibkan ke atas pelajar-

pelajar kolej Komuniti di Malaysia untuk melayakkan pelajar mendapat Sijil Kursus di

Kolej Komuniti.

Latihan Industri akan mengambil masa selama 6 bulan bagi memberi

kefahaman kepada pelajar untuk merasai pengalaman bekerja sepenuh masa, juga

dapat membantu pelajar mengaplikasikan pembelajaran yang telah dipelajari ketika di

tempat latihan industri tersebut.

1

Page 2: Industrial Training Report HAZIMI 2

1.1.1 Objektif Latihan Industri

Objektif Latihan Industri mengandungi perkara berikut:

1.1.2 Mengetahui tentang syarikat dengan memahami struktur organisasi, operasi

perniagaan dan fungsi pentadbiran.

1.1.3 Menimba pengalaman praktikal yang berkaitan dengan bidang pengajian yang

diambil.

1.1.4 Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.

1.1.5 Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

1.1.6 Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.

1.1.7 Menyediakan laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan.

2

Page 3: Industrial Training Report HAZIMI 2

1.2 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

1.2.1 Ia memberi gambaran sebenar tentang alam pekerjaan yang bakal ditempuhi

oleh para pelajar nanti.

1.2.2 Para pelajar akan dapat mempraktikkan teori yang dipelajari semasa kuliah

dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan. Ini dapat memperkukuhkan

lagi pengalaman yang diperolehi kerana teori yang dipelajari dapat

digandingkan bersama dengan pengalaman yang diperolehi semasa bekerja.

1.2.3 Pengalaman kerja yang diperolehi dapat dijalankan bersama sebagai landasan

untuk memudahkan pelajar menceburi bidang pekerjaan dan tidak merasa

kekok suatu hari nanti misalnya untuk memilih sektor pekerjaan.

1.2.4 Memantapkan lagi keyakinan diri pelajar untuk meneruskan perjuangan dalam

menuntut ilmu. Hasil hubungan baik dengan orang ramai semasa latihan

dijalankan, mempunyai kenalan yang lebih ramai yang terdiri daripada pelbagai

lapisan masyarakat.

3

Page 4: Industrial Training Report HAZIMI 2

1.3 Skop Latihan Industri

Semasa menjalani latihan industri selama enam bulan, pelajar dapat

mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di bilik kuliah. Bagi Jabatan Hospitaliti,

skop latihan adalah tertumpu kepada selok-belok industri Hospitaliti terutamanya

bidang perhotelan. Jadi, jenis gerak kerja yang dilakukan sepanjang menjalani latihan

industri adalah meliputi perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan sama ada di

bahagian hadapan atau belakang.

Setiap pelajar yang menjalani latihan industri akan dimaklumkan dan di ajar

bagaimana sesuatu bahagian itu beroperasi. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan tugas

yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin kerana sudah memahami cara

untuk melakukannya. Pelajar juga perlu mengetahui tujuan bagi setiap kerja yang

dijalankan.

4

Page 5: Industrial Training Report HAZIMI 2

1.4 Lokasi Residence Hotel di Seluruh Malaysia

Hubungi kami:

CORPORATE OFFICE

Suite 1.03, Level 1, Wisma E & C

No. 2, Lorong Dungun Kiri, Damansara Heights

Tel: 06320954711

Fax:60320951711

5

Page 6: Industrial Training Report HAZIMI 2

1.5 Pengenalan Organisasi

Residence Hotel @ Uniten Bangi ditubuhkan pada awal tahun 1999. Residence

Hotel @ Uniten Bangi berkeluasan 1200 ekar, manakala keluasan tasik buatan 500

ekar dan telah membina Restoran D’tasik Seafood. Masa untuk sampai ke Residence

Hotel melalui Putrajaya Highway dan North South Expressway ( Plusway ) dari susur

keluar Serdang atau Kajang. Berpandukan arah ke University College KLIUC, dan

dikenali sebagai IKRAM, kedudukan serta lokasi Residence Hotel berada dalam

kawasan Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN ) selepas kawalan keselamatan.

Residence Hotel @ Uniten Bangi adalah sebuah destinasi dan tempat penginapan. Di

sini menawarkan pelbagai jenis bilik dan makanan. Residence Hotel mempunyai 160

bilik dan juga membuka Restoran D’tasik yang menyediakan masakan ala thai dan

makanan laut ‘ seafood ‘. Suasana santai dan pemandangan yang menarik, tempat

makan serta susunan perabot serta layanan yang di berikan menjadikan Restoran

D’tasik sebagai satu daya tarikan bagi pelanggan yang mengunjungi Restoran D’tasik.

Selain Residence Hotel @ Uniten Bangi terdapat juga hotel yang berhampiran seperti

Equatoriol Bangi, Putrajaya Marriott Hotel dan Renaissance Palm Garden.

Residence Hotel @ UNITEN Bangi

6

Page 7: Industrial Training Report HAZIMI 2

1.5.1 Carta Organisasi

PENGURUS BESARMohd Hamid B. Abdulah

PENGURUS JABATAN

MAKANAN DAN MINUMAN

Mr Azlan Su

CHEF EKSEKUTIF

Ismail Bin Ahmad

PENGURUS KAUNTER HADAPAN

Pn Hazafirah Binti Mohd nor

CHIF STEWARD

Zakaria Bin Anwar

PENGURUS JABATAN

PENGEMASAN

Puan Fatimah Binti Zafli

7

Page 8: Industrial Training Report HAZIMI 2

1.5.2 Bahagian Pemasaran dan Jualan

Tanggungjawab bahagian ini adalah menarik pelanggan datang ke hotel

melalui pengiklanan dan promosi. Bahagian ini juga menghasilkan pelan pemasaran

dengan menilai hasil kajian pasaran, menentukan matlamat bagi tempoh pelan

tersebut dan mengemukakan strategi pemasaran yang perlu untuk mencapai

matlamat.

1.5.3 Bahagian Pembelian

Bahagian ini adalah bertanggungjawab untuk membeli makanan dan sumber

dapur pada harga yang berpatutan. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab

untuk membeli barang-barang gunaan hotel seperti alat tulis, perabot, perkakasan,

stok penyelenggaraan dan sebagainya.

1.5.4 Bahagian Akaun

Tugas bahagian ini ialah menyeliakan seluruh transaksi kewangan dan

melaporkan keadaan kewangan hotel. Selain itu,bahagian ini juga bertanggungjawab

8

Page 9: Industrial Training Report HAZIMI 2

menyediakan belanjawan untuk mengawal perbelanjaan dan menjangkakan

pendapatan jualan. Pengawal kewangan dalam bahagian ini juga bertindak sebagai

penasihat kepada pihak atasan pengurusan dalam hal ehwal kewangan.

1.5.5 Bahagian Penyelenggaraan atau Kejuruteraan

Kebanyakan kerja-kerja penyelenggaran hotel telah diberikan kepada

kontraktor dari luar yang pakar dalam sesetengah kerja tersebut. Bagaimanapun,

objektif utama bahagian ini ialah untuk memastikan keadaan luar dan dalam bangunan

tidak mempunyai sebarang kecacatan dari segi cat bangunan, perabot, permaidani,

lampu dan sistem paip bangunan serta sistem elektrik lain yang memerlukan

penyelenggaraan sebelum ia boleh digunakan. Selain itu, penghiasan semula terhadap

fasiliti-fasiliti dalam hotel juga merupakan salah satu tugas bahagian ini.

1.5.6 Bahagian Sekuriti

Staf sekuriti adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan semua

pelanggan dan pekerja-pekerja lain. Mereka juga bertanggungjawab mengelakkan

kecurian barang-barang pelanggan dan harta benda hotel.

1.3.1 JABATAN ‘HOUSEKEEPING’

9

Page 10: Industrial Training Report HAZIMI 2

Jabatan ‘housekeeping’ mempunyai 26 orang pekerja. Jabatan ini

bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara kebersihan dan kecantikan

hotel bukan sahaja untuk tetamu tetapi seluruh pekerja di dalam hotel. Jabatan

ini juga mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti hotel.

Objektif dan tanggungjawab jabatan ini ialah:

1)    Memberikan rasa selamat kepada tetamu

2)    Mengekalkan kebersihan hotel

3)    Melindungi kecantikan asal bangunan

4)    Meramah mesra bukan sahaja pada tetamu malah pada seluruh pekerja di

hotel

5)    Mewujudkan kerjasama di antara pekerja dan juga jabatan

6)    Memastikan bahawa kaedah pembuangan sampah mesti dilakukan

dengan cara yang betul

7)    Menghapuskan serangga perosak

8)    Memastikan keperluan ‘linen’ dan ‘chemical’ sentiasa mencukupi

9)    Mengekalkan cara penggunaan barang-barang di jabatan ‘housekeeping’

10) Menyediakan ‘made’ report dan mengawal perbelanjaan hotel.

1.3.2 JABATAN ‘KITCHEN’

10

Page 11: Industrial Training Report HAZIMI 2

Jabatan ini beroperasi hanya 2 ‘shift’ sahaja iaitu 7.00 pagi hingga 3.00

petang dan 3.00 petang sehingga 11.00 malam. Jabatan ini juga mempunyai 6

‘outlet’ iaitu ‘main kitchen, cold kitchen, breakfast, pastry, butcher’ dan ‘D’Tasek

Restaurant’. Moto yang sentiasa digunakan oleh jabatan ‘kitchen’ ini ialah

sentiasa cergas, pastikan kerjasama wujud antara satu sama lain, mengenali

diri-sendiri serta orang disekeliling, menggunapakai idea orang lain atau boleh

menerima pendapat orang lain dan pentingnya kreativiti dalam memasak dan

juga menghias.

BAB 2

11

Page 12: Industrial Training Report HAZIMI 2

KEMAJUAN KERJA 

 

JABATAN PENGEMASAN

 

Nama : Arina Firda binti Safie

Nombor Pendaftaran : A02SHK09F060

 

Kursus : Sijil Hotel dan Katering

 

Latihan Industri : Residence Hotel@UNITEN Bangi

 

Tajuk Projek : Prosedur Pengemasan Bilik

 

Posisi : Housekeeping

 

Tempat : Bilik Tingkat 1 – Tingkat 6

 

Pemantau : Puan Zarinah

Tarikh : 12 Julai – 15 Ogos 2010

JABATAN ‘HOUSEKEEPING’

12

Page 13: Industrial Training Report HAZIMI 2

Pada minggu pertama penulis memasuki jabatan ‘housekeeping’ penulis

didedahkan dengan bagaimana cara bekerja di dalam jabatan ‘housekeeping.

penulis bekerja mengikut jadual yang diberikan. Pada pukul 8.00 pagi penulis

bersama staf ‘housekeeping’ yang lain mendengar penerangan dan taklimat

daripada supervisor, Kak Jun pada setiap pagi sebelum dibahagikan kepada

kumpulan tugasan.

penulis telah ditugaskan di setiap bilik mengikut jadual yang diberi.

Pelbagai jenis bilik yang disediakan di hotel ini mengikut tingkat yang telah

disusun dengan teratur. Antara jenis-jenis bilik yang telah ditugaskan kepada

penulis ialah executive superior, executive deluxe, superior room dan suite.

Bilik status occupied

13

Page 14: Industrial Training Report HAZIMI 2

1.Ketuk bilik sebanyak 3 kali dan sambil menyebut housekeeping2.Buka pintu serta tarik langsir3.Tarik katil dan tukarkan bedsheet helaian yang pertama dengan bedsheet yang baru.4.Tukarkan sarung bantal yang baru dan letakkan bedrunner.5.Gantikan atau tambah barang seperti gula , nescafe dan teh.Cuci coffee cup dan kettle.6.Vacuum carpet7.Setelah selesai kemas katil , prosedur yang seterusnya ialah melakukan wipe keseluruhan bilik , antaranya ialah wipe meja , almari , kerusi , tingkap , rak kasut dan peti ais.8.Cuci tandas seperti cuci mangkuk tandas , lap bath tab letakkan bath towel sebanyak 2 helai , bath mat sehelai , face towel 2 helai susun amenities baru seperti syampu sabun sanitary bag dan shower cap9.Lap singki dan lantai sehingga kering.

Bilik status check out

1. Ketuk bilik sebanyak 3 kali dan sambil menyebut housekeeping.2. Buka pintu serta tarik langsir3. Tarik katil dan tukarkan ketiga-tiga bedsheet kotor dengan bedsheet yang

baru.4. Tukarkan sarung bantal yang baru dan letakkan bedrunner.5. Gantikan atau tambah barang seperti gula , nescafe dan teh.6. Cuci coffee cup dan kettle .7. Vacuum carpet8. Setelah selesai kemas katil , prosedur yang seterusnya ialah melakukan wipe

keseluruhan bilik , antaranya ialah wipe meja , almari , kerusi , tingkap , rak kasut dan peti ais.

9. Cuci tandas seperti cuci mangkuk tandas , lap bath tab letakkan bath towel sebanyak 2 helai , bath mat sehelai , face towel 2 helai susun amenities baru seperti syampu sabun sanitary bag dan shower cap.

10. Lap singki dan lantai sehingga kering.

14

Page 15: Industrial Training Report HAZIMI 2

Pada minggu terakhir, penulis telah ditugaskan ke bahagian ‘Public

Area’. Antaranya ialah membersihkan bilik air yang terdapat di lobi dan di

tingkat 1 (bilik mesyuarat). penulis hendaklah memastikan bilik air di kedua-dua

tempat ini sentiasa bersih dan selamat. Termasuklah mengemop, menyapu,

membersihkan setiap tandas yang ada di dalam bilik air, mengelap cermin,

memberus dan mewangikan tandas. Seterusnya mengelap pintu kaca di depan

lobi dan juga menyapu di kawasan lobi.

penulis diberi tugas untuk memvakum di semua bilik mesyuarat yang

ada. Kerja memvakum mestilah tidak mengganggu tetamu yang menghadiri

mesyuarat pada ketika itu. penulis juga sempat belajar ‘buffing’ di kawasan lobi.

‘Buffing’ adalah satu kaedah di mana cara tersebut dapat menyinarkan lantai

lobi. Kemudian, penulis juga menyapu di kawasan tempat letak kereta tetamu

dan juga orang atasan hotel.

penulis juga telah membersihkan kawasan lobi dengan menggunakan

kaedah ‘dustmop’ iaitu menyapu sambil mengemop. Ia merupakan alat yang

hanya digunakan oleh bahagian ‘Public Area’ sahaja. Ia menyerupai batang

mop tetapi mempunyai kain lembut untuk mengelap lantai. pemulis juga belajar

membersihkan loker. Ini termasuklah loker lelaki dan loker wanita.

15

Page 16: Industrial Training Report HAZIMI 2

JABATAN MAKANAN DAN MINUMAN

 

Nama : Arina Firda binti Safie

Nombor Pendaftaran : A02SHK09F060

 

Kursus : Sijil Hotel dan Katering

 

Latihan Industri : Residence Hotel@UNITEN Bangi

 

Tajuk Projek : Prosedur Menghidang , Melayan serta Membersihkan

 

Posisi : Pelayan

 

Tempat : Jupiter Coffe House

 

Pemantau : Encik Hatta Bin Zulkifli

Tarikh : 16 Ogos – 03 Oktober 2010

Pada bulan kedua penulis di tempatkan di Jupiter Coffe House Residence Hotel,

jabatan makanan dan minuman ini adalah merupakan jabatan yang bertanggungjawab

16

Page 17: Industrial Training Report HAZIMI 2

dalam memberikan layanan yang memuaskan kepada pelanggan ketika menjamu

selera. Penampilan yang ditunjukan oleh penulis sentiasa dalam keadaan bersih dan

kemas. Selain itu, penulis perlu menunjukkan reaksi muka yang ceria dan sentiasa

memberikan senyuman kepada tetamu yang datang. Banyak ilmu baru yang dapat

penulis pelajari ketika berada di jabatan ini.

Encik Hatta Bin Zulkifli selaku FOOD BEVARAGES OPERATION MANAGER

telah menerangkan tentang ‘ set up table ‘, cara mengambil pesanan pelanggan yang

datang dengan betul, cara-cara menghantar minuman dan makanan kepada tetamu

dan sebagainya.

Bahagian makanan dan minuman. Bahagian ini adalah bertanggungjawab dalam

semua penyediaan dan perkhidmatan makanan dan minuman . Bahagian ini boleh

dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil seperti bahagian dapur, bahagian

pelayan, bahagian restoran, bahagian minuman dan bahagian perkhidmatan bilik.

2.1.1 Jenis-jenis Peralatan Yang Digunakan

17

Page 18: Industrial Training Report HAZIMI 2

Jenis-jenis gelas yang digunakan

Highball

Pilsner

Goblet

Mug

Peralatan untuk menghidangkan minuman

Tea pot

Coffee pot

Coffee/tea cup

Creamer jug

Sugar bowl

Peralatan untuk menyediakan minuman

Barspoon

Blender

Fruit squeezers

Papan pemotong

Pisau

Penapis

Peralatan yang digunakan untuk serving

18

Page 19: Industrial Training Report HAZIMI 2

Straw

Tray

Coaster

Napkin

Peralatan yang digunakan untuk set-up

Spoon

Fork

Knife

Butter knife

Soup spoon

B/b plate

Serviette

2.1.2 Teknik Menerangkan Menu

i. Sekiranya kad menu tertutup, buka dahulu sebelum ditunjukkan kepada tetamu

supaya tetamu mudah untuk membaca dan membuat pilihan.

ii. Memegang kad menu menggunakan tangan kiri.

iii. Mempersembahkan kad menu pada sebelah kanan tetamu.

iv. Setelah semua kad menu diberikan kepada tetamu, cadangkan hidangan yang

istimewa dan terangkan setiap perbezaan hidangan yang terdapat pada menu.

2.1.3 Prosedur Menghidangkan Minuman Sejuk

19

Page 20: Industrial Training Report HAZIMI 2

i. Goblet diletakkan pada sebelah kanan tetamu.

ii. Air dituangkan pada sebelah kanan tetamu.

iii. Bergerak mengikut lawan jam semasa melayan tetamu.

iv. Melayan dari masa ke semasa

2.1.5 Prosedur Membersihkan Pinggan

Sepanjang sebulan berada di jabatan makanan dan minuman di Jupiter Coffee

House pelbagai teknik dan cara mengendalikan tugas telah penulis pelajari hasil

daripada tunjuk ajar yang telah diberikan oleh semua kakitangan di jabatan ini.

Antaranya adalah cara membersihkan pinggan ketika tetamu masih ada. Berikut

adalah proses yang dilakukan.

i. Alihkan pinggan kotor dari sebelah kiri tetamu dan diletakkan pada sebelah kiri

tangan.

ii. Sebelum mengalihkan pinggan berkenaan, tanya terlebih dahulu kepada

pelanggan sama ada sudah selesai makan atau belum dengan ucapan

permulaan ‘excuse me‘

iii. Jangan sesekali melonggokkan sisa makanan di hadapan tetamu.

2.1.6 Set up Table

20

Page 21: Industrial Training Report HAZIMI 2

i. Pastikan meja berada dalam keadaan yang lebih bersih sebelum tugas-tugas

setting table dilakukan.

ii. Kerusi perlu di susun terlebih dahulu supaya kelihatan kemas.

iii. Kemudian, cutlery diletakkan di mana spoon dan table knife diletakkan di

sebelah kanan manakala fork diletakkan di sebelah kiri.

Meja yang siap di set up

21

Page 22: Industrial Training Report HAZIMI 2

Disamping itu juga penulis mempelajari cara-cara melayan tetamu yang makan untuk (

SET DOME ). Lauk-pauk terus dihidangkan di atas meja tetamu sebelum tetamu

datang untuk menjamu selera. penulis diberi peluang untuk menjaga meja tersebut

dengan dibantu oleh staff di sini. Selain itu penulis turut mempelajari beberapa jenis

lipatan napkin dengan tunjuk ajar petugas Jupiter Coffee House. Kerjasama yang

diberikan memudahkan penulis menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Selain itu,

penulis juga turut mempelajari cara untuk set up bagi semua hidangan room service

dan jenis-jenis peralatan yang digunakan.

2.1.8 Rajah : contoh meja ( dome set )

 

22

Page 23: Industrial Training Report HAZIMI 2

KEMAJUAN KERJA

BAHAGIAN DAPUR

 

Nama : Arina Firda binti Safie

Nombor Pendaftran : A02SHK09F060

 

Kursus : Sijil Hotel dan Katering

 

Latihan Industri : Residence Hotel@UNITEN

 

Tajuk Projek : Prosedur Dapur

 

Posisi : Pelatih Hot & Cold Kitchen

 

Tempat : Kitchen.

 

Pemantau : Mr. Ex Chef Ismail Abidin.

Tarikh : 04 Oktober -12 Disember 2010

23

Page 24: Industrial Training Report HAZIMI 2

2.2 BAHAGIAN DAPUR

Seperti biasa, pada minggu pertama memasuki jabatan ‘kitchen’, penulis

memperkenalkan diri kepada semua staf yang ada di bahagian tersebut. Di sana,

penulis telah didedahkan kepada selok belok cara kerja di dalam ‘kitchen’, di mana

penulis dikehendaki untuk masuk bekerja mengikut shift yang telah ditetapkan oleh

pihak atasan yang terlibat. Terdapat dua shift yang dijadualkan iaitu pada jam 7 pagi

hingga jam 3 petang dan jam 3 petang hingga jam 11 malam.

Di ‘kitchen’ penulis telah ditempatkan di main kitchen antara tugasan yang telah diberikan kepada penulis ialah membuat hidangan utama seperti ayam masak minang, ikan asam pedas, ayam kurma,terung sambal,sayur kalian goreng,pucuk paku goreng dan kupang goreng serta pelbagai lagi hidangan utama

Penulis juga telah ditugaskan untuk memasak nasi antaranya ialah nasi minyak, nasi hujan panas, nasi pandan, nasi tembikai, nasi pilau dan sebagainya.

Penulis telah ditugaskan untuk menjaga stall pada waktu lunch antaranya ialah stall asam laksa, antara condiment yang perlu ada ialah timun, cili padi, bawang goreng, salad, limau nipis dan telur rebus.

Seterusnya penulis teleh dihantar di bahagian dapur ala carte, penulis mempelajari

cara untuk memasak pelbagai jenis menu ala carte seperti nasi goreng Malaysia,

mee / mihun / kuew teaw goreng, sup, tom yam, dan berbagai lagi jenis masakan ala

carte. Semua pesanan yang diambil dari pelanggan hendaklah disiapkan dengan

segera kira-kira 15 minit.

Kemudian penulis ditugaskan ke bahagian pastry. Di bahagian ini,

kebanyakannya membuat dan menyediakan pencuci mulut seperti kek, kuih muih,

pudding, jeli, dan air buah dalam sebuah stall. Menu yang terdapat di stall ini sering

kali bertukar-tukar menu antaranya ABC, cendol, ice teller, fruit jelly, dan sebagainya.

24

Page 25: Industrial Training Report HAZIMI 2

Aktiviti Mise en place

No Objektif kerja Mise en place

1 Persediaan awal ( bahan ) Penyediaan stok

Penyediaan pes

Memotong daging

Memotong dan membersihkan

sayuran

Memotong dan membersihkan ayam

2 Penyediaan pra masakan

( bahan )

Merebus bahan

Mencelur

Blanching

Mengadun

Menguli

Memerap

Breading

Coating

3 Persediaan Alatan Pastikan alatan dalam keadaan baik

dan berfungsi.

Susun atur alatan adalah

mempermudahkan dan melancarkan

operasi

4 Persediaan perakaunan Adalah sesuatu yang amat bijak bagi

mana-mana pengurusan dapur yang

meletakkan perakaunan seperti

pengekosan dan penetapan margin

keuntungan dalam mise en place ini

akan menjadikan masakannya bukan

sahaja menepati cita rasa bahkan

menepati objektif perniagaan.

25

Page 26: Industrial Training Report HAZIMI 2

Bab 3

Tugasan terpilih

3.1 OUTSIDE CATERING

Pada 4/12/2010 saya bersama 2 orang lagi rakan ditugaskan oleh Chef untuk

bertugas di luar kawasan hotel. Kami bertugas Outside Catering di bangunan MCA,

Kuala Lumpur sempena Konvekesyen Barisan Nasional 2010. Seramai 30 orang

commis beserta Chef dari Seri Pasific hotel bertugas untuk packing Nasi Lemak

sebanyak 2500 pax. Saya bertugas dari pukul 11 malam – 7 pagi. Saya beserta rakan

dihantar ke Seri Pasific Hotel pada pukul 11 malam, kemudian kami ditugaskan untuk

membantu chef di hotel tersebut menyediakan bahan-bahan asas untuk Nasi Lemak.

Pada pukul 3 pagi, saya dan semua commis dan chef menaiki bas dan menuju ke

bangunan MCA Kuala Lumpur. Semua Commis dan Chef packing Nasi Lemak

sebanyak 2500 pax. Tugas ini selesai sekitar pukul 6.30 pagi.

Rajah 17 : Packing Nasi Lemak Rajah 18 : Majlis kovensyen BN 2010

26

Page 27: Industrial Training Report HAZIMI 2

BAB 4

HASIL DAPATAN KERJA

4.1 HASIL PENYEDIAAN MENU

AYAM LEMON SOS

UDANG BUTTER

27

Page 28: Industrial Training Report HAZIMI 2

NASI GORENG MALAYSIA

AIS KACANG

BAB 5

28

Page 29: Industrial Training Report HAZIMI 2

Kesimpulan dan Cadangan

Kesimpulan

Setelah selesai menyiapkan buku laporan industri ini, saya berasa amat

bebangga dan bertuah sekali kerana menjadi salah seorang pelajar yang telah berjaya

menamatkan program latihan industri ini dengan jayanya. Secara amnya, kesimpulan

ini dibuat adalah berdasarkan tentang apa yang telah saya ceritakan didalam buku

laporan ini. Saya berasa bersyukur kerana dengan bantuan para pensyarah serta

rakan – rakan, telah mendorong saya untuk menyiapkan buku laporan yang tidak

seberapa ini.

Kesimpulan yang dapat saya buat setelah tamatnya latihan industri, sepanjang lima

bulan di sini saya dapat membuat kesimpulan bahawa latihan ini telah mencapai

matlamat dan objektif yang dikehendaki oleh pihak Kolej Komuniti. Berdasarkan latihan

yang diberikan, saya secara tidak langsung berpeluang untuk mempraktikkan apa

yang dipelajari secara teori semasa di Kolej Komuniti kepada alam pekerjaan yang

sebenarnya kelak.

Selain dapat melakukan kerja, saya juga dapat mendidik dan membimbing diri

untuk menjadi seorang pekerja yang baik, berdisiplin, rajin serta sentiasa menepati

masa. Pengalaman seperti ini dapat membantu saya untuk mengatur langkah ke alam

realiti pekerjaan. Latihan Industri ini berupaya membina keyakinan diri dan sikap

positif para pelajar. Selain itu, pelatih dapat mengukur tahap kecemerlangan masing-

masing, dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan diri serta mengekalkan dan

memantapkan kemahiran yang sedia ada dalam diri seorang pelatih.

29

Page 30: Industrial Training Report HAZIMI 2

Cadangan

Setelah lima bulan menjalani latihan industri, iaitu bermula 12 Januari 2009

sehingga 12 Jun 2009, pelbagai perkara yang dapat dilihat sepanjang tempoh

menjalani latihan industri ini. Latihan industri merupakan perkara yang wajib diambil

oleh setiap pelajar yang menuntut di Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Tujuan perkara

ini dilakukan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar supaya dapat melihat

dengan lebih dekat lagi cara bekerja didalam jurusan masing – masing. Disini, saya

ingin memberi sedikit komen kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti dan juga

organisasi yang telah saya pilih untuk menjalani latihan industri iaitu Residence Hotel

at UNITEN.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kolej Komuniti

kerana dengan adanya latihan industri ia dapat mendedahkan pelajar kepada dunia

pekerjaan yang sebenar. Selain dapat melatih, supaya menjadi pelajar yang

bertanggungjawab, pihak Kolej Komuniti juga telah memberi kesan serta pengalaman

yang indah dalam diri setiap pelajar ketika menjalani latihan industri. Ini adalah langkah

yang baik untuk membentuk pelajar yang cemerlang dan berwibawa. Pada dasarnya,

pihak pengurusan Kolej Komuniti khususnya pengurusan unit latihan industri telah

memberi sepenuh perhatian terhadap pelajarnya. Cuma, sebelum menjalani latihan

industri pelajar kurang diberi pendedahan untuk membuat buku laporan latihan industri

secara lengkap. Walaupun pihak yang bertanggungjawab telah mengadakan

perjumpaan untuk pelajar – pelajar yang akan menjalani latihan industri dan diberi

sedikit taklimat mengenai cara penulisannya, namun ia masih tidak mencukupi ini

kerana, pelajar masih terpinga – pinga untuk membuat buku laporan industri. Sebagai

contoh, pihak pengurusan boleh menunjukkan contoh buku laporan yang telah langkap

kepada para pelajar.

RUJUKAN

30

Page 31: Industrial Training Report HAZIMI 2

Sumber Rujukan

i. Buku garis panduan latihan indutri Kolej Komuniti

ii. www.residencehotel.com.my

iii. www.yahoo.com( food and baverage )

iv. Pekerja-pekerja Residence Hotel @ uniten Bangi

31