improvisasi teater

17
AKTIVITI-AKTIVITI TEATER Seperti yang kita ketahui, teater dalam pendidikan adalah pengintergrasian seni dan aktiviti-aktiviti teater untuk menyampaikan pendidikan. Melalui pengintergrasian ini, murid akan dapat mengenal diri mereka dengan lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek. Untuk tujuan itu, guru perlulah bijak memilih dan menggunakan aktiviti teater yang bersesuaian demi mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Antara aktiviti teater yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan tersebut adalah seperti berikut : 1. Improvisasi Menurut Brain Way (1967:183) dalam Modul Elektif PSE3013 Teater Dalam Pendidikan (2013:10), improvisasi adalah aktiviti drama tanpa skrip. Beliau menerangkan improvisasi sebagai aktiviti drama yang ringkas tanpa menggunakan skrip dan tidak bergantung pada kebolehan membaca dan menghafal skrip. Dalam proses pendidikan, aktiviti improvisasi dilakukan berdasarkan pelbagai sumber tertentu sama ada daripada idea murid, arahan guru ataupun sumber-sumber lain seperti kurikulum. Dalam pada itu, Ruth Beall Heinig turut bersependapat dengan Brain Way dalam memperkatakan tentang improvisasi. Menurutnya, improvisasi adalah aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan melalui sesuatu situasi yang dirancang (Ruth Beall Heinig, 1993:184 dalam Modul Elektif PSE3013 Teater Dalam Pendidikan, 2013:10). Secara ringkasnya, improvisasi boleh kita fahami sebagai sebuah aktiviti teater atau drama yang dijalankan tanpa menggunakan skrip dan dilakukan secara spontan. Aktiviti improvisasi sangat sesuai dan berkesan digunakan dalam sesi pengajaran kerana melalui aktiviti ini guru akan dapat merangsang kanak-kanak untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan situasi yang dicipta oleh guru. Dengan ini, murid akan menjadi lebih kreatif dalam menjana idea dan dapat meningkatkan daya imaginasi dalam menyelesaikan masalah pembelajaran selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan

Upload: loh-jer-ling

Post on 23-Jan-2016

194 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Improvisasi Teater

AKTIVITI-AKTIVITI TEATER

Seperti yang kita ketahui, teater dalam pendidikan adalah pengintergrasian seni dan aktiviti-aktiviti teater untuk menyampaikan pendidikan. Melalui pengintergrasian ini, murid akan dapat mengenal diri mereka dengan lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek. Untuk tujuan itu, guru perlulah bijak memilih dan menggunakan aktiviti teater yang bersesuaian demi mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Antara aktiviti teater yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan tersebut adalah seperti berikut :

1. Improvisasi

Menurut Brain Way (1967:183) dalam Modul Elektif PSE3013 Teater Dalam Pendidikan (2013:10), improvisasi adalah aktiviti drama tanpa skrip. Beliau menerangkan improvisasi sebagai aktiviti drama yang ringkas tanpa menggunakan skrip dan tidak bergantung pada kebolehan membaca dan menghafal skrip. Dalam proses pendidikan, aktiviti improvisasi dilakukan berdasarkan pelbagai sumber tertentu sama ada daripada idea murid, arahan guru ataupun sumber-sumber lain seperti kurikulum.

Dalam pada itu, Ruth Beall Heinig turut bersependapat dengan Brain Way dalam memperkatakan tentang improvisasi. Menurutnya, improvisasi adalah aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan melalui sesuatu situasi yang dirancang (Ruth Beall Heinig, 1993:184 dalam Modul Elektif PSE3013 Teater Dalam Pendidikan, 2013:10).

Secara ringkasnya, improvisasi boleh kita fahami sebagai sebuah aktiviti teater atau drama yang dijalankan tanpa menggunakan skrip dan dilakukan secara spontan. Aktiviti improvisasi sangat sesuai dan berkesan digunakan dalam sesi pengajaran kerana melalui aktiviti ini guru akan dapat merangsang kanak-kanak untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan situasi yang dicipta oleh guru. Dengan ini, murid akan menjadi lebih kreatif dalam menjana idea dan dapat meningkatkan daya imaginasi dalam menyelesaikan masalah pembelajaran selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menghasratkan murid memiliki kemahiran berfikir aras tinggi.

Disamping itu, melalui aktiviti improvisasi guru juga dapat melatih kemahiran bertutur murid dengan lebih optimum, iaitu secara natural dan bersahaja. Hal ini kerana, aktiviti improvisasi melibatkan latihan verbal disamping aktiviti pergerakan yang bersesuaian dengan situasi selaras dengan pendapat David A. Male (1973:30) yang mengatakan improvisasi sebagai aktiviti yang berkait rapat dengan latihan verbal dan aktiviti pergerakan.

Tuntasnya, improvisasi adalah aktiviti teater yang dijalankan tanpa menggunakan skrip dan dilakukan secara spontan bagi menggalakkan kemahiran berfikir, daya imaginasi, kreativiti dan inovasi berdasarkan situasi dan rangsangan yang diwujudkan oleh guru.

2. Simulasi

Page 2: Improvisasi Teater

Simulasi adalah aktiviti teater yang dijalankan secara berkumpulan berdasarkan sesuatu situasi yang ditentukan oleh guru ataupun murid sendiri. Situasi yang ditentukan perlulah berdasarkan kepada situasi sebenar tentang sesuatu perkara. Situasi ini adalah bersifat terkawal bagi tujuan melatih murid menyelesaikan masalah-masalah pembelajaran. Masalah atau situasi yang dicipta juga perlu berkait dengan persekitaran murid.

Tuntasnya, dalam aktiviti simulasi ini murid akan menjalankan pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi seakan-seakan mereka benar-benar dalam situasi tersebut. Melalui aktiviti seperti ini, murid akan dapat menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh guru dalam situasi yang telah ditentukan. Dengan ini, jelaslah bahawa aktiviti simulasi merupakan sebuah aktiviti yang amat sesuai digunakan dalam pembelajaran.

3. Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting (Tuan Jah Tuan Yusof et al, 2011:58). Dalam aktiviti ini murid diberi peranan dan menjalankan peranan tersebut dalam suatu situasi yang telah ditetapkan. Aktiviti ini tidak memerlukan hafalan skrip, sebaliknya murid perlu menjelaskan situasi kepada murid-murid lain, dan murid-murid lain itu pula akan mempraktikkan peranan murid yang menjelaskan situasi itu tadi secara spontan.

Ringkasnya, aktiviti main peranan amat sesuai dijalankan di dalam bilik darjah kerana ini akan melatih untuk peka terhadap peranan diri masing-masing, sekali gus melahirkan murid yang bertanggungjawab terhadap tugas dan peranan sebagai seorang murid.

4. Bercerita Tanpa Alat

Bercerita tanpa alat adalah cara bercerita yang konvensional dan masih lagi popular dalam kalangan pencerita hari ini. Penceritaan diadakan secara bersahaja dengan intonasi, nada dan mimik muka atau ekspresi yang menarik serta tidak formal dan ini akan membuatkan audien berasa lebih selesa dan santai.

Dalam konteks bilik darjah pula, aktiviti ini sesuai dijalankan kerana dari segi penyampaiannya adalah lebih mudah berbanding aktiviti-aktiviti lain kerana aktiviti ini bersifat santai dan bersahaja. Aktiviti ini menekankan pembelajaran secara didik hibur yang mana lebih menyeronokkan dan tidak memberi tekanan kepada murid. Dari segi bahannya pula, guru hanya perlu menyediakan cerita yang sesuai serta menyampaikannya dalam gaya yang mudah difahami dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul tetapi menghibur. Dengan ini murid akan lebih fokus dan terhibur semasa mengikuti sesi pembelajaran.

5. Bercerita Dengan Alat

Bercerita dengan alat merupakan satu aktiviti bercerita yang selalu digunakan untuk mengajarkan kemahiran berbahasa kepada murid. Aktiviti bercerita menggunakan alat sangat berkesan kerana aktiviti ini mampu menarik minat murid untuk menumpukan perhatian kepada penyampaian guru. Penggunaan pelbagai alat semasa bercerita mampu meningkatkan kefahaman dan penghayatan murid terhadap sesuatu isi pelajaran kerana dengan melihat kepada alat yang digunakan, murid akan menjadi lebih fokus dan dapat membayangkan dengan jelas isi cerita yang

Page 3: Improvisasi Teater

disampaikan oleh guru. Antara alat yang boleh digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti gambar, garisan, benang, tali, sapu tangan dan kertas.

6. Teater Pembaca

Teater pembaca adalah aktiviti teater yang memberi penekanan kepada bacaan mekanis dan melibatkan pembaca membaca secara individu berdasarkan skrip pendek yang disediakan. Teater pembaca tidak melibatkan set dan prop yang berat serta ruang yang luas untuk persembahan, sebaliknya audien atau penonton hanya dibiarkan membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.

Aktiviti teater pembaca biasanya melibatkan sekumpulan murid untuk membaca sebuah cerita dengan intonasi yang betul disertai dengan penghayatan yang tinggi. Intonasi dan penghayatan ini penting bagi menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami oleh audien. Oleh yang demikian, aktiviti teater pembaca mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka bagi membantu murid memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita itu sedang berlaku di hadapan mata mereka.

7. Teater Bercerita

Teater bercerita ialah aktiviti teater yang bersifat naratif yang mudah dilakonkan dengan melibatkan seorang watak pencerita dan beberapa orang pelakon yang beraksi mengikut watak dan arahan dalam cerita. Untuk aktiviti ini, murid tidak perlu menghafal dialog dan aksi-aksi hanya dilakukan mengikut cerita yang disampaikan pencerita. Dalam bahasa mudahnya, hanya pencerita sahaja yang perlu menghayati cerita manakala mereka yang melakonkan watak bebas melakukan aksi secara spontan tetapi berpandukan cerita daripada pencerita.

8. Boneka

Istilah boneka dikatakan muncul daripada Portugis, iaitu boneca yang membawa maksud patung permainan. Boneka ialah benda bukan hidup atau figura yang menyerupai manusia, haiwan atau apa-apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh pencerita untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.

Dalam aktiviti teater boneka, boneka digunakan sebagai alat dan dianimasikan bagi menggambarkan jalan cerita dan mesej yang mahu disampaikan. Antara jenis boneka yang selalu digunakan dalam aktiviti teater adalah boneka jari wajah, boneka tangan, boneka lidi, boneka kayu, boneka bertali, dan wayang kulit.

9. Tetamu Dalam Aksi

Tetamu dalam aksi adalah aktiviti pembelajaran yang menampilkan seseorang tetamu untuk bercerita tentang diri, kejayaan dan pengalaman tertentu yang menarik untuk dibicarakan. Tetamu

Page 4: Improvisasi Teater

boleh terdiri daripada model atau idola yang menjadi ikon atau contoh kepada murid atau dalam konteks yang lebih besar ikon kepada masyarakat. Aktiviti tetamu dalam aksi ini biasanya dilakukan dengan mengadakan dialog atau temu ramah bersama tetamu yang dijemput itu. Hal ini adalah untuk merangsang pemikiran murid untuk melahirkan idea untuk membina dialog, mengumpul serta menyampaikan maklumat yang didengar, membina cerita atau menghasilkan karangan tentang tetamu yang dijemput.

Page 5: Improvisasi Teater

IMPROVISASI TEATER

NOTA IMPROVISASI

Konsep Improvisasi

Improvisasi merupakan suatu elemen penting dalam lakonan dan telah diamalkan oleh pelakon atau pemain teater melayu sejak dahulu lagi. Teater tradisional seperti Mak Yong, Jikey, dan teater transisi, iaitu bangsawan merupakan satu bentuk teater yang menggunakan improvisasi sepenuhnya. Tiada skrip lengkap ynag ditulis dan dihafal sebelum pementasan dijalankan. Pelakon hanya diminta memahami jalan cerita sebuah pementasan bangsawan tersebut serta menghayati watak yang diberikan oleh sutradaranya. Ketika pementasan berlaku, pelakon akan melafazkan dialog yang dibina sendiri secara spontan, bersesuaian dengan situasi yang dilakonkan.

Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Terdapat banyak pandangan tentang konsep improvisasi. Brain Way ( 1967: 183 ) menjelaskan bahawa improvisasi merupakan aktiviti drama tanpa skrip. Beliau menjelaskan;

‘’ In essence, improvisation is quite simply a play without a script, because there is no need for a script, an improvised play does not depend on any form and skill or ability at reading, no on learning and remembering lines, and is thus an activity that all children of every age group and every scale of ability are able to both enjoy and master.’’

Page 6: Improvisasi Teater

Bagi Way, dalam konteks pendidikan, drama boleh dibangunkan melalui aktiviti

improvisasi berdasarkan pelbagai sumber tertentu sama ada idea asli oleh pelajar dan guru ataupun kandungan kurikulum mata pelajaran yang diajarkan di sekolah.

Ruth Beall Heining( 1993 : 184 ) pula menghuraikan improvisasi sebagai aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan melalui sesuatu situasi yang dirancang, sebagaimana yang dijelaskan;

” This means that it is created sponteneusly, as the students respond to the dramatic situations they involved. Improvisation is one way to achieve a more natural delivery of dialogue than recitation 0f memories script”.

Improvisasi dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan lebih bersahaja. Melalui improvisasi juga, kanak-kanak digalakkan untuk menghubungkaitkan pengalaman sedia ada mereka di luar bilik darjah untuk diadaptasikan dalam situasi yang disediakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Antara aktiviti drama yang boleh dilaksanakan ialah pantomin dan permainan teater.

Pensyarah di Jabatan Australia Selatan pula menghuraikan improvisasi sebagai aktiviti drama yang terhasil melalui proses yang tidak formal, yang dilakukan secara berkumpulan.

Aktiviti ini biasanya dilaksanakan berdasarkan sesuatu idea, tema, atau rangka plot. Latihan begini dapat membina sensitiviti dan imiginasi kanak-kanak yang tinggi. Mereka boleh dibimbing untuk memahami isu semasa atau isu sosial, perwatakan, skrip dan pandangan orang lain secara terbuka. Kanak-kanak juga digalakkan untuk mencari penyelesaian masalah serta membuat sesuatu keputusan terhadap sesuatu konflik. Aktiviti sedemikian akan dapat melatih kanak-kanak ke arah menghasilkan suatu pementasan yang lengkap.

David A. Male ( 1973 : 30 ) pula menjelaskan bahawa selain berkait rapat dengan latihan verbal, improvisasi juga melibatkan aktiviti pergerakkan sebagaimana huraiannya;

” improvisation has both physical and vocal aspects which should not be thought of apart, but for convenience are discussed separately. Improvisation is response in physical and verbal terms initiated by desire to achive an action, express some thought or idea or indicate a mood.

Page 7: Improvisasi Teater

….. improvisation may be thought of as expression in term of invention, exploration and experimentation. In all three cases there is free unfettered approach which is restlessly inquisitive, never content with the first solution , but constantly devising deeper and more searching possibilities.’’

Berdasarkan semua pendapat di atas, dapatlah dirumuskan bahawa improvisasi merupakan suatu aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan yang menggalakkan daya imiginasi, kreativiti dan inovasi seseorang berdasarkan sesuatu ransangan yang disediakan oleh pembimbing ( guru atau fasilitator yang mengendalikan aktiviti). Improvisasi juga merupakan satu teknik drama yang menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan secara terkawal dan mewujudkan pemikiran yang bercapah terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku dalam realiti kehidupan mereka.

Improvisasi dan Kreativiti

Satu daripada ciri utama improvisasi ialah kreativiti. Melalui improvisasi kanak-kanak akan di latih denhgan kemahiran berfikir kreatif melalui pelbagai ransangan yang diwujudkan. Dalam hal ini, Heinig ( 1993 ) menyarankan beberapa aktiviti, antaranya termasuklah:

- Improvisasi berdasarkan gambar atau buku cerita bergambar

- Berdasarkan props ( peralatan/ objek )

- Improvisasi berdasarkan dialog

- Berdasarkan watak / tokoh dan perwatakan

- Improvisasi berdasarkan bunyi atau lagu

- Berdasarkan situasi seperti wawancara, perbahasan, debat atau bercerita.

JENIS-JENIS IMPROVISASI

Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:

i- Permainan Bebas ( Free Play )

- Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah

Page 8: Improvisasi Teater

- Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.

- Ciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.

- Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang menyarankan perwatakan tertentu.

ii- Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )

- Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan respons secara spontan. ( sesuai denagn situasi yang diberikan )

- Bantu dan galakkan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain.

- Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain.

- Diingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan.

- Pokok utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.

iii- Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )

- Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita.

- Boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti ( memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai.)

- Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan.

- Aktiviti lain seperti kerusi panas juga boleh dilaksanakan untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.

iv- Main Peranan ( Role Play )

- Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya.

Page 9: Improvisasi Teater

- Diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.

- Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti :

i- nama penuh watak

ii- umur

iii- latar belakang keluarga

iv- pekerjaan

v- sikap dan tingkah laku

vi- hobi atau minat

vii- keadaan kesihatan dan

viii- pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan

- untuk itu juga mereka digalakkan untuk;

i- menulis diskripsi watak

ii- melukis potret

iii- membuat kad pengenalan, buku bank, tanda nama, dan seumpamanya

iv- membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.

- Guru boleh pilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran kanak-kanak, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar

v- Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )

- Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.

- Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.

Page 10: Improvisasi Teater

vi- Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )

- Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru.

- Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti ( seperti menyediakan pakaian dan sebagainya ) dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.

- Pengalaman serta pengetahuan daripada mata pelajaran lain juga boleh digunakan untuk menghasilkan aktiviti improvisasi ini.

- Contohnya setelah kanak-kanak mempelajari sejarah penjajahan Tanah Melayu oleh Inggeris dan mempelajari planet-planet dalam mata pelajaran Sains, mereka boleh menggunakan kedua-dua pengalaman tersebut untuk membuat improvisasi tentang penerokaan angkasa lepas atau penerokaan di dasar laut atau di kawasan Artik.

- Guru juga boleh mengambil karya sastera seperti sastera rakyat dan penglipur lara untuk diselarikan dengan isu baharu.

- Contohnya seperti Kisah Azad dengan Gergasi di mana kanak-kanak boleh menggerakkan minda dengan meneroka imaginasi dan kreativiti mereka untuk memikirkan andaian jika mereka bertemu dengan gergasi seperti dalam cerita tersebut.

- Guru boleh mengemukakan soalan seperti apakah tindakan yang akan dilakukan oleh mereka? Atau mungkin juga mereka boleh menggunakan pengalaman mimpi ngeri bertemu dengan sesuatu makhluk seperti dalam cerita tersebut

Page 11: Improvisasi Teater

Latar Belakang Teater Dalam Pendidikan (TDP)

Tahukah Anda tentang Latar belakang TDP?

Secara profesional bermula di England pada 1965

Kumpulan profesional pertama “Belgrade Theatre in Conventry” – Gordon Vallins (hingga 1966) - untuk tujuan menggalakkan remaja terlibat dalam aktiviti teater. (berkembang hingga ke Leeds, Bolton, Edinburgh, London dan bandar lain.

London Theatre Centre – Brain Way – mementaskan teater yang khusus (ditulis khas) dan melibatkan kanak-kanak yang menonton mengambil bahagian secara spontan pada bahagian tertentu. Pada awalnya lebih utama untuk tujuan menghibur dan menggalakkan minat.

Peringkat awal persembahan hanya dilaksanakan oleh mereka yang mempunyai sijil guru dan lakonan (profesional) – bagi memastikan kualiti dan tarikan minat penonton. Akhirnya berkembang di peringkat kanak-kanak, remaja dan pelajar universiti

Perkembangan pesat TDP telah membolehkan mereka memperoleh peruntukan besar drp “British Art Council” dan pihak lain. Banyak kumpulan bernaung di bawah badan teater dan badan akademik. Ada juga ditubuhkan secara persendirian. Kebanyakan bahan dan program yang dirancang berdasarkan kajian dan keperluan pelajar – dirancang dengan kerjasama pihak pendidikan/guru dan sekolah.

1973 – Festival TDP di London selama 2 minggu. 38 kumpulan mengambil bahagian.

Bretton Hall Colledge di Yorkshire mula perkenalkan kursus musim panas dalam TDP

Mula berkembang di USA – projek Creative Arts Team (CAT) – mengikut bentuk British tapi diubahsuai mengikut keadaan di USA. - tumpuan kepada isu sosial dan kurikulum yang juga berkaitan dengan kehidupan pelajar serta masyarakat. Di antara projek penting : Conflict Resolution Through Drama (isu semasa) cth : I never Told Anybody, Arts Partners (pendidikan kanak-kanak ) dan Project Communication (isu hubungan manusia)cth : Children of Ellis Island (1987).

Apa pula matlamat TDP?

Mengubah sikap – memperbaiki sikap/peribadi

Meningkatkan pemahaman dan ilmu pengetahuan (daripada tidak tahu kepada tahu)

Merangsang pemikiran kritis dan kreatif

Memotivasikan pelajar untuk membicarakan tajuk atau isu tertentu bagi tujuan mendidik/memberi kesedaran

Page 12: Improvisasi Teater

Teater Pembaca

Apakah Teater Pembaca? 

1. Satu cara menghidupkan sebuah skrip pendek. (boleh diambil dari buku teks)

2. Teater pembaca melibatkan  pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.

3. Teater pembaca dikenali sebagai ‘teater minda’ kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan     aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.

4. Pelakon tidak  perlu menghafal dialog.

5. Persembahan sepenuhnya membaca teks.

6. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan terbatas dan mimik muka.

7. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.

8. Tidak melibatkan ruang yang luas

9. Tidak perlukan latihan yang lama.

10. Boleh dilaksanakan secara spontan.

11. Sesuai dalam melatih keterampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yg dilakonkan.

12. Teater pembaca ini menekankan aspek 'membaca'. 

Langkah Perlaksanaan

1. Beberapa orang pelajar dipilih berdasarkan kehendak skrip.

2. Setiap pelajar yg dipilih diberikan watak dan skrip.

3. Seorang pencerita (narator) dipilih untuk membaca bahagian naratif dalam skrip.

4. Sediakan ruang lakon di hadapan kelas, menghadap penonton.

5. Pelakon boleh berdiri atau duduk di atas kerusi.

6. Pembaca (naratif) di bahagian tepi kiri atau kanan, pelakon di tengah.

7. Pelakon membaca dialog mengikut urutan dalam skrip.

8. Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke hadapan dan membaca/melakonkan dialog dengan penuh perasaan dan intonasi yang sesuai.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEATER PEMBACA Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek. Teater pembaca dikenali sebagai ‘teater

Page 13: Improvisasi Teater

minda’ kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi. Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza. Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dan tekanan. Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas. Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita dengan lancar. Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka. Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog. Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat. Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing. Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca seperti yang dikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu (a) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita. Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan. Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan. Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain. Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ