ilmu pendidikan 1

16
Ilmu Pendidikan (Modul) Psikologi Pendidikan. Latihan Unit 1 1. Berikan satu contoh berkaitan dengan aktiviti berkaitan dengan psikologi dan bukan psikologi. 2. Berdasarkan pengetahuan anda mengenai pendidikan psikologi ,senaraikan dua kaedah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Latihan unit 2 1. Gunakan peta minda untuk menyenaraikan prinsip perkembangan. 2. Pada pendapat anda,antara faktor baka dan persekitaran yang manakah penyumbang yang utama dalam pertumbuhan dan perkembangan diri anda. 3. Di antara yang berikut yang manakah strategi yang sesuai untuk membina sikap ketekunan. B. Labelkan keputusan ujian dengan baik,buruk atau sederhana,bawah sederhana supaya murid peka dengan tahap pencapaian mereka. 4. Apakah perbezaan antara pelbagai kecerdasan oleh Gardener dan teori kecergasan emosi oleh Goleman.

Upload: muhammad07

Post on 08-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ilmu

TRANSCRIPT

Page 1: ILMU PENDIDIKAN 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

Psikologi Pendidikan.

Latihan Unit 1

1. Berikan satu contoh berkaitan dengan aktiviti berkaitan dengan psikologi dan

bukan psikologi.

2. Berdasarkan pengetahuan anda mengenai pendidikan psikologi ,senaraikan dua

kaedah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Latihan unit 2

1. Gunakan peta minda untuk menyenaraikan prinsip perkembangan.

2. Pada pendapat anda,antara faktor baka dan persekitaran yang manakah

penyumbang yang utama dalam pertumbuhan dan perkembangan diri anda.

3. Di antara yang berikut yang manakah strategi yang sesuai untuk membina sikap

ketekunan.

B. Labelkan keputusan ujian dengan baik,buruk atau sederhana,bawah sederhana

supaya murid peka dengan tahap pencapaian mereka.

4. Apakah perbezaan antara pelbagai kecerdasan oleh Gardener dan teori kecergasan

emosi oleh Goleman.

5. Bagaimanakah anda sebagai seorang guru boleh menyepadukan pelbagai

kecerdasan dalam pengajaran anda.

6. Bandingkan pengukuhan semula keperluan dan teori kognitif.

7. Apakah perbezaan antara motivasi luaran dan dalaman.

8. Bagaimanakah guru dapat meningkatkan motivasi murid dalam pengajaran dan

pembelajaran.

9. Kenal pasti beberapa perbezaan individu dalam kalangan murid anda.

Page 2: ILMU PENDIDIKAN 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

Psikologi Pendidikan.

Latihan Unit 1

1. Berikan satu contoh berkaitan dengan aktiviti berkaitan dengan psikologi dan

bukan psikologi.

Jawapan;

Contoh psikologi - Tabiat membaca,tabiat memancing

Contoh bukan psikologi - Kajian anatomi manusia.

2. Berdasarkan pengetahuan anda mengenai pendidikan psikologi ,senaraikan dua

kaedah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Jawapan

Kaedah permainan - kaedah ini dapat mempertingkatkan pengajaran dan

pembelajaran dengan memasukan unsur-unsur permainan yang berkaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Kaedah bercerita - Dengan cara bercerita tentang cerita yang ada kaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran akan dapat menarik minat murid-murid dan

memudahkan mereka untuk menerima mesej yang hendak disampaikan oleh

guru.

Page 3: ILMU PENDIDIKAN 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

Latihan unit 2

1. Gunakan peta minda untuk menyenaraikan prinsip perkembangan.

2. Pada pendapat anda antara faktor baka dan persekitaran yang manakah

penyumbang yang utama dalam pertumbuhan dan perkembangan diri anda?

Jawapan

Walaupun ada pendapat yang berlebihan antara satu sama lain di antara

kedua-dua faktor ini,namun jarang kita akan temui ahli psikologi yang

menyokong kuat satu pendapat sahaja.Kebanyakan mereka mempercayai

bahawa kedua-dua faktor baka dan persekitaran memainkan peranan yang

penting dalam perkembangan individu.Begitu juga dengan saya,setelah

mengamati tentang faktor baka dan persekitaran melalui modul ini dan

pembacaan buku psikologi lain mendapati bahawa faktor baka dan

PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN

MENUNJUKAN PERINGKAT KERUMITAN

BERLAKU MENGIKUT

TERTIB

BERLAKU PADA KADAR

YANG BERBEZA

UMUMKE

KHUSUS

BERLAKU SECARA

BERANSUR-ANSUR

Page 4: ILMU PENDIDIKAN 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

persekitaran masing-masing mempunyai peranan yang sama penting dalam

perkembangan dan pertumbuhan diri saya.

3. Diantara yang berikut yang manakah strategi yang sesuai untuk membina

sikap ketekunan.

B.Labelkan keputusan ujian dengan baik,buruk atau sederhana,bawah

sederhana supaya murid peka dengan tahap pencapaian mereka.

4. Apakah perbezaan antara pelbagai kecerdasan oleh Gardener dan teori

kecergasan emosi oleh Goleman.

Jawapan

Gadner-mengutarakan lapan jenis kecergasan

iaituVerbal/Linguistik,Logikal/Matematikal,Spatial,Muzikal,Kinestatik,

Interpersonal,Intrapersonal danNaturalis. Manakala Goleman pula

mengemukakan daua jenis minda-Emosi dan Rasional.Apabila perasaan kita

berkerjasama,perasaan kita akan memaklumkan kepada minda rasional

kita,dan minda rasional kita akan memurnikan kepada imput emosi

kita.Apabila kedua-duanya bersatu,kecerdasan emosi dan kebolehan intelek

akan menjadi lebih kuat.

5. Bagaimanakah anda sebagai seorang guru boleh menyepadukan pelbagai

kecerdasan dalam pengajaran anda?

a.Verbal/Linguistik.

Guru boleh:

-Bacakan kepada murid dan sebaaliknya

-berbincang dengan kanak-kanak tentang penulis buku.

-melawat bersama kanak-kanak ke perpustakaan dan kedai-kedai buku.

-menyuruh kanak-kanak menyimpan jurnal tentang peristiwa-peristiwa yang

signafikan

Page 5: ILMU PENDIDIKAN 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

-suruh kanak-kanak membuat ringkasan dan bercerita semula tentang buku-buku

yang dibaca.

b-Logikal/Matematikal.

Guru boleh:

-bermain dengan permainan logic dengan kanak-kanak.

-mencari situasi yang boleh menggalakan kanak-kanak dan membina kefahaman

tentang nombor.

-membawa kanak-kanak melawat makmal komputer,muzium sains dan pameran

elektronik.

-membuat aktiviti matematik bersama kanak-kanak seperti mengira objekdan

membuat ekspirimen dengan nombor.

c-Kecerdasan ruang.

Guru boleh:

-menyediakan berbagai bahan kreatif yang boleh digunakan oleh kanak-kanak.

-Memberi pelluang kepada kanak-kanak membina maze’ dan membentuk carta.

-membawa kanak-kanak ke mesium seni.

-membawa kanak-kanak bersiar- siar dan apabila balik daripada bersiar-siar,minta

mereka bayangkan perjalanan tersebut dan lukiskan petaa perjalanan mereka.

d-Muzik.

Guru boleh:

-menyediakan pita rakamanyang boleh digunakan oleh kanak-kanak.

-beri kanak-kanak peluang bermain alat muzik.

-bawa kanak-kanak ke konsert.

-menggalakan kanak-kanaak mencipta lagu sendiri.

e-Kinestatik.

Guru boleh:

Page 6: ILMU PENDIDIKAN 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

-menyedikan peluang-peluang aktiviti fizikal untuk kanak-kanak dan

menggalakan mereka melibatkan diri.

-menyediakan kawasan untuk kanak-kanak bermain di dalam dan luar kelas.

-membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sukan dan tarian.

-menggalakan kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti tarian.

f-Interpesonal.

Guru boleh:

-menggalakan kanak-kanak berkerja dalam kumpulan.

-membantu kanak-kanak membina kemahiran komunikasi.

-menyediakan permainan kumpulan untuk kanak-kanak.

-menggalakan kanak-kanak menjadi ahli kelab.

g-Intrapersonal.

Guru boleh:

-Menggalakan kanak-kanak mempunyai hobi dan minat

-mendengar perasaan kanak-kanak dan memberi maklum balas positif.

-menggalakan kanak-kanak menggunakan imejinasi mereka.

-meminta kanak-kanak menyinmpan jurnal dan buku skrap mengenai pendapat

dan pengalaman masing.

h-Naturalis.

Guru boleh:

-membawa kanak-kanak ke muzium sains.

-membina pusat pembelajaran yang naturalis dalam bilik darjah.

-melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti naturalis di luar bilik darjaah seperti

bersiar-siar menikmati alam ciptaan tuhan.

-menyuruh kanak-kanak mengumpul flora dan fauna dan buat klafisikasi.

Page 7: ILMU PENDIDIKAN 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

6. Bandingkan pengukuhan semula keperluan dan teori kognitif ?

TEORI AHLI TEORI IDEAL UTAMA

Peneguhan Skinner Individu memberi respon kepada peristiwa

persekitaran dan peneguhan ektrinsik.

Keperluan Maslow Individu berusaha memenuhi keperluan seperti

kepuasan kendiri,penentuan

diri,pencapaian,penggabungan dan pengaruh.

Kognitif Wiener Tindakan individu dipengaruhi oleh

kepercayaan dan artibut mereka,khususnya

tentang kemajuan dan kegagalan

7. Apakah perbezaan antara motivasi luaran dan dalaman?

Jawapan

Motivasi luaran(ekstrinsik) boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang

disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti ganjaran,hukuman atau tekanan

social.Sementara motivasi dalaman (intrisik) pula berlaku apabila manusia

melakukan suatu perkara yang membawa kepada kepuasan diri atau keseronakan.

8. Bagaimanakah guru dapat meningkatkan motivasi murid dalam pengajaran

dan pembelajaran?

Jawapan

a-Guru mesti sentiasa membina persekitaran pembelaran yang menyenangkan dan

selamat dimana murid-murid mendapat satu tahap penentuan kendiri serta rasa

bertanggungjawab keatas pembelajaran sendiri.

Page 8: ILMU PENDIDIKAN 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

b-Guru perlu menanamkan kepercayan bahawa setiap kanak-kaanak boleh

menunjukan pencapaiaan yang baik,berusaha dan bermotivasi untuk belajar.

c-Guru perlu elakaan daripada keadaan menekan motivasi ekstrinsik sebagai

ganjaran ekstrinsik seperti tidak terlalu kerap menghasilkan sesuatu dengan niat.

d-Guru perlu sentiasa menggunakan motivasi intrisik dalam pengajaran

mereka.bahan pengajaran aktiviti-aktiviti perlulah berkaitan dengan minat dan

ingin tahu murid.Contoh, murid boleh mengaitkan apa yang dipelajari dengan

kehidupan seharian murid,guna nama murid, membuat bahan pembelajan dengan

jelas dan sebagainya.permainan dan teka-teki boleh digunakan untuk

membangkitkan motiviti intrisik.

e-Aktiviti murid dan pembelajaran perlu distrukturkan supaya mudah diikuti

murid dan aktiviti perlu distukturkan mengikut tahap pengetahuan dan kemahiran

murid

9. Kenal pasti beberapa perbezaan individu dalam kalangan murid anda.

Pertama : perbezaa tahap kecerdasan

Murid cerdas- Murid ini selalunya cepat menguasai hasil pembelajaran.

Murid sederhana- Tahap penguasaan murid ini sedehana

Murid lemah – pencapaian murid ini sangat minimum.

Kedua : Keaktifan

Murid aktif- selalunya murid ini cepat bertindak balas, kecoh dan banyak

cakap.

Murid sederhana- bertindak bila diarahkan.

Murid lemah- Tindakan mereka sangat lambat dan lambat memberi respon

kepada ransangan

Ketiga:Penumpuan

Murid tahap penumpuan tinggi- selalunya cepat menguasai p&p, peka dan

Bertanggungjawab.

Murid tahap tumpuan sederhana- sederhana dalam aktiviti P&P , kadang-

Page 9: ILMU PENDIDIKAN 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

kadang terpaksa diulang-ulang.

Murid penumpuan lemah- sangat susah menguasai P&P, Menunjukkan

reaksi kurang berminat terhadap P&P

Empat: Interaksi

Soalan 1.(ms :40)Tiga jenis personality

1. Ekstrovert : Seorang yang lebih suka dengan dunia luar daripada dunia dalam. Mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti social, sering mengambili inisiatif sendiri, suka perubahan, sering cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya.

2. Introvert : Sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi yang nyata. Di dalam interaksi social, orang ini tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang lain sahaja. Orang ini mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu, tidak mempunyai cita tinggi, jarang mengambil inisiatif tetapi suka kepada system kehidupan yang tereatur.

3. Ambivert : Ekstrovet dan introvert adalah sahsiah yang keterlaluan. Kebanyakan antara kita mempunyai kedua-dua personality. Golongan ini adalah dikenali sebagai ambivert.

2. Beri 2 contoh bagaimana anda sebagai guru boleh membentuk sahsiah yang positif terhadap murid-muridnya.

Sebagai guru tindakan yang boleh dilakukan bagi membentuk sahsiah murid yang positif seperti berikut.

Contoh pertama:

Beri galakan- Murid yang berjaya mendapat A dalam mata pelajaran Diberikan hadiah. Pemberian hadiah tersebut menyebabkan murid rasa dihargai dan akan memotivasikan murid tersebut untuk terus berusaha . Pada masa yang sama murid-murid lain juga akan bersemangat untuk berusaha.

Contoh kedua:

Page 10: ILMU PENDIDIKAN 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

Guru perlu mengadakan banyak aktiviti kumpulan. Lantik ketua kumpulan dari kalangan mereka yang introvert. Oleh yang demikian murid yang introvert tadi akan berpeluang berinteraksi dengan murid lain.

SOALAN 3 Kenal pasti dan riflek diri anda berdasarkan jawan anda , fikrkan bagaimana anada boleh meningkatkan kualaiti hati, Nafs dan minda .

Menigkatkan kualiti hati

1- Memperbanyakkan berfikir untuk mendekatkan diri kepada allah 2- Banyakkan mengkaji dan m engerakkan minda kearah mencapai martabat hati

labbun

Meningkatkan kaualiti Nafs

1- Nafs hendaklah di kawal selaras dengan tuntutan allah sawt 2- Segala kehendak hati mestilahh terlebih dahulu kepada Ketentuan hokum

sebelum disusuli dengan perbuatan

Meningkatkan Kualiti aqal

1- Sentiasa melatih akal mentaakul akal melatih setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita

2- Membiasakan akal berfikir dan menghuraikan sebab mausabab kepada perkara di sebalik hakikat yang berlaku.

4. Kini nyatakan struktur yang mana satu mengikut personaiti Frued yang menadi domain personaiti anda. Adakah ia ego atau superego?

Mengikut teori Frued, struktur superego adaah yang menadi domain personaiti saya. Kerana sebagai seorang guru agama yang baik, saya sentiasa mengutamakan soa moraDan pegangan daam segenap pertimbangan saya.

5. Huraikan tiga cara yang anda sebagai guru boeh menbantu murid membentuk konsep kendiri positif.

I) memberi suatu sikap penerimaan terhadap murid. Seorang guru mestilah mempunyai sikap berlapang dada dan sedia menerima sesiapa sahaja untuk menmjadi murid mereka tanpa ada pilih kasih. Kesannya murid akan merasakan diri mereka diperlukan dan dihargai serta dapat melahirkan sifat yakin pada diri sendiri dan berani untuk mengemukakan ide dan pandangan.

Page 11: ILMU PENDIDIKAN 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

II) Memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan mereka. Ini kerena setiap murid mungkin mempunyai masalah mereka sendiri yang mungkin tidak berani untuk meluahkannya. Dengan memberi peluang kepada mereka sedikit sebanyak guru dapat mengetahui masalah justeru cuba menyelesaikannya.

III) Memberi peluang interaksi dalam bilik darjah. Ini adalah untuk ,menambahkan lagi hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Selain itu ia akan meningkatkan kemahiran bersosialisasi diri mereka.

Latihan ms: 52

1. Apakah agaknya penyebab masalah disiplin yanag paling ketara dalam

bilik darjah.

P&P tidak menarik dan gagguan persekitaran yang tidak kundusif.

2. Seorang guru diberi tahu jangan senyum dalam bilik darjah sehingga

beliau telah dapat mengawal murid. Adakah nasihat ini baik. Beri

pendapat anda?

Ya, kerana kebiasaannya pelajar akan membuat tanggapan berdasarkan

penampilan pertama. Ketegasan diperingkat awal sangat penting untuk

memastikan murid sentiasa berdisiplin.

3. Apakah manfaat rutin bilik darjah? Berikan jawapan anda dalam bentuk

peta minda yang mudah?

4. bincangkan factor-faktor yang boleh menyebabkan salah laku murid dalam

bilik darjah anda? Cadangkan cara-cara untuk mengatasi setiap factor

yang anda berikan.