implikasi nikah fasid menurut syarak
TRANSCRIPT
5/8/2018 Implikasi Nikah Fasid Menurut Syarak - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-nikah-fasid-menurut-syarak 1/6
Implikasi nikah fasid menurut syarak
Assalamualaikum sidang pengunjung scene-r yang di rahmati Allah sekalian,
Soalan yang saya ambil daripada pengunjung scene-r melalui Shout Box
[ jue.j: salam ustaz..sy ada 1 soalan di sini,apakah kesan bagi perkahwinan fasid menurut
syarak dan undang2? 29 Jun 08, 06:02 ]
terima kasih jue.j di atas kunjungan dan soalan yang diberikan,saya cuba menjawab kesan
bagi pernikahan fasid menurut syarak namun saya tidak dapat menjawab kesannya menurut
undang-undang kerana saya belum menceburi bidang undang-undang.
Sidang pengunjung yang di rahmati Allah s.wt sekalian,
Di dalam membina sesebuah institusi kekeluargaan melalui suatu akad perkahwinan yang
sah,tentunya kita akan dapati beberapa kesan daripada akad pernikahan yang sah.
Justeru itu, sebagai rumusan,saya cuba nukilkan buat pengunjung sekalian melalui Mabhas
keempat ±Kesan Perkahwinan,Kitab Al-Usrah Al-Muslimah fi Al-µAlam Al-Mu¶asir Dr.Wahbah Az-Zuhaili m.s 70-71 di antaranya seperti berikut:
1) Boleh saling berseronokan di antara suami dan isteri sebagaimana yang di
syarakkan,termasuklah mencium dan hubungan suami isteri selain dubur.
2) Hak isteri ke atas suami seperti nafkah ( pakaian,tempat tinggal dan pakaian) dan hak
suami ke atas isteri seperti taat kepada suami,meminta izin untuk keluar rumah, menjaga
rahsia, menjaga harta, dan hak-hak bersama suami dan isteri.
3) Sabit hak melahirkan dan sabit hak nasab daripada kedua-dua ibu bapanya,hak anak untuk
ditarbiah,penyusuan ,nafkah, dan selainnya .
4) Hak isteri terhadap mahar.
Namun begitu,bagaimana pula kesan sekiranya sesebuah perkahwinan itu dibina daripada asas
akad perkahwinan yang fasid?
Terlebih dahulu mari kita bezakan di antara batil dan fasid menurut Syafieah:
5/8/2018 Implikasi Nikah Fasid Menurut Syarak - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-nikah-fasid-menurut-syarak 2/6
Batil : Apa yang rosak pada rukunnya.
[rukun nikah : Sighah,suami,isteri,wali,dan dua orang saksi]
Fasid : Apa yang rosak pada syaratnya.
Dan hukum kedua-duanya (batil dan fasid) menurut Syafieah adalah sama pada
kebiasaanya.Iaitu tidak berlaku ke atas salah seorang daripada suami dan isteri kesan daripada
kesan-kesan pernikahan yang soheh,tiada mahar,tiada nafkah,tiada pengharaman kerana
musoharah (perkahwinan) dan tiada pensabitan nasab dan tiada iddah.
(rujuk jenis-jenis nikah yang batil menurut Syafieah Kitab Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu
Dr. Wahbah Az-Zuhaili jilid 10 m.s 6612)
[sebagai imbasan Nikah batil : Nikah Syaghar,nikah mut¶ah,nikah dalam keadaan
ihram,berbilangan suami,nikah wanita yang berada dalam keadaan iddah,nikah wanita hamil
sebelum habis iddahnya,nikah antara muslim dengan kafirah selain kitabiah,pertukaran agamakepada agama yang lain,perkahwinan wanita muslim dengan lelaki kafir dan perkahwinan
dengan orang yang murtad]
Setelah kita mengetahui bahawa nikah fasid berlaku disebabkan rosak pada syarat dan kadang
kala fasid dan batil itu adalah sama menurut Syafieah.Oleh itu mari kita melihat apakah syarat
sah nikah yang apabila ianya tidak dipenuhi akan menjadikan sesuatu nikah itu menjadi fasid.
Syarat sah nikah antaranya :
1) Wanita itu merpukan wanita yang halal dinikahi (bukan daripada kerabat,bukan
daripada sesusuan, dan bukan daripada musoharah sama ada haram mu¶aqat seperti
menghimpunkan dua adik beradik sebagai isteri ataupun muabbad seperti haram
bernikah dengan ummahat atau ibu-ibu)
2) Tidak di dalam keadaan berihram
3) Tidaklah pernikahan itu bertempoh (syarat pada sighah)
4) Sekufu¶
5) Hadir dua orang saksi
6) Redha (tiada paksaan)
7) Menentukan wanita yang ingin dinikahi (syarat pada isteri)
[*untuk selebihnya sila rujuk syarat-syarat bagi setiap rukun nikah iaitu syarat pada
sighah,syarat pada suami,syarat pada isteri,syarat pada wali,dan syarat pada dua orang saksi]
5/8/2018 Implikasi Nikah Fasid Menurut Syarak - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-nikah-fasid-menurut-syarak 3/6
Baiklah,setelah kita mengetahui kedudukan nikah fasid,barulah kita melihat pula apakah
implikasi nikah fasid menurut syarak.
Sidang pengunjung yang dirahmati Allah s.w.t sekalian,
Saya tidak bercadang untuk mengulas dengan lebih terperinci,cukup sekadar rumusan yangsaya buat daripada tajuk akad nikah yang tidak sah Kitab Al-Mufassal fi Ahkam Al-Mar¶ah
wa Bait Al-Muslim fi Syariah Al-Islamiah Dr. Abdul Karim Zaidan jilid 7 perbahasan 7018
sehingga 7033 seperti berikut :
Kesan akad nikah yang tidak sah mewajibkan pasangan suami isteri itu perlu dipisahkan,tidak
wajib membayar mahar sekiranya tafriq (pemisahan) itu dibuat sebelum dukhul (jimak) dan
tidak sabit haram kerana musoharah (perkahwinan), tidak wajib membayar nafkah, dan tidak
saling mewarisi di antara suami dan isteri.Di sana terdapat beberapa kesan ke atas nikah yang
tidak sah yang terhasil apa bila berlaku setelah dukhul (jimak)
PERTAMA : Wajib tafriq (dipisahkan)
Apabila terakad perkahwinan yang tidak sah maka ia tidak di kira sebagai suami isteri.Lelaki
dan wanita tersebut perlu dipisahkan,sekiranya tidak dipisahkan maka wajib ke atas qadhi
(pemerintah) untuk memisahkan kedua-dua mereka.
Menurut Hanabilah- Tidak boleh diteruskan pernikahan yang tidak sah sehingga di talaq atau
di fasakh pernikahan mereka berdua oleh qadhi (pemerintah)
Manakala menurut Syafieah berpendapat bahawa tidak perlu pada fasakh dan talaq kerana
nikah itu tidak terakad samalah seperti nikah dalam keadaan iddah.
Menurut Hanafiah :Sesungguhnya talaq pada nikah fasid merupakan mutarakah iaitu
peninggalan dan tidak mengurangkan jumlah talaq.Mutarakah pada akad fasid selepas dukhul
(jimak) tidak berlaku melainkan dengan lafaz : aku tinggalkan kamu
KEDUA : Tiada mahar untuk wanita yang ditafriq (dipisahkan) sebelum dukhul (jimak)
Apabila qadhi (pemerintah) memisahkan antara suami dan isteri pada nikah fasid sebelum
dukhul (jimak) maka wanita tersebut tidak berhak mendapat mahar sama ada mahar yang
telah disebutkan di dalam nikah fasid atau tidak disebutkan secara jelas (ketika akad nikah
fasid berlangsung) menurut pendapat Hanabilah.Di dalam kitab Al-Mughni li Ibni Qudamah beliau mengatakan : sekiranya qadhi memfaraq (memisahkan) antara kedua-duanya sebelum
dukhul (jimak) maka tiada mahar buat wanita tersebut kerana akad fasid tidak bersambung
dan tidak diterima,oleh yang demikian tidak diwajibkan iwadh (pertukaran)(wanita dengan
mahar) seperti (begitu juga tidak diwajibkan pertukaran di dalam) jual beli yang fasid.
Di dalam fiqh Hanafiah daripada kitab Al Fatawa Hindiah menyatakan : Apabila berlaku
nikah fasid maka qadhi perlu memisahkan antara suami dan isteri,sekiranya belum di dukhul
(jimak) maka tiada mahar bagi wanita tersebut dan tiada iddah.
5/8/2018 Implikasi Nikah Fasid Menurut Syarak - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-nikah-fasid-menurut-syarak 4/6
KETIGA : Wajib mahar selepas dukhul (jimak)
Apabila berlaku dukhul (jimak) pada akad fasid maka diwajibkan mahar sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Maka bagi lelaki itu mahar dengan apa yang di halalkan
daripada kemaluan wanita.Wajib untuk wanita tersebut menerima mahar misil,ini menurut
Hanabilah dan juga merupakan perkataan daripada Imam Zafar daripada Hanafiah.Manakalamenurut Imam Hanafi dan pengikutnya Abu Yusuf dan Muhammad : maharnya adalah
kurang daripada mahar misil dan mahar musamma.
*seterusnya terdapat hujjah-hujjah daripada Imam Zafar,Imam Abu Hanifah dan daipada
Hanabilah.tidak saya rumuskan
Dan pendapat yang paling rajih adalah :
Wanita yang berakad dengan nikah fasid kemudian sudah didukhul (jimak) berhak
mendapatkan mahar misil yang sempurna sama ada di sebut atau tidak ketika akad nikah fasid
itu berlangsung kerana hak wanita tersebut mendapatkan mahar adalah disebabkan dukhul(jimak) bukan kerana akad.
KEEMPAT:Haram musoharah
Haram musoharah tidak sabit dalam akad nikah fasid ke atas mereka yang disabitkan haram
musoharah pada nikah soheh seperti contoh ibu isteri/ibu mertua suami (haram musoharah di
dalam nikah soheh tetapi tidak menjadi haram musoharah di dalam nikah fasid).Manakala
akan menjadi haram musoharah melalui nikah fasid apabila berlaku dukhul.
- Haram musoharah berlaku setelah dukhul dan tidak berlaku sebelum dukhul
KELIMA :Tidak wajib member nafkah
Tidak diwajibkan untuk membayar nafkah pada nikah fasid kerana diwajibkan fasakh.
KEENAM: Sabit nasab
Sabit nasab pada nikah fasid setelah dukhul (jimak)
KETUJUH : Wajib iddah
Apabila berlaku tafriq (pemisahan) selepas dukhul pada nikah fasid maka diwajibkan iddah
ke atas wanita sebagaimana yang dijelaskan oleh Hanafiah dan Hanabilah
KELAPAN :Tidak saling mewarisi pada nikah fasid
Tidak saling mewarisi antara suami dan isteri pada nikah fasid,maka tidak mewarisi daripada
yang hidup daripada siapa yang meninggal sebelumnya.sama ada meninggalnya sebelum
dukhul atau selepasnya.Sebab mirath itu adalah nikah yang soheh bukan daripada nikah yang
5/8/2018 Implikasi Nikah Fasid Menurut Syarak - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-nikah-fasid-menurut-syarak 5/6
fasid.Oleh yang demikian nikah soheh sabit ikatan suami isteri yang diiktiraf oleh syarak
untuk menerima kesan- kesan syariah yang telah di tetapkan oleh syarak itu sendiri.Antaranya
saling mewarisi antara suami dan isteri.