ikatan #26
DESCRIPTION
Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir).TRANSCRIPT
S eorang profesor pernah ditanya, berapakah masa yang diperlukan
untuk menyusun 1000 orang ke dalam satu barisan. Profesor itu menjawab, 2-3 jam.
Ditanya lagi bagaimana pula jika 1000 orang itu bercakap dalam bahasa yang berlainan?
Maka jawabnya lebih dari 4-6 jam. Alangkah kagumnya profesor tersebut apabila melihat
dengan satu perkataan oleh imam, “Istawu…” maka semua orang samada yang sedang duduk
mahupun bertawaf bangun mendirikan saf dalam sekelip mata. Betapa hebatnya apabila melihat
seluruh jemaah haji yang berpakaian sama, bertawaf dalam satu arah yang sama melaungkan slogan
yang sama!
لبيك اللهم لبيك... لبيك ال شريك لك لبيك...
Perilaku tersebut tidak ubah seperti satu
tombokan askar yang gagah menuju medan
perang, walaupun mereka tidak pernah melalui
latihan ketenteraan. Namun, itulah tarbiyyah
Islam. Dan antaranya ialah Ibadah Haji.
Ibadah Yang Sahih
Haji menuntut pada niat yang benar dan amal
yang bersungguh. Ini jelas apabila jemaah haji
(hujjaj) mula memakai ihram dan memasang niat
yang benar pada waktu tertentu di tempat yang
tertentu secara khusus. Ia melatih para hujjaj
untuk melaksanakan ibadah dengan sahih.
Bermanfaat Kepada Orang Lain
Apabila berihram, sesorang itu diharamkan
dari perkara-perkara yang harus seperti
memotong kuku, memakai perhiasan dan lain-
lain. Masakan yang harus diharamkan, apatah lagi
yang haram. Dan apabila peraturan ini dilanggar,
maka dia dituntut untuk membayar dam; iaitu
memberi makan kepada fakir miskin.
Berakhlak Mulia
Laungan talbiah mengiklankan keiltizaman
jemaah haji dalam menyahut suruhan Allah.
Antaranya adalah menjaga adab terhadap semua
makhluk. Sama ada terhadap manusia dengan
tidak bertikam lidah (jidal), terhadap haiwan
dengan tidak menyakitinya, mahupun tumbuhan
dengan tidak memotong pokok. Allah berfirman
dalam Al-Baqarah ayat 197:
احلج اشهر معلومت فمن فـرض فيهن احلج فال
رفث وال فسوق وال جدال يف احلج “Musim haji itu pada bulan-bulan yang telah
dimaklumi. Barangsiapa yang mengerjakan haji
janganlah dia berkata kotor, membuat maksiat
dan bertengkar dalam melakukan ibadah haji.”
Apakah patut dalam mengharapkan
keampunan dan keredhaan Allah, sesorang itu
melakukan dosa?
Kuat Tubuh Badan Lembut Hati Nurani
Haji adalah ibadah yang memerlukan banyak
aktiviti fizikal dengan bermusafir, sai’e, tawaf dan
melontar jamrah, diiringi dengan keadaan hati
yang tunduk mengharapkan keampunan dan
redha Tuhannya. Jelas, ibadah haji mengikat
senaman jasmani dengan ibadah rohani.
Tawaf contohnya, adalah pergerakan yang
menzahirkan kekuatan, cukup untuk
menggerunkan musuh. Penduduk musyrik Mekah
dahulunya menyangka umat Islam adalah lemah,
lalu Rasulullah membela izzah umat Islam dengan
bersabda:
رحم اهللا امرءا أراهم اليوم من نفسه قوة“Allah mengasihi seseorang yang mereka
nampak kekuatan pada dirinya pada hari ini.”
ولله العزة ولرسوله وللمؤمنني ولكن المنفقني ال
يـعلمون “Dan kekuatan itu hanyalah bagi Allah,
RasulNya dan orang-orang mukminin. Akan
tetapi orang munafik itu tidak mengetahui.”
Menjaga Masa
Manasik haji adalah tertakluk pada tarikh dan
masa tertentu. Contohnya, hujjaj perlu berada di
Arafah pada 9 Zulhijjah dan esoknya di
Muzdalifah.Pada hari tasyreeq pula hujjaj perlu
berada di Mina. Ia melatih kita untuk menjaga
masa dan bersistem.
Mampu Berdikari
Kebanjiran manusia di musim haji juga
merancakkan lagi kegiatan ekonomi dengan
bertambahnya permintaan. Ini merupakan
peluang yang sangat baik untuk meningkatkan
status ekonomi seseorang individu mahupun
negara. Bukanlah satu yang diharamkan untuk
mencari kekayaan, dan ramai menyangka
kegiatan berjual beli akan mengurangkan pahala
haji. Allah berfirman:
“Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah
kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan
perniagaan ketika mengerjakan Haji).”
— Al-Baqarah:198
Haji, sebagai muktakmar Islami tahunan
menghimpunkan pelbagai profesion manusia dari
pekerja biasa hinggalah kepada usahawan. Dan ini
merupakan peluang baik untuk merapatkan
hubungan ekonomi sesama muslim selain
membincangkan masalah-masalah ekonomi dan masalah-masalah
dunia, dari isu peperangan kepada isu kebuluran.
Pada akhirnya, kepayahan melalui tarbiyyah haji ini diakhiri
dengan perayaan Aidil Adha yang disambut dengan sembelihan
binatang. Keseronokan ini bukan hanya dirasai oleh jemaah haji
sahaja. Ia turut dirasai oleh semua umat Islam sama ada kaya atau
miskin, tua mahupun muda. Dan jika sesorang itu memahami
intipati haji sebenar dan melaksanakannya sebaik mungkin
dengan mengharapkan keampunan Allah, tarbiyyah ini akan
melahirkan seorang pemuda yang penuh dengan ciri pendakwah
sebenar; ibadah yang sahih, berakhlak mulia, kuat tubuh badan,
mampu berdikari, menjaga masa dan bermanfaat utnuk orang
lain.
Wallahu a’lam.
Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA) merupakan satu
badan bukan kerajaan
(NGO) yang aktif
memainkan peranan di
tengah masyarakat dengan
hasrat membentuk dan
membina masyarakat yang
unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA
mengajak masyarakat agar mengamal, dalam
kehidupan seharian, Islam sebagai cara hidup
yang unggul dan sempurna.
ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar
dan tidak bermotifkan keuntungan. Dengan
misinya untuk membina kekuatan
keperibadian yang berpaksikan Islam serta
penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat,
perancangan dan teknologi, ISMA berazam
untuk memberi impak kepada masyarakat
melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA
komited dalam mencapai matlamat
penubuhannya di samping mempunyai ahli-
ahli yang konsisten melaksanakan program
dan aktivitinya.
ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada
kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai
aset kekuatan dalam pembentukan
masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan
bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan
mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai
kepimpinan masa depan.
ISMA berhasrat untuk memikul amanah
sebagai organisasi yang memberikan
kebaikan kepada seluruh masyarakat sama
ada dari segi aspek kebajikan sosial,
pembangunan insan, kekeluargaan,
pembangunan remaja, belia serta wanita.
ISMA bukan parti politik dan tidak terlibat di
dalam sebarang kegiatan politik kepartian.
saluran-saluran media yang dibenarkan oleh
pihak berkuasa secara kerjasama dengan
pihak media massa di dalam dan luar negara.
Menerima dan menguruskan sumbangan-
sumbangan sama ada dalam bentuk wang
atau selainnya daripada ahli-ahli ISMA sendiri
(selain daripada yuran keahlian) atau daripada
mana-mana pihak individu atau institusi/
syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan
sebagainya yang berminat untuk membantu
ke arah pencapaian tujuan-tujuan dan maksud
ISMA.
— http://ismaweb.net/
IKATAN MUSLIMIN
MALAYSIA MESIR Persatuan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir)
ditubuhkan pada tahun 2008 dan merupakan sebuah
persatuan pelajar yang berdaftar dengan Jabatan
Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di bawah
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di
Republik Arab Mesir. Ia merupakan salah sebuah
persatuan kebajikan dan akademik mahasiswa dan
mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir.
ISMA-Mesir bukan sebuah parti politik dan tidak
terlibat dengan sebarang kegiatan politik kepartian
dan sentiasa bersikap non-partisan dalam setiap
gerak kerja persatuan. Dalam masa yang sama,
ISMA-Mesir turut mengamalkan dasar terbuka dan
bekerjasama dengan mana-mana persatuan lain
selagi mana bertepatan dengan visi dan objektif
persatuan.
ISMA-Mesir sentiasa komited dalam memikul
amanah sebagai sebuah organisasi yang
memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat
pelajar Malaysia di Mesir sama ada daripada aspek
kecemerlangan akademik, kebajikan sosial,
pembangunan syakhsiah, keusahawanan,
pembangunan remaja dan belia serta wanita.
VISI
Melahirkan Mahasiswa dan Mahasiswi Malaysia di
Mesir yang cemerlang daripada aspek keperibadian,
akademik dan akhlaq berkonsepkan Islam sebagai
cara hidup.
OBJEKTIF
Menyatupadukan rakyat Malaysia di Mesir daripada
kalangan pelajar dengan tujuan untuk mendokong
cita-cita agama, bangsa dan Negara.
Menjaga dan meningkatkan akademik dan kebajikan
pelajar-pelajar Malaysia di Mesir di kalangan ahli
persatuan khasnya dan kesemua pelajar Malaysia
amnya.
Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan mana
-mana persatuan lain sesuai dengan konsep
kebaikan bersama.
Menjaga hubungan baik di antara pelajar dengan
Kedutaan Besar Malaysia- Kaherah dan Republik
Arab Mesir.
Menjaga imej Negara dan memperkenalkannya di
peringkat antarabangsa.
— http://ismamesir.com/
TUJUAN DAN MATLAMAT
Menggabungkan dan menyatukan semua
warga negara Malaysia yang berumur 18
tahun ke atas dan beragama Islam dalam
sebuah pertubuhan yang melaksanakan
segala bentuk aktiviti dan program dalam
bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan
pendidikan ke arah pembentukan peribadi
Muslim yang berwibawa dan
bertanggungjawab terhadap agama, bangsa
dan negara.
Menggembelingkan kepakaran dan
pengalaman ahli-ahli dan sukarelawan yang
berminat ke arah berkhidmat untuk
masyarakat di peringkat nasional dan
antarabangsa.
Mewujudkan sebuah pusat sumber sebagai
tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam
proses penyelidikan dan pengembangan ilmu
pengetahuan.
Menjadi anggota kepada pertubuhan-
pertubuhan Islam di dalam dan luar negara
yang mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-
matlamat yang sama dengan ISMA serta
menerima keanggotaan pertubuhan-
pertubuhan tersebut.
Menjalinkan kerjasama dan menjalankan
aktiviti dengan pertubuhan-pertubuhan di
dalam dan luar negara dalam menjayakan
matlamat dan tujuan ISMA demi kebaikan dan
kepentingan masyarakat.
Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan
latihan ke arah meningkatkan taraf sosio-
ekonomi ahli dan masyarakat.
Menyedia, menerbit dan menyalurkan
maklumat-maklumat yang melibatkan
kepentingan ahli dan masyarakat melalui
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
MAJLIS ULAMA ISMA
MUIS adalah singkatan kepada Majlis Ulama ISMA (Ikatan Muslimin
Malaysia). Ia ditubuhkan seiring dengan usaha ISMA untuk ‘Membina
Generasi Harapan’ berpandukan petunjuk Ilahi. Menyedari hakikat bahawa
usaha yang besar ini akan berhadapan dengan berbagai-bagai isu, maka
MUIS beperanan untuk memberi pandangan dan idea bagi memastikan
setiap pergerakan ISMA menepati petunjuk Ilahi lebih-lebih lagi di zaman
yang cukup mencabar ini.
Di samping itu MUIS juga berperanan dan berganding bahu dengan biro-biro
dalam ISMA bagi mencapai cita-cita ‘Membina Generasi Harapan’ mengikut
kapasiti MUIS sebagai rujukan dalam bidang syarak.
Bagi masyarakat umum pula, MUIS akan memberikan khidmat bimbingan
hukum-hakam syarak supaya kehidupan mereka menepati kehendak syariah
dalam setiap aktiviti kehidupan. MUIS akan berusaha memberi pandangan
dan penyelesaiaan kepada permasalahan harian masyarakat seperti masalah
kefahaman dan akidah, masalah ibadah, kekeluargaan dan lain-lain.
InsyaAllah MUIS akan menyumbang sedaya upaya bagi menjayakan usaha
ISMA untuk ‘Membina Generasi Harapan’ terlaksana di alam realiti mengikut
syariah Allah S.W.T.
Hanya kepada Allah S.W.T MUIS berharap. Amin Ya Rabbal A’lamin
— http://muis.ismaweb.net/
IKATAN PENGAMAL PERUBATAN
MUSLIMIN MALAYSIA
I-Medik bermakna ‘Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia’ atau
dalam bahasa Inggeris ‘Malaysian Muslim Medical Solidarity’.
I-Medik adalah satu badan yang dianggotai oleh pengamal perubatan,
pergigian, jururawat dan pengamal-pengamal kesihatan bersekutu yang lain.
I-Medik ditubuhkan pada 2009 dan komited dalam mencapai visi dan misinya.
VISI: Menjadi organisasi teras bagi membangunkan tamadun perubatan
Islam di Malaysia.
MISI: Mempelopori agenda perubatan Islam berasaskan pembinaan jatidiri,
pendidikan, penyelidikan dan aktiviti kemanusiaan.
— http://imedik.org/
IKLAN
PENGAJIAN AKADEMIK: SYARIAH
ISLAMIAH (TAHUN 1)
Bertempat di Rumah Tooba El-Ramly,
Madinah Nasr. Setiap Rabu jam
6.30pm.
HALAQAH TAQWIYAH LUGHAH
ARABIAH
Bertempat di Rumah Bawabah 2,
Madinah Nasr. Setiap Khamis jam
5.30am.
TUTORIAL USULUDDIN (TAHUN 1)
Bertempat di Rumah Bawabah 2,
Madinah Nasr. Setiap Khamis jam
7.00am.
BOLA SEPAK MINGGUAN
Bertempat di Suq Sayyarat, Madinah
Nasr. Setiap Jumaat jam 6.00am.
KELAS BAHASA ARAB AMMI
Rumah Medic Hayy Sabi’, Madinah
Nasr. Setiap Sabtu jam 7.00am.
Layari http://ismamesir.com/ dan
http://facebook.com/ismamesir/ untuk
mendapatkan maklumat terkini dari
kami.