ilmu pengetahuan melalui pemerhatian

Upload: muhammad-iftitah

Post on 03-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Ilmu Pengetahuan Melalui Pemerhatian

    1/2

    Pemerhatian

    Sepanjang menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS), saya telah banyak

    mendapat ilmu pengetahuan iaitu kemahiran pemerhatian. Melalui pemerhatian saya,

    sekolah SJK (C) Kelang Lama mempunyai suasana dan persekitaran kawasan sekolah

    yang dipenuhi dengan kemudahan-kemudahan asas untuk membantu murid-murid

    memupuk sifat ingin belajar dalam jiwa mereka. Misalnya, sekolah ini mempunyai dua

    pusat sumber yang disediakan dengan banyak bahan bacaan yang menarik bagi murid-

    murid untuk datang membaca. Selain itu, saya juga dapat melihat bagaimana proses

    pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah dijalankan melalui pemerhatian saya di

    sekolah tersebut. Saya juga membuat pemerhatian di kantin dan mengetahui bahawa

    pihak kantin sangat mementingkan kebersihan di sekitar kantin supaya murid-murid

    dapat menikmati makanan mereka dalam keadaan yang bersih.

    Senarai Semak

    Senarai semak juga disediakan semasa saya menjalankan program PBS.

    Dengan membuat senarai semak ini, saya berupaya untuk mengenali dengan setiap

    prasarana dan kemudahan yang terdapat di sekolah ini.

    Temu Bual

    Salah satu cara untuk mendapat maklumat-maklumat untuk fail PBS adalah

    menemu bual guru, kakitangan sekolah, murid-murid serta guru besar di sekolah yang

    saya pergi. Melalui temu bual, saya dapat mengetahui masalah-masalah yang dihadapi

    serta cara-cara untuk mengatasinya. Sebagai contohnya, saya lebih memahami

    masalah disiplin pelajar di sekolah ini melalui temu bual dengan guru besar di sekolah

    ini dan juga cara-cara pihak sekolah menguruskannya.

  • 7/28/2019 Ilmu Pengetahuan Melalui Pemerhatian

    2/2

    Soal Selidik

    Saya juga dapat meningkatkan kemahiran mengumpul maklumat melalui soal

    selidik. Semasa menjalankan soal selidik, saya telah menjelaskan dengan bahasa

    yang mudah mereka faham dahulu sebelum murid-murid mula menjawab soalan

    tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana saya pernah menghadapi masalah seperti

    murid-murid tidak menjawab soalannya berdasarkan kehendakan soalan tersebut.

    Melalui soal selidik juga, saya dapat memahami dengan lebih dalam apa yang dihadapi

    oleh setiap murid.

    Pengalaman di Bilik Darjah

    Dalam tempoh masa semasa saya PBS, saya telah mengikut guru mentor saya

    masuk ke kelas. Pengalaman ini telah membolehkan saya mengetahui cara untuk

    mengawal kelas, cara mengajar dengan berkesan serta cara berinteraksi dengan

    murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, saya

    juga dapat melihat bagaimana guru tersebut mengaplikasikan bahan alat mengajar

    semasa menyampaikan sesuatu kepada murid-murid di dalam kelas dengan berkesan.

    Sebagai contohnya, model-model sains telah digunakan semasa guru mengajar dan ini

    jelas dapat menarik perhatian murid-murid di dalam kelas.