ikatan november 2012

6
Perjalanan hidup kita ibarat perjalan- an menaiki anak tangga. Apabila kita berjaya menaiki anak tangga baru, kita akan rasakan kegembiraan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Teramat gembira. Ingat lagikah kita tarikh kita mula mengenal Allah SWT? Segar lagikah detik pertama kita diajak berusrah? Pada tahun apakah kita berjaya mengajak mad‟u kita menyertai barisan tarbiyah dan dakwah? Semua di atas adalah ibarat anak tangga. Kita melangkah dari satu anak tang- ga ke anak tangga seterusnya. Setiap tarikh kenaikan itu perlu diingati dan disambut seperti sambutan hari lahir. Hakikatnya, kenaikan itu lebih berharga daripada ke- lahiran kita ke muka bumi. HIJRAH = Perubahan Hijrah amat signifikan dengan peru- bahan dan peningkatan. Pada zaman Ar- Rasul SAW, setiap individu yang memeluk “Mahasiswa & Anak Tangga Kehidupan” Bersambung di m/s 3 ...

Upload: isma-mesir

Post on 08-Mar-2016

231 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: IKATAN November 2012

Perjalanan hidup kita ibarat perjalan-an menaiki anak tangga. Apabila kita berjaya menaiki anak tangga baru, kita akan rasakan kegembiraan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Teramat gembira.

Ingat lagikah kita tarikh kita mula mengenal Allah SWT? Segar lagikah detik pertama kita diajak berusrah? Pada tahun apakah kita berjaya mengajak mad‟u kita menyertai barisan tarbiyah dan dakwah?

Semua di atas adalah ibarat anak tangga. Kita melangkah dari satu anak tang-ga ke anak tangga seterusnya. Setiap tarikh kenaikan itu perlu diingati dan disambut seperti sambutan hari lahir. Hakikatnya, kenaikan itu lebih berharga daripada ke-lahiran kita ke muka bumi.

HIJRAH = Perubahan

Hijrah amat signifikan dengan peru-bahan dan peningkatan. Pada zaman Ar-Rasul SAW, setiap individu yang memeluk

“Mahasiswa & Anak Tangga Kehidupan”

Bersambung di m/s 3 ...

Page 2: IKATAN November 2012

Selamat berjumpa kembali maha-siswa dan mahasiswi pada Buletin IKATAN edisi November 2012 ini. Semoga ikhwah dan akhwat sekalian berada dalam keadaan sihat, hebat dan dirahmati Allah.

Sepertimana bulan-bulan yang sebelum, diari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir pasti penuh diisi dengan pelbagai aktiviti untuk mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil, sesuai dengan slogan ISMA “Membangun Umat Beragenda”

Pada 27 Oktober yang lepas, telah berlansungnya sambutan korban berte-makan “Setulus Pengorbanan Semurni Ikatan” bertempat di Markaz ISMA Mesir di Hayyu Sabe‟. Sebanyak 3 ekor lembu dan 15 ekor Khuruf berjaya ditumbangkan pada hari semalamnya untuk diagihkan dan dimasak untuk sambutan korban kali ini. Lebih kurang 300 orang mahasiswa hadir ke sambutan aidiladha kali ini.

Dua hari selepas itu, iaitu pada 29 Oktober, ISMA Mesir telah menganjurkan

forum “Tak kenal maka tak cinta

(TAKEMATACI)” iaitu sebuah forum yang bertujuan untuk memperkenalkan ISMA di mata masyarakat selain menyatakan be-berapa pendirian penting berhubung isu-isu tertentu. Sekurang-kurangnya, 120 orang mahasiswa dan mahasiswi hadir mendengar forum yang disampaikan.

Dalam masa yang sama, pada 30 Oktober , Mahasiswi ISMA Mesir ca-wangan Mansurah telah mengadakan

program yang serupa iaitu “Ada Apa Dengan ISMA” . Untuk pengetahuan, siri jelajah untuk memperkenalkan tentang ISMA akan diadakan di setiap muhafazah. Nantikan pengumuman dan pemberita-huan tarikh.

Pada 5 November pula telah diada-kan Ceramah perdana bahaya syiah dan ancamannya oleh Ustaz Muhammad Bin Ismail , Ketua unit kajian syiah dan Ahli JKP ISMA Pusat bertempat Wisma Seri Melaka pada 5 November yang lalu. Ce-ramah yang dihadiri 250 orang mahasiswa dan mahasiswi ini telah berjaya mem-berikan pencerahan tentang bahaya Syiah khususnya ancaman mereka di Negara kita.

Tidak dilupakan juga, baru-baru ini

ISMA Mesir telah menghantar dua orang wakilnya ke republik Czech dan Ire-land. bertujuan untuk meningkatkan po-tensi tarbiyah dalam kalangan ahli sebagai persiapan mereka khususnya golongan mahasiswa di luar negara. Ia juga se-bagai sistem sokongan selain membantu pengurusan organisasi mahasiswa di sana agar benar-benar berupaya untuk menjadi peneraju utama kerja dakwah sekem-balinya mereka ke tanah air kelak.

Kedua-dua wakil tersebut ialah Ustaz Muhammad Izzuddin bin Selamat, graduan Usuluddin Al-Azhar dan Ustazah Nur Fatin Halil, Sarjana Syariah Islamiyah, Kuliah Darul Ulum, Universiti Kaherah.

Teruskan bersama kami pada IKATAN yang akan datang dan sila layari laman sesawang kami di ismamesir.com untuk maklumat, keterangan dan pem-

bacaan lanjut.

LA Y A R I I SM A M ES IR . C O M U TK MAKLUMAT LANJUT

Page 3: IKATAN November 2012

Islam perlu bergabung dengan masyara-kat Islam Madinah.

Antara hikmah penggabungan ini ialah seseorang itu dapat hidup dalam suasana yang lebih baik berbanding sua-sana kufur di negeri asalnya. Dengan demikian, dia dapat berubah dan mening-kat. Jika dia terus kekal di negeri asal, dikhuatiri dia tak mengalami peningkatan, malah lebih menakutkan, dia kembali kepada kekufuran.

Selain itu, pengumpulan muslimin di Madinah dapat menzahirkan bahawa satu masyarakat baru yang amat hebat telah wujud, maka bolehlah masyarakat

lain mencontohi mereka dan berpegang dengan pegangan mereka.

Kewujudan satu masyarakat baru yang unggul ini adalah satu titik tolak perubahan dunia ke arah yang lebih baik. Kita pada zaman ini juga banyak meneri-ma kesan kekuatan tamadun mereka.

Jadi, hijrah memang amat signifikan dengan perubahan.

Hijrah Mahasiswa

Wahai mahasiswa,

Rancanglah hijrahmu sebaiknya. Lakarkan peta seterang mentari di meja belajarmu untuk kau tatapi setiap hari. Agenda hijrah tak boleh luput dari fikiranmu walau sesaat. Kita mesti mempunyai semangat yang meluap-luap

untuk menaiki anak tangga baru setiap hari.

Bila ditanya tentang visi dan misi, kau boleh jawab dengan segera tanpa „emmm…‟ dan berfikir panjang. Segalan-ya terpahat jelas di minda dan hati.

Isu utama dalam agenda peru-bahan diri ini bukanlah pada saiznya; agenda kecil atau besar. Yang lebih pent-ing ialah sudut kewujudannya; sudah lakar atau belum? Orang yang ada agen-da kecil lebih baik daripada orang yang tidak mempunyai agenda langsung!

Keluarlah dari bilik kejahilan yang sempit menuju majlis ilmu di masjid yang luas dan lapang. Ubahlah mentaliti mad‟u yang banyak bergantung itu kepada men-taliti da‟i yang banyak memimpin.

Andai tidak punya kemahiran, belajarlah perlahan-lahan agar kau men-jadi orang yang bermanfaat untuk orang lain. Pilihlah mana-mana kemahiran yang boleh memperkasa perjuangan Islam; Adobe Photoshop, nasyid, media, penu-lisan atau pengucapan awam.

Juga, doamu yang berbunyi „ وجعلنا‟للوتقين إهاها jelas menunjukkan bahawa kau bukan orang di bangku simpanan, tapi seorang playmaker di tengah padang pertembungan ideologi hak dan batil. Pimpinlah arus kebangkitan dan bergembiralah dengan apa yang sedang kau lakukan.

Kristianisasi, liberalism, K-Pop itu

perlu kau lahadkan. Jadikan 90% fokusmu terhadap pembinaan generasi baru dan usaha mengislah masyarakat. Angkatlah kembali kedudukan umat terpilih ini. Moga nasib umat Islam semakin baik di tanganmu.

Penutup

Semakin banyak anak tangga yang kau naiki, semakin dekat kau dengan Allah SWT. Jangan berada di satu-satu anak tangga terlalu lama kerana ia akan menatijahkan kebosanan. Terokalah perkara baru dengan panduan murabbi yang soleh.

Ketahuilah bahawa fasa maha-siswa adalah fasa terbaik untuk kau lakukan hijrah terbesar dalam hidupmu. Jadikanlah tahun 1434H atau 2012-2013 sebagai „best year ever‟, sebagaimana Manchester United pada sesi 1998/1999-nya.

“BERSAMA MEMBANGUN MAHASISWA BERAGENDA”

Bilal Bin Jailani

Tahun 4 Kuliyah Syariah Islamiyah

Universiti Al-Azhar Kaherah

… Dari muka surat 1

“Jika dia terus kekal di negeri asal, dikhuatiri dia

tak mengalami pening-katan, malah lebih

menakutkan, dia kembali kepada kekufuran”

Page 4: IKATAN November 2012

Perayaan-perayaan umat Islam ada-lah suatu rahmat dan seolah menjadi jadu-al dan susunan program tarbiyah sepan-jang tahun kepada umat Islam.

Hijrah bererti meninggalkan. Iaitu meninggalkan apa yang dilarang Allah dan kembali kepada fitrah iman.

Pengorbanan sahabat-sahabat da-lam menjaga iman mereka dan berhijrah meninggalkan semua harta dan keluarga suatu yang perlu kita ambil pengajaran daripadanya iaitu agama ini tiada yang setanding dengannya dan juga agama ini perlukan pengorbanan daripada pengi-kutnya.

Hijrah adalah sebuah simbolik meninggalkan kejahilan dan menuju ketakwaan kepada Allah. Bagi orang muk-

min, meninggalkan segala jahiliyah dan berjanji berpegang teguh dengan agama Allah adalah suatu yang perlu difokuskan dalam hijrah kali ini.

Semua muslimin perlu memperba-harui(tajdid) iman dan janji untuk mene-gakkan agama ini kembali. Janji ini perlu dikotakan oleh semua yang bergelar mus-lim supaya al-Haq ini dapat kembali.

Sifat perubahan(taghyir) ini perlu kepada manusia itu sendiri untuk mengu-bah keadaan dirinya. Sama halnya dengan agama ini yang tidak akan berubah kecuali terdapat padanya pemuda(rijal) yang membawa arus perubahan kepada dunia dan umat sekarang ini.

Seorang salaf soleh ada menyebut, “Alangkah indahnya agama ini jikalau ada pemuda(rijal) yang mendokongnya.” Kalam

ini menunjukkan betapa kurangnya pemu-da yang berani memikul risalah supaya tertegaknya islam ke tempatnya.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan nil ini untuk bersama-sama bersatu hati membawa pe-rubahan kepada diri dan seterusnya kepa-da umat yang masih ternanti-nanti cahaya

islam bersinar semula. Jika bukan kita, siapa lagi yang sanggup dan berani mem-ikul amanah ini.

ISMA Mesir juga menasihati semua warga Malaysia yang berada di Mesir me-letakkan azam yang baru untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat memin-dahkan ilmu-ilmu dan kefahaman daripada bumi Mesir ini ke negara kita Malaysia dengan jayanya supaya masyarakat yang

sedang dahaga ini menemui penawar yang boleh menghilangkan dahaga mereka itu.

Akhir kalam, ISMA Mesir mengucap-kan selamat menyambut tahun baru Islam 1434 hijrah dengan penuh bermakna dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

كل عام وأنتن بخير وأنتن الى اهلل أتقى وأقرب

Ustaz Ikram bin Abu Hasan Ketua Exco Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Me-sir

Page 5: IKATAN November 2012

DUBRAK…bunyi pintu. Hari yang mele-lahkan. Bibirnya getar perlahan-lahan. Selepas menekan butang lampu bilik, Hu-zaifah mencampakkan beg galas Puma, lantas direbahkan badannya.

Jam di dinding menunjukkan tepat jam tiga petang. Masih berbaki tiga jam. Ucapnya perlahan.

Huzaifah membaringkan diri untuk berehat sebelum beliau keluar pergi memenuhi jemputan untuk menyampaikan forum „Perpaduan membawa Kesatuan‟ yang akan dihadiri oleh 400 mahasiswa di per-lembahan Nil.

Sempat juga Huzaifah memberikan ruang kepada telinganya, mendengar rakaman perkongsian daripada Ustaz Abdullah Zaik. Kata beliau : "Dalam setiap kebangkitan, Pemuda merupakan rahsia kekuatannya. Allah telah berfirman dalam surah Al-Kahfi, "Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk" Sambung beliau lagi, "Cita-cita kita tinggi. Perlu pengorbanan yang besar untuk mewujudkannya. Dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang ber-taqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kehendak yang kuat. Itu semua tidak akan diperolehi kecuali pada diri para pemu-da…." Perlahan-lahan mata Huzaifah berjaya dilelapkan. Sesaat sangat penting baginya. Jadual yang cukup padat. Pergi ke kuliah, menghadiri kelas talaqqi, memenuhi un-dangan ceramah dan berziarah dengan tujuan dapat mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan mutiara ilmu di bumi para anbiya' yang tercinta. Juga sentiasa bijak dalam mengawal sikap suka berehat dan bertangguh, kerana mo-

to hidupnya jelas, „ MUMTAZ untuk UM-MAH‟. Baginya hak pada diri dan ummah harus disempurnakan sebaik mungkin. Tit…tit…tit… Tidurnya terganggu dengan bunyi pesanan ringkas telefon bimbit Samsungnya. "Bolehkah akhi ajarkan subjek Qowaid Fiqhiah untuk pelajar Tahun empat pada Jumaat hadapan? Syukran." Tanggungjawab lebih banyak daripada masa. Getus hati kecilnya. Tangannya lantas mencapai planner untuk diisi. Bag-inya hidup perlu ada perancangan. Hanya Islam yang terancang mampu men-galahkan kebatilan yang terancang. *** Sejurus pulang dari forum, Huzaifah menyandarkan badan pada dinding ruang tamu rumahnya. Tangan pantas menya-lakan komputer riba. Matanya sudah cukup sabar untuk menahan rasa mengantuk. Huzaifah telah mewajibkan dirinya cakna akan isu dunia setiap hari walaupun seben-tar, kerana memahami bahawa ummat itu SATU. Hadis," Barangsiapa yang tidak memperhatikan persoalan kaum muslimin, dia bukan termasuk dalam golonganku." Disimpan baik-baik dalam kotak ingataann-ya. Sedang sibuk mencari berita, matanya tiba-tiba segar tatkala membaca artikel seorang tokoh terkemuka. Imam Syahid Hassan Al-banna. "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, setiap kali saya be-rada di tengah-tengah masyarakat, saya memohon kepada Allah dengan ber-sungguh-sungguh, agar Dia memperke-nankan hajat untuk mendekatkan saya kepada suatu masa di mana ketika itu kita telah meninggalkan medan kata-kata menuju medan amal, dari medan penentu-an strategi dan manhaj menuju medan penerapan dan realisasi. Telah sekian la-

ma, kita menghabiskan waktu dengan han-ya sebagai tukang pidato dan ahli bicara, sementara zaman telah menuntut kita un-tuk segera mempersembahkan bahkan amal-amal nyata yang profesional dan produktif. Dunia kini dalam berlumba untuk membangun unsur-unsur kekuatan dan mematangkan persiapan." "Wahai orang-orang yang beriman, men-gapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (As-Saff ayat 2-3) Dalam kedinginan suhu timur tengah, hu-jan yang turun seolah turut sama syahdu melihat susuk tubuh yang tidak henti-henti merintih agar dikurniakan keikhlasan dalam perjuangan. Angin menghembus lembut menyamankan jiwa-jiwa yang terus gigih membenarkan janji kepada Tuhannya. Alunan al-Quran yang indah mampu menetapkan keyakinan dan mengobarkan semangat dalam merealisasikannya. Keharuman bunga kekwa turut menyegar-kan jiwa-jiwa optimis yang merindukan tertegaknya Islam di muka bumi. Di penghujung witir, Huzaifah me-nanamkan azam. „Harapanku, untuk Men-jadi Mahasiswa beragenda! Pulangku ke Malaysia nanti dengan sebuah Misi. Ya Allah, perkenankanlah!" Glosari : Hammasah – Semangat Akhi –Saudara lelaki Nasyitah Farhanah Johari Faisal,

Tahun 4, Kuliah Syariah

Universiti Al-Azhar, Kaherah.

KETIKA TAKDIR MENGURNIAKAN

HAMMASAH

Page 6: IKATAN November 2012

1. Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan.

2. Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam.

3. Bau daging segar, jika ada bau yang kurang menyenangkan, lu-pakan saja niat untuk memiliki ayam tersebut.

4. Apabila dagingnya ditekan, daging yang segar akan kembali ke ben-tuk asal. Berbanding dengan dag-ing ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembali ke bentuk asal.

5. Tidak ada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan.

6. Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging yang melekat di tulang ayam itu padat.

7. Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu

banyak kesan luka.

8. Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak.

9. Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.

10. Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi boleh dikat-egorikan sebagai daging ayam yang segar.

Jagalah kesihatan diri, dengan pemili-han makanan yang terbaik.