gah! teater lengkapi kemahiran hidup belia jurusan sains ... · pdf file“teater ini...

1
DUNIA sains komputer yang boleh dite- rapkan dalam bidang seni, media, muzik, re- ka bentuk, ciptaan permainan dan pernia- gaan, dekat di hati Encik Akmal Dani Suhai- mi. Sekilas pandang, mungkin ada yang ter- tanya-tanya apakah yang membuatkan ma- hasiswa Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengkomputeran Kreatif ini tertarik kepada bidang teater? Matematik, aturan program komputer dan kecerdasan buatan atau artificial intelli- gence merupakan antara skop pengajiannya. Namun, sudah dua tahun berturut-turut, Encik Akmal, 23 tahun, yang menuntut di in- stitusi SIM Global Education-Universiti Lon- don (UOL) menerajui watak utama dalam projek pementasan Introspeksi di kampus- nya. Projek tersebut diusahakan Persatuan Bu- daya dan Muslim Institut Pengurusan Si- ngapura (SIM) sebagai satu cara menukik bakat teater dalam kalangan belia daripada pelbagai cabang pengajian. Ada juga peluang bagi pelajar di luar SIM menjalani sesi uji bakat Introspeksi sebagai usaha membina ikatan kampus tersebut de- ngan belia lain. Banyak kemahiran hidup yang dapat di- pelajari penggiat teater muda ini menerusi pembelajaran teater walaupun ia dianggap sebagai hobi semata bagi sebilangan daripa- da mereka. Khidmat pembimbing teater dalam kala- ngan penggiat teater setempat turut diperole- hi bagi memberi pelajar arah tuju dan bantu- an menyiapkan naskhah yang baik untuk di- pentaskan. Jika sebelum ini Izzat Yusof membimbing pelajar dalam projek Instrospeksi, buat masa ini, Keatar HM mengambil alih peranan tersebut. CUBA SESUATU YANG BARU Encik Akmal memberitahu Gah! bahawa beliau memberanikan diri menceburi bidang teater sejurus menyertai SIM Global Educa- tion. Jika tahun lalu beliau memainkan watak sebagai mahasiswa bernama Erman yang enggan dibayangi kejayaan ibunya yang bergelar usahawan ternama, tahun ini beliau adalah pemuda kampung bernama Adnan dalam teater Cinta Mawar. Adnan perlu memberikan keyakinan se- mula kepada temanitanya, Hawa, yang diperkosa selepas dipaksa menjadi penyanyi kelab malam. Kata Encik Akmal: “Sebelum masuk SIM Global Education, saya tiada minat langsung menceburi teater. “Alhamdulillah, saban tahun saya diberi amanah membawa watak utama yang me- nguji kecekapan saya meletakkan diri saya dalam kehidupan orang lain. “Saya belajar menanam rasa ihsan ter- hadap perjuangan orang lain dan melihat ke- hidupan dari sudut pandangan berbeza. “Menerusi teater saya juga belajar beker- jasama dengan teman-teman lain sebagai se- buah pasukan.” DICABAR DENGAN BAHASA ‘ORANG DULU’ Menjelaskan cabaran yang dirasakan tat- kala membawa watak Adnan yang hidup dalam era 1950-an, pemuda ini berkata: “Mencabar juga menghayati cara masyarakat pada masa itu berbual dan men- jalani hidup mereka. “Saya dan teman-teman memang makan masa nak sesuaikan diri kami dengan pertu- turan bahasa baku. Ada beberapa perkataan yang kami tak pernah gunakan langsung dalam konteks masa kini.” Encik Akmal juga akur menghadapi ke- payahan mencari keseimbangan bagi watak Adnan, pemuda berpelajaran dan berhemah yang pada ketikanya hilang kesabaran kera- na diuji kelicikan pengusaha kelab malam, Tauke Wong. “Payah bagi saya membawa watak lelaki tenang dan sopan santun yang tiba-tiba me- ledak marah. Nak cari keseimbangan itu ju- ga satu masalah. Tambahan pula, saya se- orang yang panas baran,” kongsinya. Satu lagi cabaran besar buatnya adalah tatkala dipasangkan sebagai kekasih kepada Hawa, watak yang dimainkan sahabat karib- nya, Cik Nur Izzah Sutari, 26 tahun. “Awalnya sukar tetapi lebih dalam saya ‘menggali’ watak Adnan, saya dapat bawa di- ri saya jauh daripada dunia peribadi Akmal. “Izzah dan saya berusaha fahami sejarah Adnan dan Hawa – bagaimana mereka berte- mu, bercinta dan akhirnya apa jadi pada cin- ta mereka. Buat tempoh itu kami perlu ketepikan persahabatan kami,” katanya lagi. Beliau melihat teater Cinta Mawar se- bagai penyebar pesan bahawa kita tidak harus menggadai maruah kerana kuasa atau wang ringgit.’ MENYERLAH MESKI WATAK PEMBANTU Disebabkan enggan dunia teater yang di- ceburi di Institut Millennia (MI) hilang terus daripada kehidupannya, penolong guru prasekolah, Cik Siti Aqasah Abdul Kadir, 24 tahun, melalui sesi uji bakat bagi Cinta Mawar. Beliau antara belia di luar SIM yang mela- lui sesi uji bakat terbuka yang diadakan. “Sebelum memasuki MI saya hanyalah penggiat tarian Melayu. Lakonan memberi saya wadah meluah rasa, lebih daripada se- takat pergerakan fizikal,” katanya. Cik Siti Aqasah pula selesa dengan pel- bagai watak pembantu, daripada perampas teman lelaki orang lain, dayang Puteri Gu- nung Ledang yang ‘selenger’ hinggalah mak cik bersuara nyaring. Kehadirannya sebagai Mak Long pengen- dali gerai makan kampung dalam Cinta Mawar boleh dianggap menyerlah. “Saya harus terapkan ciri-ciri wanita tua yang bising, kaki mengomel dan berani me- nampar anak muda yang dianggap biadap. Pendek kata, watak ini memang kecoh, se- suatu yang saya cuba ketengahkan walau saya masih muda lagi. “Abang Keatar minta saya amati keadaan mak cik di pasar. Saya pula tonton watak mak tiri dalam filem lama, Bawang Putih Bawang Merah,” ujarnya, yang gembi- ra teater memperluas rangkaian kenalannya. Dunia lakon Siswa logistik teroka ilmu Teater lengkapi kemahiran hidup belia jurusan sains komputer, prasekolah TEATER PEMBUKA MATA: Mahasiswa jurusan pengkomputeran kreatif, Encik Akmal Dani Suhaimi dan penolong guru prasekolah, Cik Siti Aqasah Abdul Kadir, memberanikan diri menceburi projek teater Instrospeksi kendalian Persatuan Budaya dan Muslim SIM sebagai meraih pengalaman baru yang memperkukuh semangat kerjasama dengan belia lain. – Foto-foto BH oleh M.O. SALLEH Bidang teater yang menekankan luahan rasa daripada lantunan dialog dan ekspresi muka bukan cabang seni yang dibuka buat pelajar cabang kesenian dan kreatif sahaja. Menerusi penerbitan tahunan Persatuan Budaya dan Muslim Institut Pengurusan Singapura (SIM), Introspeksi, dapat dilihat bakat teater turut dipupuk dalam kalangan siswa jurusan pengkomputeran kreatif serta logistik dan pengurusan rantaian bekalan. HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan tentang daya tarikan teater buat pelajar di luar jurusan seni.

Upload: lythuy

Post on 17-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gah! Teater lengkapi kemahiran hidup belia jurusan sains ... · PDF file“Teater ini aktiviti yang sihat kerana kita belajar ... Bidang teater yang menekankan luahan rasa daripada

BIDANG teater cukup luas dan mencakupi aspek belakang tabir seperti pengurusan pentas dan prop.

Inilah yang banyak diamati En-cik Muhamad Khairi Amsyar, 24 tahun, mahasiswa jurusan logistik dan pengurusan rantaian bekalan di institusi SIM Global Educa-tion-RMIT.

Ketika ditemui Gah!, beliau berkata bidang teater banyak mengajarnya tentang amanah mengurus tenaga kerja dan ke-lengkapan di pentas.

“Banyak perkara tentang ke-mahiran hidup yang saya pelajari daripada terlibat dalam pemen-tasan Cinta Mawar.

“Saya dipilih sebagai pengu-rus pentas yang perlu tangkas mengurus jadual pelakon dan kru belakang tabir.

“Dengan teman sendiri, berat nak tegur mereka kalau ada yang lambat atau tidak menjaga disip-lin.

“Selepas dinasihati Abang Keatar HM, saya lebih tanamkan ketegasan dalam urusan saya ber-sama teman-teman lain walau-pun banyak perkara yang perlu saya perbaiki.”

Encik Muhamad Khairi sena-ngi peluang bekerjasama dengan bermacam mahasiswa daripada pelbagai kursus.

Teater adalah wadah yang menyatukan, tambahnya.

Memandangkan bidang pengajiannya adalah logistik, beliau memastikan kerja bela-kang tabir pementasan meliputi proses menggerakkan prop dari satu tempat ke tempat lain dapat diuruskan dengan lebih berkesan.

“Kerana pementasan ini juga melibatkan pelajar di luar kampus Institut Pengurusan Singapura (SIM), maka ada peluang bagi saya memperluas rangkaian kenalan.

“Teater ini aktiviti yang sihat kerana kita belajar bukan sahaja tentang dunia lako-nan, malah mampu menyelami aspek menyeluruh lain seperti pengendalian prop, uru-san masa dan juga operasi pentas,” ujarnya lagi.

SEPANJANG terlibat dalam projek teater Instrospeksi, Cik Nur Izzah Sutari, mahasiswa tempatan yang menetap di Johor Bahru, ter-paksa menyewa bilik di rumah temannya di kawasan barat Singapura.

Kebetulan mahasiswa pengurusan pernia-gaan daripada Universiti RMIT-SIM Global Education itu juga mempersiap dirinya bagi peperiksaan.

Lantaran itu, urusan penginapan sementa-ra itu dibuat bagi memudahkannya me-ngurangkan waktu berulang-alik dari rumah ke kampus.

“Sebenarnya, saya rasa lega selepas tamat peperiksaan dan juga projek teater Introspek-si. Saya boleh kembali ke pangkuan keluarga dan bebaskan diri daripada watak yang terlalu stres seperti Hawa,” jelasnya.

Dalam naskhah teater bertajuk Cinta Mawar, Cik Nur Izzah, 26 tahun, menggalas amanah besar sebagai gadis kampung berna-ma Hawa yang dipaksa bapanya meninggal-kan kerja kemasyarakatan bagi menjadi pe-nyanyi kelab malam.

Watak yang memerlukannya kerap menangis selepas diperkosa itu dianggap berat buatnya yang sebelum ini memainkan watak pembantu dalam teater Ziarah tahun lalu.

“Pembahagian masa merupakan antara cabaran besar buat saya apabila terlibat dalam projek teater ini.

“Saya enggan kelam kabut berdepan de-ngan masalah kesesakan trafik. Maka, saya usahakan menyewa bilik di rumah teman saya. Lebih mudah nak ke kampus di daerah Clementi berbanding kalau saya masih di Johor pada tempoh tersebut.

“Mana nak fikirkan teater, nak juga ulang kaji peperiksaan... ia tempoh yang memerlu-kan banyak pengorbanan,” katanya.

Cik Nur Izzah, yang sudah 10 tahun mene-tap di Johor Bahru, menganggap teater se-bagai sesuatu kegiatan yang meresap di jiwa-nya.

“Ada tempoh apabila saya terbawa-bawa dengan watak Hawa yang bersedih sehingga-kan mood saya cepat berubah dan asyik menangis. Kawan yang perlu pujuk saya agar tidak tertekan.

“Biasanya saya juga jenis yang akan ber-lembut tetapi penghayatan watak kadangkala membuatkan saya bertegas dan mudah terke-san,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Cik Nur Izzah berkata, ji-ka diberi peluang mengulangi semula pemen-tasan Cinta Mawar, beliau akan menjadi pela-kon lebih kreatif.

“Biasanya saya akan ikut apa yang diarah-kan. Sewajarnya, saya perlu bersikap inovatif dan membuat pengubahsuaian pada watak itu,” jelasnya lagi.

Mengulas tentang kemesraan yang perlu

dipupuk (sebagai Hawa) dengan watak Adnan yang dimainkan teman baiknya, Encik Akmal Dani Suhaimi, Cik Nur Izzah tertawa seraya berkata:

“Saya dan Akmal dah jadi macam adik-be-radik. Apabila disuruh bermanja, kami kekok.

“Pembimbing kami, Abang Keatar HM, sampai menegur kami seakan-akan kami tak pernah mengalami perasaan jatuh cinta.

“Beliau mengajar kami bagaimana me-nampilkan watak sebagai kekasih yang berko-munikasi dengan renungan mata dan pega-ngan tangan.

“Mulanya renungan mata kami macam ‘kosong’. Tak terasa keserasiannya walhal ka-mi dah biasa macam rakan baik.”

Selebihnya, teater itu mencorak dirinya menjadi lebih peka tentang keadaan sekeliling dan membuat penyesuaian spontan.

Di luar bidang teater, Cik Nur Izzah juga ce-pat mengambil keputusan beralih universiti, daripada Universiti London kepada RMIT dalam jurusan serupa, pengurusan pernia-gaan, kerana lebih selesa dengan pengajian yang berteraskan projek sebagai tugasan.

DUNIA sains komputer yang boleh dite-rapkan dalam bidang seni, media, muzik, re-ka bentuk, ciptaan permainan dan pernia-gaan, dekat di hati Encik Akmal Dani Suhai-mi.

Sekilas pandang, mungkin ada yang ter-tanya-tanya apakah yang membuatkan ma-hasiswa Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengkomputeran Kreatif ini tertarik kepada bidang teater?

Matematik, aturan program komputer dan kecerdasan buatan atau artificial intelli-gence merupakan antara skop pengajiannya.

Namun, sudah dua tahun berturut-turut, Encik Akmal, 23 tahun, yang menuntut di in-stitusi SIM Global Education-Universiti Lon-don (UOL) menerajui watak utama dalam projek pementasan Introspeksi di kampus-nya.

Projek tersebut diusahakan Persatuan Bu-daya dan Muslim Institut Pengurusan Si-ngapura (SIM) sebagai satu cara menukik bakat teater dalam kalangan belia daripada pelbagai cabang pengajian.

Ada juga peluang bagi pelajar di luar SIM menjalani sesi uji bakat Introspeksi sebagai usaha membina ikatan kampus tersebut de-ngan belia lain.

Banyak kemahiran hidup yang dapat di-pelajari penggiat teater muda ini menerusi pembelajaran teater walaupun ia dianggap sebagai hobi semata bagi sebilangan daripa-da mereka.

Khidmat pembimbing teater dalam kala-ngan penggiat teater setempat turut diperole-hi bagi memberi pelajar arah tuju dan bantu-an menyiapkan naskhah yang baik untuk di-pentaskan.

Jika sebelum ini Izzat Yusof membimbing pelajar dalam projek Instrospeksi, buat masa ini, Keatar HM mengambil alih peranan tersebut.

CUBA SESUATU YANG BARUEncik Akmal memberitahu Gah! bahawa

beliau memberanikan diri menceburi bidang teater sejurus menyertai SIM Global Educa-tion.

Jika tahun lalu beliau memainkan watak sebagai mahasiswa bernama Erman yang enggan dibayangi kejayaan ibunya yang bergelar usahawan ternama, tahun ini beliau adalah pemuda kampung bernama Adnan dalam teater Cinta Mawar.

Adnan perlu memberikan keyakinan se-mula kepada temanitanya, Hawa, yang diperkosa selepas dipaksa menjadi penyanyi kelab malam.

Kata Encik Akmal: “Sebelum masuk SIM Global Education, saya tiada minat langsung menceburi teater.

“Alhamdulillah, saban tahun saya diberi amanah membawa watak utama yang me-nguji kecekapan saya meletakkan diri saya dalam kehidupan orang lain.

“Saya belajar menanam rasa ihsan ter-

hadap perjuangan orang lain dan melihat ke-hidupan dari sudut pandangan berbeza.

“Menerusi teater saya juga belajar beker-jasama dengan teman-teman lain sebagai se-buah pasukan.”

DICABAR DENGAN BAHASA ‘ORANG DULU’

Menjelaskan cabaran yang dirasakan tat-kala membawa watak Adnan yang hidup dalam era 1950-an, pemuda ini berkata:

“Mencabar juga menghayati cara masyarakat pada masa itu berbual dan men-jalani hidup mereka.

“Saya dan teman-teman memang makan masa nak sesuaikan diri kami dengan pertu-turan bahasa baku. Ada beberapa perkataan yang kami tak pernah gunakan langsung dalam konteks masa kini.”

Encik Akmal juga akur menghadapi ke-

payahan mencari keseimbangan bagi watak Adnan, pemuda berpelajaran dan berhemah yang pada ketikanya hilang kesabaran kera-na diuji kelicikan pengusaha kelab malam, Tauke Wong.

“Payah bagi saya membawa watak lelaki tenang dan sopan santun yang tiba-tiba me-ledak marah. Nak cari keseimbangan itu ju-ga satu masalah. Tambahan pula, saya se-orang yang panas baran,” kongsinya.

Satu lagi cabaran besar buatnya adalah tatkala dipasangkan sebagai kekasih kepada Hawa, watak yang dimainkan sahabat karib-nya, Cik Nur Izzah Sutari, 26 tahun.

“Awalnya sukar tetapi lebih dalam saya ‘menggali’ watak Adnan, saya dapat bawa di-ri saya jauh daripada dunia peribadi Akmal.

“Izzah dan saya berusaha fahami sejarah Adnan dan Hawa – bagaimana mereka berte-mu, bercinta dan akhirnya apa jadi pada cin-

ta mereka. Buat tempoh itu kami perlu ketepikan persahabatan kami,” katanya lagi.

Beliau melihat teater Cinta Mawar se-bagai penyebar pesan bahawa kita tidak harus menggadai maruah kerana kuasa atau wang ringgit.’

MENYERLAH MESKI WATAK PEMBANTU

Disebabkan enggan dunia teater yang di-ceburi di Institut Millennia (MI) hilang terus daripada kehidupannya, penolong guru prasekolah, Cik Siti Aqasah Abdul Kadir, 24 tahun, melalui sesi uji bakat bagi Cinta Mawar.

Beliau antara belia di luar SIM yang mela-lui sesi uji bakat terbuka yang diadakan.

“Sebelum memasuki MI saya hanyalah penggiat tarian Melayu. Lakonan memberi saya wadah meluah rasa, lebih daripada se-takat pergerakan fizikal,” katanya.

Cik Siti Aqasah pula selesa dengan pel-bagai watak pembantu, daripada perampas teman lelaki orang lain, dayang Puteri Gu-nung Ledang yang ‘selenger’ hinggalah mak cik bersuara nyaring.

Kehadirannya sebagai Mak Long pengen-dali gerai makan kampung dalam Cinta Mawar boleh dianggap menyerlah.

“Saya harus terapkan ciri-ciri wanita tua yang bising, kaki mengomel dan berani me-nampar anak muda yang dianggap biadap. Pendek kata, watak ini memang kecoh, se-suatu yang saya cuba ketengahkan walau saya masih muda lagi.

“Abang Keatar minta saya amati keadaan mak cik di pasar. Saya pula tonton watak mak tiri dalam filem lama, Bawang Putih Bawang Merah,” ujarnya, yang gembi-ra teater memperluas rangkaian kenalannya.

Dunia lakon ajar siswa

sesuaikan diri dengan

perubahan

Siswa logistik teroka ilmu balik tabir pentas

Teater lengkapi kemahiran hidup belia jurusan sains komputer, prasekolah

PELAJARI ERTI KETEGASAN: Encik Muhamad Khairi Amsyar menimba ilmu belakang tabir sesebuah pementasan menerusi penglibatannya dalam teater. – Foto BH oleh HARYANI ISMAIL

TANGANI GEJOLAK EMOSI: Apabila diberi watak berat sebagai Hawa yang melalui pasang surut emosi, Cik Nur Izzah Sutari, akur terbawa-bawa dengan ‘mood’ yang tidak menentu tetapi belajar menyesuaikan dirinya dengan perubahan sekeliling.

TEATER PEMBUKA MATA: Mahasiswa jurusan pengkomputeran kreatif, Encik Akmal Dani Suhaimi dan penolong guru prasekolah, Cik Siti Aqasah Abdul Kadir, memberanikan diri menceburi projek teater Instrospeksi kendalian Persatuan Budaya dan Muslim SIM sebagai meraih pengalaman baru yang memperkukuh semangat kerjasama dengan belia lain. – Foto-foto BH oleh M.O. SALLEH

Bidang teater yang menekankan luahan rasa daripada lantunan dialog dan ekspresi muka bukan cabang seni yang dibuka buat pelajar cabang kesenian dan kreatif sahaja. Menerusi penerbitan tahunan Persatuan Budaya dan Muslim Institut Pengurusan Singapura (SIM), Introspeksi,

dapat dilihat bakat teater turut dipupuk dalam kalangan siswa jurusan pengkomputeran kreatif serta logistik dan pengurusan rantaian bekalan.HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan tentang daya tarikan teater buat pelajar di luar jurusan seni.

Berita Harian | Selasa, 12 Disember 2017 11

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan