ikatan 30
DESCRIPTION
Selepas RamadanTRANSCRIPT
BILANGAN 30 | 1 OKTOBER 2011
Oleh: Meor Muhammad Azim Bin Meor
Azman, Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar, Tanta
Taqabballahu minna wa minkum.
Minal „a-idin wal fa-izin jami‟an. Al-
lahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
walilaahil hamd. Alhamdulillah.
Biar bulan menjadi saksi
Ramadan, bulan seribu satu keis-
timewaan, bulan yang mana kita berpua-
sa di siang hari dan beribadat di malam
harinya. Bulan di mana kita mengisinya
dengan berbagai amal ketaatan pada Rab
jiwa ini.
Sedar atau tidak, kita sudah melepasi
separuh bulan Syawal, kita menyambut
hadiah kemenangan yang dijanjikan oleh
Allah Taala ini, terutamanya bagi mereka
yang telah mengharungi peperangan
besar selama sebulan di bulan Ramadan.
Salam Aidilfitri. Tidak terungkap kalimah
kesyukuran kepada Allah SWT yang telah
memberi kesempatan kepada Suri untuk
berceloteh dalam ruangan kecil ini.
Sebelum memulakan kalam, suka untuk
IKATAN
Peserta Ijtima‟ Soifi ISMA Mesir bergambar di Baltim, Kafr El-Shaikh. Bertemakan “Tangan ke Tangan Mara ke Hadapan”, ijtima‟ kali ini bertujuan
untuk merapatkan ukhuwwah antara ahli berlainan muhafazah selain mengeratkan hubungan antara ahli lama dan baru. (Jurufoto: Zakwan Yahya)
SELEPAS RAMADAN
Bersambung ke muka surat 2
Dari Meja Suri: Kita
Bukan Hamba
Ramadan
Bersambung ke muka surat 3
Buletin rasmi Ikatan
Muslimin Malaysia
(ISMA) Mesir
Layari
www.ismamesir.com
untuk berita dan artikel
terkini dari ISMA Mesir
Kini bulan itu telah pergi sekali lagi dan
amalan kita pada bulan itu akan menjadi
saksi di hadapan Allah atas segala per-
buatan kita kepada-Nya.
Hari ini juga menandakan hampir
sebulan kita meninggalkan Ramadan.
Tahniah buat mereka yang telah benar-
benar menunaikan hak-hak Ramadan
dengan penuh keimanan dan
pengharapan. Berbahagia dan
beruntunglah mereka yang beriman pada
hari ini dengan benar-benar merasai
nikmat taqwa hasil pengorbanan yang
dilakukan sepanjang bulan Ramadan
semata-mata kerana Allah, meninggalkan
makan dan minum serta perkara-perkara
harus untuk satu tujuan, bukan kerana
bulan Ramadan, tetapi kerana untuk
mendapat redha Ilahi.
Fikirkan
Tetapi persoalannya, adakah ibadah yang
kita lakukan pada bulan Ramadan masih
lagi berterusan hingga kini? Adakah
kesungguhan kita masih lagi sama seperti
kesungguhan kita pada bulan Ramadan?
Adakah solat jemaah, bacaan Al-Quran,
zikir, dakwah dan ibadah-ibadah lain
masih lagi luar biasa seperti mana luar
biasanya kita pada bulan Ramadan? Atau,
dengan terbenamnya matahari pada
petang 30 Ramadan turut sama
membenamkan serta memadamkan
semangat beribadah dan kembali
bertuhankan nafsu seperti sebelum
Ramadan?
Muhasabah kembali
Masjid yang penuh saf saf Muslimin
ketika Ramadan, sehinggakan ada
sebahagian masjid yang terpaksa
menyediakan tikar tambahan untuk
dihamparkan di luar masjid. Ramai tak
tekira. Kini sunyi sepi selepas Ramadan,
hingga saf boleh dibilang dengan jari.
Itupun biasanya mereka itu terdiri
daripada „pakcik-pakcik pencen‟ yang
meniti sisa-sisa dan saki baki kehidupan
dengan amal kebaikan di masjid.
Ya, jika kita lihat secara realiti, memang
ini yang terjadi. Tak kira di negara mana
sekalipun, samada di Mesir ataupun di
Malaysia. Kebanyakannya ini yang
berlaku. Dimana tarbiyah Ramadan yang
kita terima sepanjang sebulan berpuasa?
Sebab itulah perlu ditegaskan di sini
bahawa sesiapa yang beribadat
bersungguh-sungguh dalam bulan
Ramadan dan meninggalkan
kesungguhan tersebut selepas Ramadan,
sesungguhnya yang disembahnya adalah
Ramadan dan bukan Tuhan kepada
Ramadan.
ورغم أنف رجل دخل عليه رمضان ث انسلخ .ق بل أن ي غفر له
“Dan rugilah orang yang bertemu
dengan bulan Ramadan namun belum
mendapatkan ampunan ketika berpisah
dengannya.” (HR. Ahmad dan At-
Tirmidzi, hadits hasan gharib)
خاب وخسر من ادرك رمضان ومل يغفر له.
“Rugi dan celakalah sesiapa yang
menemui Ramadhan tetapi tidak diam-
puni dosanya.”
Wahai sahabat saya yang di cintai Allah,
Ramadan yang baru sahaja melalui umur
kita perlu dijadikan motivasi untuk kita
meneruskan kesungguhan beribadah
kepada Allah dalam bulan-bulan se-
terusnya. Jika di malam-malam Ramadan
kita boleh hadir ke masjid untuk
menunaikan sembahyang sunat tarawih
berjemaah, tentu kita wajar menunaikan
sembahyang fardhu juga secara ber-
jemaah selepas Ramadhan. Jika puasa itu
mendidik pancaindera kita dari terjebak
dalam perkara-perkara haram di bulan
Ramadan, sepatutnya selepas Ramadan
anggota-anggota ini terdisplin sendiri
hasil didikan kawalan nafsu kita pada
bulan Ramadan. Begitu juga amal ke-
baikan yang lain.
Istiqamahlah biarpun sedikit
Oleh itu, apakah yang kita perlukan un-
tuk menghadapi situasi seperti ini? Jawa-
pannya adalah istiqamah, teguh pendiri-
an atau yang disebut sebagai konsistensi.
Sesungguhnya orang-orang yang menga-
takan: “Tuhan kami ialah Allah”
Kemudian mereka meneguhkan pendiri-
an mereka, Maka malaikat akan turun
kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah
merasa sedih; dan gembirakanlah mere-
ka dengan Jannah yang telah dijanjikan
Allah kepadamu". Kamilah pelindung-
pelindungmu dalam kehidupan dunia
dan akhirat; di dalamnya kamu mem-
peroleh apa yang kamu inginkan dan
memperoleh (pula) di dalamnya apa
yang kamu minta. Sebagai hidangan
(bagimu) dari Tuhan yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Fussilat ayat 30-32)
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah
adalah yang berterusan sekalipun sedi-
kit.” (HR Muslim)
Ketahuilah bahawa istiqamah dalam ama-
lan adalah sangat susah dan sukar untuk
diperolehi sekiranya tidak disertai
dengan keikhlasan dan kesungguhan.
واعبد ربك حىت يأتيك اليقني.
Sembahlah Tuhanmu sehingga mati
datang kepadamu.
Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa
memberikan taufiq dan hidayah kepada
kita serta menjadikan kita umat yang
gemilang dalam beribadah kepada-Nya.
Amin.
FOKUS 2 IKATAN, 1 Oktober 2011
Dari muka hadapan
Suri mengucapkan, “taqabbalallahu
minna wa minkum.” Semoga Allah
menguatkan kita untuk terus
beristiqamah dengan amalan kita di
bulan Ramadhan. Insya-Allah.
Tarikh Suri menulis artikel ini adalah
pada 14 Syawal 1432 Hijrah yang
menandakan bahawa sudah empat
belas hari kita meraikan Aidilfitri. Jika
kita katakan Ramadan itu adalah
untuk mencari dan menambah
bekalan iman, Syawal pula Suri
umpamakan sebagai medan
praktikal, iaitu medan yang menguji
sejauh mana kita mampu
meneruskan amalan yang telah kita lakukan di bulan
Ramadan. Rasulullah SAW bersabda, “Katakanlah: Aku telah
beriman kepada Allah. Kemudian, istiqamahlah.” Ini adalah
pesanan Rasulullah SAW kepada umat Baginda supaya kita
terus beriman dan berusaha melawan hawa nafsu walau pada
bila sekalipun dan di mana saja kita berada.
Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pemuda yang
hariannya sibuk dengan pelbagai agenda, moga kita sedar
bahawa Syawal bukanlah masa untuk beristirehat, bahkan
sepatutnya amal dan ibadah kita harus lebih hebat dari bulan
Ramadan. Firman Allah yang bermaksud, “Demi masa
sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang yang
beriman dan beramal soleh.” Jadi, Suri ingatkan kepada diri
Suri dan pembaca sekalian, manfaatkanlah sepenuhnya masa
yang ada sekarang dengan melakukan ibadah dan ketaatan
kepada Allah. Boleh jadi Ramadan yang baru saja berlalu
merupakan Ramadan yang terakhir bagi kita. Duit yang hilang
boleh dicari, tetapi masa yang berlalu tidak dapat dan
mustahil untuk berpatah kembali.
Tahniah bagi sesiapa yang sedar dan sentiasa bermujahadah
melawan hawa nafsu. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan
atau masih teragak-agak, ingatlah hadis ini:
Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya, “Rugilah bagi mereka
yang berlalunya Ramadan dan tidak diampunkan dosanya.”
Baginda juga bersabda, “Berapa ramaikah manusia yang
berpuasa tetapi tiada baginya ganjaran puasa tersebut
melainkan lapar dan dahaga?”
Mana yang kita mahukan?
***
Muhasabah ketika Ramadan…
“Aku mahu Ramadanku kali ini lebih baik daripada yang
sebelumnya!”
Setiap hari aku menunaikan solat di masjid. Selesai sahaja
azan berkumandang, aku terus bergegas ke masjid. Solat
sunat tarawih tak pernah aku tinggalkan. Aku bertadarrus dan
mentadabbur Al-Quran pada setiap hari. Aku senyum dan
beramah mesra dengan semua orang. Apabila ditimpa
masalah, aku bersabar. Aku menjaga percakapan dan tingkah
laku. Jika aku tersalah cakap, kawanku akan mengingatkan,
“Bulan puasa ni! Tak baik tipu.” Semua ini aku lakukan untuk
BULAN RAMADAN.
Adakah betul pemikiran sebegini?
Adakah amal dan ibadah kita hanya dilakukan untuk bulan
Ramadan?
Bagaimana pula dengan Syawal dan bulan-bulan mendatang?
Renung-renungkanlah dan muhasabahlah diri kita. Kita adalah
hamba Allah SWT. Kita bukan hamba Ramadan. Ramadan
adalah madrasah yang menghasilkan produk yang rabbani
(bersifat ketuhanan). Malah, Ramadan adalah tempat melatih
manusia menunaikan ibadah dan pada masa yang sama, ia
menjanjikan pahala berlipat kali ganda. Ia juga sebagai wadah
atau medan untuk manusia berubah daripada jahat kepada
baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Kekalkanlah
amalan kita yang kita lakukan dalam bulan Ramadan sebagai
amalan yang berterusan di bulan-bulan yang mendatang.
Selamat bermujahadah dalam memperbaiki amalan buat
semua pembaca Dari Meja Suri.
DARI MEJA SURI 3 IKATAN, 1 Oktober 2011
Dari muka hadapan