ikatan #29
DESCRIPTION
Sempena Aidil Fitri dan Hari KemerdekaanTRANSCRIPT
IKATAN BULETIN RASMI
Ikatan Muslimin
Malaysia (Mesir)
SEMPENA AIDIL FITRI DAN HARI KEMERDEKAAN
DUA KEMENANGAN
WAJAH-WAJAH berseri ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Madinah Nasr meraikan 1 Syawal di Suq Sayyarat, Hayy Asyir.
OLEH: RAMADHAN AWANG, TAHUN 4, SYARIAH ISLAMIAH, UNIVERSITI AL-AZHAR
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Laungan takbir bersahutan pada pagi 1 Syawal bagi meraikan kemenangan umat Islam berpuasa sebulan
Ramadan. Pertempuran yang sepatutnya menatijahkan seorang manusia baru yang lebih baik dari sebe-
lumnya. Kerana telah berjaya menewaskan nafsu yang selama ini membelenggu segala keputusan untuk
berubah...
BERSAMBUNG KE MUKA SURAT 2
.
Dari Meja Suri Penanti Yang Setia
Muka surat 2
.
Perutusan Aidil Fitri 1432H Pengerusi ISMA Mesir
Muka surat 3
.
Amru & Hadi Kesan
Muka surat 4
LAYARI WWW.ISMAMESIR.COM UNTUK TULISAN DAN BERITA TERKINI DARI ISMA MESIR
IKATAN DARI MUKA SURAT 1
Maka berbahagialah jiwa yang benar-benar
bersungguh sepanjang bulan Ramadan. Dan
berdukacitalah jiwa yang mengabaikan
kelebihan Ramadan, apatah lagi mereka yang
tetap melakukan pelbagai maksiat tanpa rasa
bersalah. Mereka berdepan dengan dua
kekecewaan yang pasti; sama ada kekecewaan
selepas berakhirnya Ramadan dan juga
kekecewaan ketika bertemu dengan Allah SWT.
Demikianlah yang diaminkan Rasulullah SAW
apabila Jibril AS datang dan mengkhabarkan
kepada baginda:
))بعذ هي أدسك سهضبى لن يغفش له((
"Jauhlah (dari rahmat Allah) orang yang sempat
dengan Ramadan tetapi tidak diampunkan
dosanya."
(Hadith riwayat Al-Baihaqi: 1468)
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia
menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54. Hari
di mana rakyat Malaysia tekad membuat
keputusan untuk berdikari dan memerintah
tanah air sendiri. Tidak lagi bergantung harap
pada telunjuk penjajah. Membuka peluang
untuk anak bangsa mencorakkan sendiri
perjalanan negara.
Bermula dari situ para pemimpin mengorak
langkah untuk membina negara dan menjaga
keamanan dan keharmoniannya. Rakyat
dibekalkan dengan pendidikan, infrastruktur
dibangunkan, ekonomi dimajukan dan pertanian
disuburkan demi mencapai apa yang
difirmankan Allah SWT ketika menceritakan
perihal kerajaan Saba‟:
)ملا هي سصق سبنن اشنشا له
بلذة طيبة سة غفس(
“(Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari
rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah
kepada-Nya; (negeri kamu ini adalah) negeri
yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan
kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!”
(Surah Saba‟: 34)
Tapi, apakah kita benar-benar telah merdeka?
Andai Aidil Fitri kali ini masih disambut dengan
perangai lama; dengan umpat mengata,
bermegah-megah dengan harta, buat kerja
sambil lewa dan boros dalam berbelanja. Adakah
layak sebenarnya untuk kita meraikan hari
kemenangan ini?
Rakyat pula masih lagi lalai dari agama mereka.
Anak-anak muda hanya disibukkan dengan
urusan dunia, jauh dari berfikir dan berbincang
soal untuk memajukan agama, bangsa dan
negara. Gejala sosial subur seiring dengan
suburnya industri hiburan yang berkiblatkan
Barat. Para aktivis Islami yang bertungkus-lumus
siang dan malam memikirkan masalah umat pula
dilabel dengan label yang menjauhkan diri
mereka daripada masyarakat. Dimomokkan
dengan pelbagai tuduhan. Dalam masa yang
sama artis-artis yang menyebarkan kelalaian dan
kealpaan diangkat dengan pelbagai anugerah
dan pengiktirafan.
Soalan yang mesti ditanya kepada diri sendiri,
"Apakah layak untuk aku meraikan kemenangan
ini?"
Soalan yang mesti dijawab dengan amal. Bukan
sekadar kata-kata. Bukalah mata, bukalah hati.
Lihatlah sekeliling dengan penilaian yang benar.
Jadikanlah amalan sepanjang Ramadan yang lalu
sebagai bekal untuk membawa diri dan
masyarakat ke arah kemenangan dan
kemerdekaan yang hakiki.
Bebaskan diri kamu dari belenggu nafsu, nescaya
kamu akan dapat membebaskan tanah air kamu
dari belenggu musuh-musuhmu.
Mulakanlah dengan diri sendiri dengan menjaga
solat berjemaah di masjid, tilawah Al-Quran satu
juz sehari, mengkaji sirah dan kitab-kitab akhlak
dan memperbanyakkan pembacaan. Seterusnya
sebarkan manfaat yang anda perolehi kepada
kawan-kawan.
Salam Aidil Fitri dan Salam Kemerdekaan.
Wa lillahilhamd.
Alhamdulillah akhirnya kita ditemukan lagi dalam keadaan yang
diharapkan agar penuh dengan maghfirah (keampunan) dan keredhaan
Allah. Insya Allah. Apa khabar pembaca Dari Meja Suri sekalian?
Suri teringatkan lirik satu nasyid Arab yang bermaksud, “Ilahi, Engkau
mengetahui apakah keadaanku.” Amat malu rasanya kalau Allah tahu
keadaan kita yang sedang melakukan maksiat atau sedang berkira-kira
ingin membuat dosa. Sungguh, tidak terlepas barang sebesar mana pun
dari pemerhatian-Nya. Maha Suci Allah. Moga terampunlah dosa-dosa kita
dengan taubat yang masih berbaki peluangnya selama mana kita masih
hidup. Insya Allah.
RAMADAN…
PENANTI… Bila menanti, ada yang dinanti. Dan akhirnya, apa yang
dinanti akan pergi.
)مل هي عليهب فبى. يبقى جه سبل ر الجالل اإلمشام(
“Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Tetapi wajah Tuhanmu yang
memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.”
(Surah Ar-Rahman: 26-27)
Suri tidak bermadah. Tapi, Suri amat terasa dengan pemergian Ramadan
yang dinanti. Entahkan dapat untuk Suri merasakan Ramadan seterusnya
nanti. Andai ini Ramadan terakhir.
Tapi penantian ini bukanlah bermaksud sementara. Wajarlah kita untuk
tidak menjadi seperti hamba yang apabila diberikan nikmat, baru ingin
mengaku dan tampil merebutnya. Sedangkan, di waktu lain, dia statik
tanpa respon. Kedua-kedua kondisi tersebut tetap menampilkan arahan
yang sama. Tidak berbeza. Perintah solat tetap sama. Perintah sedekah
dan berbuat baik juga sama. Hanya dikhususkan beberapa amalan yang
menjadi wajib sebagai timbang tara perjalanan seorang hamba dalam
mentaati suruhan-Nya...
BERSAMBUNG KE MUKA SURAT 4
DARI MEJA SURI
PENANTI YANG SETIA
2
IKATAN
السالم علينن سهة اهلل بشمبته.
شهش سهضبى الزي أضل فيه القشآى هذى )للبس بيبت هي الهذى الفشقبى فوي شهذ هنن الشهش فليصوه هي مبى هشيضب أ على سفش فعذة هي أيبم أخش يشيذ اهلل بنن اليسش ال يشيذ بنن العسش لتنولا العذة
لتنبشا اهلل على هب هذامن لعلنن تشنشى(
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu
ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan
Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan
yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa
bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam
musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian
wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia
tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya
kamu membesarkan Allah kerana mendapat
petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah: 185)
اهلل أمبش هلل الحوذ. اهلل أمبش، اهلل أمبش، اهلل أمبش.
Pujian dan sembahan melangit tanda syukur
kepada Allah yang telah memberikan kita
kesempatan hidup dalam kenikmatan Ramadan;
detik-detik paling bernilai sebagai seorang
hamba. Semoga didikan Ramadan kali ini
menyemat kuat ciri-ciri takwa dalam diri kita
selaras dengan tujuan pensyariatan puasa itu
sendiri. Takwa yang menjadi peningkat darjat
manusia di sisi Allah SWT.
لعلنن تتقى.
Semoga Ramadan kali ini telah menjadi noktah
perhentian (waqfah) untuk menilai dan
mengamati keaiban serta kesalahan kita
sepanjang tahun. Segala ujian dan cabaran yang
berlaku perlu menjadi iktibar untuk kita
menjadi lebih baik dari sebelumnya. Semua
cabaran ini merupakan asam garam dalam
mematangkan pengalaman hidup kita. Apa yang
paling penting ialah kita menjiwai hikmah di
sebalik ujian-ujian ini.
بلمن ببلشش الخيش فتة()
“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan
dan kesenangan sebagai cubaan.”
(Surah Al-Anbiya‟: 35)
بلبهن ببلحسبت السيئبت لعلهن ) يشجعى(
“Dan kami uji mereka dengan nikmat
pemberian yang baik-baik dan bala bencana
yang buruk, supaya mereka kembali
(bertaubat)”
(Surah Al-A‟raaf: 168)
Ikhwah dan akhawat sekalian,
Setelah berlalunya Ramadan, hadir pula bulan
Syawal yang padanya keberkatan serta nikmat
yang lain. Kita sebagai hamba sepatutnya
sentiasa tidak lalai dari mensyukuri nikmat ini
dengan sebaik-baiknya.
اهلل أمبش هلل الحوذ.
Di kesempatan ini juga, saya menyeru seluruh
warga Malaysia di Mesir untuk mengambil
peluang Aidil Fitri kali dengan sebaiknya.
Kejarlah kesempatan ini untuk bermaaf-maafan
dan mengikat utuh tali persaudaraan sesama
kita. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk
mencapai tujuan mulia ini; antaranya dengan
saling menziarahi dan bertamu. Mengeratkan
hubungan persaudaraan dan silaturrahim adalah
sunnah di kala Aidil Fitri.
Hulurkanlah tangan kemesraan untuk
bersaudara semata-mata keranan Allah. Juga
lapangkanlah dada kita untuk memaafkan salah
silap orang lain kepada kita.
جبت هحبتي للزيي يتحببى في، (( يتجبلسى في، يتببرلى في((
“Wajib Aku mencintai orang yang saling
mencintai kerana Aku, yang saling duduk kerana
Aku dan yang saling berkorban kerana Aku.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad: 21558)
Ikhwah dan akhawat sekalian,
Akhlak at-tasamuh (toleransi) dan al-hilm
(sopan santun) perlu menjadi elemen asas
dalam Taqwa kita kepada Allah SWT.
Kemampuan kita untuk menerapkan nilai agung
ini dalam segenap aspek kehidupan, akan
melonjakkan budaya bermasyarakat di
perlembahan nil. Keupayaan semua pihak,
samada secara kolektif (organisasi) atau
individu, untuk merealisasikan akhlak ini, akan
meredakan banyak salah faham dan kekeliruan
yang berlaku sesama kita.
سحن اهلل سجال سوحب ، إرا ببع ، إرا )) اشتشى ، إرا اقتضى((
“Allah merahmati atau menyayangi seseorang
yang toleran dalam menjual, membeli dan
memutuskan perkara.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari: 1945)
فيل لخصلتيي يحبهوب اهلل : الحلن إى (( ((األبة
“Sesungguhnya pada diri kamu dua perkara
yang keduanya disukai Allah; lemah lembut dan
tenang.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari: 583)
Para pimpinan pelajar yang dihormati,
Besarnya peranan kita dalam menghidupkan
ukhuwwah dan kerukunan dalam masyarakat
pelajar di Mesir. Pembudayaan nilai hanya akan
berjaya apabila wujudnya contoh (qudwah)
realistik yang mampu untuk melaksanakannya.
Saya yakin hubungan erat yang terbina antara
pimpinan pelajar kini, akan lebih utuh dengan
kehadiran Aidil Fitri kali ini. Hubungan erat ini
penting untuk menjaga persaudaraan di kala
susah dan senang. Juga melahirkan rasa
penghormatan terhadap perbezaan pandangan
dan kepelbagaian pendapat antara kita.
Akhirnya, saya mewakili seluruh warga ISMA
Mesir mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil
Fitri, maaf zahir dan batin, kepada semua warga
Malaysia di Mesir. Juga menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan atas salah dan silap yang
dilakukan. Semoga kita menjadi hamba Allah
yang kembali kepada fitrah ketaqwaan, sekaligus
tergolong dalam mereka yang beroleh kejayaan.
Amin.
"Membangun Umat Beragenda"
"Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"
MUHAMMAD HAFIZ BIN KHAIRUDIN
Pengerusi
Ikatan Muslimin Malaysia (Mesir)
Sesi 2011-2012
PERUTUSAN AIDIL FITRI
Pengerusi ISMA-Mesir
3
DARI MUKA SURAT 2
Kesimpulannya, kita tidak lain dari menjadi seorang hamba yang taat,
merebut pahala untuk keredhaan ketika bulan Ramadan dengan menjadi
hamba-Nya yang juga taat dan jitu dalam ibadah ketika di bulan lain.
Ibadah ini sepanjang hayat. Ketaatan ini juga mutlak hanya kepada Yang
Esa. Jadi, kenapa dihadkan penyerahan jiwa dan amal seorang hamba?
AIDIL FITRI…
Tangisan pemergian Ramadan disambut dengan satu keraian yang
memujuk jiwa hamba. Meraikan fitrah manusia yang ingin dirai dan
dihargai. Lantas, Allah mengirimkan syariat-Nya melalui Aidil Fitri.
Tiga fasa Ramadan iaitu fasa kerahmatan, keampunan dan pelepasan dari
api neraka disambung dengan satu fasa kemerdekaan fitrah. Maha Suci
Allah. Dan manusia meraikan detik-detik itu dengan gembira. Namun,
sayang seribu kali sayang andai terlupa dan terleka dari muhasabah;
apakah benar kemerdekaan fitrah ini hasil dari Ramadan yang telah kita
tempuhi melalui fasa-fasa tersebut sebaik yang mungkin? Satu muhasabah
buat kita bersama.
MERDEKA…
Kehadiran sambutan kemerdekaan negara yang ke-54 ini menonjolkan
satu kiasan baru pada pengajaran hidup. Bila mana kita sangat gembira
dan terasa bertuahnya kita selepas merdeka dari penjajah. Tidak perlu lagi
mengikut telunjuk mereka yang memberi arahan, menghantar 1001
kedukaan hasil dari kesempitan kebebasan yang punya erti kehendak dan
keinginan tersendiri. Gembira!
Malahan, itulah yang diajarkan Allah melalui Ramadan. Didikan untuk
membebaskan diri manusia dari penjajahan yang tidak nyata, malahan
berbahaya. Syaitan dan nafsu!
Berjaya atau tidak kita „merdeka‟ dari keduanya, maka tanyalah iman kita
yang telah diberi bimbingan dan kawalan diri sebaiknya melalui
perencanaan Ilahi dalam madrasah Ramadan ini; apakah kita yang bakal
menguasai dan menentukan hala tuju tanpa campur tangan ideologi
syaitan dan nafsu? Tidak membazir, tidak berlebihan, tidak lagha dengan
hiburan, tidak sombong dan apa-apa lagi yang bakal kita katakan „TIDAK‟
padanya tapi „YA‟ pada tiap kebaikan.
)فألهوهب فجسهب تقاهب. قذ أفلح هي صمبهب. قذ خبة هي دسبهب(
“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya.
Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh
rugi orang yang mengotorinya.”
(Surah As-Syams: 8-10)
PENANTI…
Moga kita tetap menjadi penanti yang setia. Menanti kehadirannya yang
akan datang dengan sebaik-baik persiapan bermula dari sekarang.
Mencari satu kondisi muhasabah selepas madrasah Ramadan dan
mencipta satu kondisi untuk melakukan persediaan demi persediaan
demi melangkah ke madrasah akan datang. Takkan luntur kecintaan ini
untuk beramal dan mencari redha-Nya pada bila-bila masa dan di mana
jua.
Daripada Sufyan bin Abdullah Ath-Thaqafi, beliau berkata, “Katakanlah
buatku berkenaan Islam perkataan yang aku tak lagi perlu bertanya
kepada sesiapa selainmu.” Rasulullah SAW bersabda:
))قل آهت ببهلل ثن استقن((
“Katakanlah: Aku beriman dengan Allah. Kemudian beristiqamahlah
kamu.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad: 15112)
Semoga kita akan terus istiqamah dan tetap pada jalan kebaikan ini serta
mencari redha-Nya pada setiap langkah kehidupan kita. Selamat beramal!
IKATAN
4