implikasi proses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis di malaysia

Upload: jing-er

Post on 03-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Implikasi Proses Dan Tindakan Politik Boleh Memupuk Hubungan Etnik Yang Harmonis Di Malaysia

    1/4

    Implikasi proses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang

    harmonis di Malaysia.

    Proses dan tindakan politik boleh memupuk semangat patriotisme

    penduduk Malaysia. Nilai patriotisme amat penting dalam diri setiap rakyat ketika

    menentang Malayan Union. apabila pentadbiran Malayan Union dijalankan di

    Tanah Melayu pada tahun 1946, orang Melayu bangkit dan membuat

    bantahan terhadap perundangan yang ditulis dalam Perlembagaan Malayan

    Union. Penjelasan British yang menyatakan Malayan Union adalah ke arah

    persediaan untuk berkerajaan sendiri tidak dapat diterima oleh orang-orang

    Melayu kerana perlembagaan Malayan Union itu sendiri akan melenyapkan

    maruah dan ketuanan Melayu. Ini menyebabkan sultan Melayu bukan sahajakehilangan kuasa melindungi rakyat di negerinya malah turut kehilangan kuasa

    untuk memerintah negeri. Sebaliknya bidang kuasa baginda hanya dihadkan

    kepada hal-hal berkaitan adat resam dan agama Islam sahaja. Orang-orang

    Melayu kehilangan hak keistimewaan dalam masyarakat di Tanah Melayu

    sebagai penduduk asal Negara ini.

    Ini telah membangkitkan semangat cinta akan tanah air pada masyarakat

    Melayu, mereka berhasrat untuk menentang Britsh dan memerintah negarasendri dan tidak sanggup membiarkan tanah Malayu menjadi tanah jajahan

    British.

    Dalam suasana kebimbangan dan bercampur marah itu, Dato Onn

    diminta mengetuai orang Melayu kerana beliau menyeru semua orang Melayu

    bersatu padu untuk membaiki nasib di tanah air sendiri. Gagasan fikiran dan

    pandangannya di akhbar-akhbar sebelum perang dan cita-citanya untuk

    menyatupadukan orang Melayu pernah diucapkan ketika menghadiri Kongres

    Melayu di Singapura pada tahun 1940. Beliau dilihat sebagai seorang tokoh

    mempunyai semangat patriotisme yang sangat tinggi.

    Beliau telah menyeru agar orang Melayu segera berkumpul dan

    bersatu padu menentang Malayan Union. Di merata negara, perarakan-

  • 7/28/2019 Implikasi Proses Dan Tindakan Politik Boleh Memupuk Hubungan Etnik Yang Harmonis Di Malaysia

    2/4

    perarakan kecil telah diadakan. Sepanjang perarakan, slogan Hidup Melayu

    terus dilaungkan dan bergema di sana sini. Perarakan yang bermula di Jalan

    Sultanah berkhir di Padang Pejabat Kerajaan Batu Pahat. Di sini, Dato Onn

    telah berapi-api memberi ucapan menentang Malayan Union dan

    mengecam kerajaan British sebagai tidak berprikemanusiaan merampas

    hak orang Melayu.

    Pada tahun 1946, UMNO ditubuhkan. Namun kerajaan British tetap

    berhasrat mengadakan majlis pengistiharan Malayan Union dan perlantikan

    Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gents pada 1 April 1946. Sehari sebelum

    pengistiharan, DatoOnn telah mengadakan Mesyuarat Tergempar di Kuala

    Lumpur untuk bertindak mengadakan perarakan dan memujuk raja-raja Melayu

    memulaukan majlis. Orang-orang Melayu juga diseru supaya berkabung

    dengan memakai songkok berlilit putih dan berbaju putih selama seminggu.

    Walaupun begitu, British tetap meneruskan rancangannya kerana berasa

    yakin raja-raja dan pembesar Melayu masih menyokong dan menyebelahi

    kerajaan British. Gabenor yang dipulaukan terus menjalankan tugas tetapi

    akhirnya berhadapan dengan pelbagai kesulitan apabila raja-raja dan pembesar

    Melayu serta pegawai-pegawai tinggi Melayu bersikap berkecuali dan pasif.

    UMNO menyusun pelbagai aktiviti membantah Malayan Union hingga

    akhirnya Britis terpaksa tunduk mengikut kehendak UMNO merangka

    perlembagaan baru mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian

    Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh raja-raja Melayu dengan

    pihak Inggeris pada 21 Januari 1948 dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948.

    Mulai dari tarikh itu Malayan Union dibubarkan.

    Bagi Kontrak Sosial pula dapat menonjolkan nilai perpaduan kaum

    dalamnya. Kontrak sosial merupakan permuafakatan antara kaum yang dicapai

    sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin

    yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India yang mewakili semangat

    Perlembagaan. Pemeteraian kontrak sosial ini disertai dan dipersetujui oleh parti-

  • 7/28/2019 Implikasi Proses Dan Tindakan Politik Boleh Memupuk Hubungan Etnik Yang Harmonis Di Malaysia

    3/4

    parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Ketiga-tiga parti politik ini

    mewakili kaum yang utama di Malaysia. Kontrak sosial adalah satu perjanjian

    antara kaum Melayu dengan bukan Melayu di Malaysia. Ia diwujudkan supaya

    masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai seperti dipersetujui

    wakil semua kaum ketika pembentukan Malaysia dan kini menjadi sebahagian

    Perlembagaan Malaysia. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam

    Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.

    Antara tujuan mewujudkan kontrak sosial adalah untuk menyelesaikan

    perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing-masing. Kedua, untuk

    memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan

    hak dan kepentingan masing-masing. Tujuan ketiga adalah untuk memastikan

    persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun. Ini adalah kerana

    persetujuan tersebut dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.

    Tambahan pula, kontrak sosial dilihat dapat mewujudkan masyarakat yang

    bebas dan adil dalam usaha untuk mencapai integrasi nasional.

    Antara isu yang terkandung dalam kontrak sosial adalah Bahasa Melayu

    sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak

    Keistimewaan Orang Melayu, Kedaulatan Raja-raja dan Sultan Melayu serta

    taraf kerakyatan melalui Prinsip Jus Soli.

    Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan bertujuan untuk

    menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan diwajibkan di

    semua jenis pusat pendidikan. Ini merupakan salah satu langkah untuk

    mencapai perpaduan negara.

    Prinsip kerakyatan secara jus soli telah diperkenalkan semasa

    rancangan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu kaum Cina dan

    India yang dilahirkan di Tanah Melayu merupakan warganegaranya. Tetapi

    dengan adanya Perlembagaan, kerakyatan Jus Soli telah diperketatkan. Antara

    syarat itu ialah penduduk bukan Melayu mesti tinggal di Persekutuan Tanah

    Melayu tidak kurang daripada 10 tahun. Kedua-dua ibubapanya adalah

  • 7/28/2019 Implikasi Proses Dan Tindakan Politik Boleh Memupuk Hubungan Etnik Yang Harmonis Di Malaysia

    4/4

    warganegara PTM. Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah

    Melayu dan menganggap negara ini sebagai tanah tempat tumpah darahnya.

    Selain itu, bermula tahun 1958, mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasa

    Melayu ataupun bahasa Inggeris. Ini dapat memupuk perpaduan antara kaum

    supaya kaum Cina dan India dapat terus tinggal di Tanah Melayu.

    Kedudukan hak istimewa orang Melayu bukanlah merupakan sesuatu

    yang baru. Perkara ini ialah merupakan perkara utama yang diperjuangkan oleh

    golongan orang Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Perkara ini telah

    dimaktubkan di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

    Ia bertujuan untuk menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah

    Melayu dan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang telah ketinggalan

    dalam semua bidang kehidupan supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu

    yang lebih maju. Ini dapat mendekatkan jurang perbezaan di antara kaum

    terutamanya kaum Cina dengan kaum Melayu yang terpisah sejak kedatangan

    British di Tanah Melayu.

    Rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan, diperturunkan,

    dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi muda

    daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami

    dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal

    ini penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai satu formula

    mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui

    perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama,

    toleransi dan bersatu padu. Setiap warganegara harus menyedari bahawa setiap

    perlembagaan kita adalah hasil daripada sikap bertolak ansur setiap kaum. Ia

    adalah satu persetujuan yang luhur dan murni, hasil pertimbangan yang rumit

    terhadap berbagai-bagai kepentingan yang bertentangan.